WorksheetsSet 1.1 Reka Bentuk Teknologi
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
1. Antara berikut, pernyataan manakah yang benar berkaitan reka bentuk dan teknologi?
A. melibatkan disiplin ilmu elektrik, mekanikal dan elektronik
B. Penyusunan elemen reka bentuk memberi impak kepada kehidupan
C. bidang reka bentuk terbahagi kepada reka bentuk konkrit dan abstrak
D. reka bentuk konkrit melibatkan proses produk yang boleh dilihat tetapi tidak boleh dipegang
2.Yang manakah menunjukkan rupa geometri 2D Heptagon?
Berikut adalah pernyataan tentang prinsip reka bentuk.
Menghilangkan kekeliruan dan kesukaran untuk mengingati idea objek atau visual dengan mengolah idea kompleks menjadi lebih ringkas.
Apakah prinsip reka bentuk itu?
A. Harmoni
B. Kesatuan
C. Keringkasan
D. Kepelbagaian
4. Antara berikut, yang manakah merupakan peranan reka bentuk kepada pengeluar?
I. menggunakan sumber secara terhad
II. Melindungi dan memelihara etika sosial
III. Mengeluarkan produk berjenama negara
IV. Menjadi aset yang berharga kepada negara
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
5.Maklumat berkaitan penjanaan idea reka bentuk.
Qasih membeli sebuah sofa. Tetapi sofa tersebut boleh menjadi katil apabila dia ingin tidur.
Apakah langkah penjanaan idea reka bentuk yang digunakan untuk menghasilkan idea tersebut?
A. menukar saiz objek.
B. menterbalikkan kedudukan
C. menterbalikkan fungsi sesuatu alat
D. meniru objek di persekitaran untuk ditukarkan menjadi produk
6. Antara berikut, pernyataan manakah merupakan tujuan penjadualan.
I. mengawal sumber tenaa pekerja
II. mengelakkan kerugian masa dan kos.
III. memilih pengiklanan untuk memasarkan produk
IV. menyediakan ruang tempat untuk menjalankan projek
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
7. Pilih konsep SMART dan penerangannya yang betul
I. Measurable = Pengukuran pengagihan kewangan dalam kos-kos yang terlibat
II. Realistic = Projek boleh dilaksanakan dari sudut keupayaan kewangan dan tenaga kerja
III. Attainable = Penetapan tujuan atau objektif projek
IV. Time-Bound =Masa dan sumber kewangan yang diperlukan untuk menyiapkan projek adalah mencukupi.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
8. Pernyataan di bawah adalah cara menperoleh maklumat.
Maklumat lengkap diperlukan oleh pereka bentuk dan pembina produk agar dapat menghasilkan produk yang memenuhi kehendak pelanggan sebelum produk dihasilkan.
Bagaimanakah maklumat tersebut diperoleh?
Penjanaan idea dan lakaran
Pemerhatian dan pengamatan
Borang soal selidik dari kajian kaji selidik
Kajian keperluan pelanggan dan projek brief
9. Pilih ciri-ciri projek brief yang betul.
I. Lakaran idea
II. Tujuan projek
III. Analisis kajian
IV. Kriteria produk
I,II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
10. Maklumat di bawah adalah penerangan satu jenis pengujian.
Setelah sesuatu model atau produk dihasilkan, ia akan diuji sebelum dipasarkan.
Apakah pengujian yang dijalankan ke atas sesuatu produk atau model tersebut?
Ujian cantuman
Ujian kestabilan
Ujian kefungsian
Ujian keseimbangan
11. Pilih 2 perkaitan tentang Reka Bentuk Konkrit
merupakan bidang mereka bentuk produk yang dapat dilihat dan dipegang.
proses mereka bentuk produk yang boleh dilihat tetapi tidak boleh dipegang
Bidang reka bentuk masakan.
Bidang reka bentuk pengiklanan
12. Pilih 2 perkaitan tentang Reka Bentuk Abstrak
merupakan bidang mereka bentuk produk yang dapat dilihat dan dipegang
proses mereka bentuk produk yang boleh dilihat tetapi tidak boleh dipegang
Bidang reka bentuk masakan.
bidang reka bentuk pengiklanan.
13. Tandakan bagi kepentingan reka bentuk dan teknologi yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.
menambah baik reka bentuk pengiklanan produk
memperbanyakkan peluang pekerjaan dalam bidang reka bentuk
meningkatkan perkembangan teknologi moden
memupuk nilai murni dan moral masyarakat
14. Apakah tujuan utama perbincangan awal antara pengurus projek dengan pelanggan dilakukan?
mendapatkan idea awal reka bentuk
mendapatkan gambaran awal lakaran
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
mendapatkan maklumat secara terus daripada pelanggan
15. Antara berikut, yang manakah langkah awal proses membuat sesuatu lakaran?
contengan idea
perincian visual
lakaran lengkap
perincian konsep asas
16. Mengapakah sistem fertigasi digunakan sebagai satu kaedah penanaman?
meningkatkan masalah rumpai
dapat meningkatkan kos operasi
dapat mengekalkan hasil tanaman
meningkatkan kecekapan dalam pemberian baja
Rajah 1 menunjukkan sebuah khemah.
Apakah bidang kerjaya reka bentuk itu?
kediaman
pendidikan
sains gunaan
olahraga dan rekreasi
18. Pilih padanan teknik aliran sistem hidroponik yang betul.
Teknik pasang surut
Teknik pengairan titis
Teknik aliran Cetek
Teknik aliran dalam
19. Apakah maksud lakaran?
lukisan yang dihasilkan dengan bantuan alat lukisan
lakaran yang menunjukkan keseluruhan suatu pandangan objek
gambaran awal bagi menunjukkan rupa atau bentuk sesuatu produk
lukisan awal atau lukisan draf yang dihasilkan menggunakan teknik lakaran bebas.
20. Antara berikut, apakah pengujian yang boleh dilakukan pada mock-up?
I. Keselamatan produk
II. Kekuatan cantuman
III. Kestabilan produk
IV. Keseimbangan
I,II dan III
I, II, dan IV
I, III, dan IV
II, III dan IV
