NEW
Font size
WorksheetsZILA 2017
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
"Cikgu, ___________ tidak dapat menghadiri latihan hoki pada petang ini kerana akan menziarahi nenek di hospital," kata Nuraini dan adiknya.
mereka
saya
dia
kami
"Kalian __________ segera ke tempat kejadian," kata pegawai polis itu kepada anak buahnya.
pernah
dapat
patut
baru
Iqbal berasa sungguh ___________ apabila mendengar nama datuknya disebut dan dipuji oleh ketua kampung.
mulia
mesra
megah
tenteram
Hang Tuah berkata kepada pengawal istana, "Izinkan ________ masuk mengadap ____________ untuk menyampaikan khabar gembira."
hamba ... tuan hamba
hamba ... baginda
patik ... baginda
patik ... tuan hamba
mencemar duli
merafak sembah
menjunjung titah
menerima mengadap
Struktur dan tiang bangunan itu diperkuat dengan ________ besi agar bangunan itu kukuh.
jejari
kekuda
kekisi
tetulang
Penonton yang hadir dalam sesi rakaman rancangan 'Dapur Kita' menyaksikan tukang masak menyediakan sajian pengantin mengikut _________ yang betul.
tatatertib
tatacara
tatakerja
tatasusila
Sarah _______ idea untuk menyiapkan buku skrap yang diberikan oleh gurunya.
kebuntuan
keberatan
kepekaan
kekeliruan
Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Strategi pertahanan yang tidak menjadi akhirnya ________ kerana pihak lawan berjaya menjaringkan beberapa gol.
makan dalam
makan hati
makan diri
makan lawan
Atlet sekolah kami telah merangkul tiga pingat emas dalam acara olahraga
peringkat daerah.
Pilih perkataan sinonim bagi merangkul.
I menjuarai
II memenangi
III menggondol
IV menjulang
I dan II
II dan III
I dan IV
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Nasi yang ditanak itu mentah kerana airnya kurang.
II Susu getah ialah bahan mentah utama dalam penghasilan tayar.
III Pengalaman mentah itu sering terbayang dalam fikirannya.
IV Alat-alat mentah digunakan untuk menghasilkan reka bentuk rumah tradisional.
I dan II
II dan III
I dan IV
III dan IV
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Pembinaan jambatan itu diminta oleh penduduk kampung supaya disegerakan kerana bimbang akan keselamatan mereka.
Mengapakah pembinaan jambatan itu perlu disegerakan?
Siapakah yang berasa bimbang akan keselamatan penduduk kampung?
Bilakah penduduk kampung meminta pembinaan jambatan
Bagaimanakah pembinaan jambatan itu dapat menjamin keselamatan
penduduk kampung?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Berapakah jumlah peserta yang menyertaí acara lurnba lari itu?
Saya akan menyertainya pada pagi ini.
Saya tidak pasti bilangannya.
Acara lumba larí itu diadakan di sekolah saya.
Acara lumba lari itu disertai oleh orang ramai.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Semua rakan sekelas Adam menyenangi sikapnya yang permurah.
Adam dan semua rakan sekelasnya disenangi kerana bersikap pemurah.
Sikap Adam yang pemurah disenangi oleh semua rakan sekelasnya.
Semua rakan sekelas Adam disenangi oleh Adam yang permurah.
Sikap pemurah semua rakan sekelasnya disenangi oleh Adam.
Pilih ayat yang betul.
I Kipas di ruang tamu itu berpusing dengan ligat.
II Selepas tidur dan terjaga, bayi itu terus menangis.
III Kita mestilah bertanggungjawab oleh tugas yang diberikan.
IV Encik Fadli memberikan makanan kepada binatang peliharaannya.
I dan II
II dan III
I dan IV
III dan IV
