wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan ulangkaji PSPM 2

Total questions: 53

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

Produk yang selalu dibeli oleh pengguna , harganya rendah dan tidak memerlukan usaha yang banyak untuk mendapatkannya.

a)

Produk Beli Belah

b)

Produk Mudah Beli

c)

Produk Tidak Dicari

d)

Produk Istimewa

2.

Alim membeli coklat Cadburry kerana tertarik dengan pembungkusannya yang menarik. Produk yang dibeli oleh Alim merupakan

a)

Produk Gerak Hati

b)

Produk Kecemasan

c)

Produk Asasi

d)

Produk Terpengaruh

3.

Abang Jamil membeli alat pemadam kebakaran setelah menyaksikan demontrasi kebakaran dari pihak bomba. Apakah kategori produk pengguna tersebut.

a)

Produk Mudahbeli

b)

Produk istimewa

c)

Produk Tidak Dicari

d)

Produk Industri

4.

Ajima yang merupakan seorang surirumahtangga sering membeli telur ayam dan minyak masak bagi keperluan keluarganya.

a)

Produk kecemasan

b)

Produk Istimewa

c)

Produk asasi

d)

Produk Gerak Hati

5.

Berikut adalah produk industri KECUALI;

a)

Bahan-bahan dan bahagian ganti

b)

Produk Istimewa

c)

Item-Item Modal

d)

Bekalan dan Perkhidmatan

6.

Syarikat Afifi membeli ikan kembong, tepung ubi, garam dan gula bagi meghasilkan keropok lekor ikan keluaran syarikatnya. Klasifikasi produk industri produk tersebut adalah

a)

Bahan pengeluaran ( bahan mentah dan separuh siap)

b)

Bekalan dan perkhidmatan

c)

Item-item modal ( pemasangan dan kelengkapan aksesori)

d)

Bahan-bahan dan bahagian ganti( bahan mentah dan bahagian yg telah diproses)

7.

Item-item modal merupakan produk yang membantu dalam pengeluaran atau operasi termasuk pemasangan dan kelengkapan aksesori. Contoh yang manakah tepat bagi produk tersebut

a)

Bangunan dan kelengkapan yang dipasang seperti lif

b)

Mesin pengeluaran dan generator

c)

tangga bergerak dan sistem pengkomputeran pejabat

d)

Semua yang di dinyatakan

8.

Ia merujuk ciri luaran pembungkusan yang mengandungi maklumat bercetak seperti bahan digunakan,tarikh luput dan cara penggunaan. Pernyataan ini merujuk kepada;

a)

Penjenamaan

b)

Pembungkusan

c)

Khidmat Sokongan

d)

Perlabelan

9.

Syarikat FIN mengeluarkan produk Tauhu Bergedil dan diberi nama Tauhu UMPH. jenama yang diberikan bagi produk tersebut adalah

a)

Jenama Pengedar

b)

Jenama Pengeluar

c)

Jenama Generik

d)

Jenama Persendirian

10.

Berikut merupakan tujuan penjenamaan kecuali

a)

Mengenalpasti dan membezakan produk firma dengan firma lain

b)

Menggambarkan nilai sesuatu produk

c)

Menolong pengguna membuat pilihan dan mengelak membeli produk pesaing

d)

jenama menggambarkan pembeli

11.

Biskut dibungkus di dalam bekas plastik yang mengandungi 3 keping biskut didalamnya. Ia merupakan contoh bagi

a)

Pembungkusan sekunder

b)

Pembungkusan Penghantaran

c)

Pembungkusan Primer

d)

Pembungkusan Utama

12.

Biskut di bungkus dengan plastik aluminum besar yang mengandungi 25 plastik kecil biskut di dalamnya. Ia merupakan pembungkusan

a)

Sekunder

b)

Primer

c)

Penghantaran

d)

Utama

13.

Kotak kertas tebal yang mengandungi 12 plastik besar aluminium biskut yang digunakan bagi menghatar biskut ke pasaraya besar dan pemborong. Jenis pembungkusan tersebut adalah

a)

Sekunder

b)

Primer

c)

Penghantaran

d)

Utama

14.

7.Peringkat terpanjang dalam Kitaran Hayat Produk ialah tahap;

a)

Pengenalan

b)

Pertumbuhan

c)

Kematangan

d)

Kemerosotan

15.

Jualan minyak wangi Lovely adalah sangat rendah, kos produk yang tinggi,hanya pembeli yang berani sahaja membuat pembelian, pesaing yang sedikit dan pengeluar sangat berhati-hati bagi elak kos pemasaran yang tinggi

a)

tahap pertumbuhan

b)

tahap kematangan

c)

tahap pengenalan

d)

tahap kemerosotan

16.

Syarikat hanya mengeluarkan satu produk asas sahaja iaitu minyak wangi untuk mewangikan diri. Meletakkan harga murah iaitu RM 15.00 sebotol,hanya boleh didapati di kedai guardian dan membuat pengiklanan serta jualan beli 1 percuma 1. Ia merupakan strategi pemasaran bagi tahap

a)

Tahap pertumbuhan

b)

Tahap pengenalan

c)

Tahap Kematangan

d)

Tahap Kemerosotan

17.

Syarikat mula menawarkan pewangi badan yang tahan bagi tempoh 7 hari, melembutkan kuit dan disediakan bagi lelaki dan wanita. Tahap kitaran hayat produk adalah

a)

Tahap Pertumbuhan

b)

Tahap Kematangan

c)

tahap Pengenalan

d)

tahap kemerosotan

18.

Pak Leman meletakkan harga produk makanan direstoran beliau berasaskan golongan atasan,pertengahan dan bawahan. Apakah faktor yang mempengaruhi penentuan harga tersebut;

a)

Ciri-ciri Produk

b)

Pengguna

c)

Persaingan

d)

Objektif Syarikat

19.

Pn.Melor meletakkan harga jualan "air kopi petir" dengan mengenalpasti jumlah kos menyamai jumlah hasil.Apakah kaedah penentuan harga yang digunakan.

a)

Berasaskan Tokokan kos

b)

Berasaskan Titik Pulang Modal

c)

Berasaskan Nilai

d)

Berasaskan Persaingan

20.

Berikut adalah strategi penentuan harga diskaun KECUALI;

a)

Tunai

b)

Fungsi

c)

Kuantiti

d)

Ganjil

21.

Ibnu Ali meletakkan harga produk susu kambing serendah RM 20 sekotak berbanding RM 35 dipasaran dan akan cuba mengekalkan harga tersebut selama yang boleh. Ia merupakan strategi perletakan harga

a)

harga genap

b)

harga tarahan

c)

harga ganjil

d)

harga penembusan

22.

Pn.Serimadu menjual jamu kesihatan dengan membuat kunjungan dari rumah kerumah bagi membantu pelanggan mengenalpasti masalah kesihatan mereka. Kaedah paduan promosi yang digunakan ialah;

a)

Pengiklanan

b)

Promosi jualan

c)

Perhubungan awam

d)

Jualan peribadi

23.

Kebaikan pemasaran digital ialah;

a)

Persaingan yang sengit dari pesaing

b)

Tiada limitasi geografi

c)

Maklumat perniagaan mudah diekploitasi

d)

Memerlukann kepercayaan yang tinggi dari pelanggan.

24.

Pasaraya besar adalah contoh tahap saluran pengedaran;

a)

Langsung

b)

Pemborongan

c)

Peruncitan

d)

Ajen Pengeluar

25.

Produk makanan seperti roti dan tepung akan menggunakan strategi pengedaran;

a)

Intensif

b)

Selektif

c)

Eksklusif

d)

Productive

26.

Pn Marry membeli sepasang sandal berjenama terkenal berharga RM 100 kerana beranggapan produk tersebut berkualiti dan mempunyai imej tinggi.Penentuan harga ini merujuk kepada;

a)

Harga ganjil

b)

Harga genap

c)

Harga psikologi

d)

Harga Tarahan

27.

Sykt Sedapnya mengeluarkan kek baharu berperisa cempedak dan nagka. Strategi penentuan harga yang sesuai bagi produk tersebut adalah

a)

HArga psikologi ( genap dan ganjil)

b)

Harga produk baharu ( tarahan dan penembusan)

c)

harga diskaun ( tunai, fungsi, kuantiti, musim)

d)

Profesional

28.

Syarikat Amell adalah pengeluar kasut dalam pasaran yang semakin kompetitif. Produk Amell telah mencapai kematangan dalam kitaran hayat produk. Keputusan membentuk paduan pemasaran yang baik adalah penting dalam memaksimumkan syer pasaran. Apakah strategi pemasaran bagi promosi produk Amell untuk memaksimumkan syer pasaran?

a)

Pengiklanan dikurangkan dan promosi jualan juga dikurangkan ke tahap minimum

b)

Pengiklanan menekankan strategi memanjangkan hayat produk seperti menawarkan faedah tambahan dan memperbaharui pembungkusan, serta promosi jualan untuk galakan kesetiaan jenama

c)

Pengiklanan membina kesedaran produk di kalangan pengguna awal dan pengedar, promosi jualan yang agresif untuk menggalakkan percubaan

d)

Pengiklanan membina kesedaran dan minat dalam pasaran massa dan menekankan pembezaan produk dari segi jenama, ciri, pembungkusan

29.

  Sebagai usaha untuk meningkatkan jualan produk sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan dan import, Fresh Vegefuits menggunakan khidmat jurujual di pasaraya-pasaraya untuk menyalurkan maklumat mengenai kebaikan produknya kepada orang ramai. Di samping itu, sebahagian daripada hasil jualannya disalurkan kepada Tabung Bersamamu TV3 bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik. Apakah dua kaedah promosi yang digunakan oleh Fresh Vegefruits?

a)

Perhubungan awam

b)

Pemasaran digital

c)

Promosi jualan

d)

Jurujual peribadi

30.

Apakah strategi pengedaran yang sesuai bagi produk di atas?

a)

Pengedaran selektif

b)

Pengedaran eksklusif

c)

Pengedaran langsung

d)

Pengedaran intensif

31.

Berikut adalah andaian EOQ  KECUALI

a)

Diskaun harga tidak ditawarkan

b)

Item pesanan diterima dalam bentuk lot dan diterima sekaligus

c)

Memastikan sumber perniagaan diurus secara optima

d)

Hanya dua kos yang relevan iaitu kos perdagangan dan kos pengangan

32.

Apakah perancangan reka bentuk yang paling sesuai bagi Kilang pemasangan kereta?

a)

Simplification

b)

Standardization

c)

Massa

d)

Modular

33.

Semua input pengeluaran seperti tenaga kerja, mesin, bahan mentah dan peralatan disusun khusus mengikut urutan penghasilan sesuatu produk. Susun atur ini merujuk kepada…

a)

Susun atur proses

b)

Susun atur tetap

c)

Susun atur selular

d)

Susun atur produk

34.

Pengeluaran basikal menggabungkan beberapa komponen basikal yng boleh ditukar ganti untuk menghasilkan pelbagai jenis basikal seperti basikal berwifi, basikal berenjin, basikal bergear dan basikal berradio. Rekabentuk pengeluaran yang sesuai adalah

a)

Rekabentuk Standardization

b)

Rekabentuk Simplification

c)

Rekabentuk Modular

d)

Rekabentuk Selular

35.

Sykt Naz Apparel mengeluarkan pelbagai jenis pakaian, bag dan kasut. Semua jenis produk yang melalui bahagian pemotongan dan jahitan akan diletakkan di dalam satu sel yang sama dan produk yang melalui proses percetakan dan pengimejan akan diletakkan dalam satu sel yang sama. Susun atur pengeluaran yang paling sesuai adalah

a)

Susun atur tetap

b)

Susun atur proses

c)

Susun atur produk

d)

Susun atur selular

36.

Sykt mengurangkan proses pembakaran 1,000 roti dari 25 minit kepada 10 minit bagi mengurangkan masalah roti hangus. Ia merupakan contoh yang sesuai bagi proses kawalan kualiti

a)

Rancang

b)

Buat

c)

Semak

d)

Tindakan

37.

Sykat memeriksa 1,000 unit roti yang dikurangkan masa pembakaran adakah tidak hangus seperti yang dirancang. Proses kawalan kualiti yg dilibatkan adalah

a)

rancang

b)

buat

c)

semak

d)

tindakan

38.

Sykat mendapatkan maklumbalas dari pelanggan bagi memastikan rotinya tidak lagi hangus dan melaksanakan pengurangan proses pembakaran dari 25 minit ke 15 minit pada keseluruhan pengeluaran roti dalam kilang.

a)

Rancang

b)

Semak

c)

Buat

d)

Tindakan

39.

Sykat merancang untuk mengurangkan proses pembakaran roti bagi mengurangkan masalah roti hangus. Ia merupakan contoh bagi proses kawalan kualiti

a)

Rancang

b)

Buat

c)

Semak

d)

Tindakan

40.

Tumpuan kepada produk, proses dan aspek manusia, merupakansatu proses berterusan, penglibatan seluruh organisasi,pendekatan kerja secara berpasukan dan tumpuan kepada pelanggan. Ia merupakan prinisp-prinsip

a)

EOQ

b)

TQM

c)

JIT

d)

ISO

41.

Apakah kaedah perniagaan antarabangsa yang dijalankan oleh syarikat dalam gambar di atas?

a)

Usahasama

b)

Import

c)

Eksport

d)

Francais

42.

M Kitchen merupakan sebuah syarikat multinasional yang mengeluar dan memasarkan alatan memasak yang sangat berjaya di Thailand. M Kitchen berhasrat meluaskan pasaran perniagaan ke peringkat antarabangsa khususnya di negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia. Tetapi M Kitchen menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan pekerja di Malaysia kerana perbezaaan bahasa yang digunakan. Apakah cabaran yang dihadapi oleh M Kitchen?

a)

Ekonomi

b)

Sosiobudaya

c)

Struktur organisasi

d)

Politik dan perundangan

43.

Berikut merupakan objektif perlindungan perdagangan KECUALI...

a)

Melindungi industri penting

b)

Menjamin peluang pekerjaan

c)

Menggalakkan perkembangan industry baru

d)

Mengatasi imbangan pembayaran positif

44.

Jappan Nippon Inc memberi kebenaran kepada Sykt SAFI di Malaysia untuk mengeluarkan kuih Mochi jenamanya dan menjualnya bagi pasaran Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Kaedah perdagangan yang digunakan adalah

a)

Kontrak Pengeluaran

b)

Perlesenan

c)

Francais

d)

Usahasama

45.

Sentul Sdn Bhd bersama Brussels Group di Itali bersama-sama mengeluarkan produk keropok lekor baharu menggunakan ikan salmon bagi pasaran Eropah. Kaedah perdagangan antarabangsa yang digunakan adalah

a)

Kontrak Pengeluaran

b)

Perlesenan

c)

Usahasama

d)

Pelaburan Langsung

46.

keputusan yang sukar dikawal oleh ibu pejabat, keputusan yang tidak selari dengan ibu pejabat, berlaku ketidakseragaman dari pelbagai aspek operasi syarikat adalah antara masalah yang perlukan pertukaran dari

a)

Centralization kepada decentralization

b)

Decentralization kepada centralization

c)

Struktur organisasi fungsian kepada divisional

d)

Struktur divisional kepada fungsian

47.

AFI Bhd mendapat tukaran wang USD yang banyak apabila mengeksport produknya ke Amerika sekaligus dapat mengukuhkan ekonomi negara dan memudahkan urusan perdagangan antarabangsanya pada masa hadapan. ia merupakan objektif /peranan perniagaan antarabangsa

a)

Pasaran Luas

b)

Mobiliti Guna Tenaga

c)

Pemindahan teknologi

d)

Tukaran Asing

48.

Sykat MAH memberi kebenaran kepada sykt SAF di Madrid untuk membuat baju tradisional Spain bagi anak patungnya dan membelinya semula untuk dipakaikan pada anak patung yang akan dieksport ke benua Eropah. Kenalpasti kaedah perdagangan antrabangsa yang digunakan.

a)

Perlesenan

b)

Usahasama

c)

Kontrak Pengeluaran

d)

Pelaburan Langsung

49.

"Peruntukan kewangan untuk jabatan pemasaran perlulah lebih tinggi daripada jabatan perakaunan kerana jabatan pemasaran terlibat dengan pelbagai aktiviti promosi dan jualan."

Ayat di atas merujuk kepada pendekatan beretika ...

a)

Pendekatan keadilan

b)

Pendekatan individualisme

c)

Pendekatan hak moral

d)

Pendekatan utilitarian

50.

Berikut merupakan kategori aduan awam KECUALI...

a)

Kelewatan atau tindakan tidak adil

b)

Kegagalan penguatkuasaan

c)

Membuang sampah merata-rata

d)

Salah laku anggota awam

51.

- Memberi sumbangan kepada mangsa banjir

- Memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar yang cemerlang

Berikut merujuk tanggungjawab kepada...

a)

Pelabur

b)

Pihak pengurusan

c)

Pengguna

d)

Komuniti

52.

Aminah sebagai Pengarah Urusan Sykt ABC Bhd telah memanjangkan waktu bekerja pekerja pengeluaran dari 7 jam sehari kepada 8 jam sehari bagi memastikan produk dapat dikeluarkan dalam jumlah yang ditetapkan. Kenalpasti tindakan beretika yang dilakukannya.

a)

Utilitarian

b)

Hak moral

c)

Individualisme

d)

Keadilan

53.

Sykt XYZ berusaha mendapatkan kerja baharu di syarikat lain bagi 50 orang pekerjanya yang telah diberhentikan bagi mengurangkan kos operasi syarikat. Kenalpasti pendekatan tindakan beretika yang dilakukan

a)

Utilitarian

b)

Individualisme

c)

Hak Moral

d)

Keadilan