Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SET 2-TRIAL SPM 2023

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kepentingan inskripsi tersebut?

a)

Menerangkan peraturan kerajaan

b)

Memperakui perjanjian perdamaian

c)

Mencatat salasilah keturunan pemimpin

d)

Memperkukuh kesetiaan kepada pemerintah

2.

Pilih padanan yang betul berkaitan peranan pembesar pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

a)

Bendahara Menjadi penasihat raja

b)

Laksamana Mengurus perbendaharaan negara

c)

Syahbandar Menjaga ketenteraman di laut

d)

Penghulu Bendahari Mengutip cukai di pelabuhan

3.

Mengapakah Revolusi Keagungan berlaku di England pada tahun 1688?

I Mengembalikan hak rakyat

II Menentang penjajahan asing

III Menolak pelaksanaan Akta Setem

IV Menegakkan kedaulatan Parlimen

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Gambar berikut merupakan tokoh nasionalisme pada awal abad ke-20.

Apakah sumbangan tokoh tersebut?

a)

Menyebarkan fahaman Islah

b)

Merangka sistem pendidikan

c)

Mengasaskan pertubuhan politik

d)

Membaiki taraf hidup orang Melayu

5.

Penamatan Perang Dunia Pertama telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Versailles pada tahun 1919.

Apakah kepentingan perjanjian tersebut?

a)

Mewujudkan keamanan

b)

Memantapkan pentadbiran

c)

Memulihkan institusi beraja

d)

Menyatukan wilayah

6.

Mengapakah Jepun melaksanakan dasar peluasan kuasa di Asia Pasifik pada Perang Dunia Kedua?

I Menyebarkan ideologi

II Memulih kepercayaan rakyat

III Memenuhi keperluan industri

IV Mewujudkan orde baharu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Maklumat berikut berkaitan reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union. Tarikh 1 hingga 4 Mac 1946 Peristiwa Kongres Melayu Tempat Bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur .

Apakah persetujuan yang dicapai dalam kongres tersebut?

a)

Penubuhan UMNO

b)

Pembubaran Malayan Union

c)

Pemantapan kuasa Raja Melayu

d)

Penangguhan pelantikan Gabenor

8.

Bagaimanakah British melumpuhkan gerakan nasionalisme di Sabah selepas Perang Dunia Kedua?

a)

Menangkap pemimpin tempatan

b)

Menawarkan kenaikan pangkat

c)

Menggubal undang-undang

d)

Mengharamkan persatuan

9.

Bagaimanakah PUTERA-AMCJA menentang perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Membawa kes ke mahkamah

b)

Menghantar surat bantahan

c)

Mengadakan referendum

d)

Menganjurkan hartal

10.

Mengapakah orang Melayu menerima Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Kuasa raja dikembalikan

b)

Kerakyatan yang longgar

c)

Hak sama rata semua kaum

d)

Pentadbiran tradisional diperkukuh

11.

Apakah X?

a)

Memajukan perkhidmatan penerangan

b)

Menawarkan hadiah wang tunai

c)

Mengharamkan parti radikal

d)

Menggantung penerbitan akhbar

12.

Apakah kesan pelaksanaan rancangan penempatan semula Kampung Baru semasa zaman darurat di Tanah Melayu?

a)

Mempercepat kemerdekaan negara

b)

Meningkatkan peluang pekerjaaan

c)

Merenggangkan hubungan kaum

d)

Menjejaskan ekonomi sara diri

13.

Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul

Razak Hussein telah mencadangkan satu sistem pelajaran kebangsaan

yang baharu.

Apakah cadangan jawatankuasa tersebut?

a)

Menyediakan pembiayaan pendidikan

b)

Memperkenalkan kurikulum seragam

c)

Mewujudkan sekolah aneka jurusan

d)

Menaik taraf sekolah vernakular

14.

Mengapakah Dato’ Onn Jaafar menubuhkan Independence of Malayan Party (IMP) pada tahun 1951?

a)

Menyatukan anak negeri

b)

Menentang ancaman komunis

c)

Mewujudkan perpaduan kaum

d)

Memperjuang hak bumiputera

15.

Pilihan Raya Umum 1955 telah membawa kepada penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Apakah kesan penubuhan majlis tersebut?

a)

Raja Berperlembagaan diperkenalkan

b)

Kuasa Kerajaan Negeri ditetapkan

c)

Ancaman komunis ditamatkan

d)

Pentadbiran tempatan dikembalikan

16.

Gambar berikut adalah ahli kabinet pertama Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu 1955.

Apakah kepentingan pembentukan kabinet tersebut?

a)

Pelaksanaan dasar berkecuali

b)

Perkongsian kuasa antara kaum

c)

Pelantikan Yang Dipertuan Agong

d)

Penubuhan Dewan Perundangan

17.

Apakah perkara yang dipersetujui dalam rundingan kemerdekaan di London pada tahun 1956?

a)

Memajukan kemudahan pendidikan

b)

Mengimbangi kemasukan imigran

c)

Mendapat bantuan pertahanan

d)

Menentukan sempadan negeri

18.

Maklumat berikut berkaitan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Apakah rumusan yang dapat dibuat daripada inti pati perjanjian tersebut?

a)

Kekuatan budaya bangsa

b)

Keadilan kepada semua kaum

c)

Kepentingan hidup beragama

d)

Kepatuhan kepada ideologi negara

19.

Apakah peranan Jawatankuasa Sambutan dalam persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara?

a)

Menggubah lagu Negaraku

b)

Memilih bunga kebangsaaan

c)

Mendirikan Stadium Merdeka

d)

Membuat tempahan bendera

20.

Berikut adalah agensi kerajaan yang terlibat dalam membangunkan ekonomi negara selepas merdeka.

Apakah peranan agensi tersebut?

a)

Membangunkan infrastruktur

b)

Meningkatkan pelaburan luar

c)

Memajukan kawasan industri

d)

Mengawal harga barang

21.

Apakah kepentingan usaha tersebut?

a)

Mengukuh kuasa autonomi

b)

Memupuk semangat patriotisme

c)

Mewujudkan pemerintahan adil

d)

Mendapat pengiktirafan luar

22.

Apakah peranan rakyat dalam mengukuhkan pertahanan negara?

a)

Menggubal dasar kerajaan

b)

Memodenkan aset ketenteraan

c)

Menghormati lambang kebesaran

d)

Menyertai pasukan sukarelawan

23.

Apakah ciri tradisional yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan?

a)

Kerajaan Persekutuan

b)

Kedudukan orang Melayu

c)

Kewarganegaraan penduduk

d)

Sistem Demokrasi Berparlimen

24.

Mengapakah Perlembagaan Persekutuan dipinda pada tahun 1963?

a)

Pelaksanaan pilihan raya umum

b)

Pengasingan kuasa pemerintahan

c)

Perubahan struktur Mahkamah Atasan

d)

Pemisahan Singapura daripada Malaysia

25.

Durbar telah ditubuhkan pada tahun 1897. Apakah peranan institusi tersebut?

a)

Mengurniakan darjah kebesaran

b)

Membincangkan hal ehwal pentadbiran

c)

Meluluskan pindaan undang-undang

d)

Melantik pegawai kerajaan

26.

Mengapakah kebebasan asasi di negara kita tidak bersifat mutlak?

a)

Memperkukuh kuasa pemerintah

b)

Memastikan ketenteraman awam

c)

Membendung sifat kenegerian

d)

Menyekat amalan berpolitik

27.

Mengapakah pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri dilaksanakan di negara kita?

I Mengekalkan kuasa mutlak

II Menyatukan parti politik

III Menjamin kestabilan

IV Memajukan negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

28.

Mengapakah Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan penubuhan majlis berikut?

a)

Melicinkan pentadbiran

b)

Menjamin keselamatan negara

c)

Mengukuhkan nilai mata wang

d)

Memulihara khazanah alam

29.

Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan pada tahun 1962 untuk menjayakan gagasan Malaysia.

Apakah tujuan pembentukan suruhanjaya tersebut?

a)

Mengenali tradisi tempatan

b)

Meninjau pendapat penduduk

c)

Mengadakan hubungan diplomatik

d)

Menyediakan rangka perlembagaan

30.

Jeneral Suharto mengambil alih kuasa pemerintahan Indonesia daripada Presiden Soekarno pada tahun 1965.

Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

Sempadan negara ditutup

b)

Pakatan tentera dibentuk

c)

Dasar konfrontasi berakhir

d)

Ideologi komunis tersebar

31.

Maklumat berikut merupakan langkah mengatasi ancaman komunis di Sarawak selepas pembentukan Malaysia.

Apakah X?

a)

Pendaftaran Kebangsaan

b)

Rancangan Briggs

c)

Operasi Hammer

d)

Perang Saraf

32.

Maklumat berikut berkaitan isu pembangunan ekonomi yang dihadapi selepas pembentukan Malaysia.

Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu tersebut?

a)

Mempelbagaikan pengeluaran komoditi

b)

Mempergiatkan aktiviti perlombongan

c)

Mendapat bantuan negara maju

d)

Membuka petempatan baharu

33.

Apakah kepentingan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang digubal pada tahun 1971?

a)

Menjaga kepentingan peribumi

b)

Menyusun semula masyarakat

c)

Menghalang pengaruh barat

d)

Mengekalkan identiti negara

34.

Pernyataan berikut merujuk kepada prinsip kelima Rukun Negara.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Bagaimanakah prinsip tersebut boleh dicapai?

a)

Menguasai bahasa asing

b)

Mempertingkat daya cipta

c)

Mengamalkan akhlak mulia

d)

Mempertahankan kedaulatan

35.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat di bandar. Apakah inisiatif kerajaan bagi merealisasikan hasrat tersebut?

a)

Menggalakkan pembukaan tanah

b)

Memajukan sektor perindustrian

c)

Memperuntukkan bantuan kredit

d)

Meningkatkan pengeluaran makanan

36.

Jadual berikut menunjukkan penurunan peratusan kadar kemiskinan di negara kita.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Pertambahan buruh asing

b)

Penambahbaikan sistem perbankan

c)

Peningkatan pendapatan isi rumah

d)

Pengamalan polarisasi kaum

37.

Rancangan Colombo telah diperkenalkan oleh pertubuhan Komanwel pada tahun 1951. Apakah kepentingan rancangan tersebut?

a)

Menangani masalah kemiskinan

b)

Menamatkan dominasi negara maju

c)

Membanteras pemerdagangan manusia

d)

Menyediakan bantuan ketenteraan

38.

Malaysia telah menandatangi Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) pada 15 hingga 16 April 1971. Apakah rasional perjanjian tersebut ditandatangani?

a)

Menjana ekonomi negara

b)

Memperoleh bantuan teknikal

c)

Mengharamkan senjata nuklear

d)

Mengurangkan tarif cukai

39.

Maklumat berikut berkaitan dengan isu pertindihan sempadan yang melibatkan Malaysia dengan negara jiran.

Isu tersebut berjaya diselesaikan melalui

a)

tuntutan di Mahkamah Antarabangsa

b)

campur tangan pertubuhan ASEAN

c)

sokongan pemimpin dunia

d)

rundingan diplomatik

40.

Gambar berikut menunjukkan kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Bagaimanakah reaksi masyarakat Malaysia terhadap situasi tersebut?

a)

Menyertai perjanjian damai

b)

Menghantar bantuan tentera

c)

Mengawasi gencatan senjata

d)

Mengutip sumbangan kewangan