wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

E-LATIHAN TOPIKAL SEJARAH KSSM KERTAS 1 SPM - TINGKATAN 4: BAB 1

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.
1. Senarai berikut berkaitan dengan kerajaan Alam Melayu. Apakah warisan kerajaan tersebut terhadap Kesultanan Melayu Melaka?
a)
Ciri-ciri negara bangsa
b)
Asas pembentukan negara
c)
Kedaulatan undang-undang
d)
Lambang kebesaran kerajaan
2.
2. Rajah berikut berkaitan dengan ciri negara bangsa Melayu. Apakah X?
a)
Kerajaan
b)
Kedaulatan
c)
Lambang kebesaran
d)
Wilayah pengaruh
3.
3. Undang-undang Kutara Manawa telah digunakan oleh Kerajaan Alam Melayu. Apakah kerajaan tersebut?
a)
Kerajaan Funan
b)
Kerajaan Srivijaya
c)
Kerajaan Majapahit
d)
Kerajaan Kedah Tua
4.
4. Raja di Kerajaan Alam Melayu mendapat penghormatan yang tinggi daripada rakyat. Mengapakah raja mendapat penghormatan tersebut?
a)
Merupakan tonggak utama kerajaan
b)
Menjadi perantara dengan pembesar
c)
Mengelakkan pencerobahan kuasa luar
d)
Memelihara kebajikan di kawasan pegangan
5.
5. Senarai di bawah merupakan wilayah pengaruh dalam salah satu kerajaan Alam Melayu. Apakah kerajaan yang dikaitkan dengan wilayah tersebut?
a)
Funan
b)
Angkor
c)
Siam
d)
Majapahit
6.
6. Gambar berikut merupakan Inskripsi Telaga Batu yang terdapat dalam kerajaan Srivijaya. Apakah kepentingan inskrispi tersebut?
a)
Tatacara pelantikan raja
b)
Salasilah raja yang memerintah
c)
Catatan penyebaran agama Hindu
d)
Upacara persetiaan rakyat kepada raja
7.
7. Kerajaan Srivijaya telah meneruskan ciri-ciri negara bangsa yang diasaskan oleh Kerajaan Alam sebelumnya. Apakah kerajaan Alam Melayu tersebut?
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
8.
8. Ciri-ciri negara bangsa empayar berikut telah diteruskan oleh Kesultanan Johor-Riau. Apakah aspek yang ditekankan dalam usaha negara bangsa tersebut?
a)
Pembangunan ekonomi
b)
Hubungan luar
c)
Kepentingan Islam
d)
Perluasan empayar
9.
9. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang mantap dan tersusun. Apakah sistem pentadbiran tersebut?
a)
Pentadbiran wilayah
b)
Pentadbiran berpusat
c)
Raja Berperlembagaan
d)
Pembesar Empat Lipatan
10.
10. Kesultanan Melayu Melaka telah mempunyai ciri negara bangsa berikut. Apakah bukti menyokong pernyataan tersebut?
a)
Kewujudan raja
b)
Ketaatan rakyat
c)
Kewujudan pembesar
d)
Kemajuan perdagangan
11.
11. Jadual berikut berkaitan dengan gelaran pemerintahan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Apakah X?
a)
Datu
b)
Sultan
c)
Yamtuan
d)
Yang Dipertuan
12.
12. Senarai berikut berkaitan dengan rakyat di kerajaan Alam Melayu. Apakah kerajaan Alam Melayu tersebut?
a)
Kesultanan Pahang
b)
Kesultanan Kelantan
c)
Kesultanan Johor-Riau
d)
Kesultanan Melayu Melaka
13.
13. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai rakyat yang taat setia kepada pemerintah. Rakyat Melaka terdiri daripada
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
14.
14. Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka berjaya menjadi sebuah empayar yang berkuasa di Alam Melayu?
a)
Melalui pengiktirafan
b)
Memperoleh bantuan ketenteraan
c)
Menerima ufti dari negara luar
d)
Menguasai bidang ekonomi
15.
15. Wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka meliputi seluruh Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera. Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka memperoleh wilayah pengaruh?
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
16.
16. Apakah persamaan sistem perundangan berikut?
a)
Mengamalkan upacara kesetiaan kepada raja
b)
Menerima pengiktirafan daripada Dinasti Ming
c)
Mewarisi perundangan Kesultanan Melayu Melaka
d)
Meluaskan pengaruh melalui hubungan persahabatan
17.
17. Berikut merupakan lambang kebesaran yang terdapat dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?
a)
Meluaskan empayar
b)
Meningkatkan perbendaharaan
c)
Mengesahkan arahan sultan
d)
Memajukan bidang perdagangan
18.
18. Senarai berikut merupakan wilayah pengaruh kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Bagaimanakah Melaka memperoleh wilayah-wilayah tersebut?
a)
Taklukan
b)
Naungan
c)
Perkahwinan siasah
d)
Hadiah negara asing
19.
19. Bagaimanakah Sultan Mansur Shah memperoleh wilayah Siantan daripada kerajaan Majapahit?
a)
Menandatangani perjanjian
b)
Melalui pertukaran wilayah
c)
Hasil daripada penaklukan
d)
Hadiah melalui perkahwinan
20.
20. Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka memberikan kuasa memerintah kepada Pembesar Berempat untuk mentadbir wilayah, sungai atau pulau. Kawasan pentadbiran ini dikenali sebagai
a)
Negeri naungan
b)
kawasan jajahan
c)
Kawasan pegangan
d)
Daerah penguasaan
21.
21. Sultan Melaka telah memberikan kuasa pentadbiran kepada Pembesar Berempat. Apakah kuasa pentadbiran yang diterima oleh pembesar tersebut?
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
22.
22. Terdapat pembesar yang membatu pentadbiran pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Siapakah pembesar tersebut?
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
23.
23. Apakah tugas Bendahara sebagai Pembesar Berempat dalam Kesultanan Melayu Melaka?
a)
Mengawal kutipan cukai
b)
Menguruskan perbendaharaan
c)
Menjaga keselamatan di laut
d)
Menjadi ketua turus angkatan tentera
24.
24. Apakah peranan Penghulu Bendahari bagi memajukan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?
a)
Mengetuai armada laut
b)
Menjalankan hubungan luar
c)
Menguruskan perbendaharaan
d)
Mengawal keselamatan pedagang
25.
25. Gambar menunjukkan keadaan di pelabuhan Melaka pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Apakah jawatan pembesar yang memastikan urusan di pelabuhan berjalan lancar?
a)
Bendahara
b)
Laksamana
c)
Syahbandar
d)
Temenggung
26.
26. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem kewangan yang teratur. Apakah punca kewangan kerajaan tersebut?
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
27.
27. Apakah tugas pembesar peringkat jajahan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?
a)
Mengutip cukai
b)
Menasihati sultan
c)
Mengetuai permuafakatan
d)
Mengawal perbendaharaan
28.
28. Maklumat berikut berkaitan tokoh terkenal pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Siapakah tokoh yang dikaitkan dengan maklumat tersebut?
a)
Tun Mutahir
b)
Tun Perak
c)
Tun Majid
d)
Tun Ali
29.
29. Apakah tugas Laksamana dalam sistem Pembesar Empat Lipatan?
a)
Pengawal sultan
b)
Ketua pelabuhan
c)
Pentadbir wilayah
d)
Panglima tentera laut
30.
30. Maklumat berikut berkaitan dengan undang-undang Kesultanan Melayu Melaka. Apakah hukuman yang dikenakan kepada rakyat Melayu tersebut?
a)
Bayar denda
b)
Buang negeri
c)
Kerahan tenaga
d)
Hukuman bunuh
31.
31. Berdasarkan Fasal 4 dalam hukum kanun Melaka, apakah kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman bunuh?
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
32.
32. Mengikut Hukum Kanun Melaka, terdapat beberapa perkataan yang tidak boleh digunakan oleh rakyat. Antara perkataan-perkataan tersebut ialah
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
33.
33. Dalam hukum kanun Melaka terdapat golongan yang tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan. Antara golongan tersebut ialah
a)
hakim
b)
wanita
c)
pedagang luar
d)
pembesar negeri
34.
34. Apakah sumbangan tokoh berikut dalam Kesultanan Melayu Melaka?
a)
Menguruskan kemasukan pedagang
b)
Mengawal keselamatan pembesar
c)
Membentuk undang-undang Melaka
d)
Mentadbir urusan pelabuhan
35.
35. Berdasarkan Undang-undang Laut Melaka terdapat pelbagai cukai yang dikenakan dalam urusan pelayaran untuk perdagangan. Apakah cukai yang dimaksudkan?
a)
Cukai kuala
b)
Cukai kepala
c)
Cukai barang
d)
Cukai perjalanan
36.
36. Maklumat berikut merujuk kepada Fasal 13.1 dalam undang-udang Laut Melaka. Apakah tempoh yang dibenarkan?
a)
Dua hari
b)
Tiga hari
c)
Empat hari
d)
Lima hari
37.
37. Cukai perkhidmatan Dalam Fasal 6.3 Undang-undang Laut Melaka setiap penumpang kapal akan dikenakan cukai satu persepuluh hasil penumpang. Siapakah yang akan menentukan jumlah cukai tersebut?
a)
Nakhoda
b)
Bendahara
c)
Syahbandar
d)
Penghulu Bendahari
38.
38. Apakah peranan nakhoda sebagaimana yang tercatat dalam Undang-undang Laut Melaka?
a)
Mengawal barang dagangan
b)
Memastikan keselamatan pelayaran
c)
Menguruskan kebajikan penumpang
d)
Menentukan jumlah cukai penumpang
39.
39. Malim berperanan menentukan keselamatan kapal untuk berlabuh dan melakukan pelayaran. Apakah ilmu pelayaran yang menjadi rujukan malim?
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
40.
40. Maklumat berikut berkaitan dengan pelayaran menurut Undang-Undang Laut Melaka. Apakah hukuman tersebut?
a)
Dihukum bunuh
b)
Dibuang negeri
c)
Dilucutkan jawatan
d)
Diturunkan pangkat
41.
41. Sistem percukaian telah diperkenalkan terhadap beberapa urusan di Kesultanan Melayu Melaka. Apakah urusan tersebut?
a)
Pertanian
b)
Pelayaran
c)
Pentadbiran
d)
Pelombongan
42.
42. Masyarakat dalam Kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada golongan pemerintah dan diperintah. Antara yang berikut, manakah yang termasuk dalam golongan pemerintah?
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
43.
43. Pembesar memainkan peranan penting dalam memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan. Apakah peranan tersebut?
a)
Menjatuhkan hukuman kepada pesalah
b)
Menjadi perantara sultan dan rakyat
c)
Mengadakan hubungan diplomatik
d)
Memperkenalkan undang-undang
44.
44. Apakah yang dimaksudkan dengan waadat?
a)
Peraturan hidup bernegara
b)
Hak dan kebebasan rakyat
c)
Adat resam orang tempatan
d)
Perjanjian rakyat dan pemerintah
45.
45. Peranan pembesar dalam Kesultanan Melayu Melaka ialah mengutip hasil daripada rakyat. Bagaimanakah kutipan tersebut dilakukan?
a)
Sistem paksa
b)
Sistem serah
c)
Sistem kerah
d)
Sistem titah
46.
46. Apakah peranan rakyat terhadap negara dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
47.
47. Bagaimanakah pembesar membekalkan tenaga tentera kepada Sultan Melaka?
a)
Mengupah orang asing
b)
Melalui tawanan perang
c)
Menggunakan sistem kerah
d)
Memaksa masyarakat tempatan
48.
48. Rajah berikut merujuk kepada golongan hamba pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Apakah X?
a)
Hamba abdi
b)
Hamba sahaya
c)
Hamba berhutang
d)
Hamba tawanan perang
49.
49. Tulah dipercayai kecelakaan yang boleh menimpa seseorang rakyat. Mengapakah seseorang itu boleh ditimpa tulah?
a)
Membunuh rakyat raja
b)
Menderhaka kepada raja
c)
Menipu dalam perdagangan
d)
Melakukan perbuatan zina
50.
50. Keunggulan Kesultanan Melayu Melaka bagi membentuk negara bangsa yang berdaulat telah diwarisi oleh kerajaan Melayu selepasnya. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada pernyataan tersebut?
a)
Menyemarakkan semangat nasionalisme
b)
Membentuk raja berpelembagaan
c)
Mewujudkan masyarakat majmuk
d)
Mengelakkan penjajahan minda