wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BTS A+ SEJARAH B5T4

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Jawatankuasa X membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Apakah jawatankuasa tersebut?

a)

Jawatankuasa Kerja

b)

Jawatankuasa Rakyat

c)

Jawatankuasa Eksekutif

d)

Jawatankuasa Perlembagaan

2.

Mengapakah Jawatankuasa Kerja ditubuhkan?

a)

Mengkaji isi kandungan Perlembagaan Rakyat

b)

Membincangkan kemerdekaan Tanah Melayu

c)

Memujuk penduduk menerima Malayan Union

d)

Merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

3.

Antara berikut, yang manakah DUA cadangan daripada Jawatankuasa Kerja?

a)

Seluruh Tanah Melayu dimerdekakan

b)

Syarat kewarganegaraan dilonggarkan

c)

Kedudukan Raja-raja Melayu dipulihkan

d)

Kedudukan istimewa orang Melayu dipelihara

4.

# Gerakan Angkatan Muda => Aziz Ishak

# Hizbul Muslimin => Abu Bakar al-Baqir

Apakah DUA persamaan pertubuhan tersebut?

a)

Menuntut pilihan raya umum

b)

Membentuk perpaduan kaum

c)

Menolak perjanjian persekutuan

d)

Membentuk Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)

5.

Mengapakah golongan nasionalis Melayu radikal membidas kerajaan British?

a)

Berhasrat memperkenalkan birokrasi Barat

b)

Berbincang secara tertutup dengan UMNO

c)

Menetapkan sempadan antara wilayah

d)

Membawa masuk buruh dari luar

6.

Pertubuhan berikut dianggap sebagai golongan nasionalis Melayu radikal:

Angkatan Pemuda Insaf (API)

Barisan Tani Malaya (BATAS)

Angkatan Wanita Sedar (AWAS)

Apakah tindakan mereka bagi menentang kerajaan British?

a)

Membentuk Pusat Tenaga Rakyat

b)

Melancarkan penentangan bersenjata

c)

Mengemukakan Perjanjian Persekutuan

d)

Mengadakan demonstrasi besar-besaran

7.

Siapakah yang bertanggungjawab menerbitkan akhbar Suara Rakyat?

a)

Ahmad Boestamam

b)

Ishak Haji Muhammad

c)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

d)

Abdul Samad Ismail

8.

Apakah DUA sebab utama AMCJA menolak perjanjian persekutuan?

a)

Jawatankuasa Kerja tidak mempunyai wakil bukan Melayu

b)

Perlembagaan Persekutuan dianggap sebagai tidak demokratik

c)

British menjalankan perundingan secara tertutup dengan UMNO

d)

Mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap pentadbiran British

9.

Apakah DUA cadangan PUTERA dalam Perlembagaan Rakyat?

a)

Kedudukan Bahasa Melayu

b)

Adat istiadat dan agama Islam

c)

Penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura

d)

Pertahanan dan hal ehwal luar negeri

10.

Apakah DUA cadangan AMCJA dalam Perlembagaan Rakyat?

a)

Kedudukan Bahasa Melayu

b)

Adat istiadat dan agama Islam

c)

Penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura

d)

Pertahanan dan hal ehwal luar negeri

11.

Nyatakan DUA cara hartal dilaksanakan oleh PUTERA-AMCJA?

a)

Menghantar surat bantahan kepada British

b)

Mendapat sokongan Dewan Perniagaan Cina

c)

Menutup semua premis dan operasi perniagaan

d)

Mengadakan rundingan dengan pihak British dan UMNO

12.

Apakah DUA sebab pentadbir British menyokong konsep Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Mewujudkan politik yang stabil

b)

Melaksanakan dasar dekolonisasi

c)

Menjimatkan kos pentadbiran British

d)

Mengukuhkan penguasaan ekonomi

13.

Apakah persamaan antara pegawai tinggi British berikut?

Sir Edward Gent

Sir Roland Braddell

Sir Malcolm MacDonalds

a)

Menggubal perlembagaan merdeka

b)

Menyokong Persekutuan Tanah Melayu

c)

Melancarkan usaha menghapuskan komunis

d)

Menganggotai Majlis Mesyuarat Persekutuan

14.

Bagaimanakah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dapat menarik kemasukan pelabur luar untuk melabur ke negara kita?

a)

Mengecualikan cukai import

b)

Menjalankan dasar buka pintu

c)

Mewujudkan politik yang stabil

d)

Membawa masuk golongan imigran

15.

Apakah DUA cadangan yang dikemukakan oleh Raja-raja Melayu dalam pertemuan dan perundingan di Kuala Kangsar pada 27 Mei 1946?

a)

Raja berkuasa dalam perundangan

b)

Penubuhan persekutuan bertaraf naungan

c)

Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa kebangsaan

d)

Hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu diketuai oleh orang Melayu

16.

Siapakah yang bertindak sebagai jurucakap Raja-raja Melayu dalam perundingan antara Raja-raja Melayu dengan Sir Edward Gent?

a)

Sultan Kedah

b)

Sultan Perak

c)

Sultan Johor

d)

Sultan Selangor

17.

"... Saya telah menurunkan tandatangan oleh sebab saya dipaksa dan dilakukan secara terburu-buru...."

Ayat tersebut terdapat dalam surat bantahan yang disampaikan melalui Gammans dan Rees Williams di Parlimen British. Siapakah yang menulis surat bantahan tersebut?

a)

Sultan Perak

b)

Sultan Johor

c)

Sultan Kedah

d)

Sultan Selangor

18.

Apakah perkara yang dibincangkan dalam pertemuan antara Malcolm MacDonald dan Sir Edward Gent dengan Raja-raja Melayu di Kuala Kangsar?

a)

Kedudukan Raja-raja Melayu

b)

Perlembagaan Malayan Union

c)

Masa depan penduduk Tanah Melayu

d)

Konflik berkaitan pelaksanaan Malayan Union

19.

Piagam Atlantik telah diisytiharkan pada bulan Ogos 1941. Apakah hasrat yang ingin dicapai melalui piagam tersebut?

a)

Tanah jajahan diperluas

b)

Tiada lagi perluasan wilayah

c)

Peningkatan kegiatan ekonomi

d)

Perpaduan dalam kalangan penduduk

20.

Dasar Dekolonisasi disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui Piagam Atlantik. Apakah yang dimaksudkan dengan dasar tersebut?

a)

Perasaan cinta akan tanah air

b)

Perluasan kuasa dan wilayah

c)

Pembinaan negara dan bangsa

d)

Proses ke arah berkerajaan sendiri

21.

Apakah faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Akur tuntutan golongan radikal

b)

Memenuhi desakan orang dagang

c)

Bantahan daripada segenap lapisan

d)

Pertambahan kaum imigran yang tidak terkawal

22.

Orang Melayu membantah Malayan Union

Raja-raja Melayu meminta Malayan Union digantikan

Apakah kesan daripada reaksi tersebut?

a)

Pengenalan konsep negara republik

b)

Penyegeraan pemberian kemerdekaan

c)

Pengunduran British daripada Tanah Melayu

d)

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

23.

Gabenor => Pesuruhjaya Tinggi British


Mengapakah berlaku perubahan pucuk pimpinan British di Tanah Melayu?

a)

Pengenalan Sistem Ahli

b)

Pentadbiran Tentera British

c)

Pengisytiharan Malayan Union

d)

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

24.

Bagaimanakah kedudukan Singapura apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948?

a)

Mendapat taraf negara naungan

b)

Menjadi kerajaan yang berdaulat

c)

Kekal sebagai tanah jajahan British

d)

Keluar daripada Negeri-Negeri Selat

25.

Antara berikut, manakah DUA ciri Perjanjian Persekutan Tanah Melayu 1948 dalam aspek pentadbiran?

a)

Kerajaan Persekutuan diketuai Pesuruhjaya Tinggi British

b)

Sebuah Majlis Raja-Raja dibentuk

c)

Rang undang-undang perlu mendapat perkenan Raja-raja Melayu

d)

Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan

26.

Antara berikut, manakah DUA ciri Perjanjian Persekutan Tanah Melayu 1948 dalam aspek kuasa Raja-raja Melayu?

a)

Sebuah Majlis Raja-Raja dibentuk

b)

Sultan bertanggungjawab mengesahkan rang undang-undang

c)

Rang undang-undang perlu mendapat perkenan Raja-raja Melayu

d)

Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan

27.

Siapakah yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Kerajaan Negeri

b)

Kerajaan Persekutuan

c)

Majlis Perundangan Negeri

d)

Majlis Mesyuarat Persekutuan

28.

X terdiri daripada ahli rasmi dan ahli tidak rasmi.

Apakah X ?

a)

Majlis Tindakan Rakyat

b)

Majlis Raja-raja Melayu

c)

Majlis Mesyuarat Persekutuan

d)

Majlis Perundangan Persekutuan

29.

Majlis Mesyuarat Persekutuan

Majlis Perundangan Persekutuan

Apakah fungsi kedua-dua majis tersebut?

a)

Melaksanakan pilihan raya umum

b)

Menggubal perlembagaan negara

c)

Mengawal kuasa Raja-raja Melayu

d)

Membantu Pesuruhjaya Tinggi British

30.

Antara berikut, yang manakah DUA bidang kuasa Majlis Perundangan Persekutuan?

a)

Hal ehwal luar

b)

Ketenteraman awam

c)

Perlantikan pemerintah

d)

Syarat kewarganegaraan

31.

Apakah DUA syarat kewarganegaraan secara pendaftaran?

a)

Memahami adat resam dan bertutur bahasa setempat

b)

Penduduk asal dari negeri Melayu yang lahir sebelum, semasa atau selepas tarikh perjanjian PTM

c)

Dilahirkan dalam Persekutuan Tanah Melayu

d)

Bermastautin selama 15 tahun daripada tempoh 20 tahun permohonan

32.

Rang undang-undang perlu mendapat perkenan Raja-raja Melayu melalui

a)

Majlis Negeri

b)

Majlis Raja-Raja Melayu

c)

Majlis Mesyuarat Persekutuan

d)

Majlis Perundangan Persekutuan

33.

Siapakah yang dikategorikan sebagai Rakyat Raja?

a)

Orang Melayu dan Orang Asli yang lahir dan tinggal di negeri Melayu yang mempunyai sultan

b)

Mereka yang lahir di Melaka, Pulau Pinang dan mana-mana tanah jajahan British yang lain

c)

Mereka yang dilahirkan dalam Persekutuan Tanah Melayu

d)

Mereka yang bermastautin selama 15 tahun di Tanah Melayu

34.

Antara berikut, apakah DUA syarat yang mesti dipatuhi untuk mendapatkan kewarganegaraan PTM 1948?

a)

Tiada rekod jenayah

b)

Taat setia kepada Ratu England

c)

Bermastautin selama 5 tahun di negeri Melayu

d)

Bermastautin selama 15 tahun di negeri Melayu

35.

Menurut perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, Ahmad dan Aminah mendapat kewarganegaraan melalui

a)

tuntutan

b)

pendaftaran

c)

permohonan

d)

prinsip jus soli

36.

Menurut Perlembagaan PTM 1948, status kewarganegaraan Swee Ling dan Shanti ialah

a)

Rakyat Raja

b)

Rakyat British

c)

Rakyat Negeri Melayu

d)

Rakyat Malayan Union

37.

Apakah DUA kesan Perjanjian PTM 1948 terhadap sistem pemerintahan beraja di Tanah Melayu?

a)

Penubuhan Majlis Raja-Raja

b)

Pelaksanaan Sistem Penasihat

c)

Pengembalian kuasa Raja-raja Melayu

d)

Penyelarasan sistem pewarisan takhta

38.

Apakah manfaat yang diperoleh orang Melayu melalui Perjanjian PTM 1948?

a)

Kebebasan berpolitik

b)

Kemerdekaan mutlak dicapai

c)

Kepimpinan tempatan diiktiraf

d)

Kedudukan istimewa dilindungi

39.

Raja perlu dirujuk terhadap perkara dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan. Apakah kesimpulan yang dapat anda buat berkaitan penubuhan PTM 1948?

a)

Institusi Raja terpelihara

b)

Raja Melayu menerajui pentadbiran

c)

Kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan

d)

Majlis Raja-raja Melayu menguruskan soal perundangan

40.

Apakah persamaan perkara yang dicadangkan oleh gabungan PUTERA-AMCJA dalam Perlembagaan Rakyat?

a)

Pilihan raya

b)

Adat istiadat

c)

Bahasa kebangsaan

d)

Syarat kewarganegaraan