NEW
Font size
WorksheetsQUIZ PETANQUE
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Berapakah jarak yang dibenarkan untuk membaling bola jet?
1 hingga 4 meter
3 hingga 5 meter
11 hingga 13 meter
6 hingga 10 meter
Mengingkari arahan sultan, memalsukan titah Sultan. Apakah hukuman yang akan dikenakan jika melakukan kesalahan tersebut?
Hukuman bunuh
Dipenjarakan
Dibuang negeri
Perlu membayar denda
Revolusi Amerika 1776 merupakan reaksi orang Amerika menentang penjajahan British.Pada ketika itu, pemimpin di tanah jajahan menubuhkan kongres yang diketuai oleh George Washington. Apakah tindakan kongres tersebut?
menggulingkan pemerintah
Memperkuat peranan parlimen
Membebaskan tahanan politik
Mengisytiharkan perang
Apakah yang dimaksudkan dengan semangat “ bushido”?
Mempertahankan nilai tradisi
Berpegang teguh kepada kebenaran
Sanggup menanggung risiko
Pemulihan sistem pemerintahan beraja
Apakah persamaan perjuangan Rentap, Mat Salleh, Haji Abdul Rahman Limbong, Dol Said dan Dato’ Bahaman?
Menuntut pembaharuan
memajukan pendidikan
Mengkritik penjajah
Mendaulatkan wilayah
Syed Sheikh al-Hadi dan Mohammad Eunos Abdullah merupakan golongan intelektual abad ke-20. Bagaimanakah mereka menggerakkan idea pembaharuan dalam masyarakat?
Mengetuai Gerakan radikal
Menghasilkan karya kreatif
Menubuhkan persatuan bersifat sosioekonomi
Mengadakan perhimpunan besar-besaran
Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara kita?
Pengeluaran bahan mentah merosot
Pengecualian dalam sekatan ekonomi
Pengenalan pelbagai undang-undang
Pentadbiran ketenteraan dilaksanakan
Ideologi Fasisme telah wujud di Itali manakala ideologi Nazisme telah wujud di Jerman. Apakah kesan perkembangan ideologi tersebut terhadap Eropah?
kemunculan negara baharu
Tercetus perang Dunia Kedua
Keruntuhan pemerintahan beraja
Termeterai Perjanjian Versailles
Bagaimanakah tentera Bersekutu berjaya dalam operasi “ D-Day “ ?
Memperdayakan tentera Jepun dengan menyebarkan maklumat palsu
Menawan bandar utama
Melancarkan serangan
Menyerang dari laut dan udara
Jepun mewujudkan orde baharu dalam dasar perluasan kuasanya. Apakah matlamatnya?
Menentang imperialis Barat
Menguasai perdagangan
memperoleh bahan mentah
mengembangkan ideologi
Apakah sebab Jepun memperkenalkan Rancangan Pengeluaran Lima Tahun
Kehendak Maharaja Jepun
Kemelsetan ekonomi
Keperluan eksport negara
Keinginan menjadi negara maju
Force 136 dan penubuhan gerila Melayu bekerjasama menentang Jepun dengan Menjalankan aktiviti rahsia. Apakah aktiviti tersebut?
Melakukan sabotaj dan menyebarkan propaganda
Membuat risikan untuk membunuh Jepun
Menjalankan operasi menggunakan laluan laut
Menjatuhkan ekonomi Jepun
Mengapakah pentadbiran British Military Administration (BMA) atau pentadbiran tentera diperkenalkan di Tanah Melayu?
Memulihkan kepercayaan rakyat
Menjimatkan perbelanjaan
Memberi latihan kepimpinan
Menghalang kemasukan penjajah
Bagaimanakah Sir Harold MacMichael mendapatkan persetujuan Sultan Kelantan menandatangani perjanjian Malayan Union?
Melakukan ugutan
Mengadakan rundingan
Menawarkan ganjaran
Menimbulkan kekacauan
Apakah tindakan yang dilakukan oleh Raja Perempuan Kelsom, Tuanku Permaisuri Perak dalam menentang Malayan Union?
Menghantar surat bantahan
Membawa kes ke mahkamah
Mengadakan sidang akhbar
Mengetuai barisan perarakan
Mengapakah penduduk tempatan tidak menentang penyerahan Sabah kepada British?
Perbezaan etnik menyukarkan penyatuan dan British menindas kegiatan berpersatuan
Pemilikan tanah dibenarkan
Peluang untuk mendapatkan kemerdekaan
Peluang menguasai semula ekonomi
Apakah cadangan yang dihasilkan oleh AMCJA- PUTERA dalam perlembagaan rakyat?
Pengasingan Tanah Melayu dan Singapura
Penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia
Raja-Raja Melayu mengetuai pentadbiran
Kewarganegaraan Malaya dinamakan Melayu
Mengapakah pentadbir British Menyokong konsep Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Menjamin kemakmuran negara
Menghalang kemasukan pelabur asing
Mengukuhkan kedudukan imperialis
Menolak dasar dekolonisasi
Apakah fungsi Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan Persekutuan?
Menggubal undang-undang negeri
Membantu Pesuruhjaya Tinggi British
Menjamin kedudukan Raja Melayu
Menguruskan hal kewangan
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 memberi manfaat kepada orang Melayu. Apakah manfaat tersebut?
Kebebasan memilih kerajaan
Kedudukan istimewa dilindungi
Memartabatkan bahasa kebangsaan
Menguasai pentadbiran sepenuhnya
Mengapakah Parti Komunis Malaya (PKM) berjaya meluaskan pengaruh di Tanah Melayu selepas kekalahan Jepun?
Dibenarkan menguasai ekonomi
Diluluskan membuka cawangan baru
Diiktiraf sebagai pertubuhan yang sah
disokong oleh pentadbir tempatan
Mengapakah komunis mencampakkan bom tangan di sheum Circus, Kampar, Perak?
Merosakkan kemudahan asas
Melumpuhkan ekonomi negara
Mengancam keselamatan rakyat
Mengganggu pasukan keselamatan
Apakah usaha yang dilakukan British bagi memenangi kepercayaan Orang Asli untuk menghapuskan komunis?
Mendirikan kubu dan menyediakan keperluan harian
Memberikan senjata kepada orang Asli
Membuka tanah baru dan kawasan petempatan baru
Meningkatkan ekonomi orang asli
Apakah kesan rancangan petempatan semula kampung Baru terhadap Tanah Melayu?
Meningkatkan ekonomi negara
Merenggangkan hubungan kaum
Mengukuhkan perpaduan rakyat
Melewatkan proses kemerdekaan
Bagaimanakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) mengukuhkan kedudukan ekonomi orang Melayu?
Pembangunan In-Situ dipergiatkan
Pembentukan Majlis Perundangan Persekutuan
Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa
Pengenalan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Mengapakah sistem Ahli diperkenalkan?
Memantapkan sistem pertahanan negara
Melaksanakan kempen pilihan raya umum
Merangka perlembagaan baharu yang merdeka
Melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran
1. Apakah cadangan Jawatankuasa Pelajaran 1956?
Sekolah menengah menggunakan bahasa ibunda
Sekolah Jenis Umum menggunakan bahasa Melayu
Sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Inggeris
Sekolah Umum menggunakan bahasa Melayu
Apakah persamaan gerakan politik Persidangan Kebangsaan dan Konvensyen Kebangsaan?
Menerima persamaan kewarganegaraan
Mengadakan Pilihan Raya Persekutuan
Memperjuangkan keadilan ekonomi
Membentuk Parti Perikatan
Apakah peranan Jawatankuasa Pilihan Raya?
Mengkaji pengurusan pilihan raya
Menetapkan manifesto calon
Memilih calon pilihan raya
Menentukan parti yang bertanding
Apakah sumbangan Siti Rahmah Kassim dalam proses kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu?
Mencari penaja rombongan
Mengumpul dana untuk parti
Menderma gelang emas miliknya
Membiayai sambutan kemerdekaan
Apakah peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955.
Melantik ketua negara
Menyelia perancangan bandar
Membincangkan soal kewangan
Menggubal perlembagaan merdeka
Mengapakah Tunku Abdul Rahman memilih untuk menaiki kapal laut untuk berlepas dari Singapura ke Pakistan sebelum meneruskan penerbangan ke London?
Mengelak diketahui musuh
Menyusun strategi perundingan
Mengurangkan kos perbelanjaan
Melindungi keselamatan pemimpin
Apakah sumbangan Sheikh Abdullah Fahim yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang?
Menetapkan tarikh kemerdekaan
Menghalang pengaruh parti radikal
Mengasaskan Pendidikan Madrasah
Memperjuangkan kebebasan bersuara
Mengapakah anggota Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dianggotai oleh tokoh dari negara luar?
Mengukuhkan amalan sistem demokrasi
Mendapat desakan daripada penduduk tempatan
Memperoleh pengiktirafan peringkat antarabangsa
Mempunyai pengalaman dalam bidang perundangan
Mengapakah UMNO menunjukkan reaksi tidak bersetuju dengan konsep jus soli manakala PAS pula mengkritik soal kewarganegaraan terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
Menghapuskan ketamadunan bangsa
Menggugat keistimewaan orang Melayu
Mengehadkan peluang dalam pentadbiran
Mengancam kedudukan Raja-Raja Melayu
Berikut adalah cara untuk menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu kecuali
permohonan
Penguatkuasaan Undang-Undang
perkahwinan
Naturalisasi
Apakah prasarana yang disediakan oleh Jawatankuasa Persediaan Fizikal untuk meraikan pemasyhuran kemerdekaan pada 31 0gos 1957?
Stadium Negara dan Istana Negara
Istana Negara dan Tugu Negara
Stadium Negara dan Bangunan Parlimen
Tugu Negara dan Bangunan Parlimen
Apakah kepentingan peristiwa penurunan Bendera Union Jack di Padang Kelab Selangor kepada penduduk Tanah Melayu?
Pengembalian kuasa mutlak raja
Pengenalan bendera Malaysia
Penamatan dasar konfrontasi
Pentadbiran British Berakhir
Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu mengekalkan hubungan baik dengan Britain dan negara-negara Komanwel selepas merdeka?
Menyuburkan kebudayaan serantau
Memastikan negara bebas nuklear
Mengukuhkan pertahanan negara
Mengamalkan dasar berkecuali
Apakah kepentingan rancangan Buku Merah dilancarkan?
Memajukan industri desa
Menjaga keselamatan negara
membangunkan kemudahan asas
Memperkenalkan Pendidikan moden
