Worksheets6 Jit Sin B
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
--> Persamaan etnik, agama dan sosiobudaya <--
--> Protes terhadap QUAH dan AUKUS <--
Berdasarkan pernyataan di atas, yang manakah faktor yang dikaitkan dengan pembentukan dasar luar Malaysia?
I. Geopolitik
II. Demografi
III. Sejarah
IV. Wawasan pemimpin
--> Tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggota <--
Yang manakah menjadi ancaman kepada ASEAN dalam mengekalkan prinsip di atas?
Tuntutan bertindih terhadap Kepulauan Spratly
Rampasan kuasa dan krisis politik di Myanmar
Konflik geopolitik China-Amerika Syarikat di rantau Asia PasifiK
Isu jenayah pemerdagangan manusia di sempadan Thailand-Malaysia
Prinsip yang menjadi amalan Malaysia dalam melaksanakan dasar luar adalah
I. menghormati kedaulatan setiap negara
II. mengutamakan kestabilan ekonomi serantau
III. mengadakan hubungan tanpa mengira ideologi
IV. meningkatkan kepentingan pertahanan dan ketenteraan
Kerjasama ekonomi ASEAN adalah menerusi cara-cara berikut kecuali
pembentukan blok perdagangan serantau mendepani cabaran ekonomi global
penggalakan penanaman modal asing dalam kalangan negara anggota
penggunaan mata wang serantau dalam intra dagangan serantau
pengkhususan projek-projek perindustrian dalam kalangan negara anggota
Antara berikut, yang manakah merupakan fokus pembangunan Komuniti ASEAN?
I. Kepentingan pasaran domestik mengatasi kepentingan pasaran serantau
II. Liberalisasi dan integrasi ekonomi
III. Meningkatkan kerjasama dan latihan ketenteraan
IV. Menangani bersama ancaman narkotik
Yang manakah merupakan tuntutan asas proses perundingan ekonomi antara negara Dunia Ketiga dengan negara perindustrian?
I. Peningkatan produktiviti negara membangun
II. Pemindahan teknologi
III. Penentuan syarat perdagangan yan lebih adil
IV. Penstabilan harga komoditi utama
--> Arahan pengunduran tentera Thailand dan Kemboja dari kawasan tuntutan berdekatan kuil purba 'Preah Vihear' di sempadan kedua-dua negara <--
Pernyataan di atas merujuk kepada keputusan yang dibuat oleh
Majlis Keselamatan PBB
Perhimpunan Agung PBB
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
--> Menjamin keselamatan dan kedaulatan negara-negara serantau
Membebaskan rantau Asia Tenggara daripada percaturan politik kuasa besar <--
Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan
Zon Ekonomi Eksklusif
Forum Serantau ASEAN
Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara
Perisytiharan Zon, Aman, Bebas, dan Berkecuali
--> Mengeratkan kerjasama multilateral dalam kalangan negara anggota <--
--> Menggalakkan pasaran terbuka dalam kalangan negara anggota <--
Pernyataan di atas merujuk kepada
Suruhanjaya Selatan-Selatan
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
Kumpulan Lapan Negara Membangun
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
--> Kumpulan Pemerhati Tentera Iran-Iraq (UNIMOG) 1988-1991 <--
--> Kuasa Peralihan PBB di Kampuchea (UNTAC) 1992-1993 <--
Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia dalam misi-misi di atas bertujuan
meningkatkan komitmen negara terhadap keamanan sejagat
meningkatkan pengalaman dan pendedahan kepada pasukan bersenjata negara
meraih sokongan bagi pencalonan kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan PBB
menjalin hubungan pertahanan dan ketenteraan dengan negara-negara anggota PBB
Yang manakah langkah Malaysia bagi mengatasi isu Islamofobia di peringkat antarabangsa?
Melaksanakan konsep wasatiyah dalam Islam
Membanteras gerakan ekstremisme Islam
Menyekat laporan media berhubung isu keganasan antarabangsa
Bekerjasama dengan Interpol memburu teroris kumpulan radikal Islam
--> Perkongsian kepakaran di sektor pertanian <--
--> Latihan dan khidmat nasihat dalam bidang pendidikan <--
Bantuan di atas dikendalikan melalui
Rancangan Colombo
Dialog Selatan-Selatan
Dialog Antarabangsa Langkawi
Program Kerjasama Teknikal Malaysia
--> X harus bebas daripada ketenteraan Kekayaan <--
--> sumber X kepunyaan sejagat <--
X merujuk kepada
Isu Antartika
Zon Ekonomi Eksklusif
Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali
Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara
Dalam menyelesaikan isu pemerdagangan orang, Malaysia telah
menutup sempadan negara
membina pagar konkrit
membangkitkan isu tersebut dalam forum serantau
mengajukan isu tersebut ke Majlis Keselamatan PBB
--> Masyarakat antarabangsa menyanjung tinggi sumbangan, penglibatan dan peranan Malaysia dalam memulihara lapisan ozon <--
Yang manakah antara berikut yang bersesuaian dengan penyataan di atas
Protokol Kyoto
Protokol Madrid
Protokol Montreal
Protokol Cartagena
