WorksheetsLARAS BAHASA DAN VARIASI BAHASA
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
*Bukti diberikan dalam bentuk data dan statistik
*Penggunaan graf untuk memaparkan maklumat
*Disampaikan secara tersusun ,jelas dan tersurat.
Maklumat di atas menepati laras bahasa
sains
ekonomi
sukan
undang-undang
Apakah ciri yang menentukan jenis sesuatu laras bahasa?
istilah yang digunakan
cara pengucapan ayat
kesesuaian pemakaiannya
kejelasan maklumat yang disampaikan
Penggunaan laras bahasa yang berlainan ditentukan oleh
(i) bahan yang diperkatakan
(ii) gaya pertuturan pengguna bahasa
(iii) usia dan jantina pengguna bahasa
(iv) hubungan sosial antara pengguna bahasa
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Laras X
*kreatif dan imaginatif
*berlaku penyimpanan tatabahasa
*menggunakan istilah khusus
Laras X merujuk kepada .......................
laras sains
laras ekonomi
laras sastera
laras akademik
Yang manakah berkaitan dengan laras bahasa ekonomi?
i. Ragam ayat pasif banyak digunakan
ii. maklumatnya jelas,tersusun, dan eksplisit.
iii.fakta dibuktikan dalam bentuk data atau statistik.
iv. Kandungannya berdasarkan kajian, fakta, dan eksperimen.
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Yang manakah yang BENAR tentang laras bahasa iklan?
mementingkan kesan emotif kepada audien
menggunakan bahasa yang bersifat emotif dan sensasi
terdapat pengaruh bahasa Arab yang amat ketara terutama dari segi kosa kata.
mementingkan penyusunan, pengulangan, dan pemilihan kata yang berkesan
Pernyataan yang manakah yang BENAR tentang laras bahasa?
Penggunaan bahasa berdasarkan situasi tertentu
Penggunaan bahasa berdasarkan pengguna bahasa itu sendiri
Penggunaan bahasa yang menunjukkan perbezaan penuturnya
Penggunaan bahasa yang menunjukkan bentuk kata yang berbeza
Apakah maksud variasi bahasa?
Satu variasi yang dituturkan oleh sekumpulan penutur sesuatu bahasa di sesuatu kawasan
Kelainan bahasa yang wujud dalam konteks penggunaan yang sebenar
Pertuturan dialek oleh seseorang dan cirinya berbeza antara satu individu dengan individu yang lain.
Bahasa standard termasuk dalam kategori variasi sosial dan penggunaannya merentas daerah
Pernyataan di bawah ialah ciri bahasa halus. KECUALI
Digunakan antara penutur dan pendengar yang mempunyai status sosial yang berbeza
Tidak mementingkan ungkapan yang sopan dan bertatasusila
Menggunakan gelaran atau panggilan kehormat
Kiasan pemanis digunakan
Berikut merupakan slanga, KECUALI
gerobok
celupar
mamat
jambu
Berikut merupakan situasi penggunaan bahasa formal KECUALI
mesyuarat
penyampai radio
perhimpunan rasmi
temu duga
Kelainan bahasa yang berdasarkan kawasan atau geografi dikenali sebagai ...............................
bahasa formal
bahasa kreol
idiolek
dialek
Yang manakah contoh bahasa slanga?
Gua
Ambo
Banyak baik
Awek cun giler
Variasi yang manakah digunakan apabila dua orang daripada bahasa yang berbeza berkomunikasi?
Bahasa basahan
Bahasa slanga
Bahasa pasar
Bahasa kreol
Yang manakah ciri bahasa istana?
Menggunakan kata singkatan
Boleh berubah mengikut perkembangan masa
Ayatnya mudah dan tidak mementingkan tatabahasa
Menggunakan unsur pemulukan dan pendinaan dalam komunikasi
