Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SELANGOR 2018

Total questions: 46

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah yang betul tentang ilmu ekonomi?

a)

Pengeluaran terhad berbanding permintaan pasaran

b)

Sumber terhad manakala kehendak individu yang pelbagai

c)

Kekurangan sumber tetapi kehendak penghasilan output terhad

d)

Input pengeluaran terhad sedangkan pendapatan individu terbatas

2.

Objektif firma daripada penggunaan input pengeluaran adalah untuk

a)

memaksimumkan keuntungan

b)

memenuhi kepuasan pelanggan

c)

mengimbangi agihan pendapatan

d)

mengutamakan kebajikan masyarakat

3.

Ganjaran untung yang diterima oleh usahawan kerana

a)

membenarkan orang lain menguruskan perniagaan

b)

kesediaan menangguh perbelanjaan pada masa kini

c)

kecekapan menyelaraskan penggunaan sumber ekonomi

d)

menyumbang tenaga fizikal dan mental dalam perniagaan

4.

Pasangan manakah yang betul tentang sumber ekonomi?

a)

Tanah - Sumber penawaran tidak terhad yang diperlukan dalam pengeluaran

b)

Modal - Input produktif ciptaan manusia yang digunakan dalam proses pengeluaran

c)

Buruh - Individu yang menggabungkan sumber ekonomi untuk menghasilkan output

d)

Usahawan - Individu yang memberi sumbangan produktif sama ada dalam bentuk fizikal atau mental

5.

Rajah 1 menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran Firma Daya Maju Bhd.

Pada titik manakah berlakunya kos lepas?

a)

W

b)

X

c)

Y

d)

Z

6.

Apakah masalah asas ekonomi yang dikaitkan dengan teknik pengeluaran?

a)

Untuk siapa dikeluarkan

b)

Apa yang hendak dikeluarkan

c)

Bagaimana hendak dikeluarkan

d)

Berapa hendak dikeluarkan

7.

Maklumat berikut menunjukkan ciri sistem ekonomi bagi negara G dan negara H.

Pasangan manakah yang betul tentang sistem ekonomi negara tersebut?

a)

Negara G - Sistem ekonomi campuran

Negara H - Sistem ekonomi Islam

b)

Negara G - Sistem ekonomi campuran

Negara H - Sistem ekonomi kapitalis

c)

Negara G - Sistem ekonomi perancangan pusat

Negara H - Sistem ekonomi kapitalis

d)

Negara G - Sistem ekonomi perancangan pusat

Negara H - Sistem ekonomi Islam

8.

Jadual 1 menunjukkan permintaan dan penawaran pasaran radio.

Apakah harga keseimbangan pasaran?

a)

RM300

b)

RM400

c)

RM500

d)

RM600

9.

Jadual manakah yang menunjukkan permintaan pasaran bagi barang tersebut?

a)

b)

c)

d)

10.

Rajah 3 menunjukkan perubahan titik keseimbangan di pasaran.

Pernyataan manakah yang betul tentang peralihan titik A ke titik B?

a)

Harga keseimbangan akan meningkat

b)

Berlaku lebihan permintaan di pasaran

c)

Kuantiti penawaran melebihi kuantiti permintaan

d)

Titik keseimbangan baharu berlaku pada harga yang asal

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi penawaran.

Jika Ringgit Malaysia terus mengalami kejatuhan, rajah manakah yang menunjukkan kesan terhadap penawaran barang makanan di pasaran?

a)

b)

c)

d)

12.

Jadual 2 menunjukkan tingkat harga dan kuantiti diminta bagi buah jambu batu.

Jika harga meningkat dari RM2 ke RM4, berapakah nilai keanjalan harga permintaan bagi buah tersebut?

a)

0.33

b)

0.50

c)

1.33

d)

1.50

13.

Antara yang berikut, pernyataan manakah yang betul tentang jenis keanjalan permintaan yang bersifat tidak anjal?

a)

Nilai pekali keanjalan lebih daripada 1

b)

Bentuk keluk permintaan lebih landai

c)

Pengeluar perlu menaikkan harga untuk meningkatkan jualan

d)

Peratus perubahan kuantiti diminta kurang daripada peratus perubahan harga

14.

Antara yang berikut, yang manakah mempengaruhi keanjalan harga permintaan?

a)

Harga barang itu

b)

Jumlah penduduk

c)

Bilangan barang pengganti

d)

Nisbah perbelanjaan dengan pendapatan

15.

Pilih yang betul tentang hubungan jenis keanjalan, harga dan jumlah hasil.

a)

Jenis keanjalan = Anjal

Harga = Naik

Jumlah hasil = Tetap

b)

Jenis keanjalan = Anjal

Harga = Turun

Jumlah hasil = Naik

c)

Jenis keanjalan = Tidak Anjal

Harga = Naik

Jumlah hasil = Tutun

d)

Jenis keanjalan = Tidak Anjal

Harga = Turun

Jumlah hasil = Tetap

16.

Antara yang berikut, contoh manakah yang betul tentang fungsi wang sebagai alat perantaraan pertukaran?

a)

Puan Roziah membeli polisi insurans nyawa daripada syarikat insurans Bersepadu Berhad

b)

Encik Raju menukar perabot yang rosak dengan perabot baharu di Kedai Perabot Jaya

c)

Encik Chai menjelaskan baki pinjaman RM10 000 dalam tempoh setahun

d)

Puan Rosmaini memiliki komputer riba baharu berharga RM2 300

17.

Apakah persamaan ciri yang membolehkan wang berfungsi sebagai alat penyimpan nilai dan alat bayaran tertunda?

a)

Keseragaman

b)

Mudah dibawa

c)

Diterima umum

d)

Kestabilan nilai

18.

Gambar 1 menunjukkan contoh alat perantaraan pertukaran dalam ekonomi.

Pernyataan manakah yang betul tentang Gambar 1?

a)

Merupakan wang sah dalam urus niaga bernilai besar

b)

Perlu mematuhi penetapan sandaran minimum

c)

Menjadi alat perantaraan pertukaran yang diterima umum

d)

Pemilik dikenakan caj atas perkhidmatan

19.

Apakah fungsi bank pusat?

a)

Mengurus pinjaman bersindiket

b)

Menerima deposit daripada sektor korporat

c)

Menjadi jurubank kepada bank perdagangan

d)

Membuat dan menerima bayaran daripada orang ramai

20.

Gambar menunjukkan sebuah institusi kewangan bank di Malaysia.

Apakah fungsi institusi kewangan tersebut?

a)

Memberi pendahuluan sementara

b)

Mengurus pertukaran asing

c)

Menerima deposit

d)

Memberi pinjaman

21.

Maklumat berikut berkaitan dengan satu perkhidmatan bank perdagangan yang digunakan oleh ENcik Firdaus.

Apakah perkhidmatan bank tersebut?

a)

Pindahan kredit

b)

Perintah sedia ada

c)

Debit langsung

d)

Draf bank

22.

Pilih pasangan yang betul.

a)

Pinjaman - Dikenakan kadar faedah yang tinggi

Overdraf - Dikenakan caj perkhidmatan

b)

Pinjaman - Faedah dikenakan ke atas keseluruhan pinjaman

Overdraf - Faedah dikenakan ke atas jumlah yang digunakan

c)

Pinjaman - Disediakan kepada pemegang deposit tetap dan semasa

Overdraf - Disediakan kepada pemegang deposit tabungan dan semasa

d)

Pinjaman - Tempoh bayaran balik lebih pendek

Overdraf - Tempoh bayaran balik lebih panjang

23.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan faedah sampingan dalam pemilihan pekerjaan?

a)

Suasana tempat kerja

b)

Prospek pekerjaan

c)

Rawatan perubatan

d)

Bonus tahunan

24.

Antara yang berikut, yang manakah contoh pekerjaan di sektor kedua?

a)

b)

c)

d)

25.

Pilih langkah penyediaan belanjawan peribadi yang betul.

a)

Menyenarai pelbagai punca pendapatan

b)

Mencatat semua jenis perbelanjaan

c)

Menyusun perbelanjaan berdasarkan keutamaan

d)

Mengimbangkan pendapatan dengan perbelanjaan

1)
2)
3)
4)
26.

Pasangan manakah yang betul?

a)

Keperluan - Untuk kehidupan lebih selesa

Kehendak - Untuk meneruskan kehidupan

b)

Keperluan - Harga dikawal oleh kerajaan

Kehendak - Harga ditentukan oleh kuasa pasaran

c)

Keperluan - Mempunyai barang pengganti

Kehendak - Tidak terdapat barang pengganti

d)

Keperluan - Pelbagai pilihan barang

Kehendak - Pilihan barangan adalah terhad

27.

Antara yang berikut, yang manakah mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna?

a)

Jumlah pendapatan

b)

Keberkesanan pengiklanan

c)

Kewujudan barang penggenap

d)

Janji kebaikan produk oleh penjual

28.

Pernyataan manakah berkaitan dengan pelaburan?

a)

Puan Rozni membeli unit Amanah Saham Wawasan

b)

Encik Ramesh menambah pembelian Sijil Simpanan Premium

c)

Puan Rozita membeli sebuah kereta untuk berulang-alik ke tempat kerja

d)

Dato’ Mustafa Kamal menebus guna tanah paya untuk projek perumahan

29.

Antara yang berikut, yang manakah betul?

a)

Jenis pelaburan - Sekuriti kerajaan

Tahap risiko - Tinggi

Tahap pulangan - Tinggi

b)

Jenis pelaburan - Simpanan tetap

Tahap risiko - Rendah

Tahap pulangan - Tinggi

c)

Jenis pelaburan - Unit amanah

Tahap risiko - Rendah

Tahap pulangan - Rendah

d)

Jenis pelaburan - Urus niaga pertukaran asing

Tahap risiko - Tinggi

Tahap pulangan - Rendah

30.

Apakah kebaikan pembayaran secara kredit?

a)

Pengguna akan berbelanja secara berhemah

b)

Pengguna sedia menangguhkan perbelanjaan lain

c)

Individu menikmati harga belian yang lebih rendah

d)

Individu membuat bayaran ansuran yang tidak terbeban

31.

Antara yang berikut, tindakan manakah yang boleh menambahkan output dalam jangka masa pendek?

a)

Menambah stok bahan mentah

b)

Membesar tapak operasi kilang

c)

Mengimport mesin berteknologi tinggi

d)

Meminimum kos tetap dalam pengeluaran

32.

Maklumat berikut menunjukkan kos purata, kos berubah dan jumlah keluaran kicap bagi Syarikat Seri Kata Berhad.

Berapakah kos purata bagi syarikat tersebut?

a)

RM8

b)

RM12

c)

RM20

d)

RM32

33.

Gambar 3 menunjukkan sejenis input dalam proses pengeluaran jangka pendek.

Pernyataan manakah yang betul tentang input di atas?

a)

Kuantiti bertambah mengikut pertambahan output

b)

Berubah secara langsung dengan perubahan output

c)

Input yang wujud walaupun output sifar

d)

Pembelian input ini melibatkan kos tetap

34.

Gambar menunjukkan aktiviti pembinaan sistem pengangkutan di Malaysia.

Apakah kos sosial yang akan ditanggung oleh masyarakat akibat daripada fenomena di atas?

a)

Penjimatan dalam kos pengangkutan

b)

Peningkatan indeks pencemaran udara

c)

Pengurangan permintaan pengangkutan awam

d)

Penyediaan kemudahan awam yang lengkap

35.

Tujuan kerajaan melaksanakan projek pembangunan untuk memaksimumkan kepuasan rakyat.

a)

Betul

b)

Salah

36.

Contoh projek pembangunan ialah pembinaan lebuh raya baharu bertol dari Rawang ke Kuala Selangor.

a)

Betul

b)

Salah

37.

Tabungan ialah baki pendapatan boleh guna yang tidak dibelanjakan oleh individu.

a)

Betul

b)

Salah

38.

Individu yang membuat tabungan di bank mendapatkan pulangan dalam bentuk faedah.

a)

Betul

b)

Salah

39.

Hukum permintaan menyatakan apabila harga meningkat, kuantiti diminta akan menurun.

a)

Betul

b)

Salah

40.

Hukum permintaan ditunjukkan oleh keluk permintaan yang mencerun ke atas dari kiri ke kanan.

a)

Betul

b)

Salah

41.

Encik David dibayar faedah yang tinggi kerana dia adalah pemegang akaun simpanan semasa di bank perdagangan.

a)

Betul

b)

Salah

42.

Sebagai pemegang akaun semasa, Encik David mendapat kemudahan overdraf.

a)

Betul

b)

Salah

43.

Produktiviti ialah keupayaan untuk meningkatkan penghasilan keluaran daripada penggunaan sejumlah input.

a)

Betul

b)

Salah

44.

Peningkatan produktiviti menyebabkan berlaku peningkatan dalam kos pengeluaran.

a)

Betul

b)

Salah

45.

Eksternaliti ialah kos atau faedah yang tidak diambil kira dalam pengeluaran sesuatu barang.

a)

Betul

b)

Salah

46.

Contoh eksternaliti negatif ialah pecemaran sungai akibat pembuangan sisa toksik.

a)

Betul

b)

Salah