wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sistem persekutuan

Total questions: 80

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan Persekutuan?

a)

Penyatuan beberapa buah negeri dan membentuk Persekutuan

b)

Gabungan antara negeri yang berdaulat dan membentuk Persekutuan

c)

Gabungan empat buah negeri Melayu berdasarkan Perjanjian Persekutuan 1895

d)

Penerusan tradisi sejarah

2.

Persekutuan berkuatkuasa pada tahun 1896 dikenali sebagai

a)

Negeri-Negeri Selat

b)

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

c)

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

d)

Persekutuan Borneo

3.

Siapakah Residen Negeri Sembilan yang pertama?

a)

Hugh Low

b)

WW Birch

c)

Martin Lister

d)

J.P Rodger

4.

Antara berikut, sultan manakah yang menandatangani Perjanjian Persekutuan 1895?

I Sultan Idris Murshidul Adzam Shah

II Sultan Samad ibni Raja Abdullah

III Sultan Mansur Shah

IV Sultan Abu Bakar

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

5.

Pada tahun 1946, British telah menyatukan pentadbiran semua negeri Melayu serta Pulau Pinang dan Melaka untuk membentuk sebuah kerajaan berbentuk kesatuan yang dinamakan

a)

Kerajaan Pusat

b)

Malayan Union

c)

Negeri-negeri Selat

d)

Kesatuan Melayu Raya

6.

Mengapakah pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dilakukan?

a)

Menyatukan kaum

b)

Melicinkan pentadbiran

c)

Memastikan kedaulatan terpelihara

d)

Membentuk kesatuan

7.

Antara berikut, yang manakah tidak terkandung dalam Senarai Persekutuan?

a)

Hal ehwal luar negeri

b)

Pertahanan

c)

Pelajaran

d)

Tanah

8.

Mengapakah peruntukan tambahan diberikan dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama bagi Sarawak dan Sabah?

a)

Mengawal kerakyatan

b)

Menentukan Hari Kelepasan Negeri

c)

Mentadbir mengikut perlembagaan

d)

Menyesuaikan kemasukan negeri dalam Persekutuan Malaysia

9.

Kerajaan Tempatan lebih dikenali sebagai

a)

Pihak Berkuasa Daerah

b)

Pihak Berkuasa Negeri

c)

Pihak Berkuasa Tempatan

d)

Pihak Berkuasa Awam

10.

• Menjaga kesihatan awam

• Menyenggara sistem saliran


Antara berikut, nilai manakah yang sesuai dikaitkan dengan fungsi Kerajaan Tempatan di atas?

a)

Bekerjasama

b)

Adil

c)

Bertanggungjawab

d)

Toleransi

11.

Berikut merupakan tujuan utama kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.


~Memastikan segala usaha pembangunan dapat memberi manfaat demi kesejahteraan rakyat di seluruh negara~

Yang berikut merupakan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri kecuali

a)

Kerjasama pembangunan ekonomi

b)

Kerjasama pemuliharaan perhutanan negara

c)

Kerjasama penyediaan perumahan rakyat

d)

Kerjasama menjamin keselamatan Negara

12.

Melalui kerjasama pembangunan sosioekonomi, kerajaan telah menubuhkan FELDA. Apaka tugas FELDA?

a)

Mengurus dan menyalur kewangan kepada Kerajaan Negeri

b)

Melaksanakan rancangan pembangunan tanah baharu

c)

Menguruskan air dan saliran

d)

Membekalkan benih sawit

13.

Bagi memulihara khazanah laut, Kerajaan Persekutuan membentuk dasar berkaitan dengan taman laut manakala Kerajaan Negeri berkuasa terhadap

a)

pembersihan taman

b)

pembangunan taman

c)

pembersihan pulau

d)

pembangunan pulau

14.

Berikut merupakan Program Perumahan Mampu Milik di peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri kecuali

a)

Perbadanan Perumahan 1 Malaysia (PRIMA)

b)

Rumah Selagorku

c)

Program Perumahan Rakyat (PPR)

d)

Rumah Mesra Rakyat

15.

Jawatankuasa Pemantau Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) ditubuhkan bagi meningkatkan keselamatan kawasan Timur Sabah. Siapakah pengerusi jawatankuasa tersebut?

a)

Ketua Pegawai Turus

b)

Perdana Menteri Malaysia

c)

Ketua Pegawai Eksekutif

d)

Panglima Pasukan Keselamatan

16.

Berikut merupakan faktor yang mengukuhkan Sistem Persekutuan


I. Keluhuran perlembagaan

II. Kedaulatan undang-undang

III. Penyelarasan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

IV. Perlembagaan Persekutuan

a)

I dan II

b)

II dan IV

c)

I dan III

d)

III dan IV

17.

Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri adalah dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Apakah tujuan mesyuarat tersebut diadakan?

a)

Membincangkan pelaksanaan sesuatu dasar yang diputuskan oleh kerajaan

b)

Menyelaras pentadbiran Kerajaan Persekutuan

c)

Mengadakan perundingan dengan Kerajaan Persekutuan

d)

Membentuk dasar kerajaan

18.

Tanggungjawab utama Setiausaha Persekutuan bagi Sarawak dan Sabah adalah untuk mengeratkan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Bilakah jawatan tersebut diwujudkan?

a)

1990

b)

1989

c)

1982

d)

1963

19.

Berikut merupakan antara kebaikan yang diperoleh daripada penyelarasan dan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajan Negeri kecuali

a)

Menentukan bidang kuasa dalam persekutuan

b)

Menjamin Sistem Persekutuan beroperasi dengan berkesan

c)

Menyumbang kepada kestabilan hubungan antara negeri

d)

Memberi manfaat kepada kesejahteraan negara

20.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan penubuhan Majlis Negara untuk menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Antaranya ialah

a)

Majlis Keselamatan Negara

b)

Majlis Air Negara

c)

Majlis Kewangan Negara

d)

Majlis Perumahan Negara

21.

Apakah ciri Sistem Persekutuan yang diamalkan di Malaysia?

a)

Penyatuan negeri

b)

Pemerintahan mutlak

c)

Pemerintahan beraja

d)

Pembentukan Kesatuan

22.

Berikutan peluasan pengaruh British, sebuah Persekutuan telah ditubuhkan berdasarkan Perjanjian Persekutuan 1895. Negeri manakah yang terlibat dalam Persekutuan tersebut?

I Perak

II Kedah

III Terengganu

IV Negeri Sembilan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Manakah merupakan titik permulaan sistem Persekutuan di negara kita?

a)

Kesatuan Malaya

b)

Persekutuan Tanah Melayu

c)

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

d)

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

24.

Apakah tujuan diadakan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1927?

a)

Memelihara keamanan

b)

Mengukuhkan kedudukan British

c)

Mempertahankan kuasa raja Melayu

d)

Mewujudkan kerjasama antara raja Melayu dengan British

25.

Maklumat berikut berkaitan dengan usaha British membentuk Persekutuan di negara kita.


1946 - Kesatuan Malaya (Malayan Union)


Apakah kesan pembentukan Persekutuan tersebut?

a)

Agihan kuasa

b)

Kestabilan terjamin

c)

Pemantapan kuasa raja

d)

Penghakisan kuasa raja

26.

Apakah ciri utama sistem Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Pengagihan kuasa

b)

Pemerintahan mutlak

c)

Raja Berperlembagaan

d)

Jawatan Yang di-Pertuan Agong

27.

Senarai berikut berkaitan dengan pentadbiran kerajaan Malaysia.

- Pertahanan

- Kewarganegaraan

- Hal ehwal luar negeri

- Perhubungan dan Pengangkutan


Senarai tersebut adalah di bawah bidang kuasa ...

a)

Parlimen

b)

Kerajaan Negeri

c)

Kerajaan Persekutuan

d)

Kerajaan Persekutuan dan Negeri

28.

Dalam proses pembahagian kuasa, peruntukan kuasa lebih besar diberikan kepada Kerajaan Persekutuan. Mengapakah halnya demikian?


I Undang-undang digubal oleh Parlimen

II Kerajaan Persekutuan terletak di Putrajaya

III Mewujudkan Kerajaan Persekutuan yang kuat

IV Menjamin kestabilan dan kemajuan negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

Pada hari ini, pusat pentadbiran kerajaan Malaysia terletak di

a)

Labuan

b)

Sepang

c)

Putrajaya

d)

Kuala Lumpur

30.

Antara berikut, yang manakah merupakan bidang kuasa Kerajaan Negeri?


I Tanah

II Kewangan

III Pentadbiran keadilan

IV Pertanian dan Perhutanan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

31.

Apakah kepentingan peranan Kerajaan Tempatan dalam sistem kerajaan pada hari ini?

a)

Menggubal undang-undang tempatan

b)

Melaksanakan arahan Kerajaan Negeri

c)

Menjayakan program Kerajaan Persekutuan

d)

Menjadi perantara Kerajaan Negeri dengan rakyat

32.

Mengapakah perlu diwujudkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?

a)

Mengukuhkan pertahanan

b)

Memelihara kedaulatan negara

c)

Menjamin kesejahteraan rakyat

d)

Memajukan ekonomi negara

33.

Maklumat berikut merupakan agensi yang ditubuhkan di Sarawak dan Sabah.


- Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS)

- Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB)


Apakah fungsi agensi tersebut?

a)

Membangunkan wilayah

b)

Menebus guna tanah terbiar

c)

Memulihara tanah pertanian

d)

Mengurus Taman Negara

34.

Mengapakah kedua-dua agenda berikut diberikan perhatian oleh kerajaan Malaysia?


- Pengurusan Taman Negara

- Pengurusan Taman Laut

a)

Menarik pelancong

b)

Menjanakan pendapatan

c)

Mencipta identiti negara

d)

Mengekalkan warisan biodiversiti

35.

Maklumat berikut berkaitan dengan Taman Negara di Sarawak dan Sabah.


Sabah - Taman Negara Kinabalu

Sarawak - Taman Negara Mulu


Apakah keistimewaan taman negara tersebut?

a)

Petempatan awal manusia

b)

Kaya dengan fauna dan flora

c)

Tapak warisan Dunia UNESCO

d)

Hasil kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

36.

Berikut ialah kementerian yang ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1964.


Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan


Apakah peranan kementerian tersebut dalam pembangunan sosioekonomi negara?

a)

Mengatasi masalah kemiskinan

b)

Menggubal dasar pembangunan luar bandar

c)

Menggiatkan pembinaan rumah kos rendah

d)

Meningkatkan taraf hidup penduduk desa

37.

Apakah peranan utama Majlis Keselamatan Negara (MKN)?

a)

Pertahanan negara

b)

Melatih anggota tentera

c)

Menyelaraskan keselamatan

d)

Ketenteraman awam

38.

Apakah faktor yang membawa kepada penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM)?

a)

Serangan lanun

b)

Ancaman komunis

c)

Pencerobohan kuasa luar

d)

Kemiskinan penduduk

39.

Apakah yang dapat mengukuhkan sistem Persekutuan di negara kita?

a)

Proses pilihan raya

b)

Pengamalan demokrasi

c)

Keluhuran Perlembagaan

d)

Peranan Yang di-Pertuan Agong

40.

Sistem Persekutuan di negara kita dapat beroperasi dengan berkesan kerana terdapat penyelarasan yang berkesan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Apakah iktibar yang ditonjolkan melalui kejayaan tersebut?

a)

Kebijaksanaan pemerintah

b)

Kepentingan bermusyawarah

c)

Faedah kemakmuran negara

d)

Penguatkuasaan undang-undang yang ketat

41.

Apakah bentuk pemerintahan negara kita?

a)

Persekutuan

b)

Kesatuan

c)

Konfiderasi

42.

Pilih unsur terpenting sesebuah negara Persekutuan

a)

Kerajaan Pusat

b)

Kerajaan Negeri

43.

___________ ialah gabungan negeri dalam satu ikatan yang LONGGAR.

a)

KONFEDERASI

b)

PERSEKUTUAN

c)

KESATUAN

44.

Siapakah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan PERTAMA pada tahun 1898?

a)

Tuanku Muhammad

b)

Raja Melewar

c)

Yam Tuan Antah

45.

Tokoh tersebut merupakan RESIDEN pertama di Negeri Sembilan.

Siapakah tokoh tersebut?

a)

Martin Lister

b)

J.W.W Birch

c)

Sir Andrew Clark

46.

Pilih Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang ditubuhkan dalam Persekutuan 1896.

a)

Perak

b)

Johor

c)

Selangor

d)

Negeri Sembilan

47.

Di manakah pusat pentadbiran NNMB ?

a)

Kuala Lumpur

b)

Kedah

c)

Negeri Sembilan

48.

Apakah bentuk kerajaan di negara semasa zaman Malayan Union 1946?

a)

Persekutuan

b)

Kesatuan

49.

Siapakah KETUA PERSEKUTUAN dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

YDPA

b)

Pesuruhjaya Tinggi British

50.

Siapakah KETUA PERSEKUTUAN di dalam Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

YDPA

b)

Gabenor

51.

Mengapakah pembahagian kuasa diwujudkan di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri?

a)

Melicinkan pentadbiran

b)

Mengelakkan masalah antara Pusat dan Negeri

52.

Kerajaan TEMPATAN diletakkan di bawah kuasa Kerajaan __________

a)

Negeri

b)

Persekutuan

53.

Pilih kuasa Kerajaan Persekutuan menurut Perlembagaan negara kita.

a)

Tanah

b)

Kewangan

c)

Pelajaran

d)

Undang-undang Negeri

54.

Pilih bidang kuasa Kerajaan Negeri Johor menurut perlembagaan negara.

a)

Hari kelepasan negeri

b)

Undang-undang Islam

c)

Pertahanan

d)

Perubatan dan Kesihatan

55.

Pilih bidang kuasa SENARAI BERSAMA antara Persekutuan dan Negeri.

a)

Biasiswa

b)

Pertahanan

c)

Tanah

56.

Agensi tersebut ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1956 bagi rancangan pembukaan ___________

a)

tanah baharu

b)

bandar baru

c)

pemasaran hasil pertanian

57.

Agensi tersebut ditubuhkan pada 1966 bagi __________

a)

memulihkan tanah negeri yang terbiar

b)

memasarkan hasil pertanian

c)

membuat penyelidikan pertanian

58.

Segi Tiga jengka merangkumi 3 daerah di Pahang, iaitu :

a)

Temerloh

b)

Jerantut

c)

Maran

d)

Kuantan

59.

Apakah TUJUAN UTAMA Pembangunan Koridor Wilayah diwujudkan ?

a)

Mewujudkan keseimbangan pembangunan negeri dan wilayah

b)

Mewujudkan bandar bandar baru di pendalaman

60.

Mengapakah negeri pantai barat Semenanjung Malaysia tidak termasuk dalam Rancangan Koridor Wilayah?

a)

kerana negeri maju

b)

kerana tiada peruntukkan

61.

RANCANGAN PEMBANGUNAN ISKANDAR (SJER) 2006 dibangunakan dalam Pembangunan Koridor Wilayah di __________ JOHOR.

a)

UTARA

b)

SELATAN

c)

TIMUR

d)

BARAT

62.

Pilih Negeri-negeri yang terlibat dalam WILAYAH EKONOMI KORIDOR UTARA (NCER) yang ditubuhkan pada tahun 2007.

a)

PERLIS

b)

PULAU PINANG

c)

KEDAH

d)

UTARA PERAK

63.

KEDA/PERDA/KESEDAR/KETENGAH/DARA/KEJORA

Kerajaan Persekutuan telah membuka wilayah tersebut di bawah rancangan _________

a)

Pembangunan Wilayah

b)

Pembangunan Koridor Wilayah

64.

Apakah nama lama bagi agensi tersebut?

a)

Jabatan Haiwan

b)

Jabatan Mergastua

65.

Agensi manakah yang telah mengiktiraf Taman Negara Kinabalu sebagai Tapak Warisan Dunia pertama di Malaysia ?

a)

UNESCO

b)

UHNCR

c)

WHO

66.

Bunga tersebut dijumpai di Hutan Simpan Royal Belum pada 2003.

Apakah nama bunga tersebut?

a)

Rafflesia azlanii

b)

Rafflesia Royal Belum

c)

Rafflesia

d)

Bunga Orkid

67.

4 daripada spesies penyu dunia boleh dijumpai di perairan Malaysia.

Gambar penyu tersebut merupakan spesies ___________

a)

Penyu Karah

b)

Penyu Hijau

c)

Penyu Bertelor

68.

Flat Jalan Pekeliling tersebut dibina oleh Kerajaan Persekutuan bagi golongan berpendapatan ________

a)

rendah

b)

sederhana

c)

tinggi

69.

Apakah matlamat utama penubuhan Majlis Perumahan Negara yang ditubuhkan pada tahun 2014?

a)

Menyediakan rumah mampu milik

b)

Menyediakan rumah yang berkualiti

c)

Membina kawasan perumahan baru yang sistematik

70.

Kerajaan Persekutuan telah mewujudkan Perbadanan tersebut melalui :

a)

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

b)

Kementerian Pelancongan

c)

Kementerian Luar bandar

71.

Pilih contoh Perumahan Mampu Milik yang diwujudkan oleh Kerajaan NEGERI

a)

Rumah Selangorku

b)

Rumah Mampu Milik Johor

c)

PR1MA

d)

Rumah Mesra Rakyat

72.

KEMENTERIAN manakah yang bertanggungjawab terhadap Keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam ?

a)

Kementerian Pertahanan

b)

Kementerian Dalam Negeri

c)

Kementerian Belia dan Sukan

73.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) berfungsi menjadi penyelaras antara _____________ dan _________________

a)

Kementerian Dalam Negeri

b)

Kementerian Pertahanan

c)

Kementerian Pelancongan

d)

Kementerian Kesihatan

74.

Mengapakah Kerajaan mengisytiharkan Bahagian Ketiga Sarawak sebagai Pemerintahan Keselamatan Rajang (RASCOM) pada tahun 1972?

a)

Ancaman Komunis

b)

Ancaman pengganas Abu Sayyaf

75.

Tokoh tersebut dilantik sebagai PENGARAH OPERASI NEGERI semasa RASCOM dilaksanakan di sarawak.

Siapakah tokoh tersebut?

a)

Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya'akub

b)

Tun Abdul Razak Hussein

76.

Mengapakah Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada tahun 2013?

a)

Pencerobohan pengganas dari Kepulauan Sulu

b)

Pencerobohan Komunis

77.

ESSCOM bertanggungjawab mengawasi keselamatan 10 daerah di Pantai Timur Sabah yang dikenali sebagai

a)

ESSZONE

b)

RASCOM

c)

ESSCOM

78.

Menurut Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan, apakah yang bakal terjadi kepada undang-undang NEGERI jika bertentangan dengan undang-undang PERSEKUTUAN?

a)

Undang-undang Persekutuan mengatasi Negeri

b)

Undang-undang Negeri mengatasi Persekutuan

79.

Siapakah yang menjadi PENGERUSI dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ?

a)

Perdana Menteri

b)

Yang di-Pertuan Agong

c)

Menteri Besar

d)

Sultan

80.

Jawatan SETIAUSAHA PERSEKUTUAN bagi Sarawak dan Sabah diwujudkan sejak tahun 1963.

Apakah fungsi utama jawatan tersebut?

a)

Mengeratkan hubungan Kerajaan Persekutuan dan Negeri

b)

Menguruskan Majlis Negeri Sarawak dan Sabah

c)

Menjalin hubungan diplomatik dengan negara asing