wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pre & Post Test Modul 3 ( Asas Kaunseling Penagihan)

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Kaunseling adalah satu bantuan profesional yang mempunyai matlamat-matlamat berikut KECUALI

a)

Perubahan Tingkat Laku

b)

Perubahan hubungan yang positif

c)

Membuat keputusan yang berkesan

d)

Merawat kecelaruan kognitif

2.

Yang manakah BUKAN kemahiran interpersonal yang diperlukan untuk seseorang yang bekerja dengan penyalahguna dadah dan substan?

a)

Baik hati

b)

Kebolehan peribadi

c)

Ketulenan

d)

Penerimaan positif dan rasa hormat

e)

Kemesraan dan empati

3.

Satu proses aktif di mana kaunselor menyelami perasaan klien, meletakkan diri dalam diri klien, mempunyai gambaran yang baik mengenai perasaan klien dan dalam keadaan tertentu memahami perasaan klien. Pernyataan ini menjelaskan tentang apa?

a)

Simpati

b)

Empati

c)

Celik akal

d)

Pengupayaan

4.

Dalam kemahiran mendengar secara aktif, kaunselor perlu mendengar perkara-perkara berikut daripada klien KECUALI

a)

Isi kandungan yang diperkatakan

b)

Persepsi yang dimiliki

c)

Mendengar perasaan yang dinyatakan

d)

Perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan

5.

Apakah kemahiran yang seorang kaunselor akan gunakan dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan tepat daripada klien?

a)

Refleksi

b)

Parafrasa

c)

Dorongan minima

d)

Menyoal

6.

Berikut adalah perhubungan DUALISME yang berlaku antara kaunselor dan klien yang mematuhi etika perhubungan profesional KECUALI:

a)

Saadah mengupah Ali untuk mengecat rumahnya dan memintanya untuk

menyelesaikannya sebelum tempoh

pemulihan Ali berakhir tidak lama lagi

b)

Latifah mengelak menghadiri majlis perkahwinan rakannya kerana kliennya sekarang, Anas turut hadir.

c)

Aina enggan menerima perkhidmatan

daripada kliennya berhubung pinjaman rumah di Bank Y.

d)

Sharul selalu menunaikan solat di surau yang sama dengan kliennya kerana mereka tinggal berdekatan dan beliau mengelak daripada membicarakan masalah peribadi klien semasa pertemuan mereka.

7.

Ros sebagai kaunselor mempunyai masa yang sukar untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Dahlia yang mengalami penderaan domestik sejak beliau sendiri pernah mengalami penderaan fizikal dan mental secara kejam oleh bekas suaminya 10 tahun yang lalu. Apakah proses yang dilalui Ros?

a)

Transferens balas

b)

Rasionalisasi

c)

Transferens

d)

Generalisasi

8.

Klien: “Ustaz Rizal cakap yang saya selalu suka buat kacau dalam masjid…..tu sebab saya diminta jumpa Puan”.

Kaunselor : “Kamu rasa Ustaz menuduh kamu buat kacau di dalam masjid?”. Apakah jenis kemahiran kaunseling yang kaunselor gunakan dalam perbualan ini?

a)

Mendengar

b)

Dorongan minima

c)

Menyoal

d)

Parafrasa

9.

Terdapat tiga(3) bahagian dalam kemahiran refleksi iaitu :

a)

Rekfleksi wajah, refleksi tingkah laku dan refleksi jiwa

b)

Refleksi isi, refleksi perasaan dan refleksi

pengalaman

c)

Refleksi empati, refleksi simpati dan refleksi terapeutik

d)

Refleksi awal, refleksi pertengahan dan

refleksi akhir

10.

Berikut adalah tujuan merumus yang digunakan dalam sesi kaunseling oleh kaunselor MELAINKAN

a)

Satu perhubungan antara sesi sebelum

ini dan sesi semasa

b)

Mengkonfrontasi penyataan klien yang tidak konsisten

c)

Merangkum idea dan perasaan yang

dikongsikan oleh klien

d)

Menyatakan kefahaman kaunselor kepada isu klien dengan tepat

11.

Di bawah ini adalah contoh dorongan minima oleh kaunselor KECUALI:

a)

Kaunselor:

“Jadi anda rasa ibu anda tidak

suka anda…”

b)

Kaunselor: “Mmmmm… (sambil anguk- anguk)”

c)

Kaunselor: (tersenyum sambil

menangguk-anguk)

d)

Kaunselor:

"Teruskan "

12.

Teknik konfrontasi mempunyai beberapa kelebihan di antaranya adalah..

a)

Aplikasi teknik ini sangat sukar untuk diterapkan

b)

Kaunselor dapat mengetahui kejujuran klien

c)

Klien tidak dapat menyedari perasaan sebenarnya

d)

Kaunselor susah untuk mengukur

kejayaan kaunseling

13.

Suasana sunyi, tidak ada interaksi lisan antara kaunselor dan klien dalam proses kaunseling dinamakan sebagai...

a)

Kesenyapan

b)

Prafrasa

c)

Merumuskan

d)

Kedamaian

14.

Salah satu kemahiran asas kaunseling adalah merumus dan tujuan teknik merumus adalah seperti berikut KECUALI:

a)

Supaya klien mendengar semula kata-

katanya

b)

Menghubung jalinkan beberapa elemen daripada mesej klien

c)

Supaya tidak ada berlaku perubahan

rupa/distorsi

(Distortion)

d)

Memperlambat sesi kaunseling

15.

Proses menyelesaikan masalah meliputi 5 langkah secara berurutan iaitu:

a)

Definisi Masalah, Membuat Keputusan,

Perlaksanaan, Orentasi dan Menjana Penyelesaian

b)

Orentasi, Definisi Masalah, Menjana Penyelesaian, Membuat Keputusan dan Pelaksanaan

c)

Perlaksanaan, Orentasi, Menjana

Penyelesaian, Membuat Keputusan dan Definisi Masalah.

d)

Perancangan, Pengagihan, Pegawalan, Penyeliaan dan Evaluasi

16.

Berikut adalah halangan-halangan yang mungkin berlaku ketika cuba menyelesaikan masalah KECUALI

a)

Penilaian berlaku dalam percambahan

fikiran

b)

Kaunselor bermula dengan masalah yang terlalu sukar

c)

Kaunselor sentiasa ingat pada tujuan

d)

Masalah tidak dapat ditentukan dengan jelas

17.

Kesenyapan dalam sesi kaunseling bertujuan:

a)

Memberi peluang kepada klien untuk menyusun semula fikiran dan

perasaannya

b)

Cara untuk membalas dendam dengan

kaunselor

c)

Menunjukkan tiada percanggahan antara apa yang diperkatakan oleh klien

tentang dirinya dengan apa yang

dilakukannya

d)

Klien ingin membuat kaunselor menjadi serba salah

18.

Pendekatan penyelesaian masalah yang bertumpukan permasalahan (problem focused) sangat sesuai digunakan apabila...

a)

Dalam situasi bila-bila masa

b)

Tidak boleh digunakan pada semua

situasi

c)

Dalam situasi yang tidak boleh berubah

d)

Dalam situasi yang boleh berubah

19.

Berikut adalah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi klien dalam membuat keputusan KECUALI

a)

Pemikiran dan Emosi

b)

Sosial dan masyarakat

c)

Rakan sebaya

d)

Politik dunia

20.

Penyelesaian masalah berfungsi paling baik apabila klien :

a)

Berada pada fasa penolakan

b)

Mempunyai kekuatan sumber kewangan

c)

Tidak mengalami gangguan seperti

mabuk atau khayal

d)

Sokongan dari rakan sebaya