wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T1: SISTEM BAHASA - PILIH AYAT BETUL SET 1

Total questions: 35

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Pilih jawapan yang sesuai.

Ramai murid menganggap mata pelajaran ________________ susah kerana perlu banyak mengingati formula dan menyelesaikan pengiraan yang panjang.

a)

sains

b)

sejarah

c)

matematik

d)

pendidikan seni

2.

Mereka sekeluarga akan melawat negeri _______________ pada hujung tahun ini kerana tertarik dengan keunikan Gua Mulu dan Bandar Kuching.

a)

Sabah

b)

Pahang

c)

Selangor

d)

Sarawak

3.

Puan Salina singgah sebentar di _______________ untuk mengisi minyak dan mengepam tayar keretanya.

a)

stesen bas

b)

stesen minyak

c)

stesen kereta api

d)

stesen jana kuasa

4.

Lokman dan adiknya membeli beberapa cucuk bebola ikan di ______________ yang berhampiran dengan rumah mereka selepas solat Isyak tadi.

a)

pasar tani

b)

pasar raya

c)

pasar mini

d)

pasar malam

5.

"Tolong __________________ buku latihan Sains kamu sekarang juga, " kata Puan Ainun kepada murid-murid tingkatan 1 Amanah.

a)

belikan

b)

simpan

c)

siapkan

d)

keluarkan

6.

Puan Amina menyuruh anak perempuannya ___________ pinggan mangkuk yang baru dibeli itu di dalam kabinet.

a)

menyusun

b)

memuatkan

c)

memunggah

d)

melemparkan

7.

Jambatan _____________ yang baharu siap dibina itu menghubungkan dua buah bandar yang dipisahkan oleh Sungai Muar.

a)

nipis

b)

halus

c)

tinggi

d)

panjang

8.

Mereka terpaksa ______________ sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu.

a)

melintas

b)

merentas

c)

merintangi

d)

mengharungi

9.

"_______________, sakitnya kakiku tersepak tunggul kayu, " kata Razali.

a)

Cis

b)

Hai

c)

Aduh

d)

Amboi

10.

Puan Azura sangat gembira apabila menerima se_________ bunga ros daripada suaminya.

a)

ikat

b)

helai

c)

gugus

d)

jambak

11.

Pilih ayat-ayat yang betul.

i. Pak Samad menulis senarai barang-barang yang ingin dibelinya.

ii. Ayah saya akan berjumpa wakil rakyat untuk membincangkan hal tersebut.

iii. Rumah besar yang terletak di puncak bukit itu milik hartawan terkenal.

iv. Mereka masih belum pulang ke rumah walaupun hari sudah larut malam.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii dan iii sahaja

d)

ii, iii dan iv

12.

Pilih ayat-ayat yang betul.

i. Mereka akan datang ke majlis itu bila?

ii. Cempedak goreng yang dijual di warung itu enak sekali.

iii. Pegawai itu menjelaskan sebab-sebab beliau lewat tiba di majlis itu.

iv. Kementerian Pendidikan memperhebatkan penguasaan ilmu teknologi maklumat dalam kalangan guru.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii dan iii sahaja

d)

ii, iii dan iv

13.

Pilih ayat-ayat yang betul.

i. Rumah di kawasan itu besar-besar belaka.

ii. Pelbagai perkara menarik kami tempuh sepanjang lawatan itu.

iii. Samser rindu kampung halamannya selepas merantau suku abad.

iv. Murid-murid itu berada di perpustakaan sekolah untuk mengulang kaji.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii dan iii sahaja

d)

ii, iii dan iv sahaja

14.

Pilih ayat-ayat yang betul.

i. Mereka akan berbincang perkara itu pada minggu hadapan.

ii. Masalah itu akan kerajaan selesaikan dengan seberapa segera.

iii. Mereka masih belum dapat menyiapkan tugasan itu walaupun waktu semakin suntuk.

iv. Setiap perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat itu dapat diselesaikan dengan baik.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii dan iii sahaja

d)

ii, iii dan iv sahaja

15.

Mahasiswa ___________ perlu kreatif dan inovatif bagi menghadapi dunia kerjaya yang kini semakin mencabar.

a)

kolej

b)

sekolah

c)

intitusi

d)

universiti

16.

Kedatangan pelancong asing ke negara kita menjadikan ___________ negara semakin berkembang pesat.

a)

sosial

b)

politik

c)

ekonomi

d)

pelaburan

17.

Mak Lijah rancak _____________ dengan jirannya sehingga tidak sedar suaminya pulang ke rumah.

a)

berucap

b)

berbual

c)

berbahsa

d)

berbincang

18.

Tanah di tebing Sungai Perak itu _________ akibat hujan lebat selama tiga hari berturut-turut.

a)

jatuh

b)

rebah

c)

roboh

d)

runtuh

19.

Kumar ________ dilanggar motosikal sewaktu dia melintas di jalan raya yang sibuk itu pada pagi semalam.

a)

kena

b)

rapat

c)

dekat

d)

nyaris

20.

Pandemik Covid-19 telah ___________ ke seluruh dunia.

a)

melalui

b)

menular

c)

menjalar

d)

menjulur

21.

"Siapakah antara ____________ yang boleh turut serta dalam aktiviti goyong-royong pada hujung minggu ini?" tanya Cikgu Zaharah kepada murid-muridnya.

a)

awak

b)

kamu

c)

mereka

d)

baginda

22.

" (a)   berharap agar rakyat tabah dan bersatu hati demi memutuskan rantaian Covid-19 ini," titah sultan.

23.

Zakuan jarang-jarang berhubung dengan Fariz _________ dia berpindah ke Kota Kinabalu.

a)

sejak

b)

serta

c)

kerana

d)

apabila

24.

Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh pasukan badminton negara memberikan ___________ yang hebat kepada barisan kejurulatihan negara.

a)

lemparan

b)

tamparan

c)

hentaman

d)

hamparan

25.

Pintu kereta Syahid __________ sedikit setelah terlanggar tiang batu yang berhampiran dengan rumahnya.

a)

leper

b)

kemek

c)

kempis

d)

bengkok

26.

Pegawai itu _____________ tentang pengalamannya bertugas di luar negara kepada rakan-rakan sekerjanya.

a)

berbual

b)

berkisah

c)

bercerita

d)

berbahas

27.

Budak kecil itu _________ teresak-esak apabila disakat oleh abangnya yang baru pulang dari sekolah.

a)

menari

b)

melatah

c)

menangis

d)

melompat

28.

Sekumpulan murid sekolah itu sedang sibuk _________ mengikut watak masing-masing sebagai persiapan persembahan teater.

a)

berhias

b)

berkumpul

c)

berbincang

d)

bersempena

29.

Air sungai itu _______ dengan deras sehingga membahayakan keselamatan para penduduk yang berdekatan.

a)

hanyut

b)

berjalan

c)

bergerak

d)

mengalir

30.

"Dalam perjalanan ke sana nanti, kita akan _________ di rumah datuk dan nenek terlebih dahulu," kata Encik Man kepada anak-anaknya.

a)

singgah

b)

sangkut

c)

bertemu

d)

berhenti

31.

"____, sakitnya kaki saya ini!" jerit Aiman.

a)

Wah

b)

Amboi

c)

Aduh

d)

Cis

32.

Sudah beberapa hari Yasmin __________ di atas katil hospital kerana kakinya patah.

a)

terbaring

b)

berbaring

c)

berehat

d)

santai

33.

Perniagaan itu didenda kerana tidak meletakkan tanda harga pada barang jualannya.

a)

Peniaga itu denda

b)

Peniaga itu didenda

c)

Itu perniagaan didenda

d)

Perniagaan itu didenda

34.

"______ mesti menyiapkan latihan ini sebelum Cikgu Razak masuk ke kelas," kata Zul kepada Izz.

a)

Kita

b)

Beliau

c)

Dia

d)

Baginda

35.

Perbicaraan di mahkamah sebentar tadi telah dihakimi oleh _______________

a)

Doktor Malik

b)

Yang Arif Tuan Saiful

c)

Cikgu Linda

d)

Inspektor Khai