Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Maulidur Rasul

Total questions: 10

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tarikh (Kalendar Islam) Hari Keputeraan Rasulullah s.a.w (Maulidur Rasul) disambut pada setiap tahun?

a)

11 Rabiulawal

b)

12 Rabiulawal

c)

11 Muharram

d)

12 Muharram

2.

Apakah haiwan yang dikaitkan dengan tahun kelahiran Rasulullah s.a.w?

a)

b)

c)

d)

3.

Mengapakah tahun tersebut dinamakan tahun Gajah?

a)

Terjadinya peristiwa perang Badar

b)

Peristiwa pembunuhan Habil dilakukan oleh saudaranya, Qabil

c)

Serangan tentera bergajah Abrahah dari Yaman ke atas Kaabah

d)

Terjadi peristiwa Israk Mikraj

4.

Mengapakah Abrahah begitu ingin menyerang dan memusnahkan Kaabah?

i. Untuk mengalihkan ziarah penduduk Arab dari Kaabah di Makkah kepada gereja besar di Sana’a

ii. Cemburu dengan kemasyhuran Kaabah di Makkah

iii. Dendam kepada Rasulullah s.a.w

iv. Tidak puas hati dengan pemerintah dan penduduk Makkah yang tidak mahu melawat gereja besar di Sana’a

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

ii, iii dan iv

5.

Bagaimanakah Allah menghancurkan tentera bergajah Abrahah?

a)

Dibunuh oleh tentera dari Makkah

b)

Datangnya sekumpulan burung Ababil membedil batu-batu kecil ke arah tentera tersebut

c)

Dibunuh oleh tentera dari Rom

d)

Dibunuh oleh tentera dari Parsi

6.

Apakah Surah dalam al-Quran yang dikaitkan dengan peristiwa ini?

a)

Al-Zalzalah

b)

Al-Fiil

c)

Al-Asr

d)

Yassin

7.

Apakah peristiwa penting yang terjadi kepada Rasulullah dalam Tahun Kesedihan atau Tahun Dukacita pada tahun ke-10 kenabian?

i. Kewafatan isteri kesayangan iaitu Siti Khadijah

ii. Kewafatan bapa saudara yang rapat iaitu Abu Talib

iii. Kewafatan sahabat iaitu Bilal bin Rabbah

iv. Peristiwa Hijrah dari Makkah ke Madinah

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iii

d)

ii dan iv

8.

Apakah amalan yang boleh dilakukan bagi menunjukkan kasih sayang kita kepada Rasulullah s.a.w pada hari Maulidur Rasul?

i. Berselawat kepada Rasulullah s.a.w

ii. Menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w

iii. Membaca sirah Rasulullah s.a.w

iv. Menghidupkan perjuangan sebagai sunnah utama

a)

i dan ii sahaja

b)

i, ii dan iii sahaja

c)

i, ii dan iv sahaja

d)

Semua di atas

9.

Antara sunnah Rasulullah s.a.w yang boleh kita amalkan adalah

i. Tutup mulut apabila menguap

ii. Membunuh cicak

iii. Memberi sedekah

iv. Menghilangkan gangguan di atas jalan

a)

i dan ii sahaja

b)

i, ii dan iii sahaja

c)

i, ii dan iv sahaja

d)

Semua di atas

10.

Annas bin Malik mengatakan. “Warna yang paling disukai Rasulullah s.a.w adalah…”

a)

Ungu

b)

Merah

c)

Hijau

d)

Kuning