wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pertandingan Kuiz Recover with Integrity Conciousness

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Rasuah adalah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Berikut merupakan suapan yang dianggap sebagai rasuah, kecuali

a)

Wang & hadiah

b)

Undi

c)

Dendaan

d)

Perkhidmatan

3.

Kes berikut dianggap sebagai rasuah kecuali

a)

Seorang kontraktor memberi RM1,500 kepada Pegawai Pengurusan Perhutanan, Sandum Hitam supaya mempercepatkan proses permohonan “Permit To Enter Coupe”.

b)

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor meminta suapan wang tunai RM40,000 untuk melepaskan seorang lelaki dari kes dadah.

c)

Seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan.

d)

Seorang perniaga memberi hadiah kepada pelanggan supaya pelanggan dapat menjalankan perniagaan dengannya pada masa akan datang.

4.

Apakah objektif penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia?

a)

Membanteras segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan secara berterusan.

b)

Menerajui usaha pencegahan rasuah di seluruh dunia

c)

Menjadikan SPRM sebagai organisasi yang dinamik

d)

Menjadikan SPRM agensi pencegahan rasuah bertaraf dunia

5.

Bilakah Badan Pencegahan Rasuah diwujudkan?

a)

29 Ogos 1973

b)

13 Mei 1982

c)

1 Oktober 1967

d)

1 Januari 1960

6.

Berikut merupakan moto SPRM, kecuali

a)

Amanah: Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab

b)

Rasional: Berfikir berdasarkan alasan yang nyata dan dapat mengambil tindakan berdasarkan pertimbangan yang wajar

c)

Tegas: Menjalankan penyiasatan terhadap semua perlakuan rasuah secara objektif dan tanpa pilih kasih

d)

Adil: Bertindak secara saksama tanpa prasangka dan berat sebelah dalam semua keadaan berteruskan keluhuran undang-undang

7.

Masyarakat tidak perlu gentar untuk membantu membanteras kes rasuah. SPRM sentiasa memastikan kerahsiaan maklumat yang diberikan dan PEMBERI MAKLUMAT adalah dilindungi serta tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua keadaan. Berikut merupakan Akta melindungi pemberi maklumat kecuali

a)

Akta SPRM 2009

b)

Akta Perlindungan Pihak 2011

c)

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010

d)

Akta Perlindungan Saksi 2009

8.

Berikut merupakan cara-cara membuat aduan kes rasuah. Cara 1: Datang sendiri ke mana-mana pejabat BPR Cara 2: ____________________________________ Cara 3: Tulis surat ke BPR, Peti Surat 6000 (tanpa setem) Apakah cara kedua?

a)

Telefon BPR talian biasa 03-688867000 atau Talian Bebas Tol 1-800-88-6699

b)

Telefon BPR talian biasa 03-688867000 atau Talian Bebas Tol 1-800-88-8844

c)

Telefon BPR talian biasa 03-689967000 atau Talian Bebas Tol 1-800-88-6699

d)

Telefon BPR talian biasa 03-689967000 atau Talian Bebas Tol 1-800-88-6699

9.

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sememangnya ada menjalankan kajian terhadap perlakuan rasuah di kalangan penjawat awam. Yang manakah bukan punca utama yang menyebabkan berlakunya rasuah di kalangan penjawat awam?

a)

Mempunyai gaya hidup di luar kemampuan

b)

Sikap tamak dan haloba

c)

Wujudnya ruang dan peluang untuk melakukan perbuatan rasuah

d)

Menjaga maruah sendiri

10.

Apakah hukuman bagi kesalahan rasuah?

a)

Dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan didenda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM15,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

b)

Dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM50,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

c)

Dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

d)

Dipenjara selama-lamanya

11.

Di bawah manakah adalah nama penuh CIP?

a)

Corporat Integrity Pledge

b)

Community Integrity Pledge

c)

Community international platform

12.

Untuk menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan antirasuah dalam organisasi adalah tujuan untuk?

a)

A.NACP

b)

B.OACP

c)

C. BPMP

13.

Di bawah yang mana bukan syarat akta 711?

a)

Pemberi maklumat hadir sendiri dan berjumpa dengan pegawai SPRM sama ada di pejabat atau di mana-mana tempat.

b)

Sekiranya pendedahan Kelakuan Tidak Wajar dibuat melalui surat/emel/panggilan telefon/khidmat pesanan ringkas, pemberi maklumat perlu menyatakan identiti dan alamat atau cara bagaimana beliau boleh dihubungi.

c)

Pemberi maklumat tidak bersedia untuk dikenali oleh SPRM.

14.

Sekiranya anda gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah di bawah Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009, akan diberi

a)

Denda RM 100

b)

Denda tidak lebih RM1000

c)

Denda tidak lebih RM 100000

d)

Denda tidak lebih RM 10000

15.

Di mana bukan objektif Pendidikan antirasuah?

a)

Meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kesalahan rasuah berdasarkan Akta SPRM 2009, impak rasuah dan langkah-langkah mencegah jenayah rasuah

b)

Menyemai nilai jujur dan antirasuah dalam setiap lapisan masyarakat

c)

Memperjelaskan isu-isu semasa berkaitan rasuah bagi mendapatkan sokongan masyarakat terhadap SPRM

d)

Membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab dalam memerangi rasuah