Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SPM K1-Perniagaan.1

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan penubuhan organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU)?

a)

Membantu golongan berkemampuan mendapatkan perkhidmatan percuma

b)

Meningkatkan penglibatan semua pihak dalam aktiviti kemasyarakatan

c)

Menyediakan premis perniagaan kepada usahawan

d)

menawarkan produk berkualiti tinggi

2.

Apakah kelebihan perniagaan milikan tunggal?

a)

Perniagaan kekal berterusan

b)

Keputusan adalah hak pemilik

c)

Cukai keuntungan dikecualikan

d)

Pemilik menanggung liabiliti terhad

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sesuatu bentuk pemilikan perniagaan :

  1. 1. Tertakluk di bawah akta pendaftaran perniagaan 1956 (pindaan 1978)

  2. 2. Kerjasama antara dua atau lebih individu

  3. 3. Setiap ahli menggabungkan modal, kepakaran, pengalaman dan pengetahuan

Apakah bentuk pemilikan tersebut?

a)

Koperasi

b)

Perkongsian

c)

Milikan Tunggal

d)

Syarikat sendirian berhad

4.

Pemilikan Q :

  1. 1. Prihatin terhadap komuniti

  2. 2. Keanggotaan sukarela

  3. 3. Kebebasan Autonomi

  4. Apakah Pemilikan Q?

a)

Usaha Sama

b)

Perkongsian

c)

Francais

d)

Koperasi

5.

Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan :

  1. 1. Mudah ditubuhkan dan mudah diurus

  2. 2. Dikenakan cukai individu

  3. 3. Keputusan dibuat sepenuhnya oleh pemilik

  4. Apakah contoh pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Prima Global Sdn.Bhd

b)

Tiga Dimensi Enterprise

c)

Koperasi Belia Berhad

d)

Perniagaan Rahmat dan Rakan-rakan

6.

Apakah tanggungjawab francaisi dalam perniagaan francais?

a)

Membayar fi tertentu kepada francaisor

b)

Melaksanakan penyelidikan produk

c)

Menyediakan skim latihan pekerja

d)

Melakukan promosi

7.

Aktiviti manakah yang terlibat dalam sektor primer?

a)

Sharmimi menjual ketam

b)

Haikal menternak udang dalam kolam

c)

Athirah memproses ikan dijadikan keropok

d)

luqman menghantar sayur-sayuran ke pasar

8.

Antara yang berikut yang manakah menerangkan ciri-ciri koperasi?

i Ahli mempunyai kepentingan yang sama

ii Modal perniagaan disumbangkan oleh syarikat koperat

iii Anggota koperasi menanggung liabiliti tidak terhad

iv Setiap anggota berhak membuat keputusan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

9.

Apakah kelebihan e-dagang kepada peniaga?

a)

Mengurangkan pesaingan

b)

Meluaskan liputan pasaran

c)

Memudahkan jualan kredit

d)

Mengurangkan risiko penyelewengan

10.

Apakah aplikasi teknologi maklumat yang digunakan untuk membuat tempahan dan pengesahan pembelian barangan?

a)

e-dagang

b)

e-banking

c)

e-pemasaran

d)

e-goverment

11.

Jawatan manakah yang terlibat dalam bahagian fungsian kewangan?

a)

Pengurus belian

b)

Penyelia jualan

c)

Penyelaras ICT

d)

Pegawai kredit

12.

En. Rahim seorang pemilik restoran menerima bahan mentah perniagaannya daripada pemborong Hidayah setiap 3 hari. Beliau membuat bayaran dengan menggunakan cek. En.Rahim terlibat dalam interaksi dengan.....

a)

bank

b)

pembekal

c)

pelanggan

d)

agensi kerajaan

13.

Apakah fungsi unit latihan dan membangunan dalam pengurusan sumber manusia?

a)

kenaikan pangkat

b)

kemudahan rekreasi

c)

proses pengambilan pekerja

d)

program induksi untuk pekerja

14.

Apakah faktor yang akan dipertimbangkan oleh pihak bank untuk meluluskan sesuatu pinjaman?

i nama perniagaan

ii lokasi kilang

iii nilai eset yang dicagar

iv tempoh bayaran balik pinjaman

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

15.

En. Daniel menghadapi masalah kemerosotan jualan akibat lambakan produk baharu yang lebih berkualiti dan menarik di pasaran. Bahagian fungsian manakah yang bertanggungjawab menangani masalah tersebut?

a)

pemasaran

b)

pengeluaran

c)

khidmat pelanggan

d)

penyelidikan dan pembangunan