Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KSSM SEJARAH T5 BAB 7

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

· Ekonomi komersial

· Ekonomi tradisional


Pentadbiran British manakah yang memperkenalkan sistem ekonomi tersebut?

a)

Sistem Residen

b)

Sistem Monarki

c)

Sistem Penasihat

d)

Sistem Persekutuan

2.

Mengapakah perkhidmatan Feri Malaysia yang dikenali sebagai Cruise Muhibah ditamatkan pada tahun 1989?

a)

Persaingan syarikat feri antara bangsa

b)

Penduduk di Malaysia semakin hilang minat

c)

Berlaku kebakaran di ruang enjin dan kos penyelenggaraan tinggi

d)

Tidak mampu menampung pertambahan penduduk setiap tahun

3.

Apakah peristiwa yang menjadi kemuncak masalah perpaduan di Malaysia?

a)

Peristiwa 13 Mei 1969

b)

Peristiwa Darurat 1948-1960

c)

Pencerobohan Lahad Datu 2013

d)

Pengisytiharan Malayan Union 1946

4.

MAGERAN telah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara.

Apakah peranan Jabatan Perpaduan Negara ketika itu?

a)

Menyelaraskan perkhidmatan awam antara semua negeri

b)

Mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum

c)

Menggalakkan perkembangan perasaan muhibah antara masyarakat

d)

Mendraf satu ideologi untuk negara yang dikenali sebagai Rukun Negara

5.

Apakah persamaan sumbangan agensi-agensi berikut?

- Jabatan Perpaduan Negara

- Majlis Muhibah Negara

- Majlis Perundingan Negara

a)

Memajukan sosioekonomi

b)

Membangunkan pendidikan

c)

Memperkasakan perpaduan

d)

Mempertingkatkan prasarana

6.

Parti ini ditubuhkan pada 1 Januari 1973 bagi menggantikan Parti Perikatan.

a)

Parti Warisan

b)

Pakatan Harapan

c)

Barisan Nasional

d)

Perikatan Nasional

7.

Apakah punca proses integrasi dipercepatkan?

a)

Penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar akibat peluang pekerjaan yang terbuka luas untuk semua kaum

b)

Rukun Negara diperkenalkan sebagai tunjang kesetiaan rakyat

c)

Beberapa dasar pembangunan ekonomi diperkenalkan

d)

Kemajuan bidang perindustrian dan perdagangan

8.

Bagaimanakah kerajaan mewujudkan integrasi antara negeri selepas peristiwa 13 Mei 1969?

a)

Membuka petempatan khas

b)

Mengurangkan kemasukan imigran

c)

Memperluas kawasan pertanian

d)

Menyelaraskan perkhidmatan awam

9.

Bagaimanakah kerajaan mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum?

a)

Menggalakkan penglibatan dalam aktiviti sukan

b)

Mengukuhkan sistem pendidikan vernakular

c)

Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka

d)

Memperkenalkan Strategi Lautan Biru

10.

Bagaimanakah Dasar Pendidikan Kebangsaan dibentuk?

a)

Melalui Penyata Razak 1956

b)

Melalui Kajian Aminuddin Baki

c)

Melalui Laporan Rahman Talib

d)

Melalui Laporan Jawatankuasa Kabinet 1970

11.

Mengapakah Jawatankuasa Kabinet 1974 dibentuk?

a)

Memperkenalkan sistem persekolahan aneka jurusan

b)

Memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara

c)

Mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan

d)

Mengenal pasti kelemahan penggunaan Bahasa Melayu

12.

Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuh dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantara utama dalam sistem pendidikan kebangsaan melalui

a)

Akta Pendidikan 1996

b)

Akta Bahasa Kebangsaan

c)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

d)

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974

13.

Berikut merupakan strategi pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan, kecuali?

a)

mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah

b)

melicinkan tatacara pengurusan pendidikan

c)

menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama

d)

mengadakan sistem penilaian berdasarkan sistem peperiksaan sepenuhnya.

14.

Yang manakah merupakan strategi pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan?

a)

menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama

b)

menjadikan bidang kokurikulum sebagai penilaian dalam peperiksaan

c)

membina mengikut lokasi penempatan kaum masing-masing

d)

memberikan kebebasan dalam berpakaian di seolah

15.

Falsafah Pendidikan Negara ditukar kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996. Apakah matlamat falsafah tersebut?

a)

Memupuk semangat cinta akan negara

b)

Melahirkan generasi yang berkemahiran

c)

Menyediakan tenaga kerja berkemahiran

d)

Melahirkan pelajar yang seimbang

16.

Kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan diperkukuh melalui

a)

Penyata Razak 1956

b)

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979

c)

Akta Pelajaran 1986

d)

Akta Pendidikan 1996

17.

Berdasarkan kajian Aminuddin Baki, sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan kerana

a)

menampung pelajar-pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik

b)

memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pelbagai jenis jurusan vokasional yang lain

c)

supaya pelajar dapat menimba lebih banyak ilmu pengetahuan yang lain

d)

bagi membantu kerajaan untuk meningkatkan tenaga kerja dari pelbagai bidang

18.

Apakah kepentingan seseorang itu mendapatkan pendidikan yang sempurna?

a)

Meningkatkan kekuatan fizikal

b)

membangunkan keupayaan kendiri

c)

meningkatkan keupayaan jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial

d)

meningkatkan keupayaan dan kecekapan dalam menguruskan pentadbiran

19.

Mengapakah jawatankuasa Kabinet 1974 dibentuk?

a)

Memperkenalkan dasar pendidikan kebangsaan

b)

Memperbaiki mutu pendidikan sekolah dan negara

c)

Menilai keberkesanan Dasar Pendidikan Kebangsaan

d)

Mengenal pasti kelemahan penggunaan bahasa Melayu

20.

Mengapakah sistem persekolahan aneka jurusan diperkenalkan?

I- Melahirkan teenage kerja mahir

II- Persediaan untuk pasaran kerja

III- Mengurangkan sekolah vernakular

IV-Memendekkan tempoh pembelajaran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Bagaimanakah kerajaan ingin membentuk dan mengekalkan identiti warganegara Malaysia?

a)

Dasar Pendidikan Kebangsaan

b)

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

c)

Dasar Pandang Ke Timur

d)

Dasar 1 Murid 1 Sukan

22.

Yang manakah salah satu prinsip Utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan ?

a)

Mengutamakan dan memberi kelebihan kepada budaya dari uar negara.

b)

Agama tidak menjadi unsur penting dalam pembentukan Dasar Kebudayaan.

c)

Unsur Kebudayaan lain bebas diperkenalkan tanpa tapisan.

d)

Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau Melayu

23.

Pada tahun 1971, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Apakah kepentingan dasar tersebut?

a)

Memupuk taat setia kepada negara

b)

Mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional

c)

Menyemai perasaan patriotik terhadap negara

d)

Membasmi kemiskinan rakyat

24.

Apakah persamaan Agensi-agensi berikut?


-Kementerian Pelancongan , Seni dan Budaya

-Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara

-Warisan Kebangsaan (ASWARA)

a)

mempromosikan pelancongan Malaysia ke antarabangsa

b)

Menyebaruaskan budaya dari negara luar

c)

Berperanan mengajar rakyat tarian tradisional

d)

Berperanan memperkukuh perpaduan bangsa dan negara

25.

-Dianjurkan pada 1999

-Diadakan pada Buan Mei di Dataran Merdeka setiap tahun

-Promosi pelancongan

-Melibatkan pelbagai kaum dan budaya


Berdasarkan maklumat yang diberi, apakah program kebudayaan tersebut?

a)

Sukan Malaysia

b)

Pertandingan Pidato Kebangsaan

c)

Citrawarna Malaysia

d)

Sambutan Hari Kemerdekaan

26.

Pada tahun 1971, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Apakah kepentingan dasar tersebut?

a)

Menanam taat setia

b)

Mengekalkan identiti negara

c)

Melahirkan semangat patriotik

d)

Menjaga hak peribumi

27.

Bagaimanakah kerajaan memelihara keperibadian kebangsaan di negara kita?

a)

Menubuhkan Kementerian Wanita dan Keluarga

b)

Memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

c)

Mengadakan majlis rumah terbuka semasa perayaan

d)

Menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mahkamah

28.

Berikut adalah prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

*Kebudayaan Melayu sebagai tunjang

*Kebudayaan lain sesuai diterima

* X

Apakah prinsip X tersebut?

a)

Mengukuhkan perpaduan bangsa

b)

Mempertingkatkan kualiti kehidupan

c)

Menerapkan adat resam peribumi

d)

Islam menjadi unsur penting

29.

Mengapakah kerajaan menganjurkan program Citrawarna Malaysia yang melibatkan pelbagai kaum?

a)

Membangunkan sosioekonomi

b)

Memperkayakan budaya negara

c)

Mempromosikan pelancongan

d)

Membina identiti bangsa

30.

Maklumat berikut berkaitan dengan program kebudayaan kebangsaan.

*Dianjurkan sejak tahun 1999

*Diadakan pada bulan Mei setiap tahun

*Bertempat di Dataran Merdeka

Apakah program kebudayaan tersebut?

a)

Citrawarna Malaysia

b)

Festival Seni Selat Melaka

c)

Semarak Bulan Kebudayaan

d)

Program Merakyatkan Seni Budaya

31.

Bilakah Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperakui melalui Kongres Kebudayaam Kebangsaan?

a)

1970

b)

1971

c)

1972

d)

1973

32.

Kongres Kebudayaan Kebangsaan Kali Kedua diadakan di UKM pada 15 April 2017. Antara resolusi kongres tersebut termasuklah

a)

Memperkasakan Kebudayaan Nasional sebagai identiti bangsa

b)

Menyusun semula masyarakat bagi mewujudkan perpaduan

c)

Mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum

d)

Membentuk dasar berkaitan dengan taman laut

33.

Bagaimanakah dasar 1 murid 1 sukan dapat mewujudkan perpaduan?

a)

menggalakkan murid pelbagai kaum melibatkan diri dalam sukan

b)

menggalakkan murid menyertai satu aktiviti sukan mengikut kaum

c)

menggalakkan murid dari satu kaum sahaja mengambil bahagian dalam acara sukan

d)

melibatkan murid mengikut kaum dari pelbagai peringkat umur menyertai aktiviti sukan

34.

Apakah kepentingan temasya sukan malaysia (SUKMA) yang diadakan secara dwitahunan kepada malaysia?

a)

mengeratkan hubungan kaum

b)

memantapkan hubungan serantau

c)

memperkasa semangat kenegerian

d)

menggalakkan integrasi antara negara

35.

Mengapakah rakyat Malaysia perlu menghayati prinsip Rukun Negara?

a)

Memupuk semangat persaingan

b)

Asas kepada sistem demokrasi

c)

Memupuk perpaduan

d)

Menjamin keadilan

36.

Apakah matlamat penubuhan Rukun Negara?


(Pilih dua jawapan sahaja)

a)

Memberi kebebasan mutlak

b)

Mencipta masyarakat yang adil

c)

Membina masyarakat yang progresif

d)

Menanamkan taat setia kepada negara

37.

Sukan merupakan salah satu aktiviti kokurikulum yang penting di sekolah.


Apakah tujuan utama Dasar 1 Murid 1 Sukan?

a)

Melahirkan sukarelawan sukan

b)

Memupuk semangat setia kawan

c)

Mencapai markah kokurikulum yang tinggi

d)

Menceburi salah satu bidang sukan yang digemari

38.

X - Dibentuk selepas peristiwa 13 Mei 1969 untuk membimbing rakyat ke arah perpaduan.


Apakah X?

a)

Majlis Amanah Rakyat

b)

MAGERAN

c)

Majlis Perundingan Negara

d)

Rukun Negara

39.

Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan dua tahun sekali.


Apakah kepentingan sukan tersebut kepada kita?

a)

mengukuhkan hubungan negeri

b)

merupakan suntikan ekonomi

c)

memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional

d)

menyemarakkan semangat patriotik

40.

Antara berikut yang manakah prinsip rukun negara yang kelima

a)

keluhuran perlembagaan

b)

kesopanan dan kesusilaan

c)

kedaulatan undang-undang

d)

kesetiaan kepada raja dan negara