WorksheetsINSPIRE SPMC SELANGOR SET 2 2023
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
Mengapakah Inskripsi Telaga Batu penting kepada rakyat dalam kerajaan Srivijaya?
Menceritakan penyebaran agama
Menunjukkan ketinggian seni bina
Membuktikan kesetiaan kepada raja
Melambangkan keagungan pemerintah
Mengapakah urusan kekeluargaan diberi perhatian dalam Hukum Kanun Melaka?
Meningkatkan taraf hidup
Mengelakkan keruntuhan akhlak
Menetapkan peranan ketua keluarga
Menyelesaikan masalah dalam perkahwinan
Apakah kesan Revolusi Keagungan 1688 di England?
Kerajaan republik didirikan
Kemerdekaan mutlak diperoleh
Pemerintahan beraja ditamatkan segera
Pemantapan sistem raja berperlembagaan
Karya kesusasteraan berikut dihasilkan oleh Pak Sako pada abad ke-20.
- Putera Gunung Tahan
- Anak Mat Lela Gila
Apakah mesej yang disampaikan di dalam karya tersebut?
Keperluan melakukan pembaharuan
Kepentingan menikmati kebebasan
Kelemahan sistem pentadbiran
Kemunduran rakyat tempatan
Bagaimanakah pemerintahan Dinasti Habsburg di empayar Austria-Hungary mengalami keruntuhan?
Pembunuhan pewaris takhta
Penyebaran ideologi komunis
Penentangan terhadap kenaikan cukai
Pemberontakan di wilayah penguasaan
Slogan berikut digunakan oleh pihak Jepun untuk menjayakan misi mereka di negara kita.
Asia untuk Orang Asia
Apakah tujuan slogan tersebut digunakan?
Mengukuhkan perpaduan kami
Menonjolkan imej sebagai pembela
Membantu memperoleh kemerdekaan
Menjaga kebajikan penduduk tempatan
Apakah DUA tindakan Sir Harold MacMichael bagi mendapatkan tandatangan persetujuan Raja-raja Melayu bagi melaksanakan Malayan Union?
Melakukan ugutan
Menggunakan desakan
Memalsukan dokumen
Membentuk pakatan
Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British pada 1 Julai 1946.
Mengapakah terdapat penduduk yang menyokong penyerahan tersebut?
Menamatkan sistem birokrasi
Mempercepat kemerdekaan
Memajukan penduduk tempatan
Mengekalkan pemerintahan monarki
Jawatankuasa Kerja ditubuhkan bagi membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Apakah cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa tersebut?
Melaksanakan pemerintahan demokrasi
Menghalang kemasukan orang dagang
Mengetatkan syarat kewarganegaraan
Membenarkan kebebasan berpolitik
Apakah DUA sebab orang Melayu menerima Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Diiktiraf sebagai penduduk asal
Pemerintahan bercorak demokrasi
Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi
Kedudukan Raja-raja Melayu dikembalikan
Mengapakah pergerakan Partai Komunis Indonesia tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu di Tanah Melayu?
Perbezaan bahasa antara penduduk
Doktrin perjuangan yang sederhana
Sekatan undang-undang oleh pemimpin
Kekerasan digunakan dalam perjuangan
Mengapakah tokoh-tokoh tersebut ditangkap semasa zaman darurat pada tahun 1948?
- Khatijah Sidek
- Ahmad Boestaman
- Ishak Haji Muhammad
Menjadi pemimpin gerakan radikal
Menyertai gerakan menentang Jepun
Melindungi tokoh nasionalis tempatan
Mensabotaj kempen menyokong British
Apakah DUA tujuan pembentukan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)?
Memantapkan sistem pentadbiran
Mewujudkan keadaan muhibah
Membetulkan keadaan politik
Menambah baik undang-undang
Maklumat berikut berkaitan dengan jawatankuasa pelajaran di negara kita.
Ordinan Pelajaran 1952 ditubuhkan selepas Jawatankuasa Penasihat Pusat Pelajaran meneliti Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu.
Apakah tujuan pembentukan jawatankuasa pelajaran tersebut?
Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
Penggunaan bahasa rasmi Persekutuan
Pendidikan berorientasikan negara asal
Bahasa ibunda dijadikan bahasa pengantar
Peristiwa berikut berlaku pada 12 April 1954.
Tunku Abdul Rahman berangkat ke London bersama-sama dengan Tan Cheng Lock untuk menyatakan hasrat menentukan bilangan anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP).
Bagaimanakah proses pemilihan anggota MPP itu dilakukan?
Melalui pilihan raya
Mengadakan referendum
Perkenan Raja-raja Melayu
Persetujuan daripada British
Bagaimanakah kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan?
Menduduki peperiksaan awam
Mengurangkan pegawai Eropah
Memperkenalkan sistem birokrasi
Memberi kuasa kepada Majlis Perbandaran
Suruhanjaya Reid telah menerima memorandum daripada Raja-raja Melayu untuk dipertimbangkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Apakah tuntutan dalam memorandum tersebut?
Menyatukan semua negeri
Mengetuai hal ehwal agama
Menubuhkan Majlis Raja-raja Melayu
Melindungi keistimewaan orang Melayu
Gambar berikut menunjukkan rombongan rundingan ke London pada tahun 1955.
Apakah tujuan rombongan tersebut?
Melantik ketua negara
Memperoleh kemerdekaan
Memohon khidmat nasihat
Membincangkan pilihan raya
Jawatankuasa Persediaan Fizikal ditubuhkan sebagai persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan.
Apakah peranan jawatankuasa tersebut?
Mewujudkan identiti negara berdaulat
Menerima cadangan atur cara sambutan
Menyebarkan risalah kepada penduduk
Menyediakan pelbagai kemudahan asas
Suasana berikut berlaku pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka.
Dengan tangan di udara, Tunku Abdul Rahman melaungkan "MERDEKA" sebanyak 7 kali.
Mengapakah beliau membuka genggaman tangan semasa laungan tersebut?
Lambaian gembira pemimpin
Lambang sumpah taat setia
Keamanan negara dikecapi
Kebebasan negara tercapai
Tokoh berikut memberikan tafsiran berkaitan kedaulatan.
- Tun Dr. Mohamed Salleh Abas
Apakah tafsiran tokoh berikut berkaitan kedaulatan?
Kekuasaan tertinggi
Kemakmuran rakyat
Kesejahteraan sosial
Kebebasan antarabangsa
Bagaimanakah DUA cara pemerintah dapat mengukuhkan pertahanan negara?
Memodenkan aset ketenteraan
Mengadakan perjanjian pertahanan
Mengelakkan amalan rasuah
Mengamalkan ideologi negara
Charter of Justice diperkenalkan oleh British di Negeri-negeri Selat.
Apakah tujuan pengenalan undang-undang tersebut?
Menjadi panduan pegawai tempatan
Menghapuskan kuasa bangsawan
Memakmurkan ekonomi negeri
Melindungi penduduk asal
Senarai berikut menunjukkan ciri tradisional dalam Perlembagaan Persekutuan.
Apakah X?
Kewarganegaraan
Pemerintahan beraja
Kerajaan Persekutuan
Demokrasi Berparlimen
Durbar dibentuk seiring dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1897.
Apakah peranan Durbar?
Membincangkan hal ehwal pentadbiran
Menggubal undang-undang Persekutuan
Menjaga kepentingan penduduk tempatan
Melantik ahli Majlis Mesyuarat Perundangan
Badan Eksekutif peringkat Kerajaan Persekutuan ialah Jemaah Menteri.
Apakah tugas utama badan tersebut?
Menggubal dasar negara
Menjamin keadilan sosial
Melaksanakan undang-undang
Melindungi hak istimewa bumiputera
Senarai berikut berkaitan bidang kuasa dalam pentadbiran negara kita.
- Kewangan
- Kewarganegaraan
Pihak manakah yang bertanggungjawab dalam bidang kuasa tersebut?
Kerajaan Negeri
Kerajaan Tempatan
Kerajaan Demokrasi
Kerajaan Persekutuan
Apakah DUA program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi memastikan golongan pertengahan berpeluang memiliki rumah?
Rumah Mesra Rakyat
Program Perumahan Rakyat
Perumahan Awam Kos Rendah
Perbadanan Perumahan 1Malaysia
Mengapakah Sir Geofroy Tory mencadangkan supaya Persekutuan Tanah Melayu bergabung dengan Singapura?
Menghapus ancaman komunis
Mempercepat kemerdekaan
Kepentingan ekonomi
Keseimbangan kaum
Apakah fungsi Suruhanjaya Cobbold dalam pembentukan Malaysia?
Memastikan keluhuran perlembagaan
Menjelaskan kepentingan perpaduan
Meninjau pendapat penduduk
Menjamin sistem pendidikan
Selepas pembentukan Malaysia, kerajaan berusaha melibatkan rakyat Sarawak dan Sabah dalam aktiviti ekonomi komersial.
Bagaimanakah usaha tersebut dijalankan?
Merapatkan jurang pendapatan
Memajukan sistem perhubungan
Menyeimbangkan pembangunan
Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
Pernyataan berikut merujuk kepada usaha kerajaan menangani ancaman komunis.
- Operasi Hammer Sarawak
- Strategi Counterinsurgency (COIN)
Apakah persamaan antara kedua-dua strategi tersebut?
Memenangi hati dan fikiran rakyat
Memperketat kawalan di sempadan
Mengembalikan keharmonian kaum
Menguatkuasakan perintah berkurung
Apakah DUA perkara yang diperkenalkan dalam Kajian Aminuddin Baki bagi menambah baik sistem pendidikan negara?
Kursus kemahiran
Aktiviti kokurikulum
Penekanan amalan kerohanian
Sistem persekolahan aneka jurusan
Senarai berikut berkaitan prinsip-prinsip pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Apakah X?
Kebebasan asasi
Cinta akan negara
Islam unsur terpenting
Raja Berperlembagaan
Industri Kecil Sederhana (IKS) diperkenalkan bagi memperbaik taraf hidup rakyat.
Apakah implikasi positif daripada perkembangan industri tersebut?
Melahirkan ramai usahawan muda
Menambah bilangan saham bumiputera
Mewujudkan persaingan dengan syarikat besar
Menstrukturkan semula bantuan kewangan negara
Gambar berikut berkaitan perkembangan industri di negara kita.
Apakah tujuan penubuhan taman tersebut?
Mengurangkan kadar kemiskinan
Merangsang kegiatan penyelidikan
Meningkatkan industri pelancongan
Melahirkan masyarakat perdagangan
Malaysia menyokong penuh Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Apakah pendirian Malaysia bagi menggambarkan sokongan tersebut?
Semangat setia kawan
Muafakat membawa berkat
Hidup bersama secara aman
Aman, bebas dan berkecuali
Bagaimanakah DUA kaedah kerjasama sosial terjalin antara Malaysia dengan negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)?
Menawarkan pemotongan cukai
Mengadakan pertukaran pelajar
Menganjurkan festival kebudayaan
Menandatangani perjanjian pertahanan
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berikut terlibat secara aktif dalam aktiviti kesukarelawanan.
- MyCare
- Global Peace Mission
Negara manakah yang menerima bantuan daripada NGO tersebut?
Syria
Aceh
Palestin
Sri Lanka
Dasar Teknologi Hijau Negara telah dilancarkan sebagai usaha mengekalkan kelestarian global.
Apakah impak yang diharapkan melalui pelaksanaan dasar tersebut?
Meningkatkan kecekapan tenaga
Memanfaatkan khazanah negara
Mengurangkan pembaziran air
Mengawal perubahan iklim
