wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIH TUBI B2T5 SEJARAH

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah DUA perkara yang mempunyai perkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan?

a)

Undang-undang adat

b)

Undang-undang tertinggi

c)

Undang-undang tidak bertulis

d)

Undang-undang bertulis

2.

Sebelum kedatangan Barat, negara kita telah mempunyai undang-undang dan adat. Apakah kepentingan undang-undang tersebut?

a)

Menjadi panduan pemerintahan negara

b)

Melindungi kepentingan pembesar

c)

Mengehadkan kebebasan rakyat

d)

Menjaga kepentingan raja

3.

Antara yang berikut, manakah DUA undang-undang yang telah mempengaruhi kandungan undang-undang bertulis di negeri Melayu?

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Hukum Kanun Pahang

c)

Undang-undang 99 Perak

d)

Undang-undang Laut Melaka

4.

Antara yang berikut, manakah DUA undang-undang yang telah dipengaruhi oleh undang-undang Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Hukum Kanun Pahang

c)

Undang-undang 99 Perak

d)

Undang-undang Laut Melaka

5.

British telah memperkenalkan undang-undang di Negeri-negeri Selat. Apakah undang-undang tersebut?

a)

North Borneo Chartered

b)

Charter of Justice

c)

Laws Ordinance

d)

The Common Law

6.

Apakah matlamat Charter of Justice?

a)

Menyemai taat setia rakyat

b)

Mengelakkan persengketaan

c)

Mengekalkan kebebasan bersuara

d)

Mengelakkan penindasan penduduk

7.

Apakah undang-undang yang digunakan dalam The Sarawak Application of Laws Ordinance 1949?

a)

Penal Code

b)

Charter of Justice

c)

The Common Law of England

d)

International Laws

8.

Apakah badan yang diberikan kuasa oleh Perlembagaan Sarawak untuk membuat undang-undang?

a)

Council Negri (Majlis Negeri)

b)

Majlis Persekutuan

c)

Majlis Undangan

d)

Majlis Tertinggi

9.

Antara yang berikut, apakah DUA badan yang telah ditubuhkan di Sabah pada tahun 1950?

a)

Majlis Kerja

b)

Majlis Negeri

c)

Majlis Persekutuan

d)

Majlis Undangan

10.

Siapakah yang diberikan kuasa oleh Majlis Undangan untuk menggubal undang-undang?

a)

Raja

b)

Gabenor

c)

Ketua Menteri

d)

Ketua Setiausaha

11.

Apakah badan yang berkuasa penuh membentuk undang-undang negara?

a)

Badan Perundangan

b)

Badan Kehakiman

c)

Badan Pelaksana

d)

Badan Eksekutif

12.

Pihak manakah yang memulakan pembentukan undang-undang di negeri Melayu?

a)

Negeri-negeri Selat

b)

Majlis Negeri Sarawak

c)

Majlis Negeri Johor

d)

Majlis Negeri Perak

13.

Pihak manakah yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Negeri-negeri Selat?

a)

Parlimen

b)

Majlis Negeri

c)

Majlis Persekutuan

d)

Majlis Undangan Negeri

14.

Pihak manakah yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Negeri-negeri Melayu Bersekutu?

a)

Parlimen

b)

Majlis Negeri

c)

Majlis Persekutuan

d)

Majlis Undangan Negeri

15.

Pihak manakah yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu?

a)

Parlimen

b)

Majlis Negeri

c)

Majlis Persekutuan

d)

Majlis Undangan Negeri

16.

Perjanjian manakah yang menjadi titik penting kepada pembentukan sebuah Persekutuan di Tanah Melayu?

a)

Perjanjian Pangkor 1874

b)

Perjanjian Malaysia 1963

c)

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

d)

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

17.

Apakah DUA kandungan yang terdapat dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Kuasa raja Melayu

b)

Kewarganegaraan

c)

Kewangan

d)

Kedudukan Gabenor

18.

Apakah nama lain bagi Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Suruhanjaya Reid

b)

Suruhanjaya Cobbold

c)

Suruhanjaya Kemerdekaan

d)

Suruhanjaya Pilihan Raya

19.

Model manakah yang disesuaikan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Model Manchester

b)

Model Westminster

c)

Model of Great Britain

d)

Model of International Laws

20.

Apakah kepentingan mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak pada tahun 1877?

a)

Pengenalan Raja Berperlembagaan

b)

Pengamalan Demokrasi Berparlimen

c)

Pemantapan kedudukan Raja-Raja Melayu

d)

Pembentukan undang-undang negara

21.

Apakah kedudukan sultan berdasarkan pemerintahan beraja di negeri Melayu?

a)

Pemilik negeri

b)

Pemerintah berdaulat

c)

Penasihat British

d)

Penakluk wilayah

22.

Apakah DUA nilai tradisi Kesultanan Melayu Melaka dalam Perlembagaan Persekutuan?

a)

Raja sebagai pemerintah

b)

Pembesar menggubal undang-undang

c)

Pembesar dilindungi undang-undang

d)

Raja menentukan undang-undang

23.

Apakah DUA bidang kuasa Yang di-pertuan Agong yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan?

a)

Menentukan kesahan undang-undang

b)

Menggubal undang-undang persekutuan

c)

Membuat pelantikan bagi jawatan utama negara

d)

Mengampun dan menangguhkan hukuman orang yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah

24.

Apakah kuasa yang dipegang oleh raja sebagai ketua negeri?

a)

Kuasa Eksekutif

b)

Kuasa Perundangan

c)

Kuasa Kehakiman

d)

Kuasa Pengampunan

25.

Raja melaksanakan kuasa eksekutif melalui nasihat yang diberikan oleh badan berikut. Apakah badan tersebut?

a)

Majlis Penasihat Negeri

b)

Majlis Mesyuarat Negeri

c)

Majlis Eksekutif Negeri

d)

Majlis Undangan Negeri

26.

Apakah DUA kategori rakyat sebelum kewarganegaraan Persekutuan diperkenalkan di Tanah Melayu?

a)

Rakyat Raja

b)

Rakyat British

c)

Rakyat asal

d)

Rakyat jelata

27.

Apakah DUA perkara yang raja di negeri Melayu tidak perlu mendapatkan nasihat daripada penasihat British?

a)

Agama Islam

b)

Pentadbiran negeri

c)

Perbendaharaan negeri

d)

Adat istiadat orang Melayu

28.

Sebelum merdeka, kedudukan orang Melayu dan bumiputera adalah di bawah kuasa _______________ dan _______________.

a)

raja

b)

gabenor

c)

residen

d)

ketua peribumi

29.

Asas kepada demokrasi ialah pilihan raya umum 1955. Apakah DUA tujuan utama pilihan raya diadakan?

a)

Memberi kebebasan kepada rakyat memilih wakil pemimpin

b)

Membentuk kerajaan yang akan memerintah negara

c)

Memberikan keadilan kepada semua rakyat

d)

Memenuhi keperluan dan tuntutan semasa

30.

Apabila negara kita merdeka, siapakah yang bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah serta kepentingan sah kaum lain?

a)

Sultan

b)

Menteri Besar

c)

Yang di-pertuan Agong

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

31.

Mengapakah perlembagaan perlu dipinda?

a)

Melindungi kepentingan raja

b)

Menegakkan kedaulatan negeri

c)

Melicinkan urusan pentadbiran

d)

Mengelakkan persengketaan

32.

Pindaan perlembagaan pada tahun 1963 dan 1965 melibatkan DUA perkara berikut iaitu

a)

pemansuhan imuniti raja-raja

b)

penstrukturan Mahkamah Atasan

c)

pemisahan Singapura daripada Malaysia

d)

penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak

33.

Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar mana-mana persoalan perlembagaan dan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

a)

Mahkamah Keadilan Antarabangsa

b)

Mahkamah Persekutuan

c)

Mahkamah Majistret

d)

Mahkamah Rayuan

34.

Apabila Malaysia dibentuk, Sarawak dan Sabah diketuai oleh _______________

a)

Menteri Besar

b)

Ketua Menteri

c)

Yang di-Pertuan Agong

d)

Yang di-Pertua Negeri

35.

Apakah usul yang dibahaskan dalam Pindaan Perlembagaan 1965?

a)

Singapura keluar daripada Malaysia

b)

Kemasukan Singapura dalam Malaysia

c)

Pemansuhan imuniti raja-raja

d)

Pemindahan pusat pentadbiran negara

36.

Apakah kesan pindaan Perlembagaan 1965?

a)

Brunei menarik diri daripada Malaysia

b)

Pemisahan Singapura daripada Malaysia

c)

Pemansuhan syarat kewarganegaraan

d)

Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia

37.

Dalam menjalankan tugas, Yang di-Pertua Negeri Sarawak perlu mengikut nasihat _______________.

a)

Majlis Tertinggi

b)

Majlis Undangan

c)

Kabinet Negeri

d)

Kabinet Menteri

38.

Dalam menjalankan tugas, Yang di-Pertua Negeri Sabah perlu mengikut nasihat _______________.

a)

Majlis Tertinggi

b)

Majlis Undangan

c)

Kabinet Negeri

d)

Kabinet Menteri

39.

Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 menyaksikan penubuhan Mahkamah Tinggi Borneo. Apakah peranan mahkamah tersebut?

a)

Mentafsir undang-undang Kerajaan Negeri

b)

Mewujudkan jawatan kehakiman yang baharu

c)

Menguruskan soal kehakiman di Sarawak dan Sabah

d)

Melindungi kepentingan penduduk peribumi Sabah

40.

Apakah nama baharu bagi jawatan Ketua Hakim Borneo?

a)

Ketua Hakim Anak Negeri

b)

Ketua Hakim Sarawak dan Sabah

c)

Ketua Hakim Negara

d)

Ketua Hakim Persekutuan