Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan Bab 4 (4.2)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Gambar yang berikut menunjukkan suatu bahagian fungsian bagi kedai ibrahim

Apakah bahagian fungsian yang terlibat ?

a)

Jualan

b)

Pemasaran

c)

Pengeluaran

d)

Pengurusan Sumber Manusia

2.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan pemasaran kepada organisasi perniagaan?

a)

Menjimatkan kos

b)

Meningkatkan kecekapan

c)

Meluaskan pasaran produk

d)

Meningkatkan kualiti produk

3.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan fungsian bahagian jualan?

i Merancang pengeluaran

ii Mengawal kualiti produk

iii Mengemas kini rekod pelanggan

iv Memberi maklum balas kepada pelanggan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

4.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan suatu bahagian fungsian

1) Mengawal kecekapan penggunaan sumber

2) Mengawal kualiti produk dan perkhidmatan

3) Memastikan keperluan dan kehendak pengguna dipenuhi

Apakah bahagian fungsian tersebut?

a)

Pemasaran

b)

Pengeluaran

c)

Pentadbiran

d)

Khidmat Pelanggan

5.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan bahagian fungsian?

Encik Izzudin adalah pemilik ZBK Trading. Baru-baru ini ZBK Trading telah menerima pesanan sebanyak 500 unit produk A

Antara yang berikut, bahagian fungsian yang manakah perlu digerakkan bagi memastikan produk sampai ke tangan pelanggan?

a)

Pemasaran

b)

Pentadbiran

c)

Pengagihan

d)

Pengeluaran

6.

Rajah 2 menunjukkan elemen campuran pemasaran.

X mungkin sekali ialah

i harga

ii Produk

iii Kualiti Produk

iv Pembungkusan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

7.

Pernyataan yang manakah benar tentang pengagihan?

a)

Memastikan cara untuk mempromosikan barang dan perkhidmatan

b)

Memastikan maklumat tentang produk disebarkan kepada pengguna

c)

Memastikan produk yang di agihkan kepada pelanggan menepati mutu

d)

Memastikan produk yang dihasilkan dapat disampaikan kepada pengguna tepat pada masanya

8.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan bahagian fungsian

'"Encik Jasmi telah menjalankan perusahaan penternakan udang. Beliau membekalkan udang tersebut ke pasar pagi atau menjual sendiri udangnya"

Bagaimanakah bahagian fungsian pemasaran dapat membantu meningkatkan jualan udang Encik Jasmi?

a)

Menjalankan aktiviti promosi bagi memberitahu pelanggan tentang kewujudan produk Encik Jasmi

b)

Membuat perancangan yang rapi bagi memastikan kos operasi sentiasa berada pada tahap yang minimum

c)

Mengagihkan produk udang beliau agar dapat disampaikan kepada pengguna tepat pada masanya

d)

Menjalankan aktiviti penternakan udang yang berterusan bagi memastikan bekalan udang tidak terputus

9.

Gambar yang berikut menunjukkan seorang pekerja yang bekerja di sebuah syarikat.

Apakah bahagian fungsian pekerjaan bagi pekerja tersebut?

a)

Kewangan

b)

Pengagihan

c)

Pentadbiran

d)

Khidmat Pelanggan

10.

Bagaimanakah aktiviti yang dijalankan oleh bahagian fungsian pemasaran dapat meningkatkan keuntungan perniagaan ?

a)

Mengurangkan kos

b)

Meningkatkan penawaran

c)

Meningkatkan permintaan

d)

Meningkatkan pengeluaran