Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ergonomic Risk Assesment

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah merupakan pengertian Ergonomik :

a)

Bidang sains yang berhubung kesesuaian pekerja dengan persekitaran tempat kerja

b)

Bidang keusahawanan yang melibatkan perniagaan dan aset

c)

Bidang kimia berfokuskan rangkaian molekul

d)

Bidang matematik merangkumi kalkulus dan algebra

2.

Istilah ERGONOMIK berasal dari perkataan Greek iaitu:

a)

ERGON dan NOMIS

b)

ERGON dan NOMOS

c)

ERGAN dan NOMOS

d)

ERGAN dan NOMIS

3.

Garispanduan berkaitan ergonomik yang dibangunkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia adalah

a)

Guidelines on Ergonomics Risk Assessment At Workplace 2017

b)

Guidelines on ergonomik risk possibility at workplace 2016

c)

Guidelines on ergonomik risk assessment at workplace 2018

d)

Guidelines on ergonomik risk safety at workplace 2017

4.

Berikut adalah objektif menjalankan penaksiran risiko ergonomik KECUALI :

a)

Mengesyorkan langkah kawalan yang sesuai kearah pengurangan risiko

b)

Menilai tahap risiko ergonomik

c)

Mengenal pasti faktor risiko ergonomik yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada pekerja

d)

Meningkatkan risiko dan kemudaratan fizikal di tempat kerja

5.

Dua (2) pendekatan dalam menjalankan aktiviti penaksiran risiko ergonomik di tempat kerja iaitu…

a)

proaktif dan reaktif

b)

proaktif dan pasif

c)

aktif dan pasif

d)

aktif dan reaktif

6.

ERA Awalan diperlukan jika terdapat _______________ yang dikenal pasti ada pada pekerja melalui borang penilaian kendiri yang diisi.

a)

keadaan tidak selamat

b)

kesakitan atau ketidakselesaan

c)

kemalangan

d)

perbuatan tidak selamat

7.

Penaksiran Risiko Ergonomik Awalan dan Lanjutan hendaklah dijalankan oleh:

a)

Ahli Jawatankuasa Ergonomik

b)

Orang Terlatih Ergonomik

c)

Orang Terpilih Ergonomik

d)

Ahli Tertinggi Ergonomik

8.

Orang Terlatih Ergonomik ialah ________________________ .

a)

mana- mana individu yang bekerja sebagai penguatkuasa undang-undang

b)

mana- mana individu yang lulus kursus Penaksiran Risiko Ergonomik Awalan

c)

mana-mana individu yang telah menghadiri serta lulus penilaian Kursus Penaksiran Risiko Ergonomik Awalan / Lanjutan

d)

mana- mana individu yang dilantik oleh Pesuruhjaya Kerajaan

9.

Susunan langkah-langkah menjalankan Era Awalan yang tepat adalah:

i. Ringkasan penilaian faktor risiko ergonomik

ii. Penaksiran otot berangka

iii. Kenal pasti faktor risiko ergonomik

a)


iii, ii dan i

b)


ii, i dan iii

c)

ii, iii dan i

d)


i, ii dan iii

10.

Manakah antara aktiviti berikut yang tidak dikategorikan sebagai faktor risiko ergonomik bagi penggunaan daya berlebihan:

a)

Pengendalian beban dalam keadaan duduk

b)

Berdiri terlalu lama

c)

Mengangkat dan menurun beban

d)

Menolak dan menarik beban

11.

Faktor risiko persekitaran meliputi:

i. Pencahayaan

ii. Suhu melampau

iii. Pengudaraan

iv. Pendedahan bising berlebihan

a)


i dan ii

b)


iii dan iv

c)

i, ii dan iii

d)

Semua di atas

12.

Terdapat tiga langkah menjalankan ERA lanjutan . Langkah pertama adalah mengenal pasti faktor risiko ergonomik yang memerlukan penaksiran lanjutan hasil daripada ___________________________ .

a)

penemuan ERA kedua

b)

penemuan ERA pertengahan

c)

penemuan ERA pengakhiran

d)

penemuan ERA Awalan

13.

Penentuan tahap risiko bagi ERA Lanjutan terbahagi kepada: i. Risiko Bawah ii. Risiko Rendah iii. Risiko Sederhana iV. Risiko Tinggi

a)


i, ii dan iii

b)

ii, iii dan iv

c)

i dan iv

d)


i dan ii

14.

Berikut merupakan faktor risiko ergonomik kecuali:

a)

Penggunaan Daya Berlebihan

b)

Pergerakan Berulang

c)

Postur Janggal

d)

Rekabentuk Stesen Kerja

15.

Hierarki kawalan berdasarkan pendekatan ergonomik adalah:

i. Penghapusan

ii. Penggantian

iii. Pengasingan

iv. Penguasaan

a)

i,ii dan iii

b)

ii, iii dan iv

c)

i dan iv

d)


i, ii, iii dan iv

16.

Yang manakah merupakan hierarki kawalan yang paling kurang berkesan?

a)

Kelengkapan pelindung diri

b)

Penggantian

c)

Penghapusan

d)

Kejuruteraan

17.

Kaedah PENGGANTIAN dalam sesuatu langkah kawalan bermaksud:

a)

Mengekalkan semua amalan kerja tanpa penambahbaikan

b)

Menggantikan proses kerja / bahan / amalan kerja berbahaya dengan yang kurang berbahaya

c)

Memberikan kursus kepada pekerja

d)

Mendapatkan cengkaman lebih berkesan

18.

Laporan penaksiran risiko ergonomik terbahagi kepada dua iaitu:

a)

Laporan ERA Awalan dan Akhiran

b)

Laporan ERA Pertengahan dan Lanjutan

c)

Laporan ERA Awalan dan Pertengahan

d)

Laporan ERA Awalan dan Lanjutan

19.

Berikut manakah tidak terdapat dalam kandungan laporan ERA Awalan:

a)

Sejarah pekerjaan dan sejarah perubatan pekerja yang terlibat

b)

Penerangan tentang tugas dan aktiviti kerja di setiap unit kerja

c)

Hasil ERA Awalan

d)

Nama dan alamat tempat kerja

20.

Penaksiran risiko ergonomik perlu dijalankan semula sekiranya berlaku perkara berikut:

a)

Tiada gejala atau aduan kecederaan berkaitan ergonomik

b)

Perubahan dalam kaedah atau proses kerja

c)

Tidak diarahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

d)

Pengurangan pada kawalan ergonomik