Font size
WorksheetsB3T4 SEJARAH BACK TO BACK QUIZIZZ
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Gerakan Fasisme di bawah pimpinan Benito Mussolini memberi penekanan kepada nasionalisme melampau.
Mengapakah gerakan tersebut bertindak demikian?
Meningkatkan imej negara
Mengadakan sekatan ekonomi
Memperkukuh sistem pertahanan
Memajukan perdagangan antarabangsa
Gambar berikut merupakan tokoh yang telah memberikan sumbangan dalam perkembangan nasionalisme di negara kita.
Apakah sumbangan tokoh tersebut?
Menentang pendudukan Jepun
Mengetuai pasukan gerila
Menubuhkan Force 136
Mengusir komunis
Perang Dunia Kedua tercetus pada tahun 1939.
Apakah DUA faktor yang mencetuskan perang tersebut?
Kegagalan Liga Bangsa-bangsa
Perkembangan kuasa imperialis baharu
Penyekatan ekonomi terhadap Jerman
Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles
Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan Jepun di Tanah Melayu.
Gerakan anti-Jepun yang semakin meningkat mendorong kuasa Jepun menggunakan pasukan tentera atau polis yang dianggotai oleh orang Melayu untuk menentang MPAJA.
Apakah kesan tindakan tersebut terhadap Tanah Melayu?
Mengerakkan kerjasama rakyat
Memperoleh tuntutan kemerdekaan
Menimbulkan ketegangan kaum
Meningkatkan serangan gerila
Tokoh berikut mendapat gelaran nama “Harimau Malaya”
Tengku Mahmood Mahyidden
Mengapakah gelaran tersebut diberi kepada beliau?
Mengelolakan siaran radio dari India
Menubuhkan pasukan gerila anti Jepun
Melancarkan serangan kilat terhadap Jepun
Menubuhkan pasukan tentera darat Malaya
Perjanjian Versailles ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman pada 28 Jun 1919.
Apakah DUA isi kandungan perjanjian tersebut?
Mengehadkan saiz angkatan tentera
Menamatkan sekatan ekonomi
Mewujudkan negara baharu
Menyerahkan tanah jajahan
Tokoh berikut berkaitan perjuangan gerakan anti-Jepun.
Apakah sumbangan beliau?
Melancarkan pemberontakan Jesselton
Menentang Parti Komunis Malaya
Menggerakkan Operasi Semut
Menubuhkan Force 136
Poster berikut berkaitan dengan Perang Dunia Kedua 1939-1945.
Apakah mesej di sebalik poster tersebut?
Membebaskan Jerman daripada China
Jerman berjaya dalam menguasai Rusia
Kebangkitan satu kuasa besar yang gah
Rusia bebas daripada penaklukan Jerman
Jadual berikut merupakan nama anggota pasukan keselamatan yang menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Apakah iktibar daripada perjuangan mereka?
Kerjasama dalam perancangan
Sedia berkorban untuk negara
Bijak membuat keputusan
Rajin mencari ilmu baharu
Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik (1941-1945) juga dikenali sebagai Perang Pasifik.
Mengapakah perang tersebut berlaku?
Peluasan ideologi komunis
Pembunuhan bakal maharaja
Kegagalan perjanjian damai
Keperluan bidang perindustrian
Apakah matlamat penubuhan Force 136 pada tahun 1943?
Menubuhkan pasukan gerila
Menentang penjajahan British
Melatih rejimen askar Melayu
Menjalin kerjasama rakyat
Apakah faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1939-1945?
Krisis rantau Balkan
Pakatan ketenteraan
Persaingan kuasa imperialis
Kemunculan ideologi baru
Rajah berikut merujuk kepada perjanjian yang ditandatangani selepas tamatnya Perang Dunia Pertama.
Apakah yang disarankan dalam deklarasi tersebut ?
Saiz angkatan tentera dihadkan
Kuasa mutlak raja dikurangkan
Sempadan negara berasaskan bangsa
Pembentukan kerajaan bercorak republik
Gambar berikut menunjukkan pelatih sebuah institut yang ditubuhkan oleh Jepun di Tanah Melayu.
Apakah nama institut tersebut?
Kamikaze
Kempeitai
Kita Boruneo
Koa Kunrenjo
Maklumat berikut berkaitan reaksi orang Melayu terhadap Bintang Tiga di Tanah Melayu.
Membentuk Gerakan Fi-Sabilillah
Mengapakah orang Melayu membentuk gerakan tersebut?
Mengatasi pemberontakan kaum
Mempertahankan maruah bangsa
Mengukuhkan keselamatan rakyat
Memulihkan ekonomi penduduk tempatan
Situasi berikut telah berlaku semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Pendudukan Jepun membawa kepada kemelesetan ekonomi dengan kadar inflasi yang tinggi serta harga barangan yang melambung tinggi.
Apakah tindakan Jepun untuk menanganinya?
Memperkenalkan ekonomi kawalan
Memperkenalkan kad catuan makanan
Mencetak banyak wang pokok pisang
Mengimport makanan
Perjanjian Versailles ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman pada tahun 1919.
Mengapakah Itali menganggap Perjanjian Versailles adalah tidak adil?
Tidak diberikan tanah jajahan baharu
Perlu membayar pampasan perang
Kehilangan tanah jajahan
Kemelesetan ekonomi dan inflasi
Apakah faktor kejayaan tentera Bersekutu menewaskan Jerman dalam Perang Dunia Kedua?
Strategi yang berkesan
Pengguguran bom atom
Jumlah tentera yang ramai
Sumber kewangan yang besar
Jepun menyerang tanah jajahan kuasa Barat di Asia dalam Perang Dunia Kedua.
Bagaimanakah kuasa Barat bertindak menghalang kemaraan Jepun?
Menaja kegiatan subversif
Melakukan serangan bom atom
Membentuk pertubuhan serantau
Mengisytiharkan dasar bumi hangus
Bagaimanakah tokoh berikut mengembalikan maruah bangsa dan negara masing-masing selepas Perang Dunia Pertama?
Mendapatkan tanah jajahan
Memulihkan sistem monarki
Mengutamakan perdamaian dunia
Menyokong negara-negara kapitalis
Poster berikut tertera dalam tulisan Jawi, "Ya Allah, terpeliharalah kami oleh tentera Jepun daripada aniaya".
Apakah DUA sebab tentera Jepun menggunakan poster tersebut?
Menjamin kemerdekaan
Menamatkan sekatan ekonomi
Memenangi hati penduduk tempatan
Menonjolkan imej sebagai penyelamat
Bagaimanakah pemerintahan Dinasti Habsburg di empayar Austria-Hungary mengalami keruntuhan?
Pembunuhan pewaris takhta
Penyebaran ideologi komunis
Penentangan terhadap kenaikan cukai
Pemberontakan di wilayah penguasaan
Perang Dunia Kedua tercetus pada tahun 1939.
Apakah DUA faktor yang menyebabkan perang tersebut?
Kemunculan ideologi baharu
Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa
Pembunuhan Archduke Ferdinand
Perlumbaan senjata moden
Apakah faktor kedatangan Jepun ke negara kita pada tahun 1941?
Tekanan golongan radikal
Kemunculan ideologi baharu
Kepentingan strategik ketenteraan
Tanggungjawab menyebarkan tamadun
Operasi kod "D-Day" telah dilaksanakan oleh tentera Bersekutu pada bulan Jun 1944.
Apakah kejayaan operasi tersebut terhadap tentera Bersekutu?
Menguasai Eropah Barat
Meluaskan pengaruh golongan tentera
Melaksanakan dasar baharu ketenteraan
Membebaskan Perancis dari penaklukan Jerman
Tokoh berikut terlibat dalam kegiatan anti-Jepun di Tanah Melayu.
Bagaimanakah tokoh tersebut melakukan penentangan terhadap tentera Jepun?
Menubuhkan persatuan sekerja
Menyertai pasukan keselamatan
Membekalkan makanan dan senjata
Menyebarkan risalah dan propaganda
Mengapakah pakatan ketenteraan antara negara Eropah mencetuskan Perang Dunia Pertama?
Membenci golongan monarki
Bersaing menghasilkan senjata
Rakyat dibebani cukai yang tinggi
Fahaman komunis berkembang
Bagaimanakah Perang Dunia Kedua (1939-1941) bermula di Eropah?
Rusia menduduki Berlin
Itali menceroboh Perancis
Austria mengancam Serbia
Jerman menyerang Poland
Mengapakah Jepun melakukan serangan tersebut?
Menjamin pasaran yang berterusan
Menguasai bekalan bahan mentah
Menamatkan sistem monarki di Asia Pasifik
Melumpuhkan armada laut Amerika Syarikat
Apakah DUA matlamat Jepun melaksanakan Rancangan Pengeluaran 5 Tahun?
Mengawal selia pelupusan
Membangunkan industri tempatan
Mengoptimumkan penggunaan peralatan
Membuat penyelidikan kegunaan bahan
Novel berikut merupakan karya Ahmad Murad Nasaruddin.
Apakah mesej yang terkandung di dalam novel tersebut?
Ketidakadilan sistem perundangan
Kemunduran rakyat tempatan
Kekejaman tentera Jepun
Kelemahan pihak Britain
Apakah alasan Britain dan Perancis menyertai perang tersebut?
Menguji ketahanan tentera
Menyekat pengaruh komunis
Mempertahankan keselamatan
Merampas kembali wilayah
Apakah DUA langkah yang diperkenalkan oleh Jepun bagi menangani kemelesetan ekonomi di Tanah Melayu?
Jawatankuasa Penyelidikan Bahan
Rancangan Pengeluaran Lima Tahun
Institut Latihan Pemimpin-pemimpin Muda
Rancangan Kemakmuran Bersama Asia Timur
Maklumat berikut berkaitan dengan perjanjian selepas Perang Dunia Pertama.
PERJANJIAN VERSAILLES ==> PENUBUHAN LIGA BANGSA-BANGSA
Mengapakah Liga Bangsa-Bangsa menemui kegagalan?
Krisis pencerobohan
Kemerosotan sumber kewangan
Kekurangan bilangan ahli
Kelemahan kepimpinan
Maklumat berikut berkaitan dengan kemunculan nasionalisme berfahaman melampau di Eropah.
ADOLF HITLER ==> JERMAN
Bagaimanakah tokoh tersebut mengembalikan maruah bangsa dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama?
Memulihkan sistem monarki
Memperbesar angkatan tentera
Membangunkan industri baru
Mengadakan pilihan raya
Apakah DUA masalah yang dihadapi oleh negara kita selepas Perang Dunia Kedua?
Kemakmuran ekonomi dimanipulasi
Keruntuhan institusi beraja
Pemerintahan bercorak republik
Pengenalan pelbagai undang-undang
Gambar 1 merujuk kepada mata wang yang digunakan semasa pendudukan Jepun di negara kita.
Apakah kesan selepas penggunaan mata wang tersebut?
Meningkatkan inflasi
Mengukuhkan ekonomi
Menambah pendapatan
Merancakkan aktiviti jual beli
Mengapakah Jepun ingin menguasai Singapura ketika Perang Dunia Kedua?
Membentuk Persekutuan Borneo
Menyekat kemaraan tentera bersekutu
Meningkatkan perdagangan di Selat Melaka
Memudahkan penguasaan minyak di Sumatera
Perang Dunia Pertama turut memberikan kesan kepada Tanah Melayu.
Bagaimanakah British mengambil peluang di sebalik perang tersebut?
Memajukan sistem perhubungan
Menguasai bidang pendidikan
Memanipulasi sumber ekonomi
Membahagikan kuasa pembesar
Peta berikut menunjukkan serangan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik pada tahun 1941-1945.
Mengapakah Jepun melancarkan serangan terhadap Pearl Harbour dalam tempoh tersebut?
Meluaskan kuasa
Memenuhi tuntutan
Tindakan serangan balas
Desakan pemimpin atasan
