Font size
WorksheetsUJIAN C06
Total questions: 22
Worksheet time: 16mins
Apakah kelebihan-kelebihan pentadbiran fasiliti latihan yang sistematik dan terancang? (PILIH 2 JAWAPAN BETUL)
Memaksimakan kitaran hayat fasiliti latihan.
Meningkatkan kawalan keselamatan dan kesihatan.
Meningkatkan kawalan terhadap kos bahan latihan dan pelupusan
Meningkatkan kos bahan dan aset bagi pencegahan bencana yang mungkin timbul.
Apakah yang dimaksudkan dengan bangunan dan infrastruktur yang terdapat dalam kategori fasiliti latihan?
Bahan mentah yang digunakan dalam proses latihan
Peralatan yang digunakan dalam melaksanakan latihan kemahiran
Sumber tenaga pakar yang perlu dipertingkatkan bagi menjamin kualiti latihan
Keperluan yang perlu disediakan untuk memberi suasana latihan yang kondusif
Apakah jenis penyelenggaraan yang menggantikan komponen atau sumber fizikal selepas berlaku kerosakan supaya peralatan dapat berfungsi?
Penyelenggaraan Asas
Penyelenggaraan Berkala
Penyelenggaraan Pemulihan
Penyelenggaraan Pencegahan
Bagaimanakah penstoran dan kawalan stok dilaksanakan dalam pentadbiran fasiliti latihan?
Stok dikendalikan secara berhemah serta mematuhi prosedur standard yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Stok direkodkan dan disimpan mengikut prosedur standard yang digunapakai oleh sesebuah institusi latihan.
Stok diperolehi daripada pembekal yang dipercayai serta menawarkan harga yang paling rendah berbanding pembekal lain.
Stok dilabelkan mengikut spesifikasi, jenis dan tarikh luput agar penggunaannya dapat diselia dan mudah dicari oleh pengurus stor.
Apakah yang dimaksudkan dengan Penyelenggaraan Terancang?
Dijalankan apabila berlaku kerosakan atau kegagalan secara mengejut tanpa perancangan awal dan memerlukan tindakan segera.
Dilaksanakan secara berkala terhadap aset bernilai melebihi RM 2000 dan bersistematik bagi memastikan jangka hayatnya dapat ditingkatkan
Dikendalikan berdasarkan perancangan tahunan mengikut peruntukan yang ditetapkan oleh organisasi mengikut keutamaan kepada peralatan latihan sahaja.
Dilakukan berdasarkan jangkaan, pengalaman serta ramalan yang dibuat atas kerosakan dan kecacatan yang dikenalpasti akan berlaku melalui rekod-rekod terdahulu.
Pilih dua jenis Penyelenggaraan Terancang. (PILIH 2 JAWAPAN BETUL)
Penyelenggaraan Pemulihan
Penyelenggaraan Persediaan
Penyelenggaraan Pencegahan
Penyelenggaraan Pembaharuan
Apakah aspek-aspek penting dalam pelaksanaan penyelenggaraan? (PILIH 3 JAWAPAN BETUL)
Penyediaan anggaran kos.
Pemilihan kontraktor yang dipercayai.
Penentuan keutamaan kerja dinilai berdasarkan kos terendah
Penentuan kerja penyelenggaraan dibuat melalui buruh langsung atau kontraktor
Pilih jenis penyelenggaraan yang dilakukan berdasarkan maklumat tentang keadaan sesuatu peralatan melalui hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan
Penyelenggaraan Bersiri
Penyelenggaraan Berjadual
Penyelenggaraan Berdasarkan Bajet
Penyelenggaraan Berdasarkan Keadaan
Apakah kaedah pembelian dimana pembeli membayar barang secara ansuran serta dianggap penyewa sehingga semua ansuran telah dijelaskan?
Pembelian terus
Pembelian sewa beli
Pembelian sebutharga
Pembelian melalui tender
Apakah yang dimaksudkan dengan Penyelenggaraan Pencegahan?
Merupakan kerja-kerja memeriksa, menaiktaraf, membaiki atau mengganti komponen peralatan yang dilakukan mengikut tempoh masa yang telah ditentukan.
Merupakan kerja-kerja memeriksa, menservis, membaiki atau mengganti komponen peralatan yang dilakukan secara berterusan dalam sela masa yang telah ditentukan.
Merupakan kerja-kerja menaiktaraf, menservis, membaiki atau mengganti komponen peralatan yang dilakukan secara berkala mengikut tempoh masa yang telah ditentukan.
Merupakan kerja-kerja memulihkan, menservis, membaiki atau mengganti komponen peralatan yang dilakukan secara sistematik mengikut sela masa yang telah ditentukan.
Apakah konsep “Seragam” dalam Amalan 5S?
Melupuskan barang-barang yang tidak diperlukan secara sistematik.
Mematuhi piawaian persekitaran berkualiti di tempat kerja bagi memastikannya bersih dan teratur sepanjang masa
Menyimpan barang dengan kemas supaya mudah diambil dan disimpan semula serta melabelkan barang yang diperlukan.
Melatih pekerja berdisiplin untuk mengamalkan sistem Amalan 5S secara berterusan supaya menjadi tabiat dan budaya kerja berkualiti dalam organisasi.
Antara berikut, yang manakah kategori pembelian bagi pengendalian kursus, penyenggaraan, pencucian dan pembersihan dan pengurusan bangunan?
Kerja
Kursus
Bekalan
Perkhidmatan
Apakah faedah-faedah amalan 5S di tempat kerja? (PILIH 3 JAWAPAN BETUL)
Meningkatkan semangat individualistik dikalangan pekerja.
Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat
Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang
Menjana idea kreatif untuk penyelesaian masalah
Bagaimanakah sistem First In, First Out (FIFO) diaplikasikan dalam pengeluaran stok?
Mengeluarkan stok yang dipohon terlebih dahulu.
Memastikan stok yang diterima dahulu dikeluarkan dahulu
Menyusun stok yang menghampiri tarikh luput di bahagian hadapan
Merekodkan stok yang diterima terlebih dahulu sebelum dikeluarkan
Apakah yang dimaksudkan dengan “Housekeeping” dalam pentadbiran fasiliti latihan?
Aset direkodkan, dilabelkan dan ditempatkan mengikut keperluan.
Bahan latihan disimpan mengikut prosedur standard yang digunapakai oleh sesebuah institusi latihan.
Dilaksanakan ke atas fasiliti latihan untuk memastikan keadaan fasiliti latihan berada dalam keadaan baik.
Prosedur untuk memastikan susunatur, kekemasan, kebersihan dan keselamatan fasiliti dapat memudahkan penggunaan.
Bagaimanakah Amalan 5S dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyelenggaraan?
Menghalang salah letak peralatan.
Mengurangkan masa pencarian peralatan atau bahan
Meningkatkan keupayaan jangka hayat mesin, peralatan atau kemudahan
Meningkatkan keupayaan melaksanakan kerja dengan lebih pantas dan selamat.
Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan penyelenggaraan dilaksanakan terhadap fasiliti latihan? (PILIH 3 JAWAPAN BETUL)
Untuk memanjangkan usia penggunaan sesuatu aset.
Untuk memberi keseimbangan terhadap aliran tunai organisasi
Untuk menjimatkan perbelanjaan dan kos mengganti jangkamasa panjang.
Untuk mewujudkan suasana kerja yang selesa demi mempertingkatkan produktiviti agensi.
Apakah justifikasi yang perlu diberi perhatian sebelum sesuatu pembelian dibuat?
Bajet, spesifikasi, kuantiti, kualiti, pembekal dan anggaran harga.
Bajet minimum, spesifikasi, kualiti, pembekal dan anggaran harga
Kos seunit, spesifikasi, kuantiti, kualiti, jenama dan harga keseluruhan
Kos seunit, pembekal, spesifikasi, kualiti, jenama dan harga keseluruhan.
Apakah kriteria yang perlu diberi perhatian sebelum meluluskan sesuatu perolehan?
Kuantiti, tempoh serahan dan kos.
Bajet, tujuan perolehan dan kuantiti.
Justifikasi keperluan, harga dan bajet.
Kegunaan, harga terendah dan kualiti.
Apakah maksud “Diuruskan Secara Telus” dalam prinsip pembelian?
Pembelian seharusnya menunjukkan akauntabiliti awam yang diamanahkan.
Pengurusan pembelian hendaklah memberikan pulangan yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan
Semua dasar, peraturan, prosedur dan proses pembelian itu sendiri hendaklah jelas, diketahui dan difahami umum.
Sesuatu pembelian itu di pelawa dan diproses dengan adil dan saksama berasaskan dasar dan peraturan yang berkaitan.
Apakah tanggungjawab Pemeriksa Aset dalam struktur pengurusan aset?
Bertanggungjawab terhadap kawalan dan pengurusan aset.
Bertanggungjawab mengurus operasi dan penyelenggaraan aset.
Bertanggungjawab memeriksa rekod aset, rekod penyelenggaraan dan membuat nilaian aset
A. Bertanggungjawab mengendalikan kerja-kerja penyelenggaraan dan mengemaskini rekod aset.
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘risiko’?
A. Perkara yang mendatangkan kecelakaan.
Perbuatan yang mendatangkan kecederaan
Tindakan secara sendirian yang mampu mengakibatkan kemudaratan
Kebarangkalian bagi sesuatu hazard untuk menyebabkan kemudaratan
