Font size
WorksheetsPECUTAN AKHIR UASA OBJEKTIF T1
Total questions: 64
Worksheet time: 38mins
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
i Saya berasa hendak runtuh ketika melalui jalan yang licin itu.
ii Potret para pahlawan yang runtuh ketika perang turut dipamerkan di galeri itu.
iii Rumah usang yang tidak berpenghuni di hujung kampung itu sudah runtuh.
iv Harga saham di pasaran saham hampir runtuh akibat kegawatan ekonomi.
A - i dan ii sahaja
B - iii dan iv sahaja
C - i, ii dan iii sahaja
D - ii, iii dan iv sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
i Sayur-sayuran yang dijual di pasar tani itu segar sekali.
ii Kenangan pada zaman kanak-kanak masih segar dalam ingatan saya.
iii Daging kambing panggang itu tidak dapat dimakan kerana terlalu segar.
iv Bangunan lama di pekan itu kelihatan segar setelah dicat.
A - i dan ii sahaja
B - iii dan iv sahaja
C - i, ii dan iii sahaja
D - ii, iii dan iv sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
i Doris cuba menjadi seorang yang amanah dan tepat.
ii Inspektor Roslan menembak tepat pada kaki penjenayah itu.
iii Ahli-ahli lembaga koperasi tiba tepat pada masanya untuk menjalankan tugas mereka.
iv Pelantikan Jamil sebagai bendahari persatuan satu keputusan yang tepat.
A - i dan ii sahaja
B - iii dan iv sahaja
C - i, ii dan iii sahaja
D - ii, iii dan iv sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
i Sukan panjat tembok baik untuk kesihatan.
ii Kecederaan lama yang dialaminya masih belum baik lagi.
iii Mohamad Ridzuan bin Mohamad Puzi mencapai prestasi yang baik dalam Sukan Paralimpik 2016.
iv Anak penghulu kampung itu sememangnya amat dikenali sebagai gadis yang berbudi baik.
A - i dan ii sahaja
B - iii dan iv sahaja
C - i, ii dan iii sahaja
D - ii, iii dan iv sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
i Selepas memungut hasil tanaman, petani itu menjual hasil tanaman itu.
ii Encik Yusri akan memungut sewa tanahnya pada setiap hujung bulan.
iii Ibu sedang memungut baju kerana hujan akan turun.
iv Petani itu memungut tahi lembu untuk dijadikan baja.
A - i dan ii sahaja
B - iii dan iv sahaja
C - i, ii dan iv sahaja
D - ii, iii dan iv sahaja
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Kami sangat gemar berkunjung ke rumah Eina untuk melihat kucing-kucingnya yang comel-comel belaka.
A - kucingnya comel-comel
B - comel-comel kucingnya
C - kucingnya yang comel-comel
D - kucing-kucingnya yang comel-comel
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Kami sekeluarga singgah di Simpang Tiga Medan Selera untuk sarapan pagi.
A - Selera Simpang Tiga Medan
B -Medan selera Simpang Tiga
C - Tiga Simpang Medan Selera
D - Simpang Tiga Medan Selera
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan format buku kerja sekolah menengah turut dibincangkan dalam mesyuarat itu.
A - Lain perkara-perkara
B -Selain perkara lain
C - Lain-lain perkara
D - Perkara-perkara lain
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Segala hasil-hasil pertanian penduduk luar bandar akan dipasarkan oleh pihak FAMA.
A - Segala hasil pertanian
B -Segala hasil-hasil tani
C - Segala-gala hasil pertanian
D -Segala hasil-hasil pertanian
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Rekod Usain Bolt sebagai pelari yang paling pantas sekali belum berjaya diatasi.
A - paling pantas
B -paling terpantas
C - paling terpantas sekali
D -paling pantas sekali
Pilih ayat-ayat yang betul.
i Semua murid-murid perlu beratur semasa membeli makanan di kantin.
ii Budaya membaca di kalangan remaja perlu dipupuk sejak kecil.
iii Kerjaya sebagai guru dianggap kerja paling mulia.
iv Kita mesti berjumpa doktor gigi setiap enam bulan.
A - i dan ii
B -iii dan iv
C - i, ii dan iii
D -ii, iii dan iv
Pilih ayat-ayat yang betul.
i Perasmian kelab kompang kampung telah ketua kampung rasmikan.
ii Encik Azlan merupakan pekerja termuda di syarikat tersebut.
iii Remaja kini semakin meminggirkan permainan tradisional.
iv Mahkamah memberi tempoh selama dua bulan setengah kepada syarikat itu untuk membayar ganti rugi kepada pekerja yang dipecat.
A - i dan ii
B -iii dan iv
C - i, ii dan iii
D -ii, iii dan iv
Pilih ayat-ayat yang betul.
i Setiap hari Khamis, semua penjawat awam perlu memakai baju batik ke tempat kerja.
ii Nasi dagang ialah makanan popular dalam kalangan penduduk Terengganu.
iii Pelancaran Minggu Bahasa di sekolah akan dirasmikan oleh siapa?
iv Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah-sekolah.
A - i dan ii
B -iii dan iv
C - i, ii dan iii
D -ii, iii dan iv
Pilih ayat-ayat yang betul.
i Tarian kuda kepang memerlukan kurangnya 25 orang ahli.
ii Peragawan itu kelihatan cantik apabila dia memakai tanjak.
iii Gadis itu kelihatan malu-malu apabila disakat oleh beberapa orang pemuda.
iv Masyarakat haruslah menggunakan bahasa yang sopan ketika berkomunikasi dengan orang lain.
A - i dan ii
B - iii dan iv
C - i, ii dan iii
D - ii, iii dan iv
Pilih ayat-ayat yang betul.
i Kerja-kerja memperdalam sungai itu sedang giat dijalankan.
ii Bidang sains dan teknologi maklumat semakin mendapat tempat di hati masyarakat.
iii Pak Mansor dan anaknya membawa selembar jala untuk menangkap ikan.
iv Media sosial membuka ruang kepada masyarakat untuk berkomunikasi dari semasa ke masa.
A - i dan ii
B - iii dan iv
C - i, ii dan iii
D - ii, iii dan iv
Pilih ayat yang mengandungi maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
"Kamu semua dikehendaki ke Dewan Dahlia untuk mendengar ceramah tentang kesihatan," kata Cikgu Aminah kepada murid-muridnya.
A - Cikgu Aminah dan murid-muridnya diarahkan ke Dewan Dahlia untuk mendengar ceramah tentang kesihatan.
B - Murid-murid mengarahkan Cikgu Aminah ke Dewan Dahlia untuk mendengar ceramah tentang kesihatan.
C - Cikgu Aminah mengarahkan murid-muridnya ke Dewan Dahlia untuk mendengar ceramah tentang kesihatan.
D - Cikgu Aminah menasihati murid-muridnya ke Dewan Dahlia untuk mendengar ceramah tentang kesihatan.
Pilih ayat yang mengandungi maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
"Saya berasa sangat gembira kerana dapat belajar cara-cara mencanting batik." kata Hana kepada Han Swee.
A - Hana memberitahu Han Swee bahawa dia berasa sangat gembira kerana dapat belajar cara-cara mencanting batik.
B -Hana dan Han Swee memberitahu bahawa mereka berasa sangat gembira kerana dapat belajar cara-cara mencanting batik.
C - Han Swee memberitahu Hana bahawa dia berasa sangat gembira kerana dapat belajar cara-cara mencanting batik.
D - Mereka yang gembira memberitahu Hana dan Han Swee kerana dapat belajar cara-cara mencanting batik.
Pilih ayat yang mengandungi maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
"Datuk telah mengajar saya cara-cara bermain kompang." kata Hanif kepada Saiful.
A - Saiful memberitahu Hanif bahawa datuknya telah mengajarnya cara-cara bermain kompang.
B -Hanif memberitahu Saiful bahawa datuknya telah mengajarnya cara-cara bermain kompang.
C -Datuk memberitahu Hanif dan Saiful bahawa dia telah mengajar mereka cara-cara bermain kompang.
D - Hanif memberitahu datuknya bahawa Saiful telah mengajarnya cara-cara bermain kompang.
Pilih ayat yang mengandungi maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
"Gunakan wang saku ini secara berhemat." pesan ibu kepada Zaki dan adiknya.
A - Ibu berpesan kepada Zaki dan adiknya supaya menggunakan wang saku ini dengan berhemat.
B -Zaki menasihati adiknya supaya menggunakan wang saku yang diberikan oleh ibu secara berhemat.
C -Zaki dan adiknya menasihati ibu supaya menggunakan wang saku secara berhemat.
D - Adik berpesan kepada Zaki dan ibu supaya menggunakan wang saku yang diberikan oleh ibu secara berhemat.
Pilih ayat yang mengandungi maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
Amira akan membersihkan kawasan rumahnya setiap minggu.
A - Kawasan rumah akan membersihkan Amira setiap minggu.
B -Setiap minggu, kawasan rumahnya Amira akan bersihkan.
C -Kawasan rumah akan dibersihkan oleh Amira setiap minggu.
D - Kawasan rumahnya setiap minggu akan dibersihkan oleh Amira.
Ibu sedang ___________ baju baru untuk adik.
terjahit
berjahit
menjahit
memjahit
Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu _______.
bagai aur dengan tebing
bagai pinang dibelah dua
bagai kacang lupakan kulit
seperti anjing dengan kucing
Lee dikatakan _____ kerana tidak tahu menghargai hadiah yang diberi oleh kawannya.
bagai itik pulang petang
bagai kera dapat bunga
bagai bertepuk sebelah tangan
bagai menatang minyak yang penuh
Sikap Carrie yang menganiaya Connie yang telah membantunya diibaratkan sebagai _____
bagai kumbang putus tali
seperti cincin dengan permata
bagai kelip-kelip terbang malam
bagai melepaskan anjing tersepit
Air mukanya _______ kerana dijangkiti penyakit H1N1.
seperti isi dengan kuku
seperti ayam berak kapur
bagai tikus membaiki labu
bagai dakwat dengan kertas
Nasihat ibu kepada Ramesh _____ kerana Ramesh langsung tidak mempedulikan nasihatnya.
seperti sampah hanyut
seperti gergaji dua mata
seperti ayam patuk anaknya
bagai mencurah air ke daun keladi.
Apakah punca kematian Lim Foong?
Mati Lemas di Sungai
Dipukul oleh orang
Terjatuh ke dalam perigi
Mengapakah Lim Pooi tidak senang dengan berita kepulangan Lim Meng?
Lim Meng telah mencuri duitnya di kedai
Lim Meng bukan anak kandungnya
Dia menganggap anak itu penyebab Lim Foong mati
Mengapakah Sim Pau berasa amat gembira selepas menerima panggilan telefon dari Lim Meng?
Kerana sudah lama tidak berjumpa anak nya
Kerana anaknya akan balik menyambut Tahun Baru Cina bersamanya
Kerana anaknya belajar di luar
Kerana anaknya membawa pulang kuih bakul
Apakah punca kematian Lim Foong ?
Mati lemas dalam sungai setelah mencuba melarikan diri daripada peminta hutang akibat kalah dalam judi.
Lim Foong meninggal akibat tercekik tulang ikan.
Lim Foong tertekan kerana perniagaannya lingkup.
Lim Foong dibunuh oleh peminta hutang.
Tema Sajak Kuingin Berterima kasih ialah....
manusia yang bersyukur atas nikmat yang diberi
manusia yang mempersoalkan nikmat yang diberi
manusia tidak bersyukur atas nikmat Allah
manusia tidak menghargai nikmat Allah
Pengajaran dalam Sajak Kuingin Berterima Kasih ialah...
Kita haruslah menggunakan kekayaan yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.
Kita haruslah membuang segala nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita
Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.
Kita haruslah menerima nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.
Persoalan Sajak Kuingin Berterima Kasih adalah seperti berikut kecuali...
Persoalan kepentingan hujan kepada hidupan
Persoalan kepentingan nelayan
Persoalan penghargaan kepada perwira Negara.
Persoalan kesedaran untuk mengekalkan keamanan dunia
Berdasarkan R6 dalam sajak, penyajak memberitahu bahawa dunia ini sungguh indah sekiranya semua manusia _______________________________.
berserah pada nasib
bersikap memetingkan diri
bersaing dengan orang lain
merenung setiap ruang kehidupan
Yang manakah antara berikut merupakan tema novel Destinasi Impian?
Keprihatinan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan
Cabaran yang dihadapi oleh remaja untuk menuju ke suatu destinasi
Sikap suka merendahkan kebolehan orang lain
Pertelingkahan antara abang dengan adik
Antara berikut, yang manakah merupakan permulaan cerita Destinasi Impian?
Johari, Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk membuat kayuhan sehingga ke Pantai Morib
Firdaus berjaya menamatkan kayuhan dan disambut oleh rakan-rakannya
Terdapat pelbagai halangan semasa kayuhan Firdaus, Azlina dan Johar
Firdaus lemas di laut dan insaf dengan sikap buruknya
Siapakah watak utama novel Destinasi Impian?
Azlina
Johari
Firdaus
Mazlinda
APAKAH HUBUNGAN ANTARA JOHARI DENGAN AZLINA DAN FIRDAUS?
Kawan kolej
Sepupu
Adik beradik
Sahabat
Contoh peristiwa bagi pengajaran 'Kita hendaklah berani menyahut cabaran' ialah
Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan.
Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer.
Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan.
Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati.
Siapakah yang mengetuai ekspedisi berbasikal ke Pantai Morib?
Mazlinda
Azlina
Johari
Firdaus
KENDERAAN YANG MEREKA NAIKI UNTUK EKSPEDISI IAITU ...
MOTOSIKAL
KERETA
PERAHU
BASIKAL
MEREKA DICABAR OLEH ........ KERANA MERASAKAN JATI DIRI ANAK MUDA SEKARANG SANGAT LEMAH.
AYAH
DATUK
IBU
GURU
Antara berikut, yang manakah merupakan pengakhiran atau penamat cerita Destinasi Impian ?
Johari, Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk membuat kayuhan sehingga ke Pantai Morib
Firdaus lemas di laut dan insaf dengan sikap buruknya
Terdapat pelbagai halangan semasa kayuhan Firdaus, Azlina dan Johari
Berikut merupakan sikap Firdaus sepanjang perjalanan ke Morib
Sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada Azlina
Bertanggngjawab terhadap adiknya, Azlina
Merungut dan berasa menyesal sepanjang perjalanan
Firdaus berjaya menyelesaikan ekspedisi berbasikal walaupun dia menghadapi banyak cabaran dan halangan.
Pernyataan di atas mengandungi pengajaran _____________________________.
Kita hendaklah berani mengharungi cabaran untuk berjaya
Kita haruslah bersikap tolong-menolong antara satu sama lain
Kita hendaklah tabah dalam melakukan sesuatu pekerjaan walaupun menghadapi banyak cabaran
Kita hendaklah rajin mencari ilmu pengetahuan agar tidak ketinggalan
Apakah bandingan semacam yang sesuai bagi ayat berikut
Anggota bomba itu__________ketika memadamkan kebakaran itu.
berani macam harimau
garang macam singa
panas macam api
Apakah bandingan semacam yang sesuai bagi ayat berikut
Suara penyanyi itu__________ketika mendendangkan lagu Bahtera Merdeka.
manis macam gula
mahal macam berlian
merdu macam buluh perindu
Apakah bandingan semacam yang sesuai bagi ayat berikut
Muka adik_____________setelah dimarahi oleh ibu kerana menconteng buku latihan Alia.
manis macam gula
masin macam garam
masam macam cuka
Apakah bandingan semacam yang sesuai bagi ayat berikut
Amir tidak dapat keluar bermain bola kerana cuaca_________.
panas macam api
berat macam batu
Apakah bandingan semacam yang sesuai bagi ayat berikut
Kita mestilah mempunyai sikap ___________untuk mencapai kejayaan.
garang macam singa
rajin macam semut
Apakah bandingan semacam yang sesuai bagi ayat berikut
Cikgu itu ditakuti oleh murid-murid kerana dia _________.
garang macam singa
rajin macam semut
Lengkapkan bandingan semacam di bawah dengan perkataan yang paling tepat.
Lambat macam _________
siput
TENTUKAN POLA AYAT DI BAWAH..
Beliau seorang penyanyi dan penghibur.
FN+FN
FN+FK
FN+FA
FN+FS
TENTUKAN POLA AYAT DI BAWAH..
Pak Long memanjat tangga.
FN+FN
FN+FA
FN+FK
FN+FS
TENTUKAN POLA AYAT DI BAWAH..
Adik Haikal sungguh bijak dalam berkata-kata.
FN+FN
FN+FA
FN+FK
FN+FS
TENTUKAN POLA AYAT DI BAWAH..
Pameran itu hingga hujung bulan ini.
FN+FN
FN+FK
FN+FA
FN+FS
TENTUKAN POLA AYAT DI BAWAH..
Guru saya sedang memeriksa buku.
FN+FN
FN+FK
FN+FA
FN+FS
TENTUKAN POLA AYAT DI BAWAH..
Abang ke kedai buku petang semalam.
FN+FN
FN+FA
FN+FK
FN+FS
TENTUKAN POLA AYAT DI BAWAH..
Penduduk kampung akan bergotong-royong pada hujung minggu ini.
FN+FN
FN+FK
FN+FA
FN+FS
TENTUKAN POLA AYAT DI BAWAH..
Kuda itu berlari dengan pantas.
FN+FN
FN+FA
FN+FK
FN+FS
TENTUKAN POLA AYAT DI BAWAH..
Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Negara.
FN+FN
FN+FA
FN+FK
FN+FS
