wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU (MBM)

Total questions: 17

Worksheet time: 34mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut merupakan akronim?

a)

Laksamana

b)

Antarabangsa

c)

Pawagam

d)

Cerdik

2.

Antara berikut yang manakah merupakan kata adjektif.

a)

Sayang

b)

Rasa

c)

Mata

d)

Keletihan

3.

Antara berikut yang manakah merupakan kata terbitan apitan?

a)

Bertanggungjawab

b)

Memberitahu

c)

Ketimuran

d)

Hadiahi

4.

Antara berikut yang manakah merupakan kata penguat?

a)

Berani

b)

Gagah perkasa

c)

Juara

d)

Sangat

5.

Berikut merupakan golongan kata majmuk kecuali?

a)

Guru Besar

b)

gunung-ganang

c)

Matahari

d)

campur tangan

6.

Industri desa sangat penting untuk meningkatkan pendapatan penduduk dari luar bandar.

Apakah pola bagi ayat di atas?

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FN+FS

7.

Pelajar cemerlang itu melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti terkemuka di London.

Apakah pola bagi ayat di atas?

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FN+FS

8.

Kuda berwarna coklat itu merupakan juara bagi acara lumba kuda.

Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.

a)

Subjek: Kuda

Predikat: berwarna coklat itu merupakan juara bagi acara lumba kuda.

b)

Subjek: Bagi acara lumba kuda

Predikat: kuda berwarna coklat itu merupakan juara.

c)

Subjek: Kuda berwarna coklat itu

Predikat: merupakan juara bagi acara lumba kuda.

9.

Industri pelancongan di negara kita mengalami kerugian akibat daripada pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.

a)

Subjek: Industri pelancongan

Predikat: di negara kita mengalami kerugian akibat dari pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

b)

Subjek: Industri pelancongan di negara kita mengalami

Predikat: kerugian akibat daripada pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

c)

Subjek: Industri pelancongan di negara kita

Predikat: mengalami kerugian akibat daripada pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

10.

Masyarakat mengejar populariti dan pendapatan di alam maya.

Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat susunan songsang.

a)

Di alam maya masyarakat mengejar populariti dan pendapatan.

b)

Populariti dan pendapatan di alam maya masyarakat mengejar.

c)

Masyarakat mengejar di alam maya populariti dan pendapatan.

11.

Mangsa buli perlu membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.

a)

Aduan perlu dibuat oleh mangsa buli kepada pihak berkuasa.

b)

Membuat aduan kepada pihak berkuasa mangsa buli perlu.

c)

Perlu membuat aduan kepada pihak berkuasa mangsa buli

12.

Aiman sangat menggemari aktiviti sukan renang.

Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.

a)

Aktiviti sukan renang Aiman sangat menggemari.

b)

Aktiviti sukan renang sangat digemari oleh Aiman.

c)

Gemar sangat Aiman aktiviti sukan renang.

13.

Kamu perlu membuat tugasan yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan oleh pensyarah.

Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.

a)

Perlu dibuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah mengikut masa yang ditetapkan kamu.

b)

Mengikut masa yang ditetapkan oleh pensyarah kamu perlu membuat tugasan yang diberikan.

c)

Tugasan yang diberikan kamu perlu buat mengikut masa yang ditetapkan oleh pensyarah.

14.

Walaupun Mira telah beberapa kali ditegur oleh guru disiplin namun perangainya tetap tidak berubah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas.

a)

Bagai menanam tebu di bibir

b)

Ibarat kera mendapat bunga

c)

Bagai itik mengajar anaknya berjalan lurus

d)

Seperti hujan jatuh ke pasir

15.

Masak di luar mentah di dalam.

Apakah maksud bagi peribahasa di atas?

a)

Tunjuk berani tapi sebenarnya takut

b)

Hanya pandai bercakap tapi tidak pandai bekerja

c)

Zahirnya kelihatan baik tapi sebenarnya jahat

d)

Berbuat sesuatu perkara yang tidak diketahui dan akhirnya kecewa

16.

Dalam novel Silir Daksina karya Nizar Parman, Abdullah Kayan ialah seorang penggiat aktif dalam bidang kebudayaan dan merupakan ______ kepada Haiqal.

a)

Moyang

b)

Cikgu

c)

Cucu

d)

Ayah

17.

Dalam Novel Silir Daksina, Haiqal pergi ke Kampung Seri Purnama untuk meneruskan legasi ayahnya dalam bidang seni tarian ______.

a)

Igal-igal

b)

Kuda Kepang

c)

Zapin

d)

K-Pop