wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Final Revision - 10/8/2023

Total questions: 55

Worksheet time: 53mins

Name
Class
Date
1.

Encik Hisham merupakan seorang juruaudit di sebuah firma audit di Kuala Lumpur. Pilih bidang tugas yang tepat bagi Encik Hisham.

a)

Menyediakan maklumat perakaunan untuk pengguna dalaman

b)

Menyediakan pelaporan maklumat perakaunan dalam bentuk Penyata Kewangan

c)

Merancang hal-hal percukaian dan menyediakan penyata cukai bagi pihak syarikat

d)

Memeriksa dokumen perniagaan dan rekod kewangan untuk mengesahkan rekod tersebut adalah betul dan tepat

2.

Pernyataan di bawah berkaitan subbidang perakaunan.

"Menyediakan maklumat perakaunan kepada pemilik perniagaan, pihak pengurusan dan pekerja."

Apakah subbidang tersebut?

a)

Percukaian

b)

Pengauditan

c)

Perakaunan Kewangan

d)

Perakaunan Pengurusan

3.

Yang manakah merupakan ciri-ciri kepimpinan seorang akauntan?

a)

Integriti

b)

Objektiviti

c)

Kompetensi

d)

Akauntabiliti

4.

Berikut merupakan Kod Etika Akauntan Profesional kecuali

a)

Integriti

b)

Objektiviti

c)

Kerahsiaan

d)

Keterbukaan

5.

Maklumat berikut berkaitan dengan Kod Etika Profesion Perakaunan.

"Akauntan haruslah bersikap profesional, berkemahiran dan berkeupayaan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan."

Manakah yang berkaitan dengan kod etika tersebut?

a)

Integriti

b)

Objektiviti

c)

Kerahsiaan

d)

Kompetensi

6.

Pernyataan berikut menerangkan satu Kod Etika Akauntan Profesional.

"Akauntan tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat yang diperoleh kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan."

Apakah kod etika tersebut?

a)

Integriti

b)

Objektiviti

c)

Kerahsiaan

d)

Kompetensi

7.

Pernyataan berikut berkaitan subbidang perakaunan:

"Menyediakan maklumat kepada untuk

membuat keputusan"

Apakah subbidang perakaunan tersebut?

a)

Percukaian

b)

Pengauditan

c)

Perakaunan Kewangan

d)

Perakaunan Pengurusan

8.

Mengapakah Luca Pacioli dikenali sebagai ‘Bapa Perakaunan’?

a)

Beliau menerbit buku matematik yang tepat dan lengkap

b)

Beliau membuat pelaburan modal yang besar dalam perniagaan

c)

Beliau memberi maklumat kewangan yang lengkap kepada peniaga

d)

Beliau mencipta satu sistem menyimpan rekod yang dikenali sistem catatan bergu

9.

Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri kualitatif Penyata Kewangan.

"Maklumat dalam Penyata Kewangan mesti mudah difahami dan dipersembahkan dengan jelas."

Pilih ciri yang tepat berdasarkan pernyataan di atas.

a)

Kerelevanan

b)

Kebolehsahan

c)

Kebolehfahaman

d)

Perwakilan benar

10.

Pernyataan berikut adalah tentang ciri kualitatif penyata kewangan.

"Maklumat dalam Penyata Kewangan mesti bebas daripada kesilapan material dan tiada unsur berat sebelah serta perlaporannya tidak mengelirukan."

Pilih ciri yang tepat berdasarkan pernyataan di atas.

a)

Kerelevanan

b)

Perwakilan benar

c)

Kebolehbandingan

d)

Kebolehfahaman

11.

Tujuan Penyata Pendapatan disediakan adalah untuk...

a)

Mengetahui untung atau rugi bersih

b)

Mengira ekuiti pemilik dan liabiliti perniagaan

c)

Mengetahui kedudukan kewangan perniagaan

d)

Menunjukkan jumlah aset dan liabiliti perniagaan

12.

Siapakah yang menjadi pengguna luaran Penyata Kewangan?

a)

Pihak bank

b)

Akaun Belum Terima

c)

Pihak pengurusan

d)

Kesatuan pekerja

13.

Apakah kepentingan Penyata Kewangan kepada pelabur?

a)

Mempertimbangkan kelulusan kemudahan kredit

b)

Melihat keupayaan perniagaan bagi menjana pendapatan

c)

Memberi penarafan perniagaan dari segi kelulusan kredit

d)

Melihat keupayaan perniagaan menawarkan kenaikan gaji dan faedah lain

14.

Maklumat dibawah ini berkaitan dengan pengguna penyata kewangan.

"Penyata kewangan digunakan sebagai rujukan untuk menilai kemampuan perniagaan untuk membayar hutang."

Pengguna penyata kewangan yang dimaksudkan ialah

a)

Pihak bank

b)

Pihak kerajaan

c)

Pihak pelabur

d)

Pihak pengurusan

15.

Ciri kualitatif Penyata Kewangan termasuk

a)

Kebolehbandingan

b)

Kebolehfahaman

c)

Keseragaman

d)

Pemasaan

16.

Maklumat berikut berkaitan dengan suatu ciri kualitatif penyata kewangan.

"Malumat kewangan menjadi relevan kepada pengguna apabila maklumat tersebut disampaikan tepat pada masanya"

Apakah ciri tersebut?

a)

Pemasaan

b)

Kerelevanan

c)

Kebolehfahaman

d)

Kebolehbandingan

17.

Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan Afiq Enterprise yang dimiliki oleh Encik Mohamad Afiq.

"Encik Mohamad Afiq Enterprise merekod yuran tuisyen anaknya berjumlah RM200 ke dalam buku akaun perniagaan."

Apakah andaian perakaunan yang gagal beliau patuhi?

a)

Entiti Berasingan

b)

Usaha Berterusan

c)

Wang Sebagai Ukuran

d)

Pengiktirafan Hasil Dan Belanja

18.

Belanja dan hasil yang belum diterima perlu diambil kira ketika menyediakan Penyata Kewangan pada akhir tempoh perakaunan. Apakah prinsip yang dipatuhi dalam pernyataan tersebut?

a)

Ketekalan

b)

Kos manfaat

c)

Pengiktirafan hasil dan belanja

d)

Prinsip kos

19.

Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Sakti.

"Kerani akaun Perniagaan Sakti menyediakan laporan kewangan bagi urusan yang berlaku dari 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020."

Apakah andaian perakaunan yang dipatuhi oleh Perniagaan Sakti?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Pemadanan

d)

Tempoh Perakaunan

20.

Maklumat berikut merujuk perniagaan Lee Book Store.

“Pemilik telah membeli mesin menggunakan wang peribadi untuk kegunaan perniagaan”

Urus niaga tersebut direkodkan sebagai tambahan modal dalam buku perniagaannya. Apakah konsep yang digunakan?

a)

Ketekalan

b)

Catatan Bergu

c)

Entiti Berasingan

d)

Tempoh Perakaunan

21.

Prinsip ketekalan menentukan bahawa

a)

semua aset dicatat mengikut nilai kosnya.

b)

sistem perakaunan yang sama mesti diamalkan.

c)

semua urusniaga perniagaan mesti disebut dalam nilai wang.

d)

perniagaan wujud sebagai satu entity yang berterusan.

22.

Encik Farid seorang peniaga telah merekodkan ambilan barang niaga yang telah digunakan oleh keluarganya sebagai ambilan. Apakah prinsip perakaunan yang telah diamalkan oleh Encik Farid?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Entiti berasingan

d)

Usaha berterusan

23.

Berikut merupakan pernyataan tentang Megah Holdings.

"Pihak pengurusan Megah Holdings tidak bercadang untuk menukar kaedah pengiraan susut nilai aset bukan semasa perniagaan."

Apakah prinsip atau andaian perakaunan yang dipatuhi oleh Megah Holdings?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Usaha berterusan

d)

Pengiktirafan Hasil Dan Belanja

24.

Maklumat yang berikut adalah amalan perekodan perakaunan Zaza Enterprise.

Apakah prinsip perakaunan yang gagal dipatuhi oleh Zaza Enterprise dalam amalan perekodan perakaunan tersebut?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Entiti berasingan

d)

Pengiktirafan Hasil Dan Belanja

25.

Pn. Wardah ialah seorang peniaga telah merekodkan perabot peribadi yang telah dibawa masuk ke dalam perniagaan sebagai modal tambahan. Apakah andaian perakaunan yang diamalkan oleh Pn. Wardah?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Entiti berasingan

d)

Usaha berterusan

26.

Perbualan berikut adalah antara pemilik perniagaan dengan pekerjanya.

Apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Kos manfaat

d)

Usaha berterusan

27.

Maklumat berikut diperoleh daripada Syarikat Tan.

"Encik Kassim membayar bil elektrik rumahnya dengan wang perniagaan. Beliau telah merekod bayaran bil elektrik itu sebagai ambilan."

Apakah andaian yang berkaitan dengan maklumat tersebut?

a)

Entiti Berasingan

b)

Usaha Berterusan

c)

Tempoh Perakaunan

d)

Wang Sebagai Ukuran

28.

Pada 1 Januari 2015, Perniagaan Asyraaf telah membeli sebuah premis pada harga RM100,000. Pada 31 Disember 2020, harga pasaran premis tersebut telah meningkat kepada RM150,000. Catatan dalam Penyata Kedudukan Kewangan perniagaan masih menunjukkan harga premis sebagai RM100,000.

Apakah konsep perakaunan yang bertepatan dengan situasi di atas?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Tempoh Perakaunan

d)

Wang Sebagai Ukuran

29.

Ferhat seorang peniaga telah merekodkan perabot peribadi yang telah dibawa masuk ke dalam perniagaan sebagai modal tambahan.

Apakah andaian perakaunan yang diamalkan oleh Ferhat?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Entiti Berasingan

d)

Usaha Berterusan

30.

Pernyataan berikut diperoleh daripada Perniagaan Rusliza.

"Puan Rusliza merekodkan premium insurans peribadi RM200 ke dalam buku perniagaan."

Apakah andaian perakaunan yang bertentangan dengan tindakan Puan Rusliza?

a)

Prinsip kos

b)

Entiti Berasingan

c)

Wang Sebagai Ukuran

d)

Pengiktirafan Hasil Dan Belanja

31.

Entiti perniagaan yang manakah merupakan sebuah perniagaan perkongsian?

a)

Sakinah Butik

b)

Hidayah Sdn. Bhd.

c)

Pasar Raya Maidin Holding Bhd

d)

Kedai Perabot Darren & Brothers

32.

Berikut adalah ciri-ciri sebuah entiti perniagaan.

Berdasarkan pernyataan di atas, perniagaan manakah yang menepati ciri-ciri tersebut?

a)

Kedai Runcit Terus Maju

b)

Koperasi Pemandu Teksi Kedah

c)

Perniagaan Kamal dan Kamaliah

d)

Syarikat Pengangkutan Cepat Berhad

33.

Berikut merupakan salah satu organisasi perniagaan yang wujud di Malaysia.

Pilih ciri organisasi tersebut yang betul.

a)

Mempunyai 2-50 pekongsi

b)

Menanggung liabiliti tidak terhad

c)

Sumber modal adalah daripada terbitan dan jualan syer

d)

Pembahagian untung atau rugi mengikut persetujuan ahli

34.

Entiti perniagaan manakah yang menanggung liabiliti tidak terhad?

a)

Perkongsian

b)

Milikan tunggal

c)

Syarikat berhad

d)

Koperasi

35.

Pernyataan yang manakah menerangkan ciri yang betul bagi firma Guaman Dr. Anil dan Rakan-rakan?

a)

Liabiliti tidak terhad

b)

Bilangan minimum ahli 50 orang

c)

Agihan keuntungan dalam bentuk dividen

d)

Sumber modal daripada penjualan saham

36.

Berikut merupakan ciri-ciri sebuah perniagaan.

Berdasarkan pernyataan, perniagaan manakah yang menepati ciri-ciri tersebut?

a)

Annur’s Sdn Bhd

b)

Ramzam Enterprise

c)

Antasya Ain Berhad

d)

Perkongsian Chenta Ghuyup

37.

Manakah ciri yang betul bagi Kedai Dobi Rohana dan Sharifah?

a)

Cukai pendapatan dikenakan atas syarikat

b)

Keuntungan diagihkan dalam bentuk dividen

c)

Sumber modalnya daripada jualan syer

d)

Liabiliti pemilik tidak terhad

38.

Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri sebuah milikan perniagaan:

Perniagaan manakah yang menepati ciri-ciri tersebut?

a)

Saji Oil Bhd

b)

Rezeki Enterprise

c)

Koperasi SMK Alam Bhd

d)

Salon Kecantikan Lela dan Tari

39.

Di manakah kadar bayaran belum bayar dicatat?

a)

Akaun Perdagangan

b)

Akaun Untung Rugi

c)

Penyata Kedudukan Kewangan

d)

Akaun Penerimaan dan Pembayaran

40.

Maklumat berikut merupakan komponen Penyata Kedudukan Kewangan.

Apakah komponen Penyata Kedudukan Kewangan yang dinyatakan di atas?

a)

Aset Semasa

b)

Liabiliti Semasa

c)

Liabiliti Bukan Semasa

d)

Ekuiti Pemilik

41.

Apakah item yang akan menambahkan kos belian?

a)

Duti import

b)

Pulangan masuk

c)

Upah atas belian

d)

Diskaun keluar

42.

Urus niaga manakah yang akan mengurangkan aset dan mengurangkan ekuiti pemilik?

a)

Ambilan barangniaga RM200

b)

Membayar kadar bayaran RM400

c)

Membeli barang secara kredit RM800

d)

Membawa masuk modal tambahan RM1 000

43.

Antara berikut yang manakah bukan komponen dalam Penyata Kedudukan Kewangan?

a)

Aset

b)

Liabiliti

c)

Kos Jualan

d)

Untung bersih

44.

Apakah item yang akan menambahkan kos belian?

a)

Diskaun diterima

b)

Upah atas belian

c)

Pulangan Belian

d)

Duti Import

45.

Isi tempat kosong berdasarkan PEMILIKAN jenis perniagaan berikut:

46.

Item manakah yang dikelaskan sebagai aset semasa?

a)

Bank

b)

Lengkapan

c)

Insurans Prabayar

d)

Sewa Belum Terperoleh

47.

Apakah hasil operasi bagi Perniagaan Alatan Pejabat Sulaimi?

a)

Sewa diterima

b)

Dividen pelaburan

c)

Untung jualan van terpakai

d)

Jualan komputer dan mesin pencetak

48.

Antara berikut, manakah merupakan belanja operasi bagi Kedai Buku Eizwan?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

49.

Inventori barang niaga pada harga kos RM3 890 dijual kepada Ulwan Kedai Runcit Jimat bernilai RM6 460.

Apakah kesan urus niaga tersebut ke atas persamaan perakaunan?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

50.

Berikut merupakan kesan satu urus niaga terhadap persamaan perakaunan yang diperoleh daripada Kedai Perabot Kirthi.

Pernyataan manakah yang menunjukkan urus niaga di atas?

a)

Menjual inventori bernilai RM850 secara kredit pada harga RM900

b)

Menjelaskan hutang bernilai RM900 dengan cek RM850, diskaun diterima RM50

c)

Menerima bayaran bernilai RM850 daripada Akaun Belum Terima, diskaun diberi RM50

d)

Sebuah komputer bernilai RM850 dijual secara kredit pada harga RM900

51.

Berikut merupakan kesan satu urusniaga terhadap persamaan perakaunan yang diperoleh daripada Pasaraya Target.

Pernyataan manakah yang menunjukkan urusniaga di atas?

a)

Menjual barang niaga berkos RM 1 850 pada harga RM 2 000 secara kredit.

b)

Membeli perabot bernilai RM 2 000 secara kredit pada harga RM 1 850

c)

Membayar RM 1 850 untuk menjelaskan hutang sebanyak RM 2 000

d)

Menerima RM1850 daripada seorang pelanggan dan memberi diskaun RM150

52.

Urus niaga berikut diambil daripada buku Perniagaan BETO.

"Mengeluarkan cek bernilai RM3 200 untuk seorang pembekal bagi menjelaskan hutang yang bernilai RM3 500."

Apakah kesan urus niaga di atas terhadap persamaan perakaunan?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

53.

Berikut merupakan satu urus niaga yang diambil daripada buku Perniagaan Jaya.

"Mengeluarkan cek perniagaan bernilai RM3 000 untuk menjelaskan sewa kedai termasuk sewa belum bayar yang bernilai RM1 000."

Apakah kesan urus niaga di atas terhadap persamaan perakaunan?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

54.

Berikut merupakan urus niaga yang diambil daripada Nusa Trading.

"Pemilik mengeluarkan barang niaga untuk kegunaan keluarganya."

Apakah kesan urus niaga tersebut terhadap persamaan perakaunan?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

55.

Urus niaga berikut diperoleh daripada Perniagaan Halim.

"Menerima invois berjumlah RM3,500 daripada Kedai Ah Meng"

Apakah akaun yang akan didebitkan dan dikreditkan bagi urus niaga tersebut?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D