Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SMK JAWI SEJARAH KERTAS 1 TINGKATAN 4

Total questions: 40

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Ciri-ciri negara bangsa Alam Melayu terdiri daripada raja, undang-undang, wilayah pengaruh dan ______________

(Buku teks m/s 4)

a)

kedaulatan

b)

rakyat

c)

kerajaan

d)

agama

2.

Apakah fungsi Inskripsi Telaga Batu? (Buku teks m/s 4)

a)

Digunakan dalam upacara keagamaan

b)

Digunakan dalam upacara persetiaan

c)

Digunakan sebagai barang dagangan

d)

Digunakan untuk memahami undang-undang

3.

Antara berikut yang manakah kerajaan awal Alam Melayu?(Buku teks m/s 4)

a)

Funan

b)

Majapahit

c)

Teluk Cam Ranh

d)

Segenting Kra

4.

Wilayah taklukan adalah wilayah yang diperoleh melalui ______________.

(Buku teks m/s 7)

a)

perkahwinan

b)

persahabatan

c)

perdagangan

d)

peperangan

5.

Mengikut Hukum Kanun Melaka, seseorang yang melakukan kesalahan membunuh akan dikenakan hukuman (Buku teks m/s 10)

a)

buang negeri

b)

bayar ganti rugi

c)

bunuh

d)

menjahi hamba

6.

Nasionalisme antiraja yang pernah berlaku di Barat ialah

(Buku teks m/s 24)

a)

Revolusi Amerika

b)

Revolusi Keagungan di England

c)

Revolusi Perancis

d)

Revolusi Perindustrian

7.

Jose Rizal iaitu tokoh nasionalis Filipina menubuhkkan ____________

(Buku teks m/s 28)

a)

Katipunan

b)

Kalayan

c)

Parti Nasionalis

d)

Liga Filipina

8.

Pemerintahan raja yang lemah membawa kepada pelancaran Revolusi Thai pada 1932 yang menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak. Siapakah nama raja tersebut? (Buku teks m/s 31)

a)

Raja Chulalongkorn

b)

Raja Vajiravudh

c)

Raja Mongkut

d)

Field Marshal Phibulsongkram

9.

Antara yang berikut yang manakah ialah faktor perang dunia petama

a)

Perebutan Takhta

b)

Krisis Rantau Balkan

c)

Pengeboman Pearl Habour

d)

Kemasukan Pedagang Asing ke tanah Jajahan British

10.

Pakatan Bertiga terdiri daripada ....

a)

Britian, Perancis dan Rusia

b)

Romania, Portugal, Jerman

c)

Serbia, Itali, Bulgaria

d)

Britian, Perancis,Rusia, Serbia, Itali, Romania, Portugal, Greece

11.

Setelah menguasai Eropah Barat, Jerman melancarkan serangan besar-besaran untuk menawan Rusia. Mengapakah Rusia menjadi sasaran Jerman? (m/s 60)

a)

Untuk menguasai kekayaan sumber minyak Rusia

b)

Untuk menghapuskan fahaman komunisme

c)

Untuk menjayakan cita-citanya menguasai seluruh Eropah

d)

Untuk menguasai jalan perdagangan darat ke China

12.

Mengapakah Tanah Melayu menjadi sasaran awal dasar perluasan kuasa Jepun terhadap Asia Tenggara? (m/s 68)

a)

Tanah Melayu merupakan tanah jajahan British

b)

Mendapat sokongan dan bantuan daripada orang tempatan

c)

Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah

d)

Kedudukan Tanah Melayu yang strategik

13.

Apakah fungsi British Military Administration (BMA)? m/s94

a)

Memulihkan kepercayaan raja dan pembesar

b)

Mengembalikan sumber ekonomi

c)

Mengembalikan keamanan

d)

Memulihan sistem ekonomi

14.

Apakah sumbangan tokoh berikut semasa penubuhan Malayan Union?

a)

Mengadakan rapat umum

b)

Menghantar surat bantahan

c)

Menerbitkan akhbar Melayu

d)

Menganjurkan kongres Melayu

15.

Berdasarkan maklumat berikut, apakah tujuan penubuhan tersebut?

Malayan Union telah diperkenalkan oleh kerajaan British pada 1 April 1946.

a)

Meningkatkan pelaburan ekonomi

b)

Untuk melindungi pelabur Barat

c)

Untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu

d)

Untuk melicinkan sistem pentadbiran

16.

Mengapakah Jawatankuasa Kerja diperkenalkan? (Buku teks m/s 126)

a)

Untuk menggantikan Malayan Union

b)

Untuk merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

c)

Untuk mempercepatkan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

d)

Untuk mengkaji semula Malayan Union

17.

Apakah sebab All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) menolak perjanjian persekutuan? (Buku teks m/s 128)

a)

Jawatankuasa Kerja menolak pandangan AMCJA

b)

Jawatankuasa Kerja tidak menjanjikan kemerdekaan

c)

Jawatankuasa Kerja mengetatkan syarat kerakyatan

d)

Jawatankuasa Kerja tidak mempunyai wakil bukan Melayu

18.

PUTERA-AMCJA menentang rangka Perjanjian Persekutuan 1948 oleh Jawatankuasa Kerja. Apakah alternatif yang dicadangkan oleh PUTERA-AMCJA? (Buku teks m/s 130)

a)

Suara Rakyat

b)

Testament Politik API

c)

Perlembagaan Rakyat

d)

Hartal

19.

Antara berikut, siapakah yang tertakluk kepada kewarganegaraan jus soli? (Buku teks m/s 135)

a)

rakyat Raja

b)

rakyat British

c)

rakyat Singapura

d)

rakyat Sabah dan Sarawak

20.

Rakyat British merujuk kepada mereka yang lahir di (Buku teks m/s 135)


I. Melaka dan Pulau Pinang

II. Negeri-negeri Melayu

III. Singapura

IV. tanah jajahan British yang lain

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Mengapakah golongan Melayu radikal membantah tindakan British? (Buku teks m/s 128)

a)

Tidak bersetuju dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

b)

Hak istimewa orang Melayu terjejas

c)

Syarat kewarganegaraa yang masih longgar

d)

Menjalankan perundingan tertutup dengann UMNO

22.

Mengapakah Parti Komunis Indonesia gagal dalam menyebarkan ideologi komunis dalam kalangan orang Melayu di Tanah Melayu?

a)

Komunis menggunakan kekerasan

b)

Komunis memperjuangkan persamaan taraf

c)

Komunis menafikan hak orang Melayu

d)

Orang Melayu menyerahkan hal pentadbiran kepada komunis

23.

Apakah yang dilakukan oleh pengganas komunis untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu semasa darurat? (pilih dua jawapan)

a)

Membakar ladang getah

b)

Mengugut orang ramai

c)

Memusnahkan rumah penduduk

d)

Menyerang kawasan lombong

24.

Apakah pasukan keselamatan yang mengawal kampung dan bertanggungjawab untuk menyekat pergerakan bekalan makanan, maklumat dan ubat-ubatan daripada jatuh ke tangan PKM?

a)

Sarawak Rangers

b)

Home Guard

c)

Auxiliary Police

d)

Special Constable

25.

Rancangan Kampung Baru : Penempatan semula penduduk di kawasan pinggir hutan ke kawasan petempatan baru.

Bagaimanakah keadaan di kampung tersebut? (pilih dua jawapan)

a)

Dilengkapi dengan senjata moden untuk tujuan pertahanan

b)

Dilengkapi dengan kemudahan asas

c)

Dipagari dengan kawat berduri

d)

Dikawal oleh Home Guard

26.

Apakah matlamat Parti Kebangsaan Melayu Malaya?

a)

Memperjuangkan idea negara merdeka menekankan pemerintahan Demokrasi

b)

Memperjuangkan kemerdekaan tanah air melalui konsep Melayu Raya

c)

Menanam semangat kebangsaan dan bekerjasama dengan kaum lain

d)

Menyatukan orang melayu dan mempertahankan kedudukan Raja-raja melayu

27.

Apakah syarat utama yang diberikan oleh British bagi Kemerdekaan di Tanah Melayu?

a)

Kerjasama antara tiga kaum utama,iaitu Melayu,Cina,dan India dapat diwujudkan

b)

Kerjasama antara kaum diantara kaum Melayu dan Pribumi dapat diwujudkan

c)

Kerjasama antara masyarakat Melayu dan Cina sahaja dapat diwujudkan

d)

Kerjasama antara pihak British dan kaum Melayu dapat diwujudkan

28.

Apakah peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum dari segi politik?

a)

Menanam semangat kebangsaan kepada semua kaum

b)

Persediaan ke arah berkerajaan sendiri

c)

Bekerjasama dengan kaum lain dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan

d)

Melibatkan diri dalam pentadbiran secara bersama

29.

Berdasarkan yang berikut,yang manakah ciri - ciri Sistem Ahli?

a)

Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi

b)

Menentukan kemerdekaan yang diperoleh mendapat sokongan seluruh penduduk

c)

Memberikan pendedahan kepada penduduk tempatan untuk belajar mentadbir

d)

Syarat kewarganegaraan dilonggarkan

30.

Berdasarkan gambar berikut,apakah logo ini?

a)

Parti Kapal Layar

b)

Parti Nelayan Semalaya

c)

Parti Cap Sauh

d)

Parti Perikatan

31.

Namakan pilihanraya 1951 yang diadakan di Tanah Melayu?

a)

Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur

b)

Pilihan Raya Negeri

c)

Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutua

d)

Pilihan Raya Majlis Perbandaran George Town

32.

Apakah syarat untuk menjadi Pengundi dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?

a)

Berumur 21 tahun ke atas

b)

Berumur 18 tahun ke atas

c)

Berumur 35 tahun ke atas

d)

Berumur 40 tahun ke atas

33.

Perikatan UMNO-MCA telah memenangi pilihan raya negeri pada tahun 1956.Apakah kepentingan kemenangan tersebut?

a)

Pengorbanan Pemimpin

b)

Pengiktirafan terhadap pemimpin

c)

Proses Demokrasi di Tanah Melayu

d)

Penerimaan rakyat terhadap kerjasam kaum

34.

Apakah yang menjadi asas Pembentukan Perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri?

a)

Pilihan Raya Awal di Sarawak

b)

Pilihan Raya Umum 1955

c)

Pilihan Raya Negeri

d)

Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur

35.

Penetapan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 ditentukan selepas Tunku Abdul Rahman berjumpa dengan seorang ulama.Siapakah Ulama tersebut?

a)

Sheikh Abdullah Fahim

b)

Tok Kenali

c)

Haji Wan Sulaiman

d)

Haji Awang Fakir

36.

Apakah yang dibentuk selepas berlakunya Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956?

a)

Suruhanjaya Perlembagaan

b)

Suruhanjaya Reid

c)

Kabinet Pertama Tanah Melayu

d)

Majlis Perundangan Persekutuan

37.

Berikan takrif perkataan " Merdeka "?

a)

Kebebasan dan usaha mendaulatkan nusa dan bangsa

b)

Kebolehan seseorang individu untuk bertindak mengikut kehendaknya sendiri

c)

Hak eksklusif untuk menguasai sepenuhnya sesebuah kawasan pentadbiran

d)

Sejenis Pentadbiran jajahan Empayar British

38.

Sebagai sebuah negara yang akan memperolehi kemerdekaan,apakah yang perlu diberikan penekanan oleh Jawatankuasa Persediaan Fizikal?

a)

Persediaan Bendera

b)

Persembahan Kumpulan Perarakan

c)

Perhiasan Perarakan

d)

Penonjolan identiti

39.

Berikut ialah gambar bendera Persekutuan Tanah Melayu yang telah dijadikan Bendera Kebangsaan.Siapakah tokoh yang telah mencipta bendera tersebut?

a)
b)
c)
d)
40.

Apakah kesan Kemerdekaan terhadap Negara kita dari segi Politik?

a)

Penyertaan dalam Blok Sterling

b)

Pengamalan Sistem Raja Berpelembagaan

c)

Diiktiraf Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu(PBB)

d)

Pembangunan Luar Bandar