wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PECUTAN AKHIR - PERNIAGAAN - SET 2

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan yang manakah berkaitan dengan sektor tertier?

a)

Ridzuan menjalankan aktiviti ternakan ikan air tawar

b)

Shams Sdn. Bhd. terlibat dalam industri pembinaan jambatan

c)

Pak Tam menghasilkan mi kuning menggunakan resepi warisan keluarga

d)

Husna menjadikan ladang ternakan kambingnya sebagai tempat kunjungan ramai

2.

Antara yang berikut, yang manakah kelebihan perniagaan francais kepada francaisi?

I Menikmati ekonomi bidangan

II Mengembangkan perniagaan secara global

III Menanggung risiko kegagalan yang rendah

IV Mendapat sokongan pihak pengurusan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

3.

Encik Rahimi menghadapi masalah kemerosotan jualan akibat lambakan produk baharu yang lebih berkualiti dan menarik di pasaran.

Bahagian fungsian manakah yang bertanggungjawab menangani masalah tersebut?

a)

Pemasaran

b)

Pengeluaran

c)

Khidmat pelanggan

d)

Penyelidikan dan pembangunan

4.

Apakah kepentingan yang diperoleh oleh peniaga yang berinteraksi dengan organisasi luar?

I Menambah sumber perniagaan

II Mewujudkan jaringan perniagaan

III Mematuhi jadual pengeluaran yang ditetapkan

IV Menggunakan dokumen perniagaan dengan cekap

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Pernyataan manakah yang menerangkan fungsian penyelidikan dan pembangunan?

a)

Menambah baik produk sedia ada

b)

Menukarkan input menjadi barang

c)

Menggalakkan berlaku pertukaran barang

d)

Menggunakan alat transaksi untuk pertukaran barang

6.

Apakah persamaan antara perniagaan bersaiz kecil dengan perniagaan bersaiz sederhana?

a)

Perubahan strategi perniagaan mudah dilaksanakan

b)

Pekerja berpengalaman mudah diperoleh

c)

Mengamalkan pengkhususan kerja

d)

Menikmati ekonomi bidangan

7.

Graf 1 menunjukkan satu trend dalam persekitaran perniagaan.

Apakah faktor dalaman yang mempengaruhi trend tersebut?

a)

Politik yang stabil

b)

Pekerja yang bermotivasi

c)

Ekonomi yang melambung

d)

Teknologi yang berkembang

8.

Pekerja perlu diberikan penerangan tanggungjawab tertentu dengan jelas.

Apakah yang perlu dilakukan oleh pengurusan sumber manusia?

a)

Merancang deskripsi tugas

b)

Memantapkan budaya profesional

c)

Membentuk persekitaran kerja yang harmoni

d)

Membangunkan pasukan bagi mencapai sasaran

9.

Maklumat berikut merupakan pemacu dalam pencapaian sesebuah organisasi perniagaan.

P ialah

*pernyataan ringkas untuk menjelaskan tujuan utama perniagaan

*ketetapan dalam mencapai matlamat

Apakah P?

a)

Visi

b)

Misi

c)

Objektif

d)

Hala tuju

10.

Antara yang berikut, yang manakah tindakan kerajaan mengatasi deflasi?

I Mengurangkan kadar cukai

II Menambah perbelanjaan kerajaan

III Meningkatkan kadar faedah simpanan

IV Mengetatkan syarat pinjaman

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV