Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PANTUN TEKA TEKI

Total questions: 58

Worksheet time: 3hrs 40mins

Name
Class
Date
1.

Pergi ke pekan memakai batik, Berjalan-jalan menyusuri sawah; Apakah benda yang akan naik, Ketika air jatuh ke bawah.

(a)  

2.

Ada sebiji roda pedati, Bentuknya bulat daripada besi; Apabila bermain diikat sesuka hati, Dilempar hidup dipegang mati.

(a)  

3.

Jatuh ke kolam baju basah, Kerana habuk masuk ke mata; Haiwan ini suka menghisap darah, Bawa penyakit kepada manusia.

(a)  

4.

Belayar perahu dari Berandan, Menuju kea rah Selat Melaka; Lebar kepala dari badan, Apakah itu cubalah teka.

(a)  

5.

Kalau tuan tajuk cendana, Ambil gantang jemurkan pala; Kalau tuan bijak bijaksana, Haiwan apakah ekor di kepala.

(a)  

6.

Hendak bertarung tidak berani, Hanya melihat luar pagar: Matanya tiga berwarna warni, Kalau tidak patuh habis berlanggar.

(a)  

7.

Makan nasi lauk kari,

Kari lazat ikan sembilang;

Waktu malam sungguh berseri,

Waktu siang pula terus menghilang.

(a)  

8.

Ambil angin di tepi pantai,

Ombak tinggi berbuih-buih;

Kalau tuan cerdik dan pandai,

Buah apakah kulit hitam isi putih.

(a)  

9.

Di atas tilam ia terletak, Ketika baring amat berguna; Kalau tuan orang berotak, Di bawah kepala apak benda.

(a)  

10.

Sangat berguna di bilik mandi, Untuk mengelap badan yang basah; Bukannya gayung, bukannya baldi, Silakan jawab janganlah resah.

(a)  

11.

Dalam bakul berisi batu, Dibawa buruh disusun rapi; Anaknya banyak ibunya satu, Apabila bersentuh berapi-api.

(a)  

12.

Tuan Puteri dalam istana, Lihat Bintang malam hari; Kalau tuan memang bijaksana, Haiwan apakah keris di kaki.

(a)  

13.

Buah jeruk banyak manfaat, Kerana kaya dengan vitaminnya; Kecil-kecil sangat bermanfaat, Ianya seperti jendela dunia.

(a)  

14.

Siang dibuka malam ditutup, Ditiup angin rasa sejuk; Bukannya pintu, bukannya penutup, Tidak boleh keluar, tidak boleh masuk.

(a)  

15.

Kakinya diletak di atas lantai, Selepas dipijak dipanjat lagi Apakah ia alat yang dipakai, Untuk tiba di tempat tinggi.

(a)  

16.

Minum petang makan roti, Sedap disapu dengan madu; Garang betul haiwan ini, Kejar orang hendak menyudu.

(a)  

17.

Burung merpati burung dara, Terbang tinggi di taman kayangan; Cubalah teka wahai saudara, Semakin diisi semakin ringan.

(a)  

18.

Pokoknya bulat dan juga rendang, Hijau dan masam Ketika muda; Bentuk buahnya seperti bintang, Apabila masak, kuninglah ia.

(a)  

19.

Menyala-nyala kusangka api, Kalau api mana asapnya; Hilang ghaib harusnya mati, Kalau mati manakah kuburnya.

(a)  

20.

Dekat Sahaja hanya di depan, Satu di atas satu lagi di bawah; Ketika makan eloklah bersopan, Jika tergigit akan berdarah.

(a)  

21.

Jika tuan bawa keladi, Bawa juga si pucuk rebung: Jika tuan bijak bestari, Apakah haiwan tanduk dihidung.

(a)  

22.

Gigi berduri telah bersigai, Pembelah kayu ia berguna; Jika tuan bijak dan pandai, Apakah benda makannya dua cara.

(a)  

23.

Dari kecil hingga tua, Kata putusnya jadi penentu; Di dalam diri dialah ketua, Bijak berfikir atau buntu.

(a)  

24.

Tanam pohon di taman luas, Taman indah berwarna warni; Ia termasuk haiwan buas, Janggutnya lebat dan pemberani.

(a)  

25.

Ada pekat ada cair, Banyak warna semuanya ada; Bukan minyak bukan air, Tulisan di kertas apakah benda.

(a)  

26.

Susu bukan pewarna pun bukan, Selalu dibuat penambah ramuan; Kalau bijak tekalah jawapan, Selalu ada di dalam minuman.

4 lines
27.

Kelap-kelip kusangka api, Kalau api mana asapnya; Hilang ghaib kusangka mati, Kalau mati di mana kuburnya.

4 lines
28.

Saiznya kecil tidaklah besar, Plastik dan kaca semua pun ada; Kalau memegang janganlah kasar, Di atasnya cawan di bawahnya dia.

4 lines
29.

Pokoknya rendah bukanlah tinggi, Panjang daunnya berduri pula; Ada mata tapi tiada gigi, Apakah buah tunas di kepala.

4 lines
30.

Bunga anggerik indah warnanya, Penyeri di taman dan di hutan; Ramai orang datang bertanya, Haiwan apakah hidup di lautan.

4 lines
31.

Pisau lipat dimain kera, Tangan luka lalu terjun; Makan kuat tidaklah terkira, Kenyangnya tidak tahi bertimbun.

4 lines
32.

Berlari ke sana berlari ke mari, Bulunya halus Bagai berombak; Rupanya comel cantik berseri, Suka makan sayur dan lobak.

4 lines
33.

Banyak bentuk boleh dijumpa, Kurus, gemuk mahupun buncit; Di sanalah makanan datang bertimpa, Kalau kosong pastilah sakit.

4 lines
34.

Jauh berpindah ke Kota Medan, Jangan lupa bawa baju; Kakiku empat tidak berbadan, Cuba teka siapalah aku.

4 lines
35.

Dua tangan sekali gus dipakai.

4 lines
36.

Cubalah fikir kalua bijak, Dalam kehidupan janganlah lalai; Jam bukan gelang pun tidak.

4 lines
37.

Abu ketawa terjerit-jerit, Tengok koyak pada seluar; Orang putih baris sederet, Pagar di dalam tebing di luar.

4 lines
38.

Kalau tuan lekat lencana, Pakailah songkok di atas kepala; Kalau tuan bijak laksana, Apakah haiwan tiada kepala.

4 lines
39.

Adik manis belajar menari, Tarian diajar oleh Pak Harun;

4 lines
40.

Jika tuan bijak bestari, Apakah yang naik tidak pernah turun.

4 lines
41.

Ditanam orang merata-rata ceruk, Bentuk dan rupa banyak jenis; Buah yang muda selalu dibuat jeruk, Ada masam dan ada yang manis.

4 lines
42.

Satu kiri dan satu kanan, Mana-mana sahaja mesti sebati; Ke sini dan ke sana tiada halangan, Asalkan Sahaja berkenan di hati.

4 lines
43.

Waktu malam cahaya kelam, Ianya ditarik bukannya dipeluk; Selalu dipakai waktu malam, Untuk melindungi daripada sejuk.

4 lines
44.

Apabila melihat jangan berangan, Selalu dipandang tiap-tiap hari; Cubalah fikir apa gerangan, Kita Nampak diri kita sendiri.

4 lines
45.

Ular apa membeli di pinggang.

4 lines
46.

Kalau tuan membeli tikar, Tikar anyaman daripada mengkuang; Kalau tuan bijak pintar.

4 lines
47.

Waktu bertukang elak berangan, Kalau letih berdiri, silalah duduk; Apakah benda ada di tangan, Gunanya adalah untuk mengetuk.

4 lines
48.

Dari kedai ke rumah Cik Hitam, Nampak orang memotong tebu; Apa haiwan berdarah hitam, Janggutnya lapan tulangnya satu.

4 lines
49.

Buah budi bedara mengkal, Masak sebiji di tepi pantai; Hilang budi bicara akal, Apakah buah tidak bertangkai.

4 lines
50.

Susu bukan pewarna pun bukan, Selalu dibuat penambah ramuan; Kalau bijak tekalah jawapan, Selalu ada di dalam minuman.

4 lines
51.

Kelap-kelip kusangka api, Kalau api mana asapnya; Hilang ghaib kusangka mati, Kalau mati di mana kuburnya.

4 lines
52.

Saiznya kecil tidaklah besar, Plastik dan kaca semua pun ada; Kalau memegang janganlah kasar, Di atasnya cawan di bawahnya dia.

4 lines
53.

Pokoknya rendah bukanlah tinggi, Panjang daunnya berduri pula; Ada mata tapi tiada gigi, Apakah buah tunas di kepala.

4 lines
54.

Bunga anggerik indah warnanya, Penyeri di taman dan di hutan; Ramai orang datang bertanya, Haiwan apakah hidup di lautan.

4 lines
55.

Pisau lipat dimain kera, Tangan luka lalu terjun; Makan kuat tidaklah terkira, Kenyangnya tidak tahi bertimbun.

4 lines
56.

Berlari ke sana berlari ke mari, Bulunya halus Bagai berombak; Rupanya comel cantik berseri, Suka makan sayur dan lobak.

4 lines
57.

Banyak bentuk boleh dijumpa, Kurus, gemuk mahupun buncit; Di sanalah makanan datang bertimpa, Kalau kosong pastilah sakit.

4 lines
58.

Jauh berpindah ke Kota Medan, Jangan lupa bawa baju; Kakiku empat tidak berbadan, Cuba teka siapalah aku.

4 lines