Font size
WorksheetsMODEL 1 (T4 - IBADAH) - PENDIDIKAN ISLAM 2023
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
1. Berikut adalah syarat wajib haji KECUALI ……..
Islam
baligh
berakal
mumaiyiz
2. "Berulang-alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak tujuh kali."
Pernyataan di atas merujuk kepada ibadah …..............
wukuf
tawaf
saie
melontar di Jamrah
3. Antara berikut yang manakah TIDAK BENAR mengenai maksud berkemampuan dalam ibadah haji?
Mempunyai kesempatan masa.
Menyelesaikan semua hutang.
Mempunyai kenderaan pergi dan balik.
Mampu menyediakan tambang perjalanan.
4. Masa bercukur bagi orang yang mengerjakan haji dan umrah ialah apabila selesai ............
melakukan tawaf.
mengerjakan saie.
melakukan wukuf.
melontar di Jamrah Kubra.
5. Perkara yang membezakan antara rukun haji dan rukun umrah ialah …...............
niat
tawaf
wukuf di Arafah
bermalam di Mina
6. Bilakah waktu bermula bagi jemaah haji untuk melaksanakan wukuf di Padang Arafah?
Selepas terbit fajar pada 10 Zulhijjah.
Selepas gelincir matahari pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.
Masuk waktu Zohor pada 9 Zulhijjah hingga waktu subuh pada 10 Zulhijjah.
Masuk waktu Zohor pada 10 Zulhijjah hingga terbit fajar pada 13 Zulhijjah.
7. Antara berikut yang manakah perkara wajib umrah?
Bermalam di Muzdalifah.
Melontar di Jamrah Kubra.
Meninggalkan larangan semasa ihram.
Bermalam di Mina.
8. Apakah maksud miqat?
Tempat memulakan tawaf.
Ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram haji atau umrah.
Tempat memulakan wukuf.
Sempadan antara Mekah dan Madinah yang telah ditetapkan.
9. Antara berikut yang manakah miqat makani bagi jemaah haji yang datang dari arah Asia Tenggara?
Bir Ali
Juhfah
Zulhulaifah
Qarnul Manazil
10. Berikut adalah DUA (2) larangan ihram bagi lelaki iaitu …...............
menyapu minyak rambut.
menutup kepala.
menutup muka.
memakai pakaian berjahit atau bercantum.
11. Apakah maksud haji Tamattuk?
Mengerjakan haji dan umrah serentak.
Mengerjakan umrah dahulu dalam bulan haji, kemudian mengerjakan haji dalam tahun yang sama.
Mengerjakan haji dahulu, kemudian mengerjakan umrah pada tahun yang sama.
Mengerjakan umrah pada bila bila masa, kemudian mengerjakan haji.
12. Maksud sembelihan dari segi bahasa ialah ........................
membersih
menyedia
mematikan
memotong
13. Maksud sembelihan dari segi istilah ialah .......................
menyembelih binatang yang halal dimakan dagingnya dengan cara memutuskan urat halkum dan urat mari'.
menyembelih daging binatang ternakan untuk menjadikannya halal dimakan.
memotong binatang ternakan dengan cara memutuskan urat mari'.
menyembelih binatang yang halal dimakan dagingnya dengan cara memotong urat mari' supaya halal dimakan.
14. Berikut merupakan rukun sembelihan KECUALI .......................
penyembelih.
menghadap kiblat.
binatang sembelihan.
alat sembelihan.
15. Pilih TIGA (3) hikmah sembelihan menurut syarak dan Sains.
Mempercepat proses kematian binatang sembelihan.
Menghindarkan diri daripada penyakit yang terdapat dalam binatang.
Membezakan antara daging halal dan haram.
Memberikan nutrien untuk tubuh manusia.
16. Korban tidak sah dilakukan ......................
selepas gelincir matahari 11 Zulhijjah.
selepas masuk waktu Subuh 13 Zulhijjah.
selepas terbenam matahari 13 Zulhijjah.
selepas terbenam matahari 12 Zulhijjah.
17. Hikmah korban ialah ............................
dibalas kebaikan setimpal.
menambah kesyukuran di atas kelahiran bayi.
berkongsi rezeki dengan orang kurang upaya.
menghayati semangat pengorbanan Nabi Ibrahim.
18. Hukum menjalankan aqiqah ialah .................
harus
sunat
wajib
sunat muakkad
19. Pilih DUA (2) perkara sunat aqiqah.
Dilakukan pada hari kesebelas selepas kelahiran.
Menyembelih ketika matahari sedang naik.
Bersedekah dengan emas atau perak seberat rambut bayi yang telah dicukur.
Berdoa semasa hendak menyembelih.
20. Masakan daging aqiqah menjadi afdhal apabila disedekahkan kepada ..................
orang miskin.
jiran tetangga.
rakan-rakan.
keluarga terdekat.
