Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Unit 5 Bangkit Berjuang Penjajah Ditentang

Total questions: 27

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Dol Said menentang pihak British di Naning ?

a)

Menuntut kemerdekaan

b)

Mempertahankan kedaulatan

c)

Menolak undang-undang British

d)

Enggan bekerjasama dengan British

2.

Rentap merupakan pemimpin kaum Iban yang menentang James Brooke di __________.

a)

Miri

b)

Sarikei

c)

Kuching

d)

Nanga Skrang

3.

Mengapakah Sharif Masahor melancarkan penentangan terhadap James Brooke ?

a)

Mengusir orang asing

b)

Membebaskan Sarawak

c)

Kehilangan hak sebagai pembesar

d)

Menolak pentadbirang James Brooke

4.

Apakah kesan perjuangan Yamtuan Antah di Negeri Sembilan ?

a)

Yamtuan Antah terkorban

b)

British menguasai Negeri Sembilan

c)

British melaksanakan undang-undang Barat

d)

Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti

5.

Antara berikut, yang manakah faktor penentangan Dato' Bahaman di Lubuk Terua ?

I Mengukuhkan pengaruh

II Gelaran pembesar dilucutkan

III Kehilangan hak mengutip cukai

IV Enggan bekerjasama dengan British

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Mat Salleh melancarkan serangan ke atas SBUB di ________

a)

Tawau

b)

Ranau

c)

Lahad Datu

d)

Pulau Gaya

7.

Apakah nama Antenom yang sebenar ?

a)

Tuanku Antah Raja Radin

b)

Abdul Said bin Omar

c)

Ontoros bin Buyusan

d)

Haji Mat Hassan bin Munas

8.

Di manakah serangan balas British terhadap Tok Janggut ?

a)

Silar Pinikit

b)

Tambunan

c)

Kuala Telemong

d)

Kampung Dalam Pupuh

9.

Apakah undang-undang baharu yang diperkenalkan oleh British kepada patani di Terengganu

a)

sistem cukai

b)

peraturan tanah

c)

sistem penternakan

d)

sistem penasihat British

10.

Mengapakah Dato' Maharajalela dan pembesar Perak menentang Residen British ?

a)

Residen British bersifat angkuh

b)

Residen British memberi nasihat kepada Sultan

c)

Residen British menguruskan pentadbiran negeri

d)

Residen British mengambil alih kuasa sultan dan pembesar

11.

Tokoh berikut merupakan pahlawan tempatan yang menentang penjajah.

Tok Janggut

Di manakah lokasi perjuangan tokoh tersebut ?

a)

Kelantan

b)

Naning

c)

Perak

d)

Terengganu

12.

Pada tahun 1831, pihak British telah menyerang Naning tetapi kalah. Apakah sebab kekalahan pihak British tersebut ?

a)

Menerima bantuan

b)

Strategi perang gerila

c)

Taat setia pengikut

d)

Melakukan sabotaj

13.

Nama sebenar Rentap adalah Libau Anak Ningkan.

Apakah sebab penentangan beliau terhadap James Brooke ?

a)

Hilang hak memungut cukai

b)

Diperkenalkan undang-undang baharu

c)

Menghapuskan penempatan orang Iban

d)

Orang Iban dianggap lanun

14.

Gambar berikut merupakan peristiwa pembunuhan J.W.W Birch oleh Seputum atas arahan Dato' Maharaja Lela.

Mengapakah J.W.W Birch dibunuh ?

a)

Mencampuri urusan pentadbiran negeri

b)

Hilang hak mengutip cukai

c)

Kalah dalam pertarungan

d)

Menculik hamba berhutang

15.

Pernyataan berikut merujuk kepada perjuangan tokoh tempatan Sarawak.

Beliau telah menentang James Brooke kerana menguasai Sarikei.

Siapakah tokoh tempatan yang ingin mengusir keluarga James Brooke di Kuching ?

a)

Rentap

b)

Dato' Maharaja Lela

c)

Sharif Masahor

d)

Antenom

16.

Nyatakan lokasi penentangan Antenom dan pengikutnya ke atas SBUB pada tahun 1915.

a)

Pulau Gaya

b)

Pensiangan

c)

Sibu

d)

Gunung Kinabalu

17.

Pada pendapat anda, apakah sebab penentangan Tok Janggut di Kelantan ?

a)

Pengenalan Sistem Penasihat British

b)

Dilucutkan jawatan

c)

Dihalang keluar Kelantan

d)

Sistem cukai dan peraturan tanah baharu

18.

Pada tahun 1876, Yamtuan Antah dan British telah berunding dan menamatkan persengketaan. Apakah kesimpulan daripada rundingan tersebut ?

a)

Daerah Paroi diserah kepada British

b)

Wilayah Terachi diserah kepada Dato' Kelana

c)

Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti

d)

British berundur daripada Negeri Sembilan

19.

Lukisan berikut menunjukkan Dato' Bahaman.

Apakah peristiwa penentangan Dato' Bahaman yang berlaku pada tahun 1894 ?

a)

Berjaya menawan Lubuk Terua

b)

Mematahkan serangan British di Semantan

c)

Menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai

d)

Menawan Kuala Lipis

20.

Apakah jawatan yang disandang oleh Dato' Maharaja Lela di Perak ?

a)

Orang Besar Berempat

b)

Orang Besar Berlapan

c)

Orang Besar Dua Belas

d)

Orang Besar Enam Belas

21.

Di manakah lokasi pembinaan kubu Mat Salleh selepas kubunya di Pulau Gaya dimusnahkan oleh SBUB ?

a)

Inanam

b)

Tambunan

c)

Menggatal

d)

Sandakan

22.

Apakah tindakan Haji ABdul Rahman Limbong dalam membela petani yang ditangkap kerana menentang peraturan baharu di Kuala Telemong ?

a)

Menjadi peguam

b)

Menjadi polis

c)

Menjadi guru

d)

Menjadi tentera

23.

Peristiwa berikut telah berlaku pada tahun 1928.

Petani dan pengikut Abdul Rahman Limbong telah menawan balai polis di Kuala Berang.

Apakah kesimpulan daripada peristiwa tersebut ?

a)

Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap dan dibuang negeri ke Makkah

b)

British telah mengundur dari Kuala Terengganu

c)

Haji Abdul Rahman Limbong terbunuh

d)

Peraturan mengutip cukai dimansuhkan

24.

Tokoh pejuang manakah yang menentang British di kawasan Pasir Puteh ?

a)

Dol Said

b)

Tok Janggut

c)

Yamtuan Antah

d)

Haji Abdul Rahman Limbong

25.

Maklumat berikut berkaitan dengan penentangan pahlawan tempatan terhadap campur tangan kuasa asing.

  • * Pengenalan cukai baharu oleh British

  • * British melantik J.W>W Birch sebagai residen di negeri ini

  • * Berlaku pembunuhan Residen di negeri ini

Di negeri manakah berlakunya peristiwa yang dinyatakan di atas ?

a)

Perak

b)

Melaka

c)

Sarawak

d)

Negeri Sembilan

26.

Mengapakah Dato' Bahaman menentang penjajahan British di Pahang ?

a)

Mencampuri urusan pentadbiran

b)

Dilucutkan jawatan sebagai pembesar

c)

Menceroboh kawasan dan menganggu roh

d)

Menghapuskan kawasan petempatan penduduk

27.

Siapakah yang terlibat dalam menentang James Brooke ?

a)

Antenom

b)

Rentap

c)

Sharif Masahor

d)

Dato' Maharaja Lela