WorksheetsKUIZ
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Kata majmuk tercipta apabila ___ atau lebih kata ___ digabungkan atau dirangkaikan untuk mencipta makna tertentu.
dua, dasar
satu, akar
dua, akar
satu, dasar
Berikut merupakan kata kerja majmuk kecuali...
pilih kasih
tukar lampin
tunjuk ajar
angkat kaki
Berikut merupakan kata adjektif majmuk kecuali
kuning langsat
putih mata
biru laut
merah jambu
Yang manakah merupakan kata majmuk istilah khusus?
beg tangan
garis pusat
mata pelajaran
bandar raya
Kata majmuk dieja secara ___ dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya _________ boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.
Terpisah, boleh
Tercantum, tidak boleh
Terpisah, tidak boleh
tercantum, boleh
Berikut merupakan jenis penggandaan dalam kata nama ganda kecuali ______.
penggandaan separa
penggandaan berentak
penggandaan penuh
penggandaan tunggal
Guru besar mengambil tindakan tatatertib_______ terhadap murid yang terlibat dengan kes buli itu.
porak-poranda
remeh-temeh
robak-rabik
serta-merta
Pokok padi itu ________ apabila ditiup angin.
liang-liuk
bengkang-bengkok
lenggak-lenggok
simpang-siur
Perkataan yang mengalami peleburan fonem ialah;
pengisar
pengebom
pendatang
peragut
______________majlis itu terpaksa diubah kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
atur suai
atur susun
atur masa
atur cara
Maria melukis beberapa bentuk ______ kaki sama pada kertas lukisan itu dengan menggunakan pensel.
segi empat
segi bujur
segi tiga
segi bulatan
Jawapan di bawah adalah rangkaian kata yang terdiri daripada bentuk frasa dan boleh menerima penyisipan di antaranya, kecuali:
riang gembira
cantik manis
ringan tulang
muda remaja
Adakah perkataan yang mengalami penggandaan berentak dapat menerima imbuhan awalan?
ya
tidak
Berikut ialah contoh penggandaan berentak persamaa bunyi konsonan, kecuali:
cerai-berai
mandi-manda
bolak-balik
huyung-hayang
Kuih karipap yang baru lepas digoreng itu _________ belaka.
panas-panas
pahit-pahit
cantik-cantik
comel-comel
