WorksheetsDwi Bulanan 20 Oktober 2023
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
1. Apakah maksud kapasiti aerobik?
Penggunaan oksigen yang tinggi ketika melakukan aktiviti fizikal
Penggunaan tenaga yang rendah ketika melakukan aktiviti fizikal
Keupayaan seseorang melakukan aktivti fizikal secara berterusan dalam jangka masa yang lama
Keupayaan melakukan senamrobik
2. Apakah komponen kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan?
Imbangan
Kapasiti aerobik
Kelajuan
Kuasa
3. Antara yang berikut, denyutan nadi seminit manakah yang menunjukkan tahap kapasiti aerobik adalah sederhana?
Lebih daripada 80
70 hingga 79
Bawah 50
51 hingga 69
4. Pilih formula karvonen yang betul
KNL = (KNM – KNR) x Intensiti Latihan + KNR
KNL = (KNL + KNR) x Intensiti Latihan + KNM
KNL = (KNM x KNR) x Intensiti Latihan - KNR
KNL = (KNR – KNM) x KNR + Intensiti Latihan
5. Berapakah Kadar Nadi Maksimum (KNM) jika Julia berumur 18 tahun dan Kadar Nadi Rehat (KNR) ialah 63 denyutan seminit ?
202
200
221
203
6. Fauzy berumur 14 tahun. Kadar nadi rehat Fauzy ialah 62 denyutan seminit. Intensiti yang perlu lakukan ialah 65%. Berapakah kadar nadi latihan Fauzy?
146.5
164.7
206.6
155.6
7. Bagaimana cara mengira kadar nadi rehat ?
Ambil denyutan nadi pada bila-bila masa dan kira selama 1 minit.
Ambil denyutan nadi pada waktu pagi, sewaktu bangun daripada tidur dan kira selama 5 minit.
Ambil denyutan nadi pada waktu rehat dan kira selama 1 minit.
Ambil denyutan nadi pada waktu pagi, sewaktu bangun daripada tidur dan kira selama 1 minit.
8. Apakah maksud intensiti?
Tahap kecergasan fizikal seseorang
Tahap kesukaran melakukan aktiviti fizikal
Tahap keseronokan melakukan aktiviti fizikal
Tahap kapasiti aerobik
9. Antara berikut, pernyataan yang manakah SALAH mengenai prinsip FITT?
Aktiviti fizikal perlulah dilakukan secara konsisten sekurang-kurangnya satu ke dua kali seminggu
Jenis aktiviti fizikal yang dilakukan boleh dipilih mengikut keupayaan dan minat
Semakin tinggi tahap kesukaran aktiviti, semakin tinggi degupan jantung
Masa yang disarankan untuk melakukan aktiviti fizikal ialah sekurang-kurangnya 30 minit
10. Yang manakah bukan contoh aktiviti fizikal yang boleh meningkatkan tahap kapasiti aerobik ?
MENGAYUH BASIKAL
MARATON
PERMAINAN KOMPUTER
BERENANG
