Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

B7T5 SEJARAH BACK TO BACK QUIZIZZ

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Aminuddin Baki memperkenalkan sistem persekolahan aneka jurusan pada tahun 1965?

a)

Mengawal perkembangan sekolah swasta

b)

Memperkasakan sekolah vokasional

c)

Memperkenalkan bahasa asing

d)

Melahirkan tenaga kerja mahir

2.

Matlamat penubuhan Rukun Negara ialah melahirkan masyarakat yang progresif.

Apakah ciri-ciri masyarakat yang progresif?

a)

Mengamalkan budaya masing-masing

b)

Menjamin kebebasan berpolitik

c)

Mewujudkan persaingan positif

d)

Mengikut kemajuan sains dan teknologi

3.

Gambar berikut merupakan logo Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM).

Mengapakah sukan tersebut diadakan secara bergilir-gilir?

a)

Melahirkan semangat berpasukan

b)

Menggalakkan integrasi antara negeri

c)

Meningkatkan mutu sukan

d)

Mengeratkan hubungan atlet

4.

Prinsip Rukun Negara yang kelima ialah kesopanan dan kesusilaan.

Mengapakah kita perlu menghayati prinsip tersebut?

a)

Meningkatkan taraf hidup rakyat

b)

Mengekalkan persamaan hak

c)

Mewujudkan komuniti berdaya saing

d)

Melahirkan masyarakat yang bertoleransi

5.

Apakah DUA faktor sejarah yang menjadi punca kepada masalah perpaduan di negara kita selepas merdeka?

a)

Pentadbiran British

b)

Pembukaan tanah

c)

Penyatuan wilayah

d)

Pendidikan vernakular

6.

Bagaimanakah bahasa Melayu diperkukuhkan sebagai bahasa kebangsaan pada tahun 1956?

a)

Pembukaan Sekolah Alam Shah

b)

Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

c)

Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia

d)

Pembukaan lnstitut Alam dan Tamadun Melayu

7.
  1. Apakah matlamat penubuhan Kolej Sultan Abdul Halim?

a)

Meningkatkan tenaga kerja mahir

b)

Mengukuhkan perpaduan kaum

c)

Menyeragamkan sistem pendidikan

d)

Memperkasakan bahasa Melayu

8.

Tokoh berikut (Abdul Rahman Talib) telah memberikan cadangan tambahan kepada Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 untuk memperkukuh semangat kekitaan dalam kalangan murid.

Apakah cadangan tersebut?

a)

Mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat

b)

Mengutamakan pendidikan kerohanian

c)

Memperkenalkan sekolah aneka jurusan

d)

Memberi penekanan kepada mata pelajaran Sejarah

9.

Apakah tujuan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaya (UKM) pada tahun 1970?

a)

Memartabatkan bahasa Melayu

b)

Menambah bilangan cendekiawan Melayu

c)

Melahirkan pemimpin yang berwibawa

d)

Meningkatkan ilmu pengetahuan

10.

Rancangan Buku Hijau peringkat kebangsaan telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak bin Hussein pada 20 Disember 1974.

Mengapakah Rancangan Buku Hijau diperkenalkan?

a)

Menambah pengeluaran bahan makanan

b)

Mempercepat pembangunan wilayah

c)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing

d)

Memajukan pelbagai jenis perindustrian

11.
  1. Mengapakah Dasar Pendidikan Kebangsaan dibentuk?

a)

Mengekalkan sekolah vernakular

b)

Memupuk perpaduan kaum

c)

Menghalang pengaruh barat

d)

Menerima desakan British

12.

Apakah DUA prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan?

a)

Adat resam menjadi unsur penting

b)

Memartabatkan bahasa kebangsaan

c)

Unsur kebudayaan lain diterima

d)

Bertunjangkan kebudayaan rakyat asal

13.

Apakah DUA penambahbaikan yang dilakukan dalam Kajian Aminuddin Baki terhadap sistem pendidikan negara?

a)

Bahasa Melayu bahasa pengantar

b)

Penekanan kepada subjek Sejarah

c)

Sistem persekolahan aneka jurusan

d)

Memperkenalkan kursus kemahiran

14.

Logo berikut diperkenalkan sempena sambutan 50 tahun Rukun Negara.

Apakah maksud bulan dan bintang dalam logo tersebut?

a)

Keluhuran perlembagaan

b)

Kepercayaan kepada Tuhan

c)

Kedaulatan undang-undang

d)

Kesopanan dan kesusilaan

15.

Bagaimanakah Rukun Negara membantu membina masyarakat yang liberal?

a)

Menganggap diri sebagai rakyat Malaysia

b)

Bebas mengamalkan agama, adat dan budaya

c)

Kebebasan berpolitik dengan mematuhi perlembagaan

d)

Peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara

16.

Maklumat berikut berkenaan cadangan tambahan dalam Laporan Rahman Talib.

  • - Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah

  • - Mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat

Apakah DUA tujuan Laporan Rahman Talib mengemukakan cadangan tersebut?

a)

Mengurangkan murid gagal mata pelajaran Sejarah

b)

Memperkukuh semangat kesetiaan terhadap negara

c)

Memperkukuh persefahaman antara kaum

d)

Meningkatkan murid memasuki sekolah akademik

17.

Apakah yang dimaksudkan dengan integrasi kaum?

a)

Rakyat hidup aman

b)

Kepelbagaian etnik

c)

Masyarakat yang bersatu

d)

Proses merapatkan hubungan

18.

Maklumat berikut berkaitan cadangan Laporan Rahman Talib

• Penggunaan Bahasa yang seragam • Menggunakan kurikulum yang sama

Apakah kepentingan cadangan tersebut?

a)

Menghapuskan buta huruf

b)

Mewujudkan perpaduan rakyat

c)

Membentuk pelajar yang seimbang

d)

Melahirkan generasi berkemahiran tinggi

19.

Senarai berikut berkaitan prinsip-prinsip pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Apakah X?

a)

Kebebasan asasi

b)

Cinta akan negara

c)

Islam unsur terpenting

d)

Raja Berperlembagaan

20.

Gambar menunjukkan perkhidmatan Feri Malaysia yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah.

Mengapakah perkhidmatan tersebut diperkenalkan?

a)

Menarik pelabur luar

b)

Mengangkut bahan mentah

c)

Mengintegrasikan penduduk

d)

Mempromosi pelayaran mewah

21.

Maklumat berikut berkaitan kejayaan Malaysia menganjurkan acara sukan di peringkat antarabangsa.

Hoki Piala Dunia

Sukan Komanwel

Piala Thomas

Apakah kepentingan penganjuran sukan tersebut terhadap Malaysia?

a)

Mempertahankan sistem sosial

b)

Menjamin kebebasan bersuara

c)

Memupuk semangat perpaduan

d)

Memantapkan semangat kenegerian

22.

Laporan Rahman Talib menjadi asas penggubalan Akta Pelajaran 1961.

Bagaimanakah DUA cara laporan ini mampu memupuk perpaduan dan integrasi?

a)

Melaksanakan aktiviti kokurikulum

b)

Menggunakan kurikulum yang sama

c)

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

d)

Bahasa Inggeris diajar kepada semua murid

23.

Apakah DUA persamaan antara perpaduan kaum dan integrasi nasional?

a)

Rukun Negara

b)

Fahaman politik

c)

Dasar sosioekonomi

d)

Perlembagaan Persekutuan

24.

MAGERAN telah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara.

Apakah peranan Jabatan Perpaduan Negara ketika itu?

a)

Menyelaraskan perkhidmatan awam antara semua negeri

b)

Mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum

c)

Menggalakkan perkembangan perasaan muhibah antara masyarakat

d)

Mendraf satu ideologi untuk negara yang dikenali sebagai Rukun Negara

25.

Apakah persamaan sumbangan agensi-agensi berikut?

- Jabatan Perpaduan Negara

- Majlis Muhibah Negara

- Majlis Perundingan Negara

a)

Memajukan sosioekonomi

b)

Membangunkan pendidikan

c)

Memperkasakan perpaduan

d)

Mempertingkatkan prasarana

26.

Bagaimanakah kerajaan mewujudkan integrasi antara negeri selepas peristiwa 13 Mei 1969?

a)

Membuka petempatan khas

b)

Mengurangkan kemasukan imigran

c)

Memperluas kawasan pertanian

d)

Menyelaraskan perkhidmatan awam

27.

Bagaimanakah kerajaan mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum?

a)

Menggalakkan penglibatan dalam aktiviti sukan

b)

Mengukuhkan sistem pendidikan vernakular

c)

Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka

d)

Memperkenalkan Wawasan 2020

28.

Mengapakah Jawatankuasa Kabinet 1974 dibentuk?

a)

Memperkenalkan sistem persekolahan aneka jurusan

b)

Memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara

c)

Mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan

d)

Mengenal pasti kelemahan penggunaan Bahasa Melayu

29.

- Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

- Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM)


Kurikulum ini diperkenalkan melalui

a)

Penyata Razak

b)

Laporan Rahman Talib

c)

Kajian Aminuddin Baki

d)

Laporan Jawatankuasa Kabinet

30.

Gambar berikut merupakan logo slogan "Bahasa Jiwa Bangsa.

Agensi manakah yang memperkenalkan slogan tersebut?

a)

Universiti Kebangsaan Malaysia

b)

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

c)

Institut Bahasa Kuala Lumpur

d)

Dewan Bahasa dan Pustaka

31.

Apakah kepentingan Dasar Kebudayaan Kebangsaan?

a)

Menanam taat setia

b)

Mengekalkan identiti

c)

Menjaga hak peribumi

d)

Memupuk semangat patriotisme

32.

Antara berikut, manakah DUA resolusi Kongres Kebudayaan Kebangsaan Kali Kedua yang diadakan di UKM?

a)

Memperkenalkan estetika kesenian negara

b)

Menunjukkan semangat patriotisme rakyat berbilang kaum

c)

Menyemarakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

d)

Memperkasakan Kebudayaan Nasional sebagai identiti bangsa

33.

Apakah persamaan peranan agensi berikut?

- Istana Budaya

- Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara

- Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan

a)

Meningkatkan sektor pelancongan negara

b)

Memelihara maruah negara yang berdaulat

c)

Memperkenalkan estetika kesenian negara

d)

Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara

34.

Apakah DUA persamaan sumbangan tokoh berikut terhadap negara?

- Samuel Dass

- Hamzah Dolmat

- Mathew Ngau Jau

a)

Menghasilkan karya bermutu tinggi

b)

Mempromosikan budaya tradisional

c)

Mendokumentasi budaya kebangsaan

d)

Memartabatkan khazanah asli negara

35.

Bagaimanakah program 1 Murid 1 Sukan dapat memupuk perpaduan kaum?

a)

Mengukuhkan semangat belajar

b)

Melahirkan atlet yang berkaliber

c)

Menyemai minat untuk bersukan

d)

Memupuk semangat setia kawan

36.

Mengapakah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dilaksanakan setiap dua tahun sekali?

a)

Melibatkan penyertaan negara luar

b)

Mempertandingkan semua acara

c)

Mengeratkan perpaduan kaum

d)

Menjadi acara tahunan negara

37.

Apakah DUA nilai yang dapat dipupuk melalui sukan berpasukan?

a)

Keadilan

b)

Bersatu padu

c)

Bekerjasama

d)

Ketaatan

38.

Apakah kepentingan slogan Malaysia Boleh?

a)

Mencungkil bakat baru

b)

Menunjukkan semangat patriotisme

c)

Memupuk semangat setia kawan

d)

Memeriahkan suasana kejohanan

39.

Mengapakah Majlis Perundingan Negara mengisytiharkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970?

a)

Menyusun semula masyarakat

b)

Memperkukuh perpaduan rakyat

c)

Meningkatkan kemajuan ekonomi

d)

Memartabatkan bahasa kebangsaan

40.

Bagaimanakah Dasar Pendidikan Kebangsaan dibentuk?

a)

Melalui Penyata Razak 1956

b)

Melalui Kajian Aminuddin Baki

c)

Melalui Laporan Rahman Talib

d)

Melalui Laporan Jawatankuasa Kabinet 1970