wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BTS A+ SEJARAH B1T5

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah konsep yang boleh dikaitkan dengan kemerdekaan Tanah Melayu 1957 dan pembentukan Malaysia 1963?

a)

Kedaulatan

b)

Kewibawaan

c)

Keunggulan

d)

Kegemilangan

2.

Apakah asas yang menunjukkan Malaysia sebuah negara yang berdaulat?

a)

Mempunyai hak mentadbir negara

b)

Mengekalkan kerjasama antara kaum

c)

Mengiktiraf kedudukan orang Melayu

d)

Memajukan dasar pendidikan kebangsaan

3.

Apakah takrif kedaulatan mengikut bahasa Melayu?

a)

Negara yang bebas dan merdeka

b)

Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

c)

Kuasa tertinggi terhadap pemerintahan negara

d)

Negara berkuasa penuh terhadap pemerintahan

4.

Siapakah tokoh yang memberikan takrifan tersebut?

a)

Tun Abdul Razak

b)

Tunku Abdul Rahman

c)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

d)

Tun Dr. Mohammad Salleh Abas

5.

Bagaimanakah kedudukan raja ditentukan mengikut kedaulatan tradisional?

a)

Kesetiaan rakyat

b)

Kestabilan politik

c)

Kekuatan ketenteraan

d)

Keunggulan perlembagaan

6.

Antara berikut, yang manakah DUA kekuatan semangat mengenai kedaulatan berdasarkan takrifan Ibnu Khaldun?

a)

Semangat kekitaan

b)

Semangat beragama

c)

Semangat berpolitik

d)

Semangat perpaduan

7.

Apakah bukti kedaulatan negara kita adalah berlandaskan kedaulatan tradisional?

a)

Kerjasama semua rakyat

b)

Kedaulatan Raja-Raja Melayu

c)

Keunggulan adat istiadat Melayu

d)

Keupayaan menentang penjajahan

8.

Bagaimanakah kedaulatan moden negara bangsa kita terbentuk?

a)

Penyatuan parti politik

b)

Perpaduan antara kaum

c)

Penggabungan negeri-negeri

d)

Pelaksanaan pilihan raya umum

9.

Mengapakah badan kehakiman perlu bersifat bebas dan berwibawa?

a)

Memantau struktur pentadbiran negara

b)

Memelihara kedaulatan undang-undang

c)

Membendung perbalahan antara rakyat

d)

Mengatasi sebarang pencerobohan luar

10.

Apakah kepentingan kedaulatan antarabangsa terhadap Malaysia?

a)

Menjamin keselamatan wilayah

b)

Mengukuhkan perlembagaan negara

c)

Mengembangkan kemakmuran ekonomi

d)

Mendapat pengiktirafan sebagai negara berdaulat

11.

Apakah jawatan utama Yang di-Pertuan Agong dalam pentadbiran negara?

a)

Ketua Kerajaan

b)

Ketua Institusi Beraja

c)

Ketua Utama Negara

d)

Ketua Pentadbir Negara

12.

Apakah DUA bentuk sistem pentadbiran yang diamalkan di negara kita?

a)

Pemerintahan republik

b)

Raja Berperlembagaan

c)

Demokrasi Berparlimen

d)

Kerajaan Persekutuan

13.

Mengapakah sempadan diwujudkan antara negara?

a)

Penyatuan negara bangsa

b)

Panduan pentadbiran negara

c)

Penentuan garis pemisah antara negara

d)

Pembentukan identiti nasional sesebuah negara

14.

Malaysia berjiran dengan Singapura dan Thailand.

Bagaimanakah tindakan negara mewujudkan pemisahan antara negara tersebut?

a)

Pendaftaran kerakyatan

b)

Penguatkuasaan undang-undang

c)

Pengukuhan kawalan ketenteraan

d)

Penetapan sempadan antarabangsa

15.

Apakah asas sistem perundangan negara kita?

a)

Badan Kehakiman

b)

Hukum Kanun Melaka

c)

Undang-Undang Tubuh Negeri

d)

Perlembagaan Persekutuan

16.

Antara berikut, yang manakah DUA faktor Perlembagaan Persekutuan menjadi asas kepada peraturan negara?

a)

Menjamin keadilan

b)

Mengekalkan tradisi

c)

Mengukuhkan ekonomi

d)

Memelihara kesejahteraan

17.

Apakah peranan utama Parlimen dalam sistem pemerintahan negara?

a)

Menentukan dasar kerajaan

b)

Menggubal undang-undang

c)

Mengesahkan perjanjian antarabangsa

d)

Menjalankan sistem kehakiman

18.

Apakah kepentingan kedaulatan undang-undang terhadap negara?

a)

Menjamin kesaksamaan masyarakat

b)

Mengukuhkan pemerintahan beraja

c)

Mendapat pengiktirafan antarabangsa

d)

Menjamin keamanan dan kedaulatan negara

19.

Apakah DUA elemen yang dapat menyatukan rakyat pelbagai kaum di Malaysia?

a)

Adat resam

b)

Sistem politik

c)

Rukun Negara

d)

Bahasa Melayu

20.

Apakah kesan pelaksanaan pemerintahan yang mantap di sesebuah negara?

a)

Menjamin kestabilan politik

b)

Mengekalkan sistem beraja

c)

Menjadi rebutan kuasa asing

d)

Memudahkan perluasan kuasa

21.

Mengapakah kedaulatan negara penting bagi setiap negara?

a)

Menjadi empayar yang unggul

b)

Memperoleh perlindungan badan antarabangsa

c)

Menjamin kesejahteraan dan kemakmuran

d)

Meluaskan kuasa pemerintahan

22.

Pihak manakah yang bertanggungjawab menentukan dasar pentadbiran negara?

a)

Jemaah Menteri

b)

Perkhidmatan Awam

c)

Badan Perundangan

d)

Yang di-Pertuan Agong

23.

Bagaimanakah sistem pentadbiran negara diperkukuh?

a)

Peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan

b)

Penentuan sektor pekerjaan mengikut komposisi kaum

c)

Pengasingan kuasa antara setiap wilayah

d)

Pembudayaan etika profesionalisme

24.

Apakah kesan pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?

a)

Mengekalkan warisan tradisi

b)

Mewujudkan keberkesanan pentadbiran

c)

Mengukuhkan sistem percukaian

d)

Mengelakkan rusuhan kaum

25.

Bagaimanakah kemakmuran ekonomi negara dapat dicapai selepas negara mencapai kemerdekaan?

a)

Dasar pemuliharaan sumber alam

b)

Dasar pembangunan ekonomi negara

c)

Dasar pembangunan wilayah dan bandar

d)

Dasar perkembangan pasaran antarabangsa

26.

Antara berikut, yang manakah DUA tindakan kerajaan mengekalkan perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum?

a)

Pengenalan Rukun Negara

b)

Pemerkasaan pendidikan vernakular

c)

Pengagihan jawatan tertinggi kerajaan

d)

Pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

27.

Apakah matlamat usaha berikut dilaksanakan?

- Rukun Negara

- Bahasa Kebangsaan

- Dasar Kebudayaan Kebangsaan

a)

Memajukan bidang ekonomi

b)

Menghalang pemusatan kuasa

c)

Mengimbangi komposisi kaum

d)

Memupuk perpaduan rakyat

28.

Bagaimanakah jalinan hubungan negara Malaysia dengan negara lain terbentuk?

a)

Penggubalan dasar luar

b)

Pengamalan undang-undang

c)

Pembentukan kerajaan pusat

d)

Pemilihan pemimpin berwibawa

29.

Antara berikut, yang manakah DUA fokus utama bidang pembangunan ekonomi selepas negara mencapai kemerdekaan?

a)

Pertanian

b)

Perindustrian

c)

Pelancongan

d)

Pembinaan

30.

Apakah DUA kepentingan hubungan luar terhadap negara?

a)

Memperkuat bidang ketenteraan

b)

Memperkukuh perpaduan rakyat

c)

Mempertahankan kedaulatan negara

d)

Menjalinkan hubungan diplomatik

31.

Bagaimanakah kerajaan berusaha mempertahankan kedaulatan negara?

a)

Mewujudkan kestabilan politik

b)

Mengadakan rundingan damai

c)

Mengekalkan sistem beraja

d)

Mempertahankan warisan tradisi

32.

Apakah usaha pemerintah dalam mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi?

a)

Membangunkan bandar secara terancang

b)

Mengagihkan sumber kekayaan secara adil

c)

Mewujudkan masyarakat yang celik huruf

d)

Menggalakkan kemasukan pekerja asing

33.

Bagaimanakah tindakan rakyat mengekalkan kestabilan politik negara?

a)

Melaksanakan dasar kerajaan

b)

Memberi kesetiaan kepada raja

c)

Menggubal undang-undang negara

d)

Mewujudkan pentadbiran yang cekap

34.

Gambar berikut merujuk sampul surat hari pertama pos Malaysia.

Apakah mesej yang diperoleh daripada sampul surat tersebut?

a)

Menunjukkan keunikan negara

b)

Meraikan perayaan bersama-sama

c)

Mematuhi undang-undang negara

d)

Mengekalkan semangat muhibah

35.

Antara berikut, yang manakah DUA peranan rakyat mengekalkan perpaduan kaum di negara kita?

a)

Mengamalkan semangat perkongsian

b)

Menggunakan bahasa kebangsaan

c)

Memantapkan kuasa pemerintahan

d)

Mengukuhkan hubungan luar

36.

“Kedaulatan negara bergantung pada warganya yang bersatu”

Siapakah yang mengucapkan kata-kata tersebut?

a)

Tun Hussein Onn

b)

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

c)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

d)

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

37.

Mengapakah kerajaan menganjurkan Hari Pahlawan dan Hari Kebangsaan?

a)

Membanteras amalan rasuah

b)

Memupuk semangat kekitaan

c)

Memperkuat benteng pertahanan

d)

Meningkatkan semangat patriotisme

38.

Mengapakah rakyat perlu menghormati lambang negara?

a)

Membina sahsiah diri yang berdisiplin

b)

Menanam perasaan cinta akan negara

c)

Mempertahankan kemakmuran negara

d)

Memelihara maruah bangsa

39.

Apakah DUA kepentingan lagu Negaraku kepada rakyat Malaysia?

a)

Memupuk nilai patriotisme

b)

Melahirkan generasi berdikari

c)

Meningkatkan sifat keberanian

d)

Menyemai nilai sanggup berkorban

40.

Apakah kesan daripada usaha berikut?

- Memodenkan aset ketenteraan

- Mengadakan perjanjian pertahanan

a)

Melicinkan urusan pentadbiran

b)

Mengekalkan kedaulatan negara

c)

Mendapat pengiktirafan dunia

d)

Memudahkan perluasan kuasa