WorksheetsBTS A+ SEJARAH B3T5
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Apakah DUA kesultanan yang diasaskan setelah berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka?
Perlis
Kelantan
Selangor
Terengganu
Bagaimanakah bentuk pentadbiran di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu sewaktu Sistem Penasihat diperkenalkan?
Pilih DUA jawapan tepat.
Kedudukan raja yang memerintah lebih kukuh
Pentadbiran negeri dilaksanakan oleh pembesar yang dilantik oleh raja
Pentadbiran negeri dilaksanakan oleh Penasihat British
Raja tidak mempunyai kuasa pentadbiran dan perundangan
Apakah DUA kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap kedaulatan Raja-raja Melayu?
Kedaulatan Raja-raja Melayu dikembalikan
Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam adat istiadat Melayu dan hal ehwal agama Islam
Raja-raja Melayu kekal di takhta tetapi tiada kuasa pentadbiran dan perundangan
Kedudukan Raja-raja Melayu diangkat sebagai Raja Berperlembagaan
Bagaimanakah kedudukan pemerintahan beraja dalam Perlembagaan Persekutuan?
Pilih DUA jawapan yang tepat.
Raja-raja Melayu berkuasa menggubal undang-undang
Pemerintahan raja berkuasa mutlak diteruskan
Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara
Kedudukan, kuasa dan tugas Yang di-Pertuan Agong termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
Apakah DUA peranan Durbar yang dibentuk di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu?
Membincangkan undang-undang berkaitan agama Islam
Majlis Persidangan bagi Raja-Raja Melayu
Membincangkan hal ehwal pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan pihak British
Menentang pelaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu
Siapakah yang mempengerusikan Durbar?
Raja-raja Melayu
Residen British
Gabenor Malayan Union
Pesuruhjaya Tinggi British
Siapakah yang diberi bidang kuasa untuk menguruskan Majlis Raja-Raja?
Raja-raja Melayu
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Penasihat undang-undang
Pesuruhjaya Tinggi British
Apakah DUA fungsi Majlis Raja-Raja?
Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
Memperkenankan perubahan sempadan negeri
Membuat pengisytiharan darurat
Menjadi Lembaga Pengampunan bagi kes-kes tertentu
Apakah kepentingan cap Mohor Besar Raja-Raja?
Mengiktiraf kerajaan pilihan rakyat
Melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu
Mengesahkan pelantikan Jemaah Menteri
Meluluskan undang-undang yang digubal Parlimen
Mengapakah penubuhan Majlis Sultan-Sultan mengalami kegagalan?
Pencapaian kemerdekaan negara
Pendudukan Jepun secara mendadak
Penentangan terhadap Malayan Union
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
Apakah peranan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja?
Mengukuhkan kedaulatan raja
Menguruskan sekretariat Majlis
Meluluskan rang undang-undang
Memeterai keputusan persidangan
Apakah perkara yang tidak memerlukan kehadiran Yang di-Pertua Negeri dalam mesyuarat khas Majlis Raja-Raja?
Perubahan sempadan negeri
Perbincangan pembubaran Parlimen
Pemilihan Yang di-Pertuan Agong
Penetapan tarikh hari raya
Bagaimanakah Majlis Raja-Raja memperkenankan perubahan persempadanan negeri?
Mendapat perkenan raja negeri berkenaan
Mendapat kelulusan Yang di-Pertuan Agong
Mendapat perintah daripada Mahkamah Persekutuan
Mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen setelah mencapai kemerdekaan. Bagaimanakah penglibatan rakyat dalam sistem Demokrasi Berparlimen?
Membentuk kerajaan
Memilih Yang di-Pertuan Agong
Menentukan perdana menteri
Mengubah dasar negara
Yang di-Pertuan Agong dipilih dalam kalangan raja yang memerintah di ______ buah negeri dalam Persekutuan.
5
7
9
14
Kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara termaktub dalam ____________ Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 4
Perkara 11
Perkara 32
Perkara 132
Yang di-Pertuan Agong mempunyai bidang kuasa untuk melantik jawatan utama dalam negara.
Apakah DUA jawatan tersebut?
Perdana Menteri
Peguam Negara
Ketua Setiausaha Negara
Ketua Menteri
Menurut Perlembagaan Persekutuan, siapakah yang mempunyai bidang kuasa untuk membuat pengisytiharan darurat?
Perdana Menteri
Ketua Hakim Negara
Yang di-Pertuan Agong
Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan, menangguhkan dan meringankan hukuman yang dijatuhkan oleh _____________ .
Mahkamah Juvana
Mahkamah Tentera
Mahkamah Perusahaan
Mahkamah Persekutuan
Antara yang berikut, manakah DUA bidang kuasa perundangan Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?
Membuat pengisytiharan darurat
Memperkenankan rang undang-undang
Melantik Peguam Negara
Mengampun. menangguhkan dan meringankan hukuman
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen setelah mencapai kemerdekaan.
Bagaimanakah penglibatan rakyat dalam sistem Demokrasi Berparlimen?
Membentuk kerajaan
Memilih Yang di-Pertuan Agong
Menentukan perdana menteri
Mengubah dasar negara
Apakah DUA cara rakyat menzahirkan amalan demokrasi di Malaysia?
Mengundi dalam pilihan raya
Memilih pemimpin yang berwibawa
Mengamalkan kebebasan asasi secara mutlak
Memiliki dua kewarganegaraan
Mengapakah kebebasan asasi yang diperuntukkan dalam perlembagaan tidak bersifat mutlak?
Menjamin pengekalan parti yang memerintah
Memberi amaran dan peringatan kepada rakyat
Memastikan pembangunan ekonomi negara berterusan
Memastikan ketenteraman dan kesejahteraan awam terjamin
Apakah DUA kepentingan kempen pilihan raya kepada rakyat?
Rakyat dapat mengenali calon
Rakyat memahami manifesto parti bertanding
Rakyat terlibat secara langsung dalam kempen pilihan raya
Rakyat memperoleh pelbagai sumbangan dan tajaan daripada calon pilihan raya
Dalam prinsip pengasingan kuasa di Malaysia, siapakah punca kuasa kepada badan perundangan, eksekutif dan kehakiman?
Perdana Menteri
Jemaah Menteri
Yang di-Pertuan Agong
Majlis Raja-Raja Melayu
Apakah pihak yang bertanggungjawab menggubal undang-undang pada peringkat Kerajaan Persekutuan?
Parlimen
Istana Kehakiman
Majlis Perundangan Persekutuan
Jemaah Menteri
Apakah badan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang pada peringkat Kerajaan Negeri?
Pihak Berkuasa Tempatan
Istana Kehakiman
Mahkamah Persekutuan
Dewan Undangan Negeri
Bagaimanakah ahli dalam Dewan Rakyat atau Perwakilan dipilih?
Dicadangkan oleh Parlimen
Dilantik oleh Perdana Menteri
Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
Dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
Apakah DUA tugas utama Jemaah Menteri?
Menggubal undang-undang
Menggubal dasar negara
Melaksanakan pembangunan
Mengawal selia sistem kehakiman
Apakah tanggungjawab badan kehakiman?
Mentafsirkan dan melaksanakan undang-undang
Menggubal undang-undang persekutuan
Menjalankan dasar-dasar kerajaan
Menjalankan pemerintahan
Siapakah yang mengetuai badan kehakiman di Malaysia?
Perdana Menteri
Peguam Negara
Yang di-Pertuan Agong
Ketua Hakim Negara
Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir undang-undang tetapi tidak boleh meminda undang-undang kerana kuasa tersebut terletak pada
Kerajaan Persekutuan
Badan Pelaksana
Badan Perundangan
Suruhanjaya Kehakiman
Bagaimanakah pemerintahan beraja mengimbangi pemerintahan demokrasi di Malaysia?
Raja berkuasa mutlak
Raja bersifat berkecuali
Raja menasihati Jemaah Menteri
Raja menggubal undang-undang
Apakah kesan kombinasi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen?
Mendapat perlindungan daripada kuasa asing
Mengimbangi persekitaran sosiopolitik negara
Mengukuhkan kerjasama peringkat antarabangsa
Mengiktiraf kedudukan orang Melayu dan peribumi
Antara berikut, manakah DUA cara kuasa pengimbang yang ada pada raja digunakan?
Meredakan pertikaian parti politik
Menyelesaikan perselisihan antara kaum
Menggubal perlembagaan negara
Mengagihkan kuasa antara negeri
Apakah DUA kuasa budi bicara Raja dan Yang di-Pertua Negeri dalam Perlembagaan Persekutuan?
Melantik Menteri Besar
Melantik Perdana Menteri
Mengekalkan status quo orang Melayu
Tidak memperkenankan pembubaran DUN
Apakah DUA prinsip yang penting dalam kerjasama politik?
Tolak ansur
Rundingan
Diskriminasi
Kepelbagaian
Antara berikut, pasangan manakah yang betul?
Badan Kehakiman => Menyelesaikan konflik
Badan Kehakiman => Menggubal undang-undang
Badan Perundangan => Melaksanakan undang-undang
Badan Eksekutif => Memperkenankan pembubaran Parlimen
Gabungan parti berasaskan kaum telah dibentuk sejak Pilihan Raya Umum 1955.
Apakah parti tersebut?
Parti Negara
Parti Perikatan
Pakatan Harapan
Pemuafakatan Nasional
Apakah DUA kuasa budi Yang di-Pertua Agong dalam Perlembagaan Persekutuan?
Melantik Ketua Menteri
Melantik Perdana Menteri
Memanggil Parlimen bersidang
Memperkenankan pembubaran DUN
