NEW
Font size
Worksheets2023 Ulangkaji T4 (SET 3)
Total questions: 40
Worksheet time: 25mins
Maklumat berikut antara ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.
- Kerajaan
- Undang-undang
- Wilayah pengaruh
- X
Apakah X? [T4B1M6-7]
Hubungan luar
Kesejahteraan sosial
Lambang kebesaran
Kewibawaan pemerintah
Bagaimanakah rakyat menunjukkan kesetiaan kepada pemerintah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka? [T4B1M13]
Menjadi pengayuh kapal perang
Memperkenalkan undang-undang
Mengutip hasil melalui sistem serah
Menjaga keamanan kawasan pegangan
Mengapakah Mikado Meiji menekankan pemodenan mengikut model Barat ketika melancarkan gerakan pemulihan Jepun? [T4B2M27]
Membentuk satu blok ekonomi
Menaikkan taraf hidup penduduk
Memumupuk semangat cinta akan negara
Mendapatkan penghormatan negara luar
Bagaimanakah golongan intelektual berpendidikan agama membangkitkan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu? [T4B2M36]
I. Menerbitkan akhbar
II. Menubuhkan madrasah
III. Menganjurkan kongres
IV. Mengadakan perhimpunan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Operasi kod “D-Day” telah dilaksanakan oleh tentera Bersekutu pada bulan Jun 1944.
Apakah kejayaan operasi tersebut terhadap tentera Bersekutu? [T4B3M63]
Menguasai negara Eropah Barat
Meluaskan pengaruh golongan tentera
Melaksanakan dasar baharu ketenteraan
Membebaskan Perancis dari penaklukan Jerman
Tokoh berikut terlibat dalam kegiatan anti-Jepun di Tanah Melayu.
Bagaimanakah tokoh tersebut melakukan penentangan terhadap tentera Jepun? [T4B3M78]
Menubuhkan persatuan sekerja
Menyertai pasukan keselamatan
Membekalkan makanan dan senjata
Menyebarkan risalah dan propaganda
Bagaimanakah Raja-raja Melayu menyuarakan penentangan terhadap Malayan Union? [T4B4M100-101]
I. Menganjurkan Kongres Melayu
II. Menghantar surat bantahan ke London
III. Membawa kes ke Mahkamah Tinggi England
IV. Membuat perjanjian dengan British
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pada 26 Jun 1946, Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan British untuk menyerahkan Sabah.
Mengapakah SBUB bertindak sedemikian? [T4B4M114-115]
Menyelesaikan kemelut politik
Memenuhi kepentingan British
Memajukan penduduk tempatan
Mengalami masalah perwarisan takhta
PUTERA-AMCJA mencadangkan Perlembagaan Rakyat sebagai alternatif kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Apakah kandungan perlembagaan tersebut? [T4B5M130]
Raja berkuasa mutlak
Kewarganegaraan yang sama
Sultan menjadi ahli Majlis Raja-Raja
Tanah Melayu dan Singapura dipisahkan
Majlis Perundangan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi.
Apakah bidang kuasa majlis tersebut? [T4B5M134]
I. Kewangan
II. Kehakiman
III. Komunikasi
IV. Kewarganegaraan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah ideologi yang diperjuangkan oleh komunis? [T4B6M146]
Melaksanakan undang-undang yang tegas
Melindungi nasib golongan pertengahan
Menjadikan ekonomi milik negara
Menjaga kepentingan majikan
Mengapakah pertubuhan berikut diharamkan di bawah Undang-undang Darurat? [T4B6M152]
- Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
- Ikatan Pembela Tanah Air (PETA)
Menentang Jepun
Berfahaman radikal
Menyokong pentadbiran British
Berusaha menuntut kemerdekaan
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) telah mencadangkan penubuhan sebuah agensi untuk meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu.
Apakah agensi tersebut? [T4B7M177]
Institut Kemahirann Belia Negara (IKBN)
Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Maklumat berikut berkaitan usaha ke arah mencapai kemerdekaan.
- Persidangan Kebangsaan
- Konvensyen Kebangsaan
- Penubuhan Parti Perikatan
Bagaimanakah usaha tersebut dapat dijayakan? [T4B7M186-187]
Mengadakan Pilihan Raya Persekutuan
Mewujudkan pendidikan kebangsaan
Mengadakan kerjasama politik
Memperkenalkan Sistem Ahli
Maklumat berikut berkaitan kerjasama dalam Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. "UMNO bahagian Kuala Lumpur dan MCA bahagian Selangor mula mengadakan kerjasama dan bergabung."
Apakah kesan kerjasama tersebut? [T4B8M197]
Tertubuhnya parti Perikatan
Pembentukan kabinet pertama
Penubuhan Majlis Perundangan
Terbentuknya Kerajaan Persekutuan
Apakah kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 1955? [T4B8M204]
I. Sistem Ahli telah dimansuhkan
II. Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri
III. Pesuruhjaya Tinggi British tidak mempunyai kuasa
IV. Pegawai British mewakili Majlis Negeri
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) mengkritik soal kewarganegaraan dalam draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu? [T4B9M223]
Pendidikan negara tidak seragam
Menggugat kepentingan orang Melayu
Mengancam kedudukan Majlis. Raja-Raja
Pembentukan kerajaan Persekutuan yang kuat
Antara berikut, manakah merupakan inti pati yang terdapat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957? [T4B9M224-225]
I. Perpaduan
II. Kewarganegaraan
III. Kedudukan agama Islam
IV. Penubuhan parti politik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan peristiwa yang berlaku di Stadium Merdeka.
- Menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu
- Melepaskan 101 das tembakan
Mengapakah peristiwa tersebut sangat penting dan bermakna? [T4B10M240]
Membentuk sebuah negara berdaulat
Memberi penghormatan kepada British
Meraikan pembentukan kabinet pertama
Mengisytihar tarikh kemerdekaan negara
Tokoh berikut memberikan komitmen yang tinggi dalam menghadapi cabaran politik setelah Kerajaan Persekutuan mencapai kemerdekaan.
- Tunku Abdul Rahman
- Dato’ Abdul Razak Hussein
Apakah cabaran tersebut? [T4B10M242]
Menggunakan kepakaran luar
Melantik wakil diplomat asing
Melahirkan kakitangan profesional
Menggantikan jawatan pegawai Eropah
Apakah fungsi Inskripsi Telaga Batu semasa Zaman Srivijaya? [T4B1M4]
Menulis karya kesusasteraan
Mencatat rekod perdagangan
Membuktikan kesetiaan rakyat
Menerangkan salasilah keturunan raja Funan
Rajah berikut merupakan perubahan gelaran pemerintah Kesultanan Melayu Melaka.
Mengapakah perubahan tersebut berlaku? [T4B1M6]
Penaklukan kuasa luar
Penyebaran agama Islam
Pertembungan kebudayaan
Perjanjian antara pemerintah
Pada tahun 1688 telah berlaku peralihan kuasa di England.
Mengapakah peralihan kuasa tersebut dikenali sebagai Revolusi Keagungan (Glorious Revolution)? [T4B2M24]
Perluasan empayar England
Membentuk sebuah republik
Tanpa berlaku pertumpahan darah
Mendapat kemerdekaan mutlak
Maklumat berikut merupakan sebahagian daripada penulisan kreatif yang ditulis semasa zaman penjajah
- Melor Kuala Lumpur
- Cerita Awang Putat
Apakah tujuan penulisan kreatif tersebut? [T4B2M34]
I. Menggambarkan penderitaan rakyat
II. Menyokong perjuangan British
III. Memuatkan berita harian
IV. Menyindir penjajah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah faktor kejayaan tentera Bersekutu menewaskan Jerman dalam Perang Dunia Kedua? [T4B3M62-63]
Strategi yang berkesan
Pengguguran bom atom
Jumlah tentera yang ramai
Sumber kewangan yang besar
Dasar pendudukan Jepun telah meninggalkan pelbagai kesan kesengsaraan dan penderitaan kepada rakyat.
Apakah pengajaran daripada peristiwa tersebut? [T4B3M73]
I. Berani membuat pertimbangan
II. Amanah dalam pekerjaan
III. Keperluan sifat bekerjasama
IV. Waspada terhadap kuasa asing
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan bantahan akhbar Melayu terhadap Malayan Union.
- Majlis
- Utusan Melayu
Bagaimanakah akhbar tersebut menentang Malayan Union? [T4B4M102]
Menjadikan akhbar sebagai alat propaganda
Menyeru orang Melayu berhimpun
Menyumbang bantuan kewangan
Mengadakan mogok lapar
Maklumat berikut berkaitan dengan penyerahan Sarawak kepada British.
Apakah kesan daripada keputusan tersebut? [T4B4M109]
Pengenalan pentadbiran pusat
Peningkatan taraf hidup pribumi
Kemunculan gerakan antipenyerahan
Undang-undang tempatan dimansuhkan
Bagaimanakah nasionalis Melayu radikal membuka minda rakyat ke arah proses kemerdekaan? [T4B5M129]
Menerbitkan akhbar
Menawarkan hadiah
Mengadakan lawatan
Menubuhkan persatuan
Terdapat cadangan warna latar belakang bendera kebangsaan Tanah Melayu dalam Perlembagaan Rakyat.
Apakah cadangan warna tersebut? [T4B5M130]
Putih dan hijau
Merah dan putih
Biru dan kuning
Kuning dan hijau
Ideologi komunis dibawa masuk ke negara kita pada tahun 1920-an melalui negara China.
Apakah pertubuhan yang membawa masuk ideologi tersebut? [T4B6M146]
Parti Kuomintang
Parti Komunis Nanyang
The Communist International
Persatuan Orang Cina Peranakan
Dialog berikut mungkin berlaku semasa ancaman komunis di Tanah Melayu.
Apakah kebaikan tersebut? [T4B6M150]
Mengadakan pilihan raya Majlis Perbandaran
Memperkasakan pasukan keselamatan tempatan
Mewujudkan kerjasama antara rakyat dan kerajaan
Meningkatkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum
Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Haji Yaakob telah memperjuangkan kemerdekaan tanah air melalui penyatuan bangsa dan dunia Melayu.
Apakah konsep yang diperjuangkan oleh KMM? [T4B7M172]
Konsep Melayu Raya
Konsep Hidup Melayu
Konsep Merdeka dengan Darah
Konsep pemerintahan demokrasi
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan pada tahun 1949, antara peranannya adalah penubuhan beberapa agensi.
Apakah isu yang selari dengan penubuhannya? [T4B7M176-177]
Demokrasi
Politik
Ekonomi
Kewarganegaraan
Jawatankuasa Pilihan Raya 1954 mengeluarkan dua bentuk penyata A dan B dalam penyusunan anggota Majlis Perudangan Persekutuan (MPP)
Maklumat manakah yang dirujuk kepada Bentuk B? [T4B8M198]
Dua orang ahli yang dilantik
Sembilan orang wakil negeri
Lapan orang tambahan lantikan oleh Pesuruhjaya Tinggi
Enam puluh orang dipilih melalui pilihan raya
Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) berperanan menggubal undang-undang dan turut mengalami perubahan dari segi bilangan anggota selepas pilihan raya.
Komposisi manakah merujuk kepada Majlis Perundangan Persekutuan 1948? [T4B8M204]
I. 52 orang ahli melalui pilihan raya
II. 35 orang ahli berkepentingan
III. 3 orang ex officio
IV. 9 orang Residen
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah Suruhanjaya Reid dibentuk pada 8 Mac 1956? [T4B9M220]
Langkah penubuhan negara merdeka
Membuat rundingan kemerdekaan
Lanjutan rundingan kemerdekaan
Menyusun perlembagaan
Apakah nilai yang diperoleh hasil kejayaan penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu? [T4B9M223]
Menepati masa
Permuafakan
Berusaha gigih
Berwawasan
Berikut adalah peranan penting negara pada peringkat antarabangsa selepas mencapai kemerdekaan.
- Ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
- Sertai misi pengaman PBB ke Congo
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berkaitan penglibatan tersebut? [T4B10M243]
Menjamin keamanan dan kestabilan politik
Mempunyai pemimpin yang berwibawa
Menerima pengiktirafan antarabangsa
Memiliki tentera yang berdisiplin
Gambar berikut menunjukkan lambang negara kita.
Mengapakah lambang tersebut penting kepada negara? [T4B10M247]
Menunjukkan ketelusan jiwa
Mewujudkan semangat jati diri
Mempamerkan kehebatan rakyat
Mengekalkan keharmonian negara
