Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SET 1 QUIZZIZ NIGHT F4

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut antara ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.

●Kerajaan

●Undang-undang

●Wilayah pengaruh

● X

Apakah X?

a)

A Hubungan luar

b)

B Kesejahteraan sosial

c)

C Lambang kebesaran

d)

D Kewibawaan pemerintah

2.

Bagaimanakah rakyat menunjukkan kesetiaan kepada pemerintah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

A Menjadi pengayuh kapal perang

b)

B Memperkenalkan undang-undang

c)

C Mengutip hasil melalui sistem serah

d)

D Menjaga keamanan kawasan pegangan

3.

Mengapakah Mikado Meiji menekankan pemodenan mengikut model Barat ketika melancarkan gerakan pemulihan Jepun?

a)

A Membentuk satu blok ekonomi

b)

B Menaikkan taraf hidup penduduk

c)

C Memupuk semangat cinta akan negara

d)

D Mendapatkan penghormatan negara luar

4.

Bagaimanakah golongan intelektual berpendidikan agama membangkitkan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu?

I Menerbitkan akhbar

II Menubuhkan madrasah

III Menganjurkan kongres

IV Mengadakan perhimpunan

a)

A I dan Il

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

5.

Operasi kod “D-Day” telah dilaksanakan oleh tentera Bersekutu pada bulan Jun 1944.

Apakah kejayaan operasi tersebut terhadap tentera Bersekutu?

a)

A Menguasai negara Eropah Barat

b)

B Meluaskan pengaruh golongan tentera

c)

C Melaksanakan dasar baharu ketenteraan

d)

D Membebaskan Perancis dari penaklukan Jerman

6.

Tokoh berikut terlibat dalam kegiatan anti-Jepun di Tanah Melayu.

Gurchan Singh

Bagaimanakah tokoh tersebut melakukan penentangan terhadap tentera Jepun?

a)

A Menubuhkan persatuan sekerja

b)

B Menyertai pasukan keselamatan

c)

C Membekalkan makanan dan senjata

d)

D Menyebarkan risalah dan propaganda

7.

Bagaimanakah Raja-raja Melayu menyuarakan penentangan terhadap Malayan Union?

I Menganjurkan Kongros Melayu

II Menghantar surat bantahan ke London

III Membawa kes ke Mahkamah Tinggi England

IV Membuat perjanjian dengan British

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan Ill

d)

D Il dan IV

8.

Pada 26 Jun 1946, Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan British untuk menyerahkan Sabah. Mengapakah SBUB bertindak demikian?

a)

A Menyelesaikan kemelut politik

b)

B Memenuhi kepentingan British

c)

C Memajukan penduduk tempatan

d)

D Mengalami masalah pewarisan takhta

9.

PUTERA-AMCJA mencadangkan Perlembagaan Rakyat sebagai alternatif kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948,

Apakah kandungan perlembagaan tersebut?

a)

A Raja berkuasa mutlak

b)

B Kewarganegaraan yang sama

c)

C Sultan menjadi ahli Majlis Raja-Raja

d)

D Tanah Melayu dan Singapura dipisahkan

10.

Majlis Perundangan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi. Apakah bidang kuasa majlis tersebut?

I Kewangan

II Kehakiman

III Komunikasi

IV Kewarganegarasn

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

11.

Apakah ideologi yang diperjuangkan oleh komunis?

a)

A Melaksanakan undang-undang yang tegas

b)

B Melindungi nasib golongan pertengahan

c)

C Menjadikan ekonomi milik negara

d)

D Menjaga kepentingan majikan

12.

Mengapakah pertubuhan berikut diharamkan di bawah Undang-undang Darurat?

●Angkatan Wanita Sedar (AWAS)

● Ikatan Pembela Tanah Air (PETA)

a)

A Menentang Jepun

b)

B Berfahaman radikal

c)

C Menyokong pentadbiran British

d)

D Berusaha menuntut kemerdekaan

13.

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) telah mencadangkan penubuhan sebuah agensi untuk meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu. Apakah agensi tersebut?

a)

A Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)

b)

B Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

c)

C Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)

d)

D Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

14.

Maklumat berikut berkaitan usaha ke arah mencapai kemerdekaan.

●Persidangan Kebangsaan

●Konvensyen Kebangsaan

● Penubuhan Parti Perikatan

Bagaimanakah usaha tersebut dapat dijayakan?

a)

A Mengadakan Pilihan Raya Persekutuan

b)

B Mewujudkan pendidikan kebangsaan

c)

C Mengadakan kerjasama politik

d)

D Memperkenalkan Sistem Ahli

15.

Maklumat berikut berkaitan kerjasama dalam Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur.

UMNO bahagian Kuala Lumpur dan MCA bahagian Selangor mula mengadakan kerjasama dan bergabung.

Apakah kesan kerjasama tersebut?

a)

A Tertubuhnya parti Perikatan

b)

B Pembentukan kabinet pertama

c)

C Penubuhan Majlis Perundangan

d)

D Terbentuknya Kerajaan Persekutuan

16.

Apakah kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 1955 ?

I Sistem Ahli telah dimansuhkan

II Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri

III Pesuruhjaya Tinggi British tidak mempunyai kuasa

IV Pegawai British mewakili Majlis Negeri

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

17.

Mengapakah Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) mengkritik soal kewarganegaraan dalam draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

A Pendidikan negara tidak seragam

b)

B Menggugat kepentingan orang Melayu

c)

C Mengancam kedudukan Majlis Raja-Raja

d)

D Pembentukan kerajaan Persekutuan yang kuat

18.

Antara berikut, manakah merupakan inti pati yang terdapat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

I Perpaduan

II Kewarganegaraan

III Kedudukan agama Islam

IV Penubuhan parti politik

a)

A. I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

19.

Maklumat berikut berkaitan peristiwa yang berlaku di Stadium Merdeka.

● Menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu

●Melepaskan 101 das tembakan

Mengapakah peristiwa tersebut sangat penting dan bermakna?

a)

A Membentuk sebuah negara berdaulat

b)

B Memberi penghormatan kepada British

c)

C Meraikan pembentukan kabinet

d)

D Mengisytihar tarikh kemerdekaan negara

20.

Tokoh berikut memberikan komitmen yang tinggi dalam menghadapi cabaran politik setelah Kerajaan Persekutuan mencapai kemerdekaan.

● Tunku Abdul Rahman

● Dato’ Abdul Razak Hussein

Apakah cabaran tersebut?

a)

A Menggunakan kepakaran luar

b)

B Melantik wakil diplomat asing

c)

C Melahirkan kakitangan profesional

d)

D Menggantikan jawatan pegawai Eropah