Font size
WorksheetsUJIAN C02
Total questions: 21
Worksheet time: 14mins
Apakah definisi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SPKK) atau National Occupational Skills Standard (NOSS)?
Dokumen yang mengandungi satu standard pekerjaan yang dibukukan untuk rujukan industri.
Dokumen yang mengandungi senarai pekerjaan mengikut pasaran pekerjaan semasa Malaysia.
Dokumen yang menggariskan keterampilan diperlukan oleh pekerja mahir di Malaysia bagi sesuatu bidang pekerjaan
Dokumen yang dibangunkan oleh individu yang pakar dalam kemahiran untuk penilaian standard kemahiran pekerja mahir.
Antara berikut, yang manakah komponen yang terdapat dalam dokumen Competency Profile (CP)? (Pilih 3 jawapan betul)
Aktitivi kerja unit kompetensi (CU Work Activity)
Deskriptor unit kompetensi (CU Descriptor)
Kriteria penilaian (Assessment Criteria)
Kriteria prestasi (Performance Criteria)
Apakah komponen utama yang terkandung dalam Curriculum of Competency Unit (CoCU) pada National Occupational Skills Standard (NOSS)? (Pilih 3 jawapan betul)
Related Skills
Related Knowledge
Assessment Criteria
Performance Objective
Antara berikut, yang manakah pernyataan yang menepati pelaksanaan proses pemurnian Curriculum of Competency Unit (CoCU)? (Pilih 2 jawapan betul)
Proses menyemak dan menyusun semula Work Activities (WA).
Menambah pernyataan pada Related Knowledge dan Related Skills.
Memastikan aktiviti pembelajaran mengikut turutan dari kompleks ke mudah.
Menambah masa latihan pada Training Duration sekiranya tidak mencukupi
Apakah komponen-komponen yang perlu ditentukan pecahan masa dalam Jadual Penetapan Peratusan Masa Aktiviti Pembelajaran dan Penilaian? (Pilih 3 jawapan betul)
Kendiri
Tugasan
Penilaian
Bersemuka
Antara berikut, yang manakah aktiviti pembelajaran kendiri tanpa pengawasan daripada pengajar?
Pembelajaran teori dan pembelajaran amali
Penilaian berterusan dan penilaian akhir
Penyediaan projek dan latihan industri
Tugasan dan penulisan laporan.
Apakah tujuan Jadual Penetapan Peratusan Masa Aktiviti Pembelajaran dan Penilaian?
Digunakan untuk memantau aktiviti pembelajaran dan penilaian bagi setiap Competency Unit (CU).
Digunakan untuk menetapkan peratusan masa aktiviti pembelajaran dan penilaian bagi setiap Competency Unit (CU).
Digunakan untuk meminimumkan masa pelaksanaan aktiviti pembelajaran dan penilaian bagi setiap Competency Unit (CU).
A. Digunakan untuk memastikan aktiviti pembelajaran dan penilaian bagi setiap Competency Unit (CU) dilaksanakan dalam tempoh yang sesuai.
Apakah kegunaan Jadual Pembahagian WIM (JPW)?
Membantu pelatih menentukan tajuk Kertas Penerangan, Kertas Tugasan dan Kertas Kerja.
Membantu pelatih menentukan bilangan Kertas Penerangan, Kertas Tugasan dan Kertas Kerja.
Membantu pengajar menentukan bilangan dan tajuk Pelan Mengajar Teori, Pelan Mengajar Amali, Kertas Penerangan, Kertas Tugasan dan Kertas Kerja.
Membantu pengajar menentukan tajuk Pelan Mengajar Teori, Pelan Mengajar Amali, Kertas Penerangan, Kertas Tugasan, Kertas Kerja dan Kertas Penilaian.
Apakah dokumen yang disediakan oleh pengajar untuk kegunaan pelatih bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran?
Bahan Penilaian Bertulis
Bahan Pengajaran Bertulis
Bahan Penerangan Bertulis
Bahan Pembelajaran Bertulis
Antara berikut, manakah benar mengenai Kertas Penerangan?
Diedarkan pada topik yang berikutnya
Dijadikan sebagai rujukan oleh pelajar
Digunakan oleh pengajar untuk menyampaikan pengajaran
Dilengkapi dengan penerangan pengajaran dan pembelajaran amali.
Apakah aktiviti pengajaran yang boleh dilakukan dalam Langkah Pengesahan pada Pelan Mengajar Amali?
Edarkan Kertas Penerangan
Soal pelatih berdasarkan topik yang telah diajar
Bantu pelatih supaya dapat melakukan tugas dengan baik
Arahkan pelatih merujuk Kertas Kerja untuk melaksanakan tugas
Apakah helaian yang menunjukkan langkah dan butiran kerja bagi membimbing pelatih menguasai kemahiran yang ditetapkan?
Kertas Kerja
Pelan Mengaja
Kertas Tugasan
Kertas Penerangan
Antara berikut, yang manakah merupakan aktiviti dalam langkah pengesahan? (Pilih 3 jawapan betul)
Pastikan objektif tercapai
Timbulkan minat pelatih ke arah tajuk pengajaran.
Nyatakan arahan dengan jelas supaya pelatih mudah faham
Beri ringkasan mengenai apa yang telah diajar dan faedahnya
”Di dalam Pelan Mengajar harus menyatakan aktiviti pengajaran bagi membolehkan pelatih menjalankan tugas menggunakan kesemua teknik dan prinsip yang telah dipelajari tanpa bantuan pengajar”.
Berdasarkan kenyataan di atas, namakan langkah pengajaran yang dimaksudkan.
Langkah Persediaan
Langkah Penggunaan
Langkah Pengesahan
Langkah Penyampaian
Antara berikut, yang manakah kata kerja yang sesuai digunakan untuk tujuan pengajaran bagi penyediaan Pelan Mengajar Amali?
Huraikan
Lakarkan
Nyatakan
Terangkan
Pilih faktor-faktor yang menentukan sama ada Work Activities (WA) perlu gabung, pecah atau kekal bagi penyediaan Jadual Pembahagian WIM (Pilih 3 jawapan betul)
Objektif latihan
Proses kerja yang terlibat
Kemudahan latihan dan infrastruktur
Related Knowledge dan Related Skills
Pilih contoh-contoh tujuan pengajaran teori yang menepati format penulisan yang betul. (Pilih 3 jawapan betul)
Uji kefungsian perintang
Huraikan kaedah asas lukisan 3D
Terangkan jenis-jenis jahitn tangan
Jelaskan fungsi cecair pembasmi kuman
Antara berikut, yang manakah kaedah penulisan Kertas Penerangan yang menepati format? (Pilih 3 jawapan betul)
Menggunakan ayat-ayat yang kompleks
Disertakan dengan soalan-soalan ringkas
Menyenaraikan sumber rujukan yang digunakan
Melabelkan gambar rajah dan ilustrasi yang berkaitan
Apakah ciri-ciri umum Kertas Tugasan? (Pilih 3 jawapan betul)
Tidak diambil kira sebagai penilaian kerja kursus
Soalan disediakan merujuk kepada Kertas Penerangan dengan menggunakan pelbagai bentuk soalan
Soalan pendek yang akan ditanya secara lisan sama ada sebelum, semasa atau selepas latihan amali dilaksanakan
Sebagai latihan kepada pelatih untuk menguji pemahaman sebelum menghadapi penilaian berterusan atau peperiksaan akhir.
“Mengandungi langkah demi langkah aktiviti bagi suatu kemahiran kerja untuk diberikan kepada pelatih”.
Apakah dokumen Written Instructional Material (WIM) yang dimaksudkan oleh pernyataan di atas?
Kertas Kerja
Pelan Mengajar
KertasTugasan
Kertas Penerangan
Apakah bahan pembelajaran yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran? (Pilih 3 jawapan betul)
Kertas Kerja
Kertas Latihan
Kertas Tugasan
Kertas Penerangan
