Font size
WorksheetsAFL 7.1 Pengasasan Kesultanan Pahang,Perak, Terengganu & S'ngor
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Siapakah yang dilantik sebagai wakil Kesultanan Melayu Melaka untuk mentadbir Pahang pada abad ke-15?
Seri Bija Diraja
Raja Muhammad
Raja Muda Abdullah
Sultan Mahmud Shah
Apakah tujuan golongan bangsawan Melaka berangkat bersama-sama Raja Muhammad ke Pahang?
Membangunkan sosioekonomi rakyat
Membentuk pentadbiran baharu
Mengawal keselamatan negeri
Membantu mentadbir kerajaan
Di manakah pusat pemerintahan Raja Muhammad selepas mengasaskan Kesultanan Pahang pada 1470?
Raub
Kuantan
Pekan
Temerloh
Bagaimanakah kedudukan Pahang apabila Raja Muda Abdullah sebagai waris takhta mangkat?
Diletakkan di bawah wilayah taklukan Johor
Ditadbir oleh golongan bangsawan Pahang
Diserahkan kepada bapa saudara baginda
Diperintah oleh Kesultanan Johor Riau
Kesultanan Perak diasaskan oleh keluarga diraja Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-16.
Apakah bukti kepada pernyataan tersebut?
Raja Muzaffar merupakan putera Sultan Mahmud Shah
Sultan Mahmud Shah ditabal sebagai Sultan Perak
Tun Saban merupakan pembesar Kesultanan Melayu Melaka
Sultan Iskandar Dzulkarnain pengasas Kesultanan Perak
Surat Ciri merupakan alat kebesaran Kesultanan Perak.
Apakah Surat Ciri tersebut?
Ikrar taat setia sebagai ketua kerajaan negeri
Puisi yang memuji kebesaran Raja-Raja Melayu
Identiti kedaulatan dan kemegahan Sultan Perak
Simbol kepda kewujudan institusi kesultanan
Apakah alat regalia Kesultanan Perak?
Pilih 2 jawapan yang betul.
Pedang Cura Si Manja Kini
Keris Taming Sari
Keris Panjang Nang Chayam
Keris diraja
Tok Temong telah memberi hadiah kepada Sultan Muzaffar Shah semasa hari pertabalan baginda.
Apakah hadiah tersebut?
Cogan Alam
Mahkota Diraja
Mestika Embun
Sundang Diraja
Siapakah yang telah melaksanakan pertabalan Tun Zainal Abidin sebagai Sultan Terengganu pada tahun 1708?
Tun Saban
Raja Patani
Sultan Melaka
Bendahara Terengganu
Apakah sumbangan Sultan Zainal Abidin III dalam pemodenan Terengganu?
Menggubal Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu
Menggubal Hukum Kanun Terengganu
Menggubal Undang-undang Laut Terengganu
Menggubal Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu
Putera Daeng Chelak bernama Raja Lumu yang berketurunan Bugis telah ditabalkan sebagai Sultan Selangor.
Siapakah yang telah mengiktiraf Raja Lumu sebagai Sultan Selangor?
Sultan Pahang
Sultan Terengganu
Sultan Johor
Sultan Perak
Sultan Mahmud Shah dari Perak telah memberi anugerah kepada Raja Lumu setelah ditabalkan sebagai Sultan Selangor.
Apakah anugerah tersebut?
Pilih 2 jawapan yang tepat.
Nobat
Pedang
Mahkota
Cap Mohor
Apakah gelaran yang digunapakai oleh Raja Lumu setelah mengasaskan Kesultanan Selangor pada tahun 1766?
Sultan Sulaiman Shah
Sultan Salehuddin Shah
Sultan Mahmud Shah
Sultan Ala'iddin Suleiman Shah
Di manakah pusat pemerintahan pertama Kesultanan Selangor yang didirikan oleh Sultan Salehuddin Shah?
Klang
Kemaman
Shah Alam
Kuala Selangor
Apakah sumbangan Sultan Ala'iddin Suleiman Shah terhadap kemajuan pembangunan negeri Selangor?
pilih 2 jawapan yang tepat.
Membina rumah dan kedai
Membina landasan kereta api
Menubuhkan pasukan polis
Menubuhkan mahkamah syariah
Maklumat di atas berkaitan dengan Kesultanan Selangor. Siapakah sultan X?
Sultan Zainal Abidin III
Sultan Abdul Jamil Shah
Sultan Iskandar Dzulkarnain
Sultan Ala’iddin Suleiman Shah
Maklumat di atas berkaitan dengan Kesultanan Perak. Apakah alat kebesaran yang dimaksudkan?
Cap mohor
Tombak berambu
Pending diraja
Pedang Cura Si Manja Kini
Siapakah yang mengasaskan Kesultanan Pahang pada tahun 1470?
Raja Muhammad
Raja Lumu
Raja Muzaffar
Tun Zainal Abidin
Apakah gelaran yang digunakan oleh Tun Zainal Abidin selepas ditabalkan menjadi Sultan Terengganu?
Sultan Zainal Abidin I
Sultan Zainal Abidin III
Sultan Salehuddin Shah
Sultan Muzaffar Shah
Apakah yang berlaku kepada Kesultanan Pahang selepas Raja Muda Abdullah sebagai pewaris takhta mangkat?
Ditakluki oleh Portugis
Ditakluki oleh Belanda
Diperintah oleh Kesultanan Johor Riau
Diperintah oleh Kesultanan Melayu Melaka
Di manakah Sultan Zainal Abidin I membina pusat pemerintahan Kesultanan Terengganu yang pertama?
Pekan
Tanah Abang
Tanjung Baru
Kuala Selangor
Apakah gelaran yang digunakan oleh Raja Lumu selepas ditabalkan sebagai Sultan Selangor?
Sultan Muhammad Shah
Sultan Muzaffar Shah
Sultan Zainal Abidin I
Sultan Salehuddin Shah
Sultan Abdul Jamil Shah dapat mempertahankan Pahang daripada serangan kuasa X.
Apakah kuasa X?
Siam
Pasai
Melaka
Terengganu
Sejak abad ke-16, Terengganu merupakan wilayah naungan
kerajaan Siam
kerajaan Patani
Kesultanan Johor Riau
Kesultanan Melayu Melaka
Pengasas Kesultanan Selangor adalah daripada keturunan
Jawa
Bugis
Melayu
Minangkabau
