Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

STPM 2023

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah yang menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat? (Pilih 2 jawapan)

a)

Mengukuhkan perpaduan dalam kalangan penduduk

b)

Menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain

c)

Mengamalkan tadbir urus baik

d)

Mempunyai ideologi negara

2.

Yang manakah perkara dalam Senarai Negeri yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan?

a)

Perikanan

b)

Kesihatan awam

c)

Pertanian dan perhutanan

d)

Perlindungan binatang dan burung liar

3.

Puan X, seorang warganegara China telah berkahwin dengan Encik Y seorang warganegara Malaysia. Puan X akhirnya menjadi warganegara Malaysia.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah cara Puan X memperoleh kewarganegaraan Malaysia?

a)

Pendaftaran selepas bermastautin selama dua tahun di Malaysia

b)

Pendaftaran sebaik sahaja permohonan kewarganegaraan dibuat

c)

Naturalisasi sebaik sahaja permohonan kewarganegaraan dibuat

d)

Kuatkuasa undang-undang selepas bermastautin selama dua tahun di Malaysia

4.

Yang manakah kebaikan amalan sistem pengasingan kuasa? (Pilih 2 jawapan)

a)

Meningkatkan produktiviti negara

b)

Memantapkan sistem pemerintahan negara

c)

Menjimatkan kos pengurusan pentadbiran negara

d)

Mewujudkan mekanisme semak dan imbang (Check and balance)

5.

Dalam situasi bagaimanakah, seseorang Sultan atau Raja boleh tidak terpilih menjadi Yang di-Pertuan Agong apabila sampai gilirannya? (Pilih 2 jawapan)

a)

Baginda mengalami keuzuran fizikal

b)

Baginda sedang menguruskan perniagaan

c)

Baginda sendiri memutuskan tidak mahu dipilih

d)

Baginda tidak berada di tanah air semasa pemilihan

6.

Pernyataan yang manakah yang benar tentang sistem pilihan raya di Malaysia?

a)

Semua rakyat yang berumur 18 tahun ke atas wajib mengundi

b)

Persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan oleh kabinet

c)

Isteri seorang pelajar di luar negara layak mengundi secara pos

d)

Suruhanjaya Pilihan Raya yang menentukan tarikh pembubaran Parlimen

7.

Petisyen pilihan raya hanya boleh dibuat atas alasan. (Pilih 2 jawapan)

a)

Calon memberikan sogokan wang kepada pengundi.

b)

Calon terlibat dalam pergaduhan semasa kempen

c)

Calon memberikan hadiah kepada pengundi semasa kempen

d)

Calon membiarkan bendera parti dan poster selepas pilihan raya

8.

Yang manakah yang perlu diberi penekanan bagi mengukuhkan tadbir urus baik? (Pilih 2 jawapan)

a)

Peraturan

b)

Produktiviti

c)

Hierarki organisasi

d)

Menambah baik persekitaran kerja

9.

Yang manakah cabaran utama tadbir urus baik?

a)

Saingan daripada tadbir urus swasta

b)

Memenuhi hasrat dan aspirasi rakyat

c)

Lambakan kerja yang perlu disiapkan

d)

Sistem penyampaian perkhidmatan awam

10.

Pernyataan yang manakah yang benar mengenai Jemaah Menteri Malaysia?

a)

Sidang Jemaah Menteri berlangsung di Parlimen

b)

Tempoh sebagai Jemaah Menteri kekal selama dua penggal

c)

Jemaah Menteri dilantik oleh Perdana Menteri selaku ketua kabinet

d)

Jemaah Menteri merupakan badan yang menjalankan kuasa eksekutif

11.
  • * Meluluskan anggaran belanjawan

  • * Meluluskan pinjaman Pihak Berkuasa Tempatan

Bidang kuasa tersebut merujuk kepada

a)

Kerajaan Negeri

b)

Kerajaan Persekutuan

c)

Majlis Kewangan Negara

d)

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

12.

Yang manakah kesan penubuhan badan penyelarasan pada peringkat negeri?

a)

Keselamatan negeri lebih terjamin

b)

Pentadbiran Kerajaan Negeri diseragamkan

c)

Program pembangunan negeri giat dijalankan

d)

Sumber kewangan negeri diurus secara sistematik

13.

Parlimen boleh merangka undang-undang berkaitan dengan tanah selepas mendapat persetujuan daripada

a)

Sultan

b)

Kerajaan Negeri

c)

Dewan Undangan Negeri

d)

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

14.

Kerajaan meningkatkan akses pendidikan awal kanak-kanak bagi

a)

Meningkatkan bilangan wanita bekerja

b)

Melahiran modal insan yang berpengetahuan

c)

Meningkatkan tahap pendidikan di kawasan luar bandar

d)

Memenuhi tuntutan sebagai sebuah negara maju pada masa akan datang

15.

Apakah langkah untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam? (Pilih 2 jawapan)

a)

Mengemaskini undang-undang dan Akta

b)

Mengadakan sistem pejabat terbuka

c)

Meningkatkan bilangan kakitangan

d)

Menyediakan skim latihan