WorksheetsPNG T4 - BAB 2: TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN
Total questions: 25
Worksheet time: 17mins
Apakah peranan Bank Negara Malaysia?
Menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan
Menawarkan pembiayaan kepada orang ramai
Memantau dan mengawal keadaan ekonomi
Menerbitkan syer syarikat awam berhad
Gambar di bawah merupakan logo sebuah agensi kerajaan.
Antara berikut, yang manakah peranan agensi tersebut kepada peniaga?
I Memberi pelepasan cukai
II Memberi Latihan dan seminar
III Menyediakan kemudahan infrastruktur
IV Menyediakan pusat perniagaan
I & II
I & IV
II & III
III & IV
Kerajaan negeri menjalankan peranan ...
membangunkan kawasan setempat
membina jaringan pengangkutan yang baik
mengumpul cukai pendapatan dan cukai keuntungan perniagaan
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan kerajaan dalam menangani isu perniagaan.
Pernyataan di atas boleh dikaitkan dengan isu pada peringkat _______________
Tempatan
Negeri
Negara
Serantau
Maklumat berikut berkaitan dengan pelepasan cukai.
· Diberikan kepada syarikat yang berstatus MSC
· Perniagaan terlibat dalam industri teknologi tinggi.
Pernyataan di atas merujuk kepada _______________
Taraf perintis
Potongan cukai
Pengecualian cukai
Elaun cukai pelaburan
Pilih pernyataan yang benar berkaitan dengan guna tenaga penuh.
Pengangguran mencapai tahap minimum empat peratus
Pengurangan kadar ganti pusing dalam kalangan pekerja
Tidak wujud pengangguran sumber tenaga dalam kalangan pekerja
Penganggur diberi latihan berkaitan dengan peningkatan produktiviti
Maklumat berikut berkaitan dengan pengangguran.
"Perubahan dalam industri secara keseluruhan menyebabkan kemahiran pekerja tidak lagi diperlukan."
Apakah jenis pengangguran tersebut?
Kitaran
Struktur
Teknologi
Bermusim
Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah pengangguran bermusim?
Mengehadkan penggunaan mesin moden untuk proses tertentu
Melaksanakan dasar fiskal untuk mengekang kemelesatan ekonomi
Memberi insentif kepada peniaga yang membenarkan pekerja terus bekerja
Membuat perancangan ekonomi sesuai dengan trend perubahan ekonomi semasa
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan kerajaan dalam aspek guna tenaga.
Apakah jenis pengangguran yang telah dialami oleh Encik Yong Peng?
Pengangguran bermusim
Pengangguran teknologi
Pengangguran struktur
Pengangguran kitaran
Antara yang berikut, yang manakah punca berlakunya inflasi?
I Peningkatan tinggi permintaan berbanding penawaran barang
II Peningkatan tinggi penawaran berbanding permintaan barang
III Penduduk meramalkan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan
IV Kenaikan kos pengeluaran barang dan perkhidmatan
I & II
I & IV
II & III
III & IV
Yang manakah kesan deflasi?
Berlaku guna tenaga penuh
Kuasa beli guna pengguna meningkat
Wujud lambakan barang atau perkhidmatan dalam pasaran
Permintaan terhadap barang atau perkhidmatan meningkat secara berterusan
Graf di bawah menunjukkan satu trend dalam persekitaran perniagaan.
Apakah faktor dalaman yang mempengaruhi trend tersebut?
Politik yang stabil
Pekerja yang bermotivasi
Ekonomi yang melambung
Teknologi yang berkembang
Gambar di bawah adalah dialog antara seorang pengurus (Encik Abas) dengan staf bawahannya (Puan Natijah).
Apakah gaya pengurusan yang ditunjukkan oleh Encik Abas?
Laissez-faire
Demokratik
Sederhana
Autokratik
Situasi manakah yang berkaitan dengan gaya pengurusan sederhana?
Majikan bertindak tegas dengan pekerja
Majikan terlalu memberi ruang kepada pekerja mereka
Majikan menjaga hubungan baik dengan pekerja mereka
Majikan menjalinkan hubungan baik dengan pekerja mereka
Apakah kelebihan penggunaan sumber manusia luaran kepada perniagaan?
Pekerja lebih mahir dalam organisasi
Majikan mempunyai maklumat pekerja
Pekerja mempunyai kemahiran baharu
Majikan perlu mengaturkan program induksi
Carta di bawah berkaitan dengan pengeluaran perabot oleh Syarikat Mohis Berhad pada tahun 2018.
Apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi menangani jualan sedemikian?
I Mengeluarkan produk baharu
II Meneroka pasaran di tempat lain
III Memulakan perniagaan yang baharu
IV Meningkatkan pengeluaran secara besar – besaran
I & II
I & IV
II & III
III & IV
Pernyataan manakah merupakan persekitaran luaran yang boleh menjayakan sesebuah perniagaan?
Struktur organisasi yang mantap dapat menyelaraskan aktiviti antara jabatan
Pembekal bahan mentah memberikan kemudahan kredit jangka pendek
Peluang kenaikan pangkat disediakan sebagai strategi untuk meningkatkan motivasi pekerja
Sumber kewangan syarikat mencukupi untuk membiayai kos pembangunan
Faktor persekitaran yang manakah membawa kepada perubahan perniagaan?
A
B
C
D
Maklumat berikut berkaitan dengan trend persekitaran perniagaan di Negara M.
· Pakai pelitup mulut
· Imbas MySejahtera atau tulis maklumat diri secara manual
· Imbas suhu badan dahulu
· Sanitasi tangan
Aktiviti ini perlu dilakukan oleh setiap pengguna sebelum memasuki premis perniagaan. Aktiviti ini merujuk kepada faktor _______________
Ekonomi
Pengurusan
Sosiobudaya
Undang – undang
Yang manakah pasangan yang betul?
A
B
C
D
Pilih pernyataan yang benar berkaitan analisis SWOT.
Kekuatan dan ancaman ialah komponen analisis dalaman
Kekuatan dan kelemahan ialah komponen analisis luaran
Peluang dan ancaman ialah komponen untuk analisis luaran
Peluang dan kelemahan ialah komponen untuk analisis dalaman
Mengapakah perniagaan perlu melakukan analisis SWOT?
Meningkatkan keuntungan perniagaan
Menjalinkan hubungan strategik dengan perniagaan lain
Menilai keadaan yang mempengaruhi aktiviti perniagaan
Mendapatkan bantuan daripada kerajaan dari segi kewangan
Mengapakah trend penggunaan tenaga pekerja di negara maju semakin berkurangan?
Tiada peluang untuk kenaikan pangkat dalam organisasi
Upah yang ditawarkan rendah oleh itu pekerja berhijrah ke negara lain
Meningkatnya penggunaan mesin, robot dan teknologi dalam pengeluaran
Negara maju hanya menumpukan kepada bidang perkhidmatan sahaja
Antara berikut, yang manakah merupakan kesan perubahan dari aspek undang – undang?
I Melindungi pengguna daripada penipuan
II Mewujudkan system perniagaan yang adil
III Pendapatan individu akan meningkat
IV Penglibatan tenaga buruh yang meningkat
I & II
I & IV
II & III
III & IV
Bagaimanakah inflasi boleh berlaku?
Kenaikan kos pengeluaran
Harga barang yang menurun
Pengeluaran yang meningkat
Permintaan pengguna kurang
