WorksheetsKUIZ SAINS T4 BAB 1 HINGGA BAB 8
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Name
Class
Date
1.
1. Rajah di bawah menunjukkan suatu peralatan perlindungan diri. Apakah fungsi alat itu?
a)
A. Untuk melindungi tangan
b)
B. Untuk melindungi mata
c)
C. Untuk melindungi kaki
d)
D. Untuk melindungi kulit
2.
2. Seorang murid terkena tumpahan bahan kimia pada badannya. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh murid tersebut?
a)
A. Tukar pakaian yang lain
b)
B. Tidak perlu lakukan apa-apa
c)
C. Bilas badan dan pakaian di penyiram kecemasan.
d)
D. Basuh bahagian badan yang terkena tumpahan bahan kimia dengan asid lemah
3.
3. Antara bahan berikut, yang manakah boleh dibuang ke dalam singki?
a)
A. Serbuk Plumbum
b)
B. Asid pekat
c)
C. Bromin
d)
D. Cuka
4.
4. Apakah alat pemadam kebakaran yang sesuai digunakan untuk memadamkan kebakaran peralatan elektrik?
a)
A. Bahan kimia lembap
b)
B. Serbuk kering
c)
C. Buih
d)
D. Air
5.
5. Apakah prinsip pemadaman api bagi selimut kebakaran?
a)
A. Kalis air
b)
B. Mengurangkan haba
c)
C. Menyekat sumber oksigen
d)
D. Menyingkirkan sumber bahan api.
6.
6. Rajah di bawah menunjukkan tulang rusuk. Antara bahagian yang bertanda A, B, C dan D, yang manakah merupakan titik tekanan yang perlu dikenakan semasa melakukan CPR pada bayi?
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
7.
7. Antara situasi berikut, yang manakah tidak memerlukan bantuan CPR?
a)
A. Tidak bernafas
b)
B. Batuk yang teruk
c)
C. Tiada degupan jantung
d)
D. Tidak gerak balas terhadap rangsangan.
8.
8. Apakah langkah asas CPR?
a)
A. I dan II
b)
B. I dan III
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
9.
9. Apakah tujuan Heimlich Manoeuvre dilakukan?
a)
A. Untuk melancarkan peredaran darah
b)
B. Untuk memulihkan degupan jantung
c)
C. Untuk memudahkan seseorang bernafas
d)
D. Untuk menyelamatkan individu yang tercekik
10.
10. Bagaimanakah cara untuk melakukan Heimlich Manoeuvre pada bayi yang tercekik?
a)
A. Angkat kaki mangsa
b)
B. Terbalikkan badan mangsa
c)
C. Tepuk pada bahagian perut mangsa
d)
D. Tepuk pada belakang badan mangsa
11.
11. Antara termometer berikut, yang manakah digunakan untuk mengukur suhu badan bayi yang berumur kurang daripada 3 bulan?
a)
A. Termometer makmal
b)
B. Termometer klinik
c)
C. Termometer rektal
d)
D. Termometer inframerah
12.
12. Zamani baru selesai menjalani senaman harian selama satu jam di gim. Apakah bacaan suhu yang mungkin sekiranya dia mengukur suhu badannya sebaik sahaja selesai menjalani senaman cergas?
a)
A. Suhu badan kekal normal
b)
B. Suhu badannya sentiasa berubah-ubah
c)
C. Suhu badannya melebihi suhu badan normal
d)
D. Suhu badanya rendah berbanding dengan suhu badan normal.
13.
13. Rajah di bawah menunjukkan suhu badan seorang kanak-kanak. Kanak-kanak itu kelihatan lesu. Apakah yang mungkin menyebabkan peningkatan suhu badan kanak-kanak tersebut?
a)
A. Pendedahan pada cuaca sejuk
b)
B. Senaman berlebihan
c)
C. Makan berlebihan
d)
D. Jangkitan virus
14.
14. Antara faktor berikut, yang manakah tidak mempengaruhi kadar denyutan nadi seseorang?
a)
A. Umur
b)
B. Jantina
c)
C. Aktiviti fizikal
d)
D. Ketinggian badan
15.
15. Jo Ann merupakan seorang atlet lumba lari. Dia menjalani latihan selama dua jam pada setiap hari. Apakah inferens yang boleh dibuat mengenai kadar denyutan nadi Jo Ann berbanding dengan denyutan nadi individu bukan atlet?
a)
A. Kadar denyutan nadinya lebih tinggi
b)
B. Kadar denyutan nadinya lebih rendah
c)
C. Kadar denyutan nadinya sentiasa berubah-ubah
d)
D. Kadar denyutan nadinya sama dengan individu bukan atlet.
16.
16. Apakah alat yang digunakan untuk mengukur tekanan darah?
a)
A. Sfigmomanometer
b)
B. Termometer klinik
c)
C. Mikroskop
d)
D. Stetoskop
17.
17. Rajah di bawah menunjukkan bacaan tekanan darah Encik Azmin. Apakah masalah kesihatan yang mungkin dialami oleh Encik Azmin?
a)
A. Diabetes melitus
b)
B. Katarak
c)
C. Kanser
d)
D. Strok
18.
18. Berapakah julat Indeks Jisim Badan yang unggul?
a)
A. < 18.5
b)
B. 18.5 - 24.9
c)
C. 25.0 – 29.9
d)
D. > 30.0
19.
19. Kamarul adalah obes. Apakah cara yang selamat yang boleh dilakukan untuk beliau mengurangkan jisim badannya?
a)
A. Ambil ubat untuk menurunkan jisim badan
b)
B. Kerap mengambil snek bagi menambah kalori
c)
C. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi gula
d)
D. Banyakkan berehat untuk mengurangkan penggunaan tenaga
20.
20. Mariam mempunyai jisim badan 52 kg dan tinggi 1.47 m. Berapakah BMI Mariam?
a)
A. 20.5
b)
B. 23.0
c)
C. 24.1
d)
D. 26.3
21.
21. Antara yang berikut, yang manakah merupakan konsep Teknologi Hijau?
a)
A. I dan II
b)
B. I dan III
c)
C. II dan IV
d)
D. III dan IV
22.
22. Apakah bahan api alternatif yang boleh digunakan untuk mengurangkan isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga?
a)
A. Petroleum
b)
B. Arang batu
c)
C. Gas asli
d)
D. Biojisim
23.
23. Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan sumber tenaga boleh baharu?
a)
A. Sumber tenaga angin
b)
B. Sumber tenaga hidro
c)
C. Sumber tenaga geoterma
d)
D. Sumber tenaga arang batu
24.
24. Antara yang berikut, yang manakah merupakan cara untuk menguruskan masalah sisa pepejal berdasarkan Teknologi Hijau?
a)
A. Mengguna semula sisa kertas
b)
B. Mengitar semula barangan elektronik yang rosak
c)
C. Memproses sisa makanan untuk dijadikan baja kompos
d)
D. Memproses sisa plastik sebagai bahan makanan haiwan
25.
25. Rajah di bawah menunjukkan pelepasan sisa oleh sebuah kilang yang menghasilkan tayar. Apakah jenis sisa yang dihasilkan oleh kilang ini?
a)
A. Kertas
b)
B. Sisa Kimia
c)
C. Bekas Plastik
d)
D. Sisa Makanan
26.
26. Apakah langkah yang boleh di ambil untuk mengatasi isu sosiosaintifik dalam sektor pertanian dan perhutanan?
a)
A. Menanam semula pokok
b)
B. Menggunakan bahan api fosil
c)
C. Menggalakkan penggunaan baja kimia
d)
D. Menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan hutan simpan
27.
27. Gambar foto di bawah menunjukkan aktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan oleh petani untuk membersihkan ladang mereka selepas musim menuai. Apakah kesan aktiviti ini?
a)
A. Pencemaran air
b)
B. Tanah runtuh
c)
C. Banjir kilat
d)
D. Jerebu
28.
28. Antara yang berikut, yang manakah merupakan contoh Teknologi Hijau dalam sektor pengangkutan?
a)
A. I dan II
b)
B. I dan III
c)
C. II dan IV
d)
D. III dan IV
29.
29. Penggunaan bahan api fosil sebagai bahan api dalam kenderaan menyumbang kepada pencemaran udara. Apakah gas yang dihasilkan dalam pembakaran bahan api fosil dalam enjin kenderaan?
a)
A. Karbon monoksida
b)
B. Nitrogen dioksida
c)
C. Oksigen
d)
D. Hidrogen
30.
30. Apakah kesan terhadap alam sekitar apabila kita mengamalkan Teknologi Hijau?
a)
A. Alam sekitar menjadi semakin kotor
b)
B. Jejak kaki karbon dapat dikurangkan
c)
C. Tiada lagi pencemaran berlaku
d)
D. Negara menjadi semakin maju
31.
31. Berapakah sel anak yang dihasilkan semasa meiosis?
a)
A. Satu
b)
B. Dua
c)
C. Tiga
d)
D. Empat
32.
32. Rajah di bawah menunjukkan satu proses pembahagian sel. Apakah proses X?
a)
A. Persenyawaan
b)
B. Replikasi
c)
C. Meiosis
d)
D. Mitosis
33.
33. Rajah di bawah menunjukkan peringkat-peringkat dalam mitosis. Urutan yang manakah betul dalam mitosis?
a)
A. X, Y, W, Z
b)
B. W, Y, Z, X
c)
C. X, Z, Y, W
d)
D. Z, Y, X, W
34.
34. Antara sel berikut, yang manakah merupakan hasil pembahagian sel secara meiosis?
a)
A. Sel Otot
b)
B. Sel Saraf
c)
C. Sel hati
d)
D. Sperma
35.
35. Apakah perbezaan antara pembahagian sel secara mitosis dengan meiosis dari segi bilangan sel anak yang terhasil?
a)
A. Mitosis menghasilkan 2 sel anak manakala meiosis menghasilkan 4 sel anak
b)
B. Mitosis menghasilkan 4 sel anak manakala meiosis menghasilkan 2 sel anak
c)
C. Mitosis menghasilkan 2 sel anak manakala meiosis menghasilkan 8 sel anak
d)
D. Mitosis menghasilkan 4 sel anak manakala meiosis menghasilkan 8 sel anak
36.
36. Berapakah bilangan kromosom dalam sel soma seorang lelaki?
a)
A. 44 + XX
b)
B. 44 + XY
c)
C. 46 + XX
d)
D. 46 + XY
37.
37. Rajah di bawah menunjukkan sepasang kromosom homolog. Apakah yang diwakili oleh X?
a)
A. Alel dominan
b)
B. Alel resesif
c)
C. Sentromer
d)
D. Kromatid
38.
38. Antara yang berikut, yang manakah bukan kecacatan yang disebabkan oleh mutasi gen?
a)
A. Hemofilia
b)
B. Albinisme
c)
C. Buta warna
d)
D. Sindrom Down
39.
39. Antara haiwan berikut, yang manakah mempunyai rangka hidrostatik?
a)
A. Ikan
b)
B. Pacat
c)
C. Ketam
d)
D. Belalang
40.
40. Bagaimanakah cara tumbuhan akuatik memperoleh sokongan?
a)
A. Mempunyai akar sokongan
b)
B. Melalui daya keapungan air
c)
C. Mempunyai batang berkayu yang padat
d)
D. Daun yang halus membantunya terapung
41.
41. Pernyataan yang manakah tidak benar tentang hormon?
a)
A. Hormon adalah bahan kimia organik
b)
B. Hormon dihasilkan dalam jumlah yang banyak
c)
C. Hormon dirembeskan secara terus ke dalam salur darah
d)
D. Hormon yang tidak lagi digunakan dimusnahkan di dalam hati.
42.
42. Seorang lelaki menderita penyakit tertentu yang menyebabkan pankreasnya terpaksa dibuang melalui pembedahan. Apakah kesan terhadap lelaki itu?
a)
A. Aras glukosa darahnya tidak dapat dikawal atur
b)
B. Kadar metabolisme badan tidak dapat dikawal
c)
C. Air tidak dapat diserap semula oleh ginjal
d)
D. Sperma tidak dapat dihasilkan
43.
43. Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan faktor yang mempengaruhi kesihatan mental?
a)
A. Penuaan
b)
B. Penyalahgunaan dadah
c)
C. Ketidakseimbangan hormon
d)
D. Kecederaan pada bahagian tangan
44.
44. Apakah jenis bahan bagi wayar kuprum?
a)
A. Bahan ion
b)
B. Bahan atom
c)
C. Bahan molekul
d)
D. Bahan atom dan bahan ion
45.
45. Antara yang berikut, yang manakah wujud sebagai molekul?
a)
A. Sulfur
b)
B. Karbon
c)
C. Natrium
d)
D. Karbon dioksida
46.
46. Antara yang berikut, yang menakah merupakan bahan ion?
a)
A. Air
b)
B. Besi
c)
C. Gas helium
d)
D. Garam biasa
47.
47. Bagaimanakah unsur-unsur disusun dalam Jadual Berkala Unsur Moden?
a)
A. Mengikut nombor nukleon
b)
B. Mengikut bilangan neutron
c)
C. Mengikut nombor proton
d)
D. Mengikut elektron valens
48.
48. Antara unsur berikut, yang manakah merupakan unsur Kumpulan 18?
a)
A. Halogen
b)
B. Gas nadir
c)
C. Logam alkali
d)
D. Logam alkali bumi
49.
49. Antara unsur berikut, yang manakah berada dalam Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala Unsur Moden?
a)
A. Argon dan helium
b)
B. Kalium dan natrium
c)
C. Iodin dan klorin
d)
D. Nitrogen dan fosforus
50.
50. Rajah di bawah mewakili suatu atom bagi unsur R. Antara yang berikut, yang manakah merupakan konfigurasi elektron bagi unsur R?
a)
A. 2.8.8.8.8.1
b)
B. 2.8.5.2
c)
C. 2.8.2.5
d)
D. 2.8.7
100 %
