wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HAMIDAH

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan maksud perniagaan?

a)

Melibatkan urus niaga jual beli keluaran

b)

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

c)

Menghasilkan pelbagai barang dan perkhidmatan

d)

Aktiviti urus niaga menjamin keuntungan untuk peniaga

2.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?

a)

Mewujudkan faedah kepada pihak pengguna

b)

Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna

c)

Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan

d)

Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan

3.

Komponen manakah yang berkaitan dengan konsep asas perniagaan?

a)

Melakukan pertukaran nilai

b)

Melatih tenaga kerja mahir

c)

Menyediakan barang dan perkhidmatan

d)

Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna

4.

Akta manakah yang menguatkuasakan perjanjian yang dibuat antara penjual dan pembeli?

a)

Akta Kontrak 1950

b)

Akta Perihal Dagangan 1972

c)

Akta Kawalan Bekalan 1973

d)

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011

5.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan organisasi bermotif untung (OBU)?

a)

Biasanya menjual barang pada harga kos

b)

Contoh organisasi bermotif untung ialah Kelab Belia Rugading

c)

Tujuan penubuhan untuk menyediakan perkhidmatan

d)

Menghasilkan barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan jualan pada harga kos?

a)

Penjual menjual barang pada harga diskaun

b)

Penjual menjual barang pada harga yang lebih rendah daripada kos jualan

c)

Penjual menjual barang pada harga yang lebih rendah daripada jumlah kos

d)

Penjual menjual barang pada harga di mana ia dapat menampung kos jualan

7.

Mengapakah organisasi bukan bermotif untung (OBBU) menjual barang pada harga di bawah kos?

a)

Untuk mempromosikan barang

b)

Untuk mengusir pesaing daripada pasaran

c)

Untuk membantu ahli masyarakat yang kurang mampu

d)

Untuk mengelakkan kerugian organisasi

8.

Apakah itu milikan tunggal?

a)

Perniagaan yang dikawal oleh seorang individu

b)

Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang individu

c)

Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang tetapi dikawal beberapa orang

d)

Perniagaan yang ditubuhkan oleh beberapa orang tetapi dikawal oleh seorang individu

9.

Apakah kelebihan perniagaan milikan tunggal berbanding perkongsian?

a)

Bebas dalam mengurus perniagaan

b)

Mudah ditubuhkan

c)

Beban cukai rendah

d)

Dapat membuat keputusan dengan cepat

10.

Mengapakah perniagaan milikan tunggal menukar perniagaan ke perniagaan perkongsian?

a)

Perniagaan berterusan

b)

Risiko dapat disebarkan

c)

Dapat berkongsi kepakaran

d)

Menanggung liabiliti terhad

11.

Apakah kelebihan perkongsian liabiliti terhad (PLT) berbanding dengan perkongsian berhad?

a)

Hayat perkongsian yang berterusan

b)

Semua rakan kongsi mempunyai tanggungan terhad

c)

Mudah diuruskan

d)

Mudah ditubuhkan

12.

Semua ciri-ciri perniagaan ini kecuali..

a)

Perniagaan dikendalikan mengikut yang ditetapkan oleh pemegang hak sesuatu jenama

b)

Peniaga boleh menggunakan jenama atau rahsia dagangan pemegang hak

c)

Peniaga boleh mengubahsuai resepi dan suasana dalaman

d)

Perniga perlu membayar fi kepada pemegang hak dagangan

13.

Apakah kelebihan syarikat sendirian berhad berbanding syarikat awam berhad?

a)

Beban cukai yang rendah

b)

Syer boleh dipindah milik secara bebas

c)

Laporan kewangan tidak perlu diumum kepada orang ramai

d)

Liabiliti pemegang saham terhad kepada modal yang dilaburkan

14.

Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad

a)

Ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela

b)

Melaksanakan kegiatan untuk memenuhi keperluan ahli-ahli

c)

Memaksimumkan keuntungan perniagaan

d)

Tertakluk kepada Akta Syarikat 1960

15.

Syarikat Giling Bukit Sendirian Berhad

a)

Saham syarikat dijual beli di BSKL

b)

Bilangan ahli tidak melebihi 50 orang

c)

Sekiranya perniagaan muflis, ahli hanya kehilangan modal yang dilaburkan sahaja

d)

Hal ehwal syarikat perlu diberitahu kepada orang awam

16.

Apakah kelebihan koperasi berbanding syarikat berhad?

a)

Tiada beban cukai

b)

Pengurusan dan pemilik terpisah

c)

Syer boleh dipindah milik secara bebas

d)

Liabiliti ahli terhad kepada modal yang dilaburkan

17.

Mengapakah perniagaan perkhidmatan seperti firma perakaunan dan guaman ditubuhkan secara perkongsian?

a)

Risiko dapat disebarkan

b)

Dapat saling berkongsi kepakaran

c)

Mudah mengumpulkan modal

d)

Dikecualikan daripada pembayaran cukai

18.

kelebihan perniagaan usaha sama..

a)

Dapat meningkatkan keuntungan

b)

Risiko perniagaan dapat dikurangkan

c)

Dapat mengelakkan berlakunya konflik

d)

Mudah untuk mendapat pelbagai sumber

19.

Pernyataan manakah betul tentang sektor sekunder?

a)

Melibatkan aktiviti penghasilan bahan mentah

b)

Meningkatkan nilai bahan mentah melalui proses transformasi

c)

Pelbagai perkhidmatan pihak berkuasa untuk masyarakat umum

d)

Penghasilan peralatan saintifik untuk digunakan dalam proses pengeluaran

20.

Siapakah yang menentukan dasar dan skop operasi syarikat berhad?

a)

Pengurus besar

b)

Pemegang saham

c)

Ketua eksekutif

d)

Lembaga pengarah

21.

Apakah kelebihan memiliki syer dalam syarikat awam berhad berbanding dengan syarikat sendirian berhad?

a)

Pemilik syer menanggung liabiliti terhad

b)

Pemilik syer berhak memilih ahli lembaga pengarah

c)

Pemilik syer dapat memindah milik syer dengan mudah

d)

Pemilik syer dapat menghadiri mesyuarat agung tahunan

22.

Apakah kekurangan syarikat awam berhad berbanding syarikat sendirian berhad?

a)

Cukai syarikat yang tinggi

b)

Proses penubuhan agak rumit

c)

Kewujudan syarikat tidak kekal

d)

Liabiliti pemilik saham tidak terhad

23.

Apakah peranan francaisor dalam sesuatu perniagaan francais makanan segera?

a)

Menjalankan aktiviti promosi bersepadu

b)

Membantu dan membimbing pengurus atau pekerja

c)

Menyediakan modal awalan untuk francaisi

d)

Menyediakan bantuan peralatan dan perkakas perniagaan

24.

Apakah kelebihan perniagaan francais kepada francaisor?

a)

Dapat menjimatkan kos promosi

b)

Dapat menjamin keuntungan perniagaan

c)

Tidak terikat dengan sebarang perjanjian

d)

Dapat mengembangkan perniagaan secara global

25.

Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz kecil?

a)

Masalah aliran tunai

b)

Kos upah yang tinggi

c)

Kos overhead yang tinggi

d)

Susah untuk menyelesaikan masalah rungutan pelanggan

26.

Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan besar?

a)

Masalah aliran tunai

b)

Ketidakpastian pasaran

c)

Sukar untuk menyediakan latihan

d)

Perudangan dan peraturan kerajaan

27.

Antara berikut, yang manakah benar tentang tujuan perniagaan?

a)

Mewujudkan peluang pekerjaan

b)

Membantu masyarakat setempat

c)

Meningkatkan pendapatan negara

d)

Menawarkan barang dan perkhidmatan

28.

Kelebihan perniagaan bersaiz besar.

a)

Wujud ekonomi bidangan

b)

Komunikasi lebih baik

c)

Memberi layanan peribadi

d)

Mudah menguasai pasaran

29.

Persamaan antara perniagaan bersaiz kecil dan sederhana.

a)

Menikmati ekonomi bidangan

b)

Mempunyai sumber yang cukup untuk menguasai pasaran

c)

Mudah untuk mendapatkan pekerja yang mahir dan berpengalaman

d)

Lebih mudah untuk melakukan perubahan dalam strategi perniagaan

30.

Ciri-ciri koperasi termasuklah..

a)

aktiviti berkaitan perniagaan bagi memenuhi keperluan anggota-anggotanya.

b)

aktiviti tidak berunsurkan politik

c)

modal disumbangkan oleh ahli lembaga pengarah

d)

setiap anggota mempunyai hak dalam membuat keputusan

31.

Manakah yang berkaitan dengan rumus keuntungan perniagaan?

a)

Jumlah jualan melebihi jualan kos stok barang

b)

Hasil jualan melebihi jumlah kos barang yang dijual

c)

Hasil jualan ditambah dengan jumlah kos stok barang

d)

Jualan kos barang dicampurkan jumlah hasil perniagaan

32.

Antara yang berikut, manakah yang menunjukkan kepentingan untung kepada perniagaan?

I Dapat menarik pelabur baharu

II Dapat mendorong pekerja bekerja lebih keras

III Dapat melaksanakan tanggungjawab sosial

IV Dapat memastikan kelangsungan perniagaan

a)

I, II, dan III

b)

I, II, dan IV

c)

I, III, dan IV

d)

II, III dan IV

33.

Persatuan Peniaga Bandar Klang menjual barang pada harga di bawah kos. Mengapa?

a)

Untuk mengusir pesaing di pasaran

b)

Untuk mempromosi jenama tertentu

c)

Untuk mempromosikan alam sekitar bersih

d)

Untuk membantu ahli masyarat yang tidak mampu

34.

Siapakah yang menentukan dasar dan skop operasi perniagaan di atas?

a)

Pengurus besar

b)

Ketua Eksekutif

c)

Pemegang saham

d)

Lembaga pengarah

35.

Antara yang berikut yang manakah menentukan saiz sesebuah perniagaan?

I. Bilangan pekerja tetap

II. Jumlah modal yang dilaburkan

III. Bilangan cawangan perniagaan

IV. Jumlah jualan tahunan produk

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

36.

Apakah faedah seseorang peniaga mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

a)

Untuk mendapatkan pengecualian lesen daripada kerajaan

b)

Untuk mendapat entiti yang sah disisi undang-undang

c)

Untuk menuntut bayaran daripada agensi kerajaan

d)

Untuk mendapat pengecualian cukai pendapatan

37.

Penyataan berikut berkaitan harga barang


Gandum, gula dan minyak masak adalah barang keperluan asas yang dijual pada harga subsidi.


Hal ini bermakna barang tersebut dijual..

a)

pada harga kos

b)

di atas harga kos

c)

di bawah harga kos

d)

percuma

38.

Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri perkongsian liabiliti terhad (PLT)?

a)

Pemilik dan pemiagaan adalah entiti yang berbeza

b)

Terdapat seorang pekongsi yang menanggung liabiliti tidak terhad

c)

Menggabungkan ciri-ciri perkongsian dengan syarikat awam berhad

d)

Perkongsian mudah terbubar sekiranya salah seorang pekongsi muflis

39.

Apakah fokus sektor ekonomi Malaysia pada abad ke 21

a)

perindustrian

b)

pertanian

c)

pembuatan

d)

perkhidmatan

40.

Pernyataan manakah yang tidak berkaitan dengan konsep asas perniagaan?

a)

Melatih tenaga kerja mahir

b)

Melakukan pertukaran nilai

c)

Menyediakan barang dan perkhidmatan

d)

Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna

41.

Apakah tanggungjawab francaisor dalam perniagaan francaisi?

a)

Membayar fi tertentu kepada francaisi

b)

Melaksanakan perjanjian perkongsian

c)

Menyediakan tapak lokasi perniagaan

d)

Melakukan promosi secara berpusat

42.

Antara berikut, yang manakah benar tentang tujuan perniagaan?

a)

Mewujudkan peluang pekerjaan

b)

Menawarkan barang dan perkhidmatan

43.

Pernyataan manakah berkaitan dengan aktiviti perniagaan yang berasaskan barang?

a)

Syarikat Q & Q menghasilkan pelbagai jenis peralatan landskap

b)

Syarikat Advet Sdn. Bhd. pakar dalam mempromosikan bahan landskap

44.

Apakah tujuan utama sesuatu perniagaan itu wujud dalam masyarakat.

a)

Penawaran barang dan perkhidmatan

b)

Mewujudkan peluang pekerjaan

c)

Menambahkan pendapatan negara

d)

Membantu masyarakat setempat

45.

Gambar mewakili salah satu sektor perniagaan.


Gambar menunjukkan satu aktiviti dalam sektor perniagaan. Apakah sektor tersebut?

a)

Sektor Primer

b)

Sektor Sekunder

c)

Sektor Tertier

d)

Sektor Awam

46.

Berikut merupakan maklumat Perniagaan Kilang Batik Indah.


Jualan Tahunan : 5 Juta

Bilangan Pekerja Tetap : 70 orang


Saiz perniagaan Syarikat Batik Indah ialah

a)

Besar

b)

Sederhana

c)

Kecil

d)

Antarabangsa

47.

Gambar 1 berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan perniagaan. Apakah kelebihan jenis pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Liabiliti Terhad

b)

Cukai perniagaan yang tinggi

c)

Bebas menguruskan perniagaan

d)

Hayat perniagaan yang berterusan

48.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan perniagaan.


Syer tidak boleh dipindah milik tanpa persetujuan daripada ahli lembaga pengarah.

a)

Perkongsian

b)

Syarikat Awam berhad

c)

Syarikat jaminan berhad

d)

Syarikat sendirian berhad

49.

Pernyataan manakah yang benar tentang skala perniagaan Kedai Runcit Dzulman di Taman Rugading?

a)

Bersaiz besar-besaran

b)

memerlukan modal yang banyak

c)

menjual barang kepada pelanggan-pelanggan dari negeri lain

d)

dikenali sebagai skala perniagaan tempatan

50.

Antara berikut yang manakah merupakan skala perniagaan antarabangsa?

I Suma Enterprises

II Malaysia Airlines Berhad

III Petronas Nasional Berhad

IV Syarikat Lee Sendirian Berhad

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV