WorksheetsEKONOMI SPM BAB 1 T4
Total questions: 23
Worksheet time: 45mins
1. Rajah di bawah menunjukkan masalah yang dihadapi oleh isi rumah.
Kekurangan - Pilihan - Y
Pernyataan yang manakah betul tentang Y?
A. Barang yang dipilih memberi keuntungan kepada pengguna
B. Menggunakan teknik yang dapat mengurangkan pengangguran
C. Tindakan Y diambil akibat daripada pemilikan sumber ekonomi yang terhad
D. Kesan tindakan Y yang diambil akan mengakibatkan isi rumah terpaksa melepaskan barang kedua terbaik
2. Apakah tujuan isi rumah membuat pilihan apabila membeli barangan?
A. Memenuhi kehendak manusia
B. Meminimumkan kos pengeluaran
C. Memaksimumkan kepuasan pengguna
D. Memaksimumkan kebajikan masyarakat
3. Maklumat berikut berkaitan dengan masalah ekonomi.
Firma Ezhan terpaksa menangguhkan pengeluaran barang X
dan memilih pengeluaran barang Y kerana masalah kekurangan
Tindakan pilihan tersebut adalah kerana....
A. Mengutamakan kebajikan rakyat
B. Meminimumkan kos pengeluaran
C. Memaksimumkan kepuasan individu
D. Mengoptimumkan keupayaan pengeluaran
4. Antara berikut, pernyataan yang manakah betul tentang sumber ekonomi?
I. Tanah mempunyai mobiliti kegunaan
II. Usahawan memperolehi ganjaran faedah
III. Buruh menggabungkan sumber ekonomi untuk menghasilkan keluaran
IV. Modal ialah alat ciptaan manusia yang digunakan dalam proses pengeluaran
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan II
D. III dan IV
5. Pernyataan manakah yang betul tentang usahawan?
A. Menyumbang tenaga dalam proses pengeluaran
B. Kreatif dan inovatif dalam pemasaran
C. Ganjaran dalam bentuk faedah
D. Permintaan terhad
6. Pernyataan di bawah berkaitan dengan faktor pengeluaran.
Faktor pengeluaran X
Menyumbangkan tenaga mental dan fizikal dalam aktiviti pengeluaran
Faktor pengeluaran Y
Menyelaraskan faktor-faktor pengeluaran lain dalam aktiviti pengeluaran
A.
X=Buruh
Y=Usahawan
B.
X=Usahawan
Y=Buruh
C.
X=Modal
Y=Usahawan
D.
X=Buruh
Y=Modal
7. Pernyataan di bawah menunjukkan satu masalah ekonomi.
Pendapatan yang diperoleh tidak mampu memaksimumkan kepuasan.
Unit ekonomi manakah yang mungkin menghadapi masalah tersebut?
A. Syarikat CitYess Sdn Bhd
B. Jabatan Pengangkutan Jalan
C. Cik Medina Safiyya
D. Pemilik Anggun Enterprise
8. Manakah andaian keluk kemungkinan pengeluaran yang betul?
A. Tingkat teknologi berubah-ubah
B. Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang
C. Ekonomi belum mencapai guna tenaga penuh
D. Sumber ekonomi adalah tidak terhad
9. Intan ingin membeli sepasang kasut baharu.
Harga kasut untuk jenama Badang ialah RM119.90 manakala jenama Sempoi ialah RM89.90.
Apakah kos lepasnya jika dia mempunyai wang RM100?
A. Kos lepas ialah kasut Sempoi
B. Kos lepas ialah kasut Badang
C. Kos lepas ialah kasut Badang dan Sempoi
D. Tiada kos lepas
10. Rajah di bawah menunjukkan satu keluk kemungkinan pengeluaran.
Keadaan manakah yang berkaitan dengan titik K?
A. Terdapat buruh yang tidak bekerja
B. Kombinasi yang tidak berupaya dicapai
C. Tahap pengeluaran pada guna tenaga penuh
D. Barang B lebih banyak dikeluarkan oleh firma
11. Pn. Laili membelanjakan RM4000 untuk membeli sebuah telefon pintar yang baru.
Kos lepasnya ialah....
A. Jumlah yang perlu dibayar untuk telefon pintar
B. Masa yang digunakan untuk memilih telefon pintar
C. Komputer riba yang boleh dibeli dengan wang perbelanjaan tersebut
D. Perbelanjaan elektrik yang perlu ditanggung untuk mengecas telefon pintar tersebut
12. Rajah di bawah merupakan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) bagi dua jenis barang.
Pernyataan yang manakah menjelaskan kesan perubahan kombinasi pengeluaran titik A ke B?
A. Pengeluaran Y berkurang sebanyak 100 unit
B. Pengeluaran X bertambah sebanyak 400 unit
C. Tidak wujud masalah pilihan dan kos lepas
D. Ekonomi mencapai guna tenaga penuh
13. Maklumat berikut menunjukkan pilihan teknik pengeluaran satu syarikat.
Berapakah kos lepas sekiranya syarikat tersebut menukar
teknik pengeluaran daripada X ke Y?
A. 120 unit telefon bimbit
B. 180 unit telefon bimbit
C. 160 unit komputer riba
D. 220 unit komputer riba
14. Maklumat berikut berkaitan dengan penyelesaian masalah asas ekonomi.
Kenaikan kos upah di sektor perindustrian telah menyebabkan firma
bertukar kepada penggunaan mesin bagi memenuhi permintaan pasaran.
Pernyataan tersebut merujuk kepada.....
A. Jenis output
B. Kuantiti barang
C. Teknik pengeluaran
D. Corak agihan barang
15. Pernyataan yang manakah merujuk kepada masalah untuk siapa barang dikeluarkan?
A. Penentuan jenis barangan
B. Penentuan kuantiti barangan
C. Penentuan pengagihan barangan
D. Penentuan cara pengeluaran barangan
16. Maklumat berikut berkaitan dengan penyelesaian masalah asas ekonomi oleh Syarikat A.
Antara berikut, masalah asas ekonomi yang manakah dapat diselesaikan oleh Syarikat A?
I Apa yang hendak dikeluarkan
II Bagaimana hendak dikeluarkan
III Untuk siapa hendak dikeluarkan
IV Berapa yang hendak dikeluarkan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
17. Maklumat berikut berkaitan dengan satu sistem ekonomi.
Persaingan adalah secara bebas antara pengeluar
untuk mencari keuntungan tanpa kawalan kerajaan.
Pernyataan yang manakah benar tentang sistem ekonomi tersebut?
A. Individu bebas memilih pekerjaan dan memiliki kekayaan
B. Harga barangan ditetapkan oleh badan perancangan pusat
C. Keputusan ekonomi selaras dengan hukum syarak
D. Pilihan individu terhadap barang dan perkhidmatan adalah terhad
18. Pernyataan yang manakah merujuk kepada peranan kerajaan dalam sistem ekonomi di Malaysia?
I Memaksimumkan untung dan kebajikan
II Mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat
III Merapatkan jurang pendapatan pengguna
IV Mengawal harga barang dan perkhidmatan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
19. Pernyataan yang manakah benar tentang ciri Sistem Ekonomi Pasaran Bebas?
A. Intensif buruh diutamakan dalam pengeluaran
B. Pihak swasta tidak berkuasa dalam aktiviti ekonomi
C. Kerajaan berkuasa mutlak terhadap barang yang dikeluarkan
D. Harga barang ditentukan melalui kuasa permintaan dan penawaran
20. Apakah tujuan kerajaan campur tangan dalam Sistem Ekonomi Campuran?
A. Mengawal kesan luaran negatif daripada aktiviti pengeluaran
B. Menetap harga dan kuantiti keseimbangan dalam pasaran
C. Membekal barang ekonomi yang tidak dapat dikeluarkan oleh pihak swasta
D. Mewujud dasar harga minimum untuk menjaga kebajikan pengguna
21. Maklumat berikut menunjukkan ciri bagi satu sistem ekonomi.
Cara negara tersebut menyelesaikan masalah
untuk siapa dikeluarkan ialah...
A. Mengutama penggunaan produk yang berkualiti
B. Memilih barang mengikut kehendak pasaran
C. Berdasarkan kos pengeluaran minimum
D. Berpandukan kemampuan membayar
22. Apakah kelebihan kepada firma yang menjalankan urus niaga di negara
yang mengamalkan sistem ekonomi pasaran bebas?
A. Firma akan berusaha meningkatkan kepuasan yang maksimum dalam pengeluaran
B. Agihan pendapatan yang adil menyebabkan firma dapat mengeluarkan barang secara maksimum
C. Firma berusaha menggunakan buruh secara optimum bagi mengelakkan pembaziran sumber
D. Firma berusaha menghapuskan monopoli semulajadi kerajaan
23. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan Sistem Ekonomi Islam?
A. Kepentingan individu lebih diutamakan
B. Wujud persaingan yang adil antara pengeluar
C. Sasaran pengeluaran berdasarkan agihan pendapatan
D. Individu dan pihak swasta bebas membuat keputusan
