wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T4 BAB 2 : TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Apakah peranan Bank Negara Malaysia?

a)

Menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan

b)

Menawarkan pembiayaan kepada orang ramai

c)

Memantau dan mengawal keadaan ekonomi

d)

Menerbitkan syer syarikat awam berhad

2.

Isu serantau ialah isu yang melibatkan ….

a)

Perdagangan antarabangsa seperti import dan eksport

b)

Masalah yang dihadapi oleh sesebuah negara seperti kadar pertumbuhan ekonomi

c)

Hubungan antara Malaysia dengan negara jiran seperti Thailand

d)

Perniagaan di kawasan setempat seperti hubungan perniagaan dengan komuniti

3.

Akta manakah yang melindungi kepentingan pengguna?

a)

Akta Perkongsian 1961

b)

Akta Syarikat 2016

c)

Akta Perihal Dagangan 1972

d)

Akta Perhubungan Industri 1967

4.

Antara berikut, akta manakah yang berkaitan dengan perlindungan pengguna agar tidak ditindas oleh peniaga?

I. Akta Perkongsian 1961

II. Akta Perihal Dagangan 1972

III. Akta Kawalan Harga 1946

IV. Akta Perhubungan Industri 1967

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Mengapakah kerajaan pusat melaksanakan dasar fiskal dan dasar ekonomi?

a)

Untuk memastikan eksport mengatasi import

b)

Untuk memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi

c)

Untuk mengurangkan aliran masuk mata wang asing

d)

Untuk meningkatkan pendapatan penduduk

6.

Antara berikut, yang manakah BUKAN insentif yang diberikan oleh kerajaan untuk menggalakkan rakyat menceburi bidang perniagaan?

a)

Cukai barangan

b)

Taraf perintis

c)

Elaun cukai pelaburan

d)

Elaun pelaburan semula

7.

Maklumat di atas berkaitan pelepasan cukai yang layak diterima oleh Syarikat Warisan Bonda Sdn Bhd.

Apakah X?

a)

Taraf perintis

b)

Potongan cukai

c)

Pengecualian cukai

d)

Elaun pelaburan semula

8.

Manakah yang berikut adalah peranan kerajaan pada peringkat serantau untuk menggalakkan perniagaan?

a)

Mengurangkan kadar faedah

b)

Menyediakan elaun eksport

c)

Meningkatkan pengeluaran barang dan perkhidmatan barang

d)

Membantu meningkatkan pendapatan penduduk setempat

9.

Gambar di atas berkaitan dengan agensi kerajaan. Pernyataan yang manakah merupakan peranan agensi tersebut?

a)

Menyediakan latihan dan pembangunan usahawan

b)

Menyediakan sumber kewangan kepada usahawan

c)

Mempromosikan aktiviti perdagangan di Malaysia

d)

Menjamin kedudukan kewangan pencarum pada usia tua

10.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan peranan SIRIM?

a)

Penyelidikan dan pembangunan

b)

Kemudahan insfrastruktur dan ruang niaga

c)

Latihan dan pengurusan

d)

Promosi dan pemasaran

11.

Antara berikut, yang manakah merupakan bidang kuasa pihak kerajaan di atas?

I. Menyediakan lokasi strategik untuk aktiviti perniagaan

II. Menggalakkan pelabur asing dan tempatan

III. Menggubal undang-undang kecil perniagaan

IV. Merangka dan melaksanakan dasar pembangunan setempat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Antara berikut, agensi manakah yang terlibat membantu peniaga dalam kegiatan promosi?

I. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

II. Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

III. Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

IV. Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia (PKKM)

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Apakah yang dimaksudkan dengan guna tenaga penuh?

a)

Kadar pengangguran kurang daripada empat peratus (4%)

b)

Negara akan menghadapi kemelesetan ekonomi

c)

Semua penduduk mempunyai pekerjaan

d)

Tidak berlaku pengangguran geseran

14.

Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah pengangguran bermusim?

a)

Mengehadkan penggunaan mesin moden untuk proses tertentu

b)

Melaksanakan dasar fiskal untuk mengekang kemelesetan ekonomi

c)

Memberi insentif kepada peniaga yang membenarkan pekerja terus bekerja

d)

Membuat perancangan ekonomi sesuai dengan trend perubahan ekonomi semasa

15.

Antara berikut, pernyataan manakah yang menerangkan kesan deflasi?

I. Penduduk kehilangan pekerjaan

II. Meningkatkan kuasa beli penduduk

III. Menurunkan penawaran barang di pasaran

IV. Menurunkan permintaan barang di pasaran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Inflasi ialah fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan. Apakah kesan inflasi kepada ekonomi?

a)

Kuasa beli individu menurun

b)

Kadar pengangguran bertambah

c)

Penurunan pendapatan benar individu

d)

Pertambahan stok-stok barang yang tidak terjual

17.

Antara berikut, yang manakah merupakan trend persekitaran perniagaan?

I. Trend melintang

II. Trend meningkat

III. Trend mendatar

IV. Trend mencapah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Trend persekitaran perniagaan adalah suatu arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan.

Pernyataan manakah adalah BENAR?

a)

Trend menurun menyebabkan operasi perniagaan tidak stabil

b)

Trend meningkat menyebabkan operasi perniagaan semakin merosot

c)

Trend menurun menyebabkan operasi perniagaan dalam keadaan malar

d)

Trend mendatar menyebabkan operasi perniagaan tiada perubahan ketara

19.

Pilih jenis pasaran yang BENAR.

a)

Contoh produk bagi pasaran untuk semua ialah sabun pencuci

b)

Contoh produk bagi pasaran produk ialah pelaburan

c)

Contoh produk bagi pasaran kewangan ialah perumahan

d)

Contoh produk bagi pasaran untuk semua ialah makanan

20.

Apakah faktor yang mempengaruhi graf jualan di atas?

I. Berlaku bencana alam

II. Gaya pengurusan yang cekap dan sistematik

III. Penyelidikan dan pembangunan sangat berjaya

IV. Aktiviti pemasaran yang dilaksanakan kurang berkesan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi meningkat?

a)

Guna tenaga semakin menurun

b)

Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran

c)

Cukai yang dikutip oleh kerajaan semakin meningkat

d)

Jualan dan keuntungan perniagaan adalah malar

22.

Apakah faktor luaran yang menyebabkan aktiviti perniagaan mengalami penurunan?

a)

Pekerja kurang bermotivasi

b)

Strategi pemasaran yang kurang berkesan

c)

Kos pengeluaran semakin meningkat

d)

Keadaan ekonomi semakin lembab

23.

Berhubung dengan persekitaran perniagaan, pernyataan manakah yang BETUL tentang faktor dalaman yang mempengaruhi perniagaan?

I. Kerajaan meluluskan undang-undang baharu perniagaan

II. Organisasi menggaji pakar dalam menguruskan perniagaan

III. Perniagaan dapat menghasilkan produk baharu melalui penyelidikan

IV. Permintaan untuk produk meningkat kerana ekonomi semakin rancak

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

24.

Akta manakah yang melindungi kepentingan peniaga dan pengguna?

a)

Akta Syarikat 1965

b)

Akta Perkongsian 1961

c)

Akta Jualan Barangan 1957

d)

Akta Perhubungan Industri 1967

25.

Gaya pengurusan manakah yang menunjukkan tindakan majikan yang tegas bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan?

a)

Gaya pengurusan sokongan

b)

Gaya pengurusan sederhana

c)

Gaya pengurusan autokratik

d)

Gaya pengurusan laissez-faire

26.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis gaya pengurusan.

Apakah gaya pengurusan berkenaan?

a)

Gaya pengurusan laissez-faire

b)

Gaya pengurusan autokratik

c)

Gaya pengurusan demokratik

d)

Gaya pengurusan sokongan

27.

Encik Hakim menggaji Sarah yang baru tamat pelajaran di sebuah universiti tempatan sebagai seorang kerani kewangan.

Apakah kekurangan pengambilan sumber manusia tersebut?

a)

Tidak membawa idea yang baharu

b)

Kos merekrut yang tinggi

c)

Mempunyai pengetahuan stereotaip

d)

Tidak mempunyai kemahiran yang baharu

28.

Apakah kelebihan penggunaan sumber dalaman dalam proses pengambilan pekerja?

a)

Pekerja dapat membawa idea baharu

b)

Pekerja sedia ada lebih bermotivasi

c)

Pekerja membawa kemahiran baharu

d)

Tidak akan wujud kekosongan jawatan

29.

Rajah berikut berkaitan dengan campuran pemasaran.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan X?

a)

Pembungkusan penting untuk menjami produk tahan lama

b)

Kos pengeluaran yang tinggi akan merugikan peniaga

c)

Promosi jualan dapat meningkatkan jualan

d)

Barang perlu diedarkan secara meluas untuk meningkatkan jualan

30.

Mengapakah sosiobudaya merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi organisasi dalam menjalankan perniagaan?

a)

Menawarkan produk mengikut cita rasa pengeluar

b)

Menawarkan produk yang dapat memenuhi kehendak masyarakat

c)

Mengeluarkan produk secara massa tanpa mengira cita rasa masyarakat setempat

d)

Mengeluarkan produk berkualiti tinggi

31.

Antara berikut, manakah faedah yang akan diperoleh oleh perniagaan kesan penciptaan teknologi baharu?

I. Mengurangkan kos pengeluaran

II. Meningkatkan kos penyelenggaraan

III Meningkatkan produktiviti

IV. Menjimatkan masa pengeluaran

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

32.

Apakah faktor dalaman dan faktor luaran yang mempengaruhi persekitaran perniagaan?

a)

Faktor Dalaman - politik

Faktor Luaran - teknologi maklumat

b)

Faktor Dalaman - undang-undang

Faktor Luaran - teknologi

c)

Faktor Dalaman - pengeluaran

Faktor Luaran - kewangan

d)

Faktor Dalaman - pemasaran

Faktor Luaran - ekologi

33.

Keputusan kerajaan untuk menggantikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) telah membawa kesan perubahan ekonomi.

Apakah faktor luaran yang memacu kepada keputusan kerajaan tersebut?

a)

Politik dan perundangan

b)

Ekonomi

c)

Sosiobudaya

d)

Teknologi

34.

Maklumat berikut berkaitan faktor yang mempengaruhi persekitaran perniagaan.

Apakah faktor tersebut?

a)

Politik

b)

Ekonomi

c)

Sosiobudaya

d)

Ekologi

35.

Pernyataan manakah yang sesuai mewakili X dalam analisis SWOT?

a)

Perkembangan ekonomi meningkatkan permintaan untuk produk syarikat

b)

Undang-undang baharu diluluskan oleh kerajaan untuk melindungi kebajikan pekerja

c)

Jenama produk syarikat sudah dikenali di seluruh dunia kerana berkualiti

d)

Pihak pesaing berjaya memperkenalkan ciri baharu dalam produk

36.

Melalui kemajuan teknologi, Encik Lee telah mengembangkan perniagaannya kepada perniagaan atas talian dan membuat pemasaran digital bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Berdasarkan analisis SWOT, kemajuan teknologi merupakan …

a)

Kekuatan

b)

Kelemahan

c)

Peluang

d)

Ancaman

37.

Pernyataan berikut berkaitan dengan SWOT.

Menurut SWOT, faktor di atas dikenali sebagai apa?

a)

Kekuatan

b)

Kelemahan

c)

Peluang

d)

Ancaman

38.

Antara berikut, yang manakah analisis faktor dalaman?

a)

Kekuatan dan peluang

b)

Kekuatan dan kelemahan

c)

Kelemahan dan ancaman

d)

Kelemahan dan peluang

39.

Antara berikut, yang manakah BUKAN kesan perubahan dari aspek trend kepada organisasi perniagaan?

a)

Guna tenaga

b)

Pendapatan

c)

Pertumbuhan ekonomi

d)

Mewujudkan sistem perniagaan secara adil

40.

X merupakan kesan perubahan dari aspek pasaran.

Apakah X?

a)

Lambakan barang import

b)

Perubahan gaya hidup pengguna

c)

Pembangunan dalam teknologi

d)

Pertumbuhan ekonomi

41.

Apakah maksud guna tenaga penuh?

a)

Pengangguran tidak akan berlaku

b)

Mesin menggantikan pekerja

c)

Adanya peluang pekerjaan yang banyak

d)

Kadar pengangguran pada paras atau kurang dari 4%

42.

Antara berikut, yang manakah merupakan kesan perubahan dari aspek pasaran kepada perniagaan?

I. Pembangunan dalam teknologi

II. Peningkatan kos pengeluaran

III. Pertumbuhan ekonomi yang mampan

IV. Perubahan fesyen dan gaya hidup pengguna

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

43.

Yang manakah kesan trend penurunan dalam guna tenaga?

a)

Kadar pengangguran meningkat

b)

Pendapatan boleh guna meningkat

c)

Merancakkan pertumbuhan ekonomi

d)

Perubahan gaya hidup pengguna

44.

Pilih salah satu kesan perubahan persekitaran ke atas perniagaan yang disebabkan oleh dasar fiskal dan dasar kewangan negara?

a)

Pertumbuhan ekonomi

b)

Guna tenaga

c)

Pendapatan

d)

Trend cita rasa pengguna

45.

Pernyataan manakah yang merupakan langkah kerajaan untuk mencapai guna tenaga penuh dalam negara?

I. Mempelbagaikan jenis perniagaan

II. Meningkatkan cukai pendapatn syarikat

III. Mengetatkan peraturan kelayakan untuk bekerja

IV. Mewujudkan pelbagai peluang perniagaan dan pekerjaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

46.

Apakah kesan apabila pekerja mengalami peningkatan dalam pendapatan?

a)

Perniagaan akan terus mengalami kerugian

b)

Syarikat perniagaan akan kurang berdaya saing

c)

Pertumbuhan ekonomi akan meningkat

d)

Pendapatan negara menjadi semakin stabil

47.

Akta yang manakah dapat melindungi perniagaan daripada sebarang penipuan?

a)

Akta Kontrak 1950

b)

Akta Syarikat 1965

c)

Akta Hak Cipta 1987

d)

Akta Persaingan 2010

48.

Antara berikut, yang manakah kesan perubahan dari aspek undang-undang?

I. Mengelakkan lambakkan barang di pasaran

II. Mewujudkan sistem perniagaan secara adil

III. Melindungi hak semua pihak dalam perniagaan

IV. Melindungi perniagaan dari sebarang penipuan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

49.

Maklumat berikut menunjukkan suatu keadaan dalam pasaran.

Akta yang manakah boleh digunakan oleh Syarikat Y untuk mengatasi masalah di atas?

a)

Akta Kontrak 1950

b)

Akta Syarikat 1965

c)

Akta Hak Cipta 1987

d)

Akta Persaingan 2010

50.

Berikut merupakan kepentingan aspek undang-undang kepada sektor perniagaan KECUALI

a)

Melindungi perniagaan dari sebarang penipuan

b)

Untuk mewujudkan sistem perniagaan secara adil

c)

Melindungi hak semua pihak dalam perniagaan

d)

Memastikan rakyat Malaysi dapat berdaya saing