wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kursus Asas Perolehan Siri 2/2023

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah punca kuasa perundangan dalam melaksanakan Perolehan Kerajaan?

a) Seksyen 6 (1) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]

b) Seksyen 5 Akta Perwakilan Kuasa 1956 [Akta 358]

c) Akta Kontrak Kerajaan 1949 [Akta 120]

d) Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Perbendaharaan berkaitan Perolehan Kerajaan (PP/PK)

a)

a, b dan c

b)

b, c dan d

c)

a dan d

d)

semua di atas

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan Perolehan Kerajaan?

a)

Perolehan bekalan, perkhidmatan atau kerja yang dilaksanakan oleh Agensi yang diberi kuasa oleh Perbendaharaan, dengan menggunakan peruntukan Persekutuan (sepenuhnya atau sebahagian) bagi tujuan operasi Agensi, penyampaian perkhidmatan Kerajaan atau kepentingan awam.

b)

Perolehan bekalan, perkhidmatan atau kerja atau mana-mana kombinasi yang dilaksanakan oleh Agensi dengan menggunakan peruntukan Persekutuan (sepenuhnya atau sebahagian).

c)

Perolehan bekalan, perkhidmatan atau kerja atau mana-mana kombinasi yang dilaksanakan oleh Agensi yang diberi kuasa oleh Perbendaharaan, dengan menggunakan peruntukan Persekutuan (sepenuhnya atau sebahagian) bagi tujuan operasi Agensi, penyampaian perkhidmatan Kerajaan atau kepentingan awam.

d)

Perolehan yang dilaksanakan oleh Agensi yang diberi kuasa oleh Perbendaharaan, dengan menggunakan peruntukan Persekutuan (sepenuhnya atau sebahagian) bagi tujuan operasi Agensi, penyampaian perkhidmatan Kerajaan atau kepentingan awam.

3.

Berikut adalah tanggungjawab Jawatankuasa Penyediaan Spesifikasi kecuali:

a)

Menyedia dan mengesahkan spesifikasi lengkap bagi item perolehan serta diluluskan oleh pelulus yang dilantik.

b)

Menyedia dan mengesahkan kriteria penilaian, skema dan skor pemarkahan bagi tujuan penilaian teknikal.

c)

Memberi perhatian kepada perkara yang ditetapkan di dalam peraturan perolehan semasa yang berkuat kuasa berkaitan penyediaan spesifikasi.

d)

Membuat penilaian secara terperinci bagi memastikan penilaian yang dibuat adalah berasaskan kepada spesifikasi perolehan yang ditetapkan dalam dokumen.

4.

Berikut merupakan jenis-jenis spesifikasi bagi sesuatu perolehan kecuali:

a)

Fungsi (functional)

b)

Jenama (brand)

c)

Teknikal (technical)

d)

Prestasi (performance)

5.

Berapakah jumlah minimum ahli-ahli bagi Jawatankuasa Penilaian Teknikal bagi sesuatu perolehan?

a)

Sekurang-kurangnya tiga (3) orang iaitu seorang pengerusi dan dua (2) orang pegawai termasuk wakil daripada Agensi lain yang berkaitan sekiranya perlu.

b)

Sekurang-kurangnya tiga (3) orang iaitu seorang pengerusi, seorang setiausaha dan seorang pegawai termasuk wakil daripada Agensi lain yang berkaitan sekiranya perlu.

c)

Sekurang-kurangnya 4 orang iaitu seorang pengerusi, seorang setiausaha dan dua (2) pegawai termasuk wakil daripada Agensi lain yang berkaitan sekiranya perlu.

d)

Sekurang-kurangya 4 orang iaitu seorang pengerusi dan (tiga) orang pegawai termasuk wakil daripada Agensi lain yang berkaitan sekiranya perlu.

6.

Berapakah Penilaian teknikal ke atas tender/sebut harga bekalan dan perkhidmatan boleh dijalankan?

a)

Satu

b)

Dua

c)

Tiga

d)

Empat

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan Surat Niat (Letter of Intent)?

a)

Surat pengesahan penerimaan sesuatu tawaran berasaskan kepada syarat yang telah ditetapkan dalam dokumen tender atau syarat-syarat lain yang   dipersetujui.

b)

Dokumen yang mengandungi klausa-klausa kontrak bagi menjaga kepentingan Kerajaan.

c)

Surat yang dihantar kepada petender yang meliputi kenyataan hasrat atau niat untuk menerima tawaran petender tapi memerlukan rundingan lanjut atau pengubahsuaian ke atas tawaran asal syarikat.

d)

Suatu sandaran yang dipegang oleh Kerajaan sebagai jaminan bagi memastikan kontraktor mematuhi dan melaksanakan obligasinya di bawah kontrak yang ditandatanganinya.

8.

Berikut adalah Bentuk Bon Pelaksanaan:

i) Jaminan Pengguna

ii) Jaminan Insurans

iii) Jaminan Syarikat

iv) Jaminan Bank

a)

i,ii & iii

b)

i,iii & iv

c)

ii,iii & iv

d)

ii & iv

9.

Apakah kuantiti stok maksimum yang harus disimpan pada satu-satu masa?

a)

1 Bulan Penggunaan

b)

2 Bulan Penggunaan

c)

3 Bulan Penggunaan

d)

4 Bulan Penggunaan

10.

Berapa lamakah tempoh merekod stok selepas tarikh pengesahan penerimaan barang?

a)

7 hari

b)

10 hari

c)

1 minggu

d)

2 minggu