Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

INTERAKTIF KENEGARAAN

Total questions: 20

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Kita pernah dijajah selama 446 tahun bermula dengan Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris kembali. Berikut adalah padanan yang tepat jumlah tahun dan negara yang menjajah Tanah Melayu kecuali...

a)

130 tahun - Portugis

b)

183 tahun - Belanda

c)

117 tahun - British

d)

5 tahun - Jepun

2.

Keris dalam Jata Negara melambangkan apa?

a)

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

b)

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

c)

Negeri-negeri Selat

d)

Keberanian

3.

Malayan Union (1 April 1946) telah menukar status Tanah Melayu daripada tanah ..............kepada tanah ............British

a)

Naungan....Jajahan

b)

Melayu......Jajahan

c)

Sultan.....Kepunyaan

d)

Asal .....Baru

4.

Berapakah jumlah kerusi Parlimen diseluruh Malaysia...

a)

222 kerusi

b)

148 kerusi

c)

112 kerusi

d)

26 kerusi

5.

Tindakan kerajaan British menyekat bekalan makanan dan ubat ubatan daripada sampai ke tangan Parti Komunis Malaya dinamakan sebagai......

a)

Kampung Baru

b)

Tanah Rancangan Felda

c)

Rancangan Briggs

d)

Rural Industrial Development Authority (RIDA)

6.

Perlembagaan Persekutuan adalah......

a)

Lembaga yang mentadbir Negara

b)

Undang-Undang Tertinggi Negara

c)

Badan Berkanun yang menjaga Negara

d)

Dasar-dasar dan Sistem Pentadbiran Negara

7.

Siapakah Menteri Kementerian Perpaduan Negara sekarang?

a)

Datuk Aaron Ago Dagang

b)

Dato' Sri Azalina Othman Said

c)

Puan Fadhlina Sidek

d)

Datuk Seri Fadillah Yusof

8.

Daripada 373 penyertaan, rekaan beliau menjadi pilihan dan digunakan sehingga kini. Beliau merupakan seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya negeri Johor. Siapakah beliau?

a)

Mohamed Bin Hamzah

b)

Maarof bin Zakaria

c)

Hamzah bin Abdullah

d)

R. Kalimuthu

9.

Rukun Negara bercita-cita untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik, progresif dan bersatu-padu serta bersikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak. Pada tahun berapakah Rukun Negara diisytiharkan?

a)

31 Ogos 1957

b)

31 Ogos 1970

c)

16 September 1963

d)

22 September 1970

10.

Malaysia mengandungi 13 buah negeri dan 1 wilayah seperti mana dalam Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Negeri manakah yang mempunyai keluasan terbesar?

a)

Pahang

b)

Sabah

c)

Sarawak

d)

Perak

11.

Berikut adalah susunan yang tepat Prinsip-prinsip Rukun Negara

 

I. Kepercayaan Kepada Tuhan

II. Kedaulatan Undang-Undang

III. Kesopanan Dan Kesusilaan

IV. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

V. Keluhuran Perlembagaan

a)

iv, ii, iii, i, v

b)

 i, iv, v, ii, iii

c)

i, iv,iii, ii, v

d)

 i, iv, v, iii, ii

12.

Menara berkembar KLCC merupakan menara berkembar tertinggi didunia dan siap pada Disember 1996. Berapakah ketinggian Menara Berkembar KLCC ?

a)

118 tingkat

b)

88 tingkat

c)

106 tingkat

d)

65 tingkat

13.

Bilakah tarikh pelancaran Malaysia MADANI yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri ke 10 di PICC Putrajaya?

a)

16 September 2023

b)

19 Januari 2022

c)

19 Januari 2023

d)

31 Ogos 2023

14.

Berikut adalah merupakan antara nilai teras Malaysia MADANI kecuali...

a)

Kesamarataan

b)

Keyakinan

c)

Kemampanan

d)

Kesejahteraan

15.

Berapa orang Perdana Menteri sekarang?

a)

10

b)

1

c)

7

d)

9

16.

Berikut adalah merupakan peristiwa yang menyebabkan terciptanya Ideologi Kebangsaan. Apakah peristiwa tersebut?

a)

Peristiwa 13 Mei 1969

b)

Malayan Union

c)

Ancaman Komunis

d)

Pengisytiharan Kemerdekaan

17.

Bilakah tarikh Rukun Negara diisytiharkan?

a)

16 September 1963

b)

31 Ogos 1957

c)

16 Mei 1969

d)

31 Ogos 1970

18.

Siapakah yang telah mengisytiharkan Rukun Negara ?

a)

Tun Abdul Razak Dato' Hussein

b)

Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj

c)

Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin

d)

Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad

19.

Peristiwa 13 Mei 1969 telah menyebabkan kabinet terbubar dan digantikan dengan MAGERAN untuk mentadbir negara pada ketika itu. Siapakah nama Pengerusi MAGERAN yang telah dilantik?

a)

Tun Mahathir Mohamad

b)

Tunku Abdul Rahman

c)

Tun Abdul Razak

d)

Tun Hussein Onn

20.

Berikut adalah merupakan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang salah kecuali?

a)

Keluhuran Undang-Undang

b)

Kedaulatan Perlembagaan

c)

Kesusilaan dan Kesopanan

d)

Kesetiaan kepada Raja dan Negara