wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TAMRIN SAINS SOSIAL (MENENGAH RENDAH)

Total questions: 100

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah ibadah yang hukumnya WAJIB berwuduk kecuali

 

a)

Membaca Al Quran 

b)

Menunaikan solat 

c)

Memegang mushaf Al Quran 

d)

Melakukan Tawaf

2.

Antara perkara rukun wuduk ialah membasuh kaki hingga ke ____.

a)

Siku

b)

Hujung jari

c)

Buku lali

d)

Buku sila

3.

Berikut adalah golongan yang dikira sebagai mahram kecuali:

 

a)

Bapa

b)

Isteri

c)

Ibu

d)

Kakak

4.

Solat adalah rukun Islam yang ke ____.

 

a)

5

b)

4

c)

3

d)

2

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan nama Allah Al-Musawwir?

 

a)

 

Yang Maha Pembentuk Pelbagai Rupa

b)

Yang Maha Pencipta

c)

Yang Maha Bijaksana

d)

Yang Maha Pemberi Rezeki

 

6.

Dalam Bahasa Inggeris, Sejarah ialah History.

History berasal daripada bahasa Yunani, historia yang bererti__________

 

a)

riiwayat

b)

salasilah

c)

keturunan

d)

penyelidikan

7.

1.    Sejarah berasal daripada perkataan iaitu ” syajaratun”.

Syajaratun bermaksud_____________

a)

kisah

b)

pokok

c)

gunung

d)

sumbangan

8.

 

Menurut Kamus Dewan, sejarah didefinisikan sebagai____________.

a)

Fakta

b)

Asal-usul

c)

Kehidupan

d)

Tindakan manusia

9.

 

Sejarah merujuk kepada peristiwa masa lalu yang diperoleh berdasarkan________.

a)

bukti

b)

cerita

c)

percakapan

d)

pemahaman

10.

Geologi merujuk kepada bidang ilmu yang mengkaji ____________

a)

langit

b)

bintang

c)

iklim dunia

d)

pembentukan bumi

11.

Balqis berjalan ke arah matahari terbit. Ke arah manakah dia hendak pergi?

a)

utara

b)

timur

c)

barat

d)

selatan

12.

 

Garisan yang membahagikan bumi kepada hemisfera utara dan hemisfera selatan ialah

a)

Artik

b)

Jadi

c)

Selatan

d)

Khatulistiwa

13.

 

Antara yang berikut, manakah pandang darat budaya yang terdapat dalam sebuah peta topografi?

a)

hutan

b)

sungai

c)

paya bakau

d)

kelapa sawit

14.

Negeri manakah yang bersempadan dengan enam buah negeri?

a)

Perak

b)

Perlis

c)

Pahang

d)

Selangor

15.

Benua yang berada di bahagian paling selatan adalah benua

a)

Asia

b)

Eropah

c)

Afrika

d)

Antartika

16.

Antara berikut yang manakah merupakan warna primer?

a)

Hijau

b)

Kuning

c)

Ungu

d)

Jingga

17.

Antara berikut yang manakah merupakan prinsip reka bentuk?

a)

kontras

b)

saiz

c)

tekstur

d)

garisan

18.

1                    Pembinaan objek melibatkan empat teknik iaitu pembuangan, peleraian, pembenaman dan…

a)

pencantuman

b)

pengeratan

c)

penyatuan

d)

penampalan

19.

Antara berikut yang manakah skop kerja bagi pereka bentuk?

a)

Menyediakan dokumentasi

b)

Berbincang dengan pelanggan

c)

Menguji dan membuat analisis

d)

Membahagikan kumpulan kerja

20.

Antara berikut yang manakah merupakan kelebihan pembentukan kumpulan kerja kepada individu?

a)

Peningkatan motivasi staf

b)

Kejelekatan

c)

Kurang tekanan dalam aspek pekerjaan

d)

Penglibatan yang menyeluruh

21.

Senaraikan dua tokoh seni tanah air pada tahun 1930 an

a)

Yong Mun Sen dan Anthony Lau

b)

Abdullah Ariff dan Khalil Ibrahim

c)

Yong Mun Sen dan Abdullah Ariff

d)

Khalil Ibrahim dan Chuah Thean Teng

22.

Antara berikut, yang manakah cara menghasilkan bentuk  ilusi ?

a)

melukis  bentuk  sebuah  kotak

b)

membuat  binaan  daripada kayu

c)

membuat ukiran dari batu mamar

d)

mencantum benda menjadi binaan

23.

Apabila melihat karya seni di galeri, apakah  fokus yang menjadi perhatian utama ?

a)

Tajuk

b)

Motif

c)

Teknik

d)

Konsep

24.

Mengapakah produk seperti di bawah mudah menarik minat orang ramai ?

a)

Warna cerah yang amat menarik

b)

Jenis bahan yang mudah didapati

c)

Kreatif dan dapat menyelesaikan masalah

d)

Ringan,ringkas  dan harga yang berpatutan

25.

Apakah prinsip rekaan yang amat ketara pada gambar di bawah  ?

a)

Kontra  dan pergerakan

b)

Harmoni  dan imbangan

c)

Imbangan dan kesatuan

d)

Kesatuan dan harmoni

26.

Kemampuan otot atau sekumpulan otot menghasilkan daya dengan kuasa maksimum bagi mengatasi rintangan adalah definisi bagi

a)

Kekuatan Otot

b)

Daya tahan Otot

c)

Kelenturan

d)

Daya tahan kardiovaskular

27.

Apakah maksud kelenturan?

a)

  Keupayaan tendon dan ligamen untuk membenarkan anggota badan bergerak pada lingkungan pergerakan yang minimum

b)

Keupayaan otot dan ligamen untuk membenarkan anggota badan bergerak pada julat pergerakan maksimum

c)

Keupayaan otot, tendon dan ligamen untuk membenarkan sendi anggota badan bergerak pada julat pergerakan yang maksimum

d)

Keupayaan otot, tendon dan ligamen untuk membenarkan sendi anggota pada julat pergerakan yang minimum.

28.

Nyatakan gaya lompatan yang dilakukan oleh peserta lompat tinggi tersebut?

a)

Gaya pelana

b)

Gaya gunting

c)

Gaya timur

d)

Gaya fosbury

29.

Dalam permainan bola jaring, pemain yang dibenarkan menjaringkan bola sewaktu permainan berlangsung ialah?

a)

WA dan WD

b)

GS dan GA

c)

C dan GS

d)

GK dan GD

30.

Apakah yang dimaksudkan dengan keluarga tunggal?

a)

Keluarga sama ada ibu atau bapa tidak tinggal bersama akaibat penceraian atau kematian

b)

Beberapa keluarga nucleus yang tinggal serumah

c)

Keluarga yang terdiri daripada suami isteri tanpa anak kandung atau anak angkat.

d)

Keluarga yang terdiri daripada ibu bapa, anak kandung atau anak angkat dan tinggal serumah.

31.

Air mutlak yang telah digunakan untuk bersuci.

 

Pernyataan di atas merujuk kepada sifat bagi _____________.

a)

air mutlak

b)

air mutanajjis

c)

air mustakmal

d)

air musyammas

32.

Apakah maksud istinjak dari segi istilah?

a)

Perbuatan menyucikan anggota tertentu berserta niat

b)

Perbuatan menghilangkan najis yang keluar dari qubul ataupun dubur

c)

Perbuatan mengalirkan air ke atas badan dengan niat yang tertentu

d)

Perbuatan menyapu debu tanah yang suci ke anggota tertentu dengan beberapa syarat berserta niat

33.

Antara berikut, perkara manakah merupakan perkara makruh ketika berwuduk?

a)

Menyapu seluruh kepala

b)

Mengelap anggota wuduk selepas berwuduk

c)

Memasukkan air dan menyedutnya ke dalam hidung

d)

Melebihkan kawasan basuhan muka, tangan dan kaki

34.

Antara berikut, yang manakah merupakan isteri Nabi Muhammad SAW?

 

a)

Ruqayyah

b)

Mariatul Qibtiyyah

c)

Suwaibah Aslamiyah

d)

Ummu Aiman

35.

Apakah peristiwa penting yang berlaku ketika Nabi Muhammad SAW berusia 51 tahun?

a)

Peletakan Hajaratul Aswad

b)

Penghijrahan ke Madinah

c)

Peristiwa Israk dan Mikraj

d)

Penerimaan wahyu pertama

36.

Apakah faktor yang mempengaruhi perubahan bentuk fizikal bumi menjadi daratan dan lautan?

a)

Iklim   

b)

Gempa bumi

c)

Hidupan liar

d)

Aktiviti manusia

37.

Zaman Prasejarah merujuk kepada zaman sebelum manusia mengenali_________

a)

api

b)

logam

c)

tulisan

d)

tembaga

38.

Maksud “civilization” dalam bahasa Inggeris diambil daripada perkataan Yunani, iaitu “civitas”.

Apakah maksud civitas?

a)

sungai

b)

bandar

c)

agama

d)

tulisan

39.

Apakah maksud tamadun mengikut pandangan Islam?

a)

Pembukaan bandar

b)

Pembangunan Kebudayaan

c)

Peningkatan ilmu dan teknologi

d)

Pembangunan lahiriah dan rohaniah

40.

Dalam susun lapis masyarakat Mesir Purba, siapakah yang menduduki tempat paling tinggi?

a)

Firaun

b)

artisan

c)

wazir

d)

bangsawan

41.

Lautan bertanda Y ialah

a)

Lautan Pasifik

b)

Lautan Atlantik

c)

Lautan Hindi

d)

Lautan Selatan

42.

 

Antara berikut, banjaran yang manakah dikenali sebagai tulang belakang Semenanjung Malaysia?

a)

Banjaran Kapuas Hulu

b)

Banjaran Tahan

c)

Banjaran Crocker

d)

Banjaran Titiwangsa

43.

 

Namakan bentuk muka bumi pinggir laut bertanda X.

a)

Gua

b)

Gerbang Laut

c)

Batu Tunggal

d)

Batu sisa

44.

 

Apakah sungai yang menjadi sempadan semulajadi negeri Perak dan Selangor?

a)

Sungai Perak

b)

Sungai Bernam

c)

Sungai Endau

d)

Sungai Muda

45.

Apakah bandar di Asia Tenggara yang diberi gelaran ‘Venice Timur’?

a)

Jakarta

b)

Manila

c)

Bangkok

d)

Dili

46.

Tujuan penilaian hasil mock-up atau model adalah untuk ________________.

a)

menguji ketahanan produk

b)

menambah baik reka bentuk produk

c)

membolehkan kemasan dilakukan

d)

mengukur keberkesanan produk

47.

 

  Antara berikut yang manakah bukan merupakan ciri projek brief?

a)

Sasaran pengguna

b)

Kriteria produk

c)

Tajuk projek

d)

Lakaran idea

48.

 

  Proses awal lakaran ialah _______________.

a)

perincian visual

b)

perincian asas

c)

contengan idea

d)

lakaran piktorial

49.

Antara berikut yang manakah bukan kaedah untuk menghasilkan rendering?

a)

saiz

b)

warna

c)

tekstur

d)

garisan

50.

 

Teknik penyusunan sistem fertigasi gegelang akan mengagihkan air secara _________.

a)

selari

b)

kawalan

c)

percikan

d)

seimbang

51.

Irama dan pergerakan  dapat dilihat  dalam bentuk ilusi apabila kita melihat

a)

Seni Tari

b)

Seni Teater

c)

Seni Lakonan

d)

Seni Visual

52.

Apakah tujuan utama memahami tajuk dan mesej dalam karya seni?

a)

Memahami teknik penghasilan karya

b)

Mengenali pengkarya dengan lebih lanjut 

c)

Mempertingkatkan penghayatan pada karya seni

d)

Membentuk jati diri di kalangan peminat seni

53.

Mengapakah logo di bawah kelihatan menarik dan tersendiri ?

a)

Bentuk yang ringkas

b)

Warna yang minimum

c)

Mempunyai rupa simetri

d)

Mengandungi prinsip pergerakan

54.

Apakah yang menjadi perhatian utama apabila pertama kali melihat hasil kraf di bawah ?

a)

 

Jenis motif

b)

Alat ukiran

c)

Nama bunga

d)

Nama pengukir

55.

Apakah prinsip rekaan yang amat ketara dari gambar rajah di bawah ?

a)

Imbangan dan penegasan

b)

Kontra dan penegasan

c)

Kontra dan pergerakan

d)

Imbangan dan pergerakan

56.

Mengapakah kemahiran gerak kaki penting dalam permainan bola jaring?

a)

Menukar arah dengan pantas

b)

Menghalang lawan mendekati bola

c)

Melancarkan pemain melarikan bola

d)

Menjaring bola dengan lebih mudah

57.

Terdapat dua saiz berbeza bola dalam permainan bola baling. Berapakah saiz bola yang digunakan bagi pemain perempuan?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

58.

Kemahiran menanduk merupakan salah satu kemahiran dalam permainan sepak takraw. Kemahiran menanduk digunakan sebagai

a)

Strategi menyerang ketika berlawan

b)

Strategi untuk bertahan

c)

Strategi untuk memulakan permainan

d)

Strategi untuk mematikan servis pihak lawan

59.

Gambar ini menunjukkan seorang pemain bola baling sedang melakukan aksi jaringan untuk mendapatkan gol. Apakah yang perlu dilakukan oleh pemain pasukan lawan untuk menghalang pemain tersebut daripada menjaringkan gol?

a)

Mengadang pemain tersebut daripada menjaringkan gol

b)

Menepis bola tersebut daripada memasuki jaring gol

c)

Melanggar pemain tersebut sebelum menjaringkan gol

d)

Mengacah pemain tersebut daripada menjaringkan gol

60.

Gambar di atas menunjukan salah satu kemahiran dalam permainan takraw. Nyatakan kemahiran tersebut..

a)

Kemahiran melakukan servis

b)

Kemahiran menerima servis

c)

Kemahiran menghadang

d)

Kemahiran menanduk

61.

 

1. Berikut ialah hukum tajwid nun sakinah dan tanwin bertemu huruf hijaiyah kecuali

a)

ikhfa haqiqi

b)

ikhfa syafawi

c)

idgham bila ghunnah

d)

idgham maal ghunnah

62.

Apakah hukum menangani kemungkaran? 

a)

Wajib

b)

harus

c)

sunat

d)

fardhu kifayah

63.

Nyatakan maksud nama Allah Al Qadir dari segi Bahasa.

a)

Yang kuat

b)

Yang berkuasa

c)

Yang menepati

d)

Yang menentukan

64.

Dari segi istilah, Al Qadir ialah nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT yang Maha Berkuasa menentukan sesuatu perkara berdasarkan kehendak dan _______________.

a)

kuasa-Nya

b)

ilmu-Nya

c)

keagungan-Nya

d)

kekuatan-Nya

65.

Nyatakan pengertian solat berjemaah dari segi Bahasa.

a)

Berkumpul

b)

 Berpegang

c)

Kelompok

d)

Kepecayaan

66.

Apakah kawasan yang meliputi Alam Melayu menurut pendapat Profesor Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.

a)

India

b)

Barat China

c)

Papua New Guinea

d)

Kepulauan Atlantik

67.

Apakah bahasa utama yang digunakan oleh kerajaan Majapahit?

a)

Melayu Champa

b)

Jawa Kuno

c)

Sanskrit

d)

Melayu

68.

Apakah peranan golongan atasan dalam struktur sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu?

a)

Meluaskan kawasan perdagangan

b)

Meluaskan kawasan pengaruh kerajaan

c)

Menyebarkan agama dan budaya kerajaan

d)

Menjaga kebajikan dan melindungi rakyatnya

69.

Sistem tulisan dan bahasa masyarakat kerajaan Alam Melayu dikaitkan dengan pengaruh daripada India. Apakah  jenis tulisan  tersebut?

a)

Sanskrit

b)

Tamil

c)

Kawi

d)

Pegon

70.

Mengapakah Parameswara memilih Melaka untuk dijadikan sebagai sebuah kerajaan?

a)

Kaya dengan hasil bumi

b)

Kedudukan yang strategik

c)

Sesuai untuk mendirikan penempatan

d)

Banyak tumbuhan semulajadi untuk menjana ekonomi

71.

Apakah faktor yang mempengaruhi pembiasan angin lazim?

a)

Putaran bumi

b)

Peredaran bumi

c)

Kecondongan paksi bumi

d)

Kedudukan hemisfera bumi

72.

  Apakah jenis iklim Malaysia?

a)

Gurun Panas

b)

Iklim Khatulistiwa

c)

Iklim Monsun Tropika

d)

Iklim Sederhana Panas

73.

  Antara berikut, Kawasan pelancongan yang manakah berkaitan dengan maklumat berikut?

·         Suhu 18°C

·         Sejuk dan nyaman

a)

Melaka

b)

Kuala Lumpur

c)

Pulau Langkawi

d)

Cameron Highlands

74.

Kawasan manakah di Malaysia yang menerima hujan paling sedikit?

a)

Kapit

b)

Bukit Larut

c)

Kuala Pilah

d)

Kota Kinabalu

75.

Apakah lebuh raya yang menghubungkan utara dan selatan di Semenanjung Malaysia?

a)

Lebuh raya Pantai Timur

b)

Lebuh raya Timur-Barat     

c)

Lebuh raya Persekutuan

d)

Lebuh raya Utara-Selatan

76.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan definisi yang betul bagi teknologi pembuatan produk.

a)

Pembuatan produk perlu menggunakan teknologi moden

b)

Pembuatan produk adalah penghasilan produk berskala besar

c)

Pembuatan produk perlu menggunakan teknologi terbaharu

d)

Penghasilan produk menggunakan tangan atau mesin

77.

Gambar berikut menunjukkan salah satu kaedah dalam proses pembuatan.

a)

Acuan

b)

Tuangan

c)

Sambungan

d)

Pembentukan

78.

 

  Apakah kelebihan menggunakan kaedah moden berbanding kaedah konvensional?

a)

Dapat menghasilkan produk produk dengan lebih banyak

b)

Hasil projek yang lebih berkualiti

c)

Kos pembuatan yang lebih tinggi

d)

Projek lebih lama untuk disiapkan

79.

Antara berikut yang manakah alatan media lakaran?

a)

Pensel

b)

Pembaris

c)

Jangka Lukis

d)

Jangka Sudut

80.

     Antara yang berikut, yang manakah komponen yang tidak digunakan dalam pembinaan sistem akuaponik?

a)

Tangki air

b)

Pam air

c)

Media tanaman

d)

A.    Tanah

81.

Solat berjemaah bermaksud solat makmum bersama-sama dengan solat _____________ dengan sekurang-kurangnya seorang imam dan seorang makmum mengikut syarat-syarat tertentu.

a)

fardu

b)

ketua

c)

sunat

d)

imam

82.

Hukum solat berjemaah bagi individu ialah ____________________.

a)

wajib

b)

sunat muakad

c)

sunat

d)

makruh

83.

Salah satu cara strategi politik Rasulullah SAW ialah dengan mengamalkan konsep _____________ dalam pemerintahannya.

a)

akidah

b)

takwa

c)

syura

d)

perbahasan

84.

Antara sifat malu yang dituntut ialah malu melakukan perkara_____________ seperti berbual kosong dan bercakap tidak sopan.

a)

halal

b)

makruh

c)

haram

d)

biasa

85.

Antara contoh sifat malu yang dilarang ialah malu bertanya dan malu berada dalam majlis _________________.

a)

perkahwinan

b)

perhimpunan

c)

ramah-mesra

d)

ilmu

86.

Apakah nama sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Sistem pembesar lapan lipatan

b)

Sistem pembesar empat lipatan

c)

Sistem pembesar enam belas lipatan

d)

Sistem pembesar tiga puluh dua lipatan

87.

Mengapakah Sultan Mahmud Shah dan keluarga meninggalkan Melaka pada abad   ke-16?

a)

Bencana alam

b)

Konflik pembesar

c)

Serangan Portugis

d)

Lokasi tidak strategik

88.

Apakah peranan Ibu Soko dalam pelaksanaan Adat Perpatih?

a)

Memilih Undang

b)

Menghafal adat dan asal-usul

c)

Menjadi ketua rujukan berkaitan adat

d)

Memilih orang yang layak menjadi Yamtuan Besar

89.

Apakah perbezaan amalan dalam Adat Temenggung berbanding Adat Perpatih?

a)

Jurai keturunan sebelah bapa

b)

Wanita mewarisi harta pusaka

c)

Hukuman bersifat pemulihan

d)

Perkahwinan sesama suku tidak digalakkan

90.

Apakah peranan Bobohizan bagi kaum Kadazandusun dan Bobolian bagi kaum  Murut?

a)

Menjaga keamanan kampung

b)

Ketua angkatan perang

c)

Mengurus harta pusaka

d)

Mengurus soal adat

91.

Apakah jenis iklim yang mengalami musim kering dan musim lembap yang nyata?

a)

Iklim Khatulistiwa

b)

Iklim Mediterranean

c)

Iklim Gurun Panas

d)

Iklim Monsun Tropika

92.

 

1             Mengapakah Kawasan iklim Gurun Panas berkeadaan Gersang?

a)

Terlindung daripada tanah tinggi

b)

Terletak jauh daripada Garisan Khatulistiwa

c)

Pengaruh angin dan tekanan berbeza

d)

Hujan tahunan kurang daripada 250mm

93.

Negara manakah yang mempunyai kereta api (bullet train) paling efisien?

a)

Jepun

b)

China

c)

Russia

d)

Korea Selatan

94.

Apakah yang dimaksudkan dengan pemanasan global?

a)

Suhu bumi yang semakin menurun

b)

Peningkatan suhu atmosfera bumi

c)

Pancaran matahari menurunkan suhu bumi

d)

Penurunan suhu atmosfera yang mendadak

95.

Apakah punca aras laut meningkat?

a)

Hujan lebat di lautan

b)

Pencairan ais di kutub utara

c)

Pertambahan jumlah kapal dalam laut

d)

Tiupan angin yang kuat di tengah lautan

96.

 

  Antara yang berikut, manakah bukan kepentingan reka bentuk makanan?

a)

Untuk melindungi etika sosial

b)

Untuk menzahirkan nilai estetika

c)

Untuk menggalakkan kemajuan ekonomi

d)

A.    Untuk memberikan kebebasan memilih kepada pengguna

97.

 

Gambar berikut menunjukkan sejenis pisau. Apakah kegunaan pisau tersebut?

a)

  Mengupas bawang

b)

Memisah daging daripada tulang

c)

Memotong permukaan roti yang keras

d)

Memotong halus herba dan sayur-sayuran

98.

Gambar ini menunjukkan alatan yang digunakan dalam proses penyediaan reka bentuk makanan.

   Apakah kategori alatan itu?

a)

Alatan menghidang

b)

Alatan membentuk

c)

Alatan memotong

d)

Alatan menghias

99.

Antara berikut, yang manakah komponen menghalang benda asing masuk ke sistem pengairan dalam fertigasi?

a)

Pam air

b)

Penapis

c)

Set penitis

d)

Tangki nutrient

100.

Rajah menunjukkan garisan interaksi.

a)

Berguna

b)

Bermasalah

c)

Berguna tetapi berlebihan

d)

Berguna tetapi bermasalah