NEW
Font size
WorksheetsKuiz Peribahasa Men Rendah
Total questions: 25
Worksheet time: 5mins
Maksud perumpamaan seperti belangkas ialah.................
Tidak pernah berpisah
dua orang yang terlalu intim perhubungannya dan tidak dapat dipisahkan.
dua orang yang suka berkelahi apabila bertemu
orang yang kehilangan tempat bergantung
Bagai melepaskan batuk di tangga bermaksud......
sikap orang yang tak pernah serik
menolong orang yang tidak tahu berterima kasih
melakukan sesuatu pekerjaan itu haruslah berhati-hati
membuat sesuatu kerja tetapi tidak pernah selesai
Bagai pinang dibelah dua sama maksud dengan perumpamaan di bawah kecuali.....
bagai cincin dengan permata
bagai tanduk bersendi gading
seperti cincin terlekat dijari
sirih pulang ke gagang
Peribahasa berikut bermaksud perantau yang pulang ke tempat asal kecuali......
Haruan pulang ke lubuk
alang-alang berdakwat biar hitam
belut pulang ke lumpur
sirih pulang ke gagang
Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua sangat sinonim maksudnya dengan peribahasa ..............................
menangguk air di keruh
telur dihujung tanduk
air dicencang tak akan putus
Bapa borek anak rintik
tepuk dada tanya selera bermaksud..............
berfikir masak-masak sebelum melakukan sesuatu perkara agar sesuai dengan kemampuan.
berfikir bermain masak-masak
melakukan sesuatu perkara mengikut kesesuaian
jangan terburu-buru dalam melakukan pekerjaan.
Jangan terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara. Peribahasa yang menggambarkan situasi ini adalah....................
tak usah diajar anak buaya berenang
tepuk dada tanya selera
tiada rotan akar pun berguna
tak lari gunung dikejar
.................................................................adalah peribahasa yang tepat bagi menggambarkan pengorbanan sepasang suami isteri membesarkan dua anak kurang upaya (OKU) mereka dalam kedaifan.
Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Berakit-rakit dahulu,berenang-renang ketepian
Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti 'tuma'
Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari bermaksud
disangkakan akan bahagia dalam tempoh yang lama, tiba-tiba ditimpa bencana.
daripada hidup membuat dosa, lebih baik mati meninggalkan nama baik.
mendapat kemudaratan daripada kelebihan yang ada.
perkara yang dilebih-lebihkan daripada keadaan sebenarnya.
Ayah menyindir abang yang seperti................................................................kerana banyak sangat keinginan dan rancangan yang ingin dilakukan tetapi tiada sebarang kemahiran.
indah khabar dari rupa
biar titik jangan tumpah
burung terbang dipipiskan lada
kalau kail panjang sejengkal ,jangan lautan hendak diduga
Puan Mariam telah banyak melalui.................................................dalam kehidupannya.
banyak mulut
baik sangka
asam garam
bermasam muka
Pengadil itu telah digantung khidmatnya kerana bersikap........................................
berat hati
berat mulut
berat tulang
berat sebelah
Ahmad seperti ...................................................................sebab dia tidak suka bergaul dengan kawan-kawannya.
kera sumbang
puteri lilin
raja sehari
sebatang kara
Hati Maria hancur luluh ..........................................................apabila mendapat berita permohonannya ke asrama penuh ditolak.
seperti kacang lupakan kulit
bagai kaca jatuh ke batu
seperti itik mendapat air
bagai katak di bawah tempurung
Kamarul dan tunangnya sangat secocok ........................................................
bagai emak mandul baru beranak
bagai umang-umang
seperti limau masam sebelah
bagai lesung dengan antan
Bagai menghitung bulu kambing sama maksud dengan........................................
bagai pahat dengan penukul
bagai mendukung biawak hidup
bagai mencurah air didaun keladi
orang buta diberi bersuluh
Apabila ibu dan ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, hidup lima beradik itu ..............................................................................................................
seperti anjing berebut tulang
seperti anjing bercawat ekor
seperti anak ayam kehilangan ibu
seperti ayam berak kapur
Bagai dihiris dengan sembilu bermaksud......................................
orang yang lemah tidak berdaya
sesuatu hal yang tidak menyenangkan hati
keadaan gelisah, risau, dan tidak tenteram
rasa sakit dan pedih hati
"Semasa menjawab peperiksaan, fikir dahulu jangan hanya ......................................................,"kata cikgu Norashikin kepada pelajarnya.
omong kosong
hentam kromo
hilang akal
lepas tangan
Malam tadi Ihsan ........................................................sehingga dia tidak sedar semasa pencuri masuk ke rumahnya.
hilang akal
tidur-tidur ayam
tidur mati
gelap mata
Kalau hendak seribu daya, kalau tak mahu seribu dalih sama maksud dengan..............................................
hati hendak semua jadi
malu bertanya sesat jalan
malu mendayung, perahu hanyut
malas menggerit perut perit
Kerja memotong kayu itu.........................................................bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi dia sudah melakukannya.
bidan terjun
ukur baju di badan sendiri
lain dimulut lain di hati
alah bisa tegal biasa
Kita menaruh harapan kepada orang yang kita percayai tetapi orang itu pula menghianati kita. Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan ini adalah.....................................................
Rosak badan kerana mulut
Indah khabar dari rupa
Harapkan pagar, pagar makan padi
sudah calit, jangan dipalit
Farah lebih suka membeli barangan yang lebih murah kerana baginya sebelum berbelanja perlulah.....................................
cermat masa banyak, jimat masa sedikit
ukur baju di badan sendiri
biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati
biar putih tulang jangan putih mata
Azlinda dan Alice sering bertengkar apabila bertemu.............................
seperti anjing menggonggong tulang
seperti anjing bercawat ekor
bagai anjing dengan kucing
seperti anjing berebut tulang
